Hampir hilang arah. Sekali lagi Linda Rafar sanggup terbitkan sesuatu ini untuk menceritakan kisah pemergian anaknya yang membuatkan ramai sebak

artis

Pelakon Linda Rafar bakal menerbitkan sekuel novel, Menunggumu Di Pintu Syurga yang mengisahkan arwah anak lelakinya, Rezaimen Keiflin yang meninggal dunia pada 2014.Menurut Linda, nakshah yang ditulisnya itu akan diterbitkan dalam masa terdekat.”Akan datang! Novel Menunggumu Di Pintu Syurga 2! Siapa yang dah pernah ada dan baca novel pertama?,” kongsinya menerusi satu entri di Instagram.

Pengumuman Linda itu kemudian disambut baik dalam kalangan pengikutnya yang mengikuti kisah anaknya yang mesra dengan panggilan Memen itu.Rata-rata tidak sabar mahu mengikuti kisah yang akan dibukukan mengenai perjalanan anaknya yang menghidap knsr lymphoma stage 4

“Ya, nak tunggu ni. Baca yang pertama pun sampai nangis-nangis. Yang ini tak tahulah ni,” komen salah seorang pengikutnya.Bahkan, dalam satu entri berasingan, Linda turut berkongsi gambar kenangan anaknya yang menyiapkan sebuah lukisan ketika mendapatkan rawatan di hospital.”Saya hampir hilang arah seketika namun saya masih ingat wajah-wajah keluarga, kawan dan pengikut yang hadir pada malam Memen pergi. Itulah kekuatan linda.

“Hari pertama memen disahkan stage 4 jatuh pada hari pertama MH370 hilang dari radar. Namun Memen sempat lukis gambar kapal terbang di sebelahnya. (Mama MH370 tak hilang tapi Allah ambil ke syurga) tangan Memen juga melambangkan yang Memen juga ke syurga. Allahuakbar,” katanya.Sebelum ini, Linda pernah menerbitkan buku pertama pada 2014 yang terjual lebih 150,000 unit.Memen yang hembuskan nafas terakhirnya ketika usianya 12 tahun merupakan anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan bekas pelumba kereta, Keifli Othma

Linda Rafar tuntut doktor bayar RM4 juta kerana dkwaan guna Facebook sebar ftnah

Linda bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap empat pihak termasuk seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Rusyainie. PELAKON dan penyanyi Linda Rafar mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pengamal perubatan yang dikenali sebagai Dr Rusyainie Ramli atas penulisan berbaur ftnah menerusi Facebook wanita itu pada 9 Mei lalu.

Peguam Linda iaitu Nurul Hafidzah Hassan memberitahu selain Rusyainie tiga lagi pihak termasuk PW Community turut berhadapan tindakan undang-undang atas dkwaan ftnah.Menerusi kenyataan yang dihantar kepada mStar pada Rabu, Linda telah menghantar lima pucuk surat tuntutan berasingan kepada Rusyainie bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka dan juga pmpasan sebanyak RM4 juta.

Menerusi tuntutan itu Linda mendkwa Rusyainie telah menulis dan menerbit lima bentuk penulisan (posting) berbaur ftnah dan komen-komen melmpau ke atasnya di media sosial.Keempat-empat pihak berkenaan diberi tempoh tujuh hari untuk memberi maklum balas sebelum tindakan susulan diteruskan.

“Anak guam kami sedang meniliti sekiranya tindakan undang-undang perlu diambil kepada pihak yang tidak bertanggungjawab melancarkan kempen ftnah berterusan ke atas dirinya serta memburukkan reputasi dan kredebiiti di mata peminat dan masyarakati,” kata Nurul Hafidzah.Terdahulu isu pertelngkaran antara Linda dan para jururawat selesai selepas persetujuan luar mahkamah dibuat pada 8 Mei lalu.

Bagaimanapun menerusi posting di Facebook, Rusyainie berkata Linda perlu membayar sejumlah wang kepada jururawat terlibat sebagai ganti rugi terhadap penyelesaian tersebut.Dalam pada itu, anggota kumpulan Elite ini telah menghantar tiga pucuk surat tuntutan yang serupa kepada tiga pihak lagi untuk menuntut pampasan sebanyak RM1.5 juta.

Linda beri masa tujuh hari untuk Rusyainie memberi maklum balas terhadap surat tuntutannya.Tindakan tersebut dilakukan berikutan dkwaan ftnah daripada penulisan yang mencalarkan peribadi Linda dan ia disifatkan sebagai satu bentuk pembnuhan karakter ke atas dirinya.

Malah, Linda juga menerima persepsi negatif daripada masyarakat selepas fitnah tersebut biarpun maklumat yang disebarkan adalah tidak benar.Bagi Linda, penulisan oleh mereka telah membuatkan orang ramai percaya dan memaparkan dia sebagai seorang yang mempunyai moral yang buruk, manipulatif, penpu dan selebriti yang mempunyai niat buruk terhadap semua jururarawat di negara ini.

Isu antara Linda dan jururawat bermula apabila selebriti itu melahirkan rasa kecewa terhadap sekumpulan jururawat di sebuah hospital di Shah Alam yang didkwa memberi layanan buruk apabila permintaannya untuk menukar cadar katil ibunya tidak diendahkan pada Disember tahun lalu. Susulan kejadian itu, pihak Delegation of Nurses (DON) mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap selebriti wanita berkenaan.-mstar

Perjanjian duta produk terjejas, Linda Rafar rugi RM500,000 laman sosial digdam – “Saya percaya hacker berada di dalam Malaysia”

Linda Rafar membuat laporan polis laman sosial miliknya dig0dam minggu lalu.SUSULAN beberapa kes laman sosial selebriti Malaysia hampir digdam minggu lalu, nasib pelakon dan penyanyi Linda Rafar lebih malang apabila dia kehilangan lebih 900,000 pengikut di Instagram dan Facebook akibat tindakan pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut Linda, 41, dia menyedari keadaan itu apabila nama serta emel Instagram miliknya bertukar selepas cuba mendaftar masuk dan membuat pengesahan sebagai pemilik akaun dan alamat emel tersebut.”Saya menyedari akaun Instagram digdam pada 4 Jun lalu apabila nama akaun @Lindarafar bertukar kepada @furkanxonuronline.

“Kemudian saya cuba untuk log masuk ke dalam emel saya Lindarafarr@gmail.com tetapi ia bertukar kepada @furkanbeyzsksk@gmail.com di mana alamat emel ini diperolehi apabila saya ingin membuat pengesahan sebagai pemilik alamat emel,” katanya.

Akaun Instagram dan Facebook Linda Rafar dig0dam pada 4 Jun lalu.Linda ditemui pada sidang media khas berkaitan isu berkenaan di pejabat guaman Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak pada selasa.Dalam pada itu, dia turut mengesyaki individu itu berada di Malaysia berikutan nombor telefon untuk pengesahan alamat emel adalah menggunakan kod Malaysia.

“Saya percaya bahawa pengg0dam ini berada di dalam Malaysia kerana apabila saya ingin membuat pengesahan emel, kod pengesahan telah diserahkan kepada pemegang nombor dengan kod nombor Malaysia,” ujarnya.Laman sosial yang dig0dam menjejaskan punca pendapatan Linda sebagai artis dan duta produk.

Laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga dibuat anggota kumpulan Elite itu pada 5 Jun lalu.Penyanyi itu berkata perkara yang terjadi ini memberi kesan buruk kepadanya kerana dia turut menghadapi kerugian kira-kira RM500,000 yang melibatkan perjanjian dan peranannya sebagai duta produk.

“Saya telah membuat laporan polis pada 5 Jun lalu. Saya juga telah melaporkan isu ini kepada SKMM untuk tindakan lanjut pihak berkuasa. “Bagi individu seperti saya yang kebanyakan urusan seperti perniagaan dan kerjaya saya melalui laman sosial, ianya memberi kesan yang amat buruk.

Laman sosial yang digdam merupakan salah satu punca pendapatan

“Ia menyebabkan kerugian besar yang melibatkan perjanjian serta urusan saya dengan klien, serta peranan saya sebagai duta bagi beberapa produk turut terjejas sama sekali,” ujarnya.Ujar Linda, tindakan tidak bertanggungjawab penggdam tersebut menjejaskan punca pendapatan kebanyakan artis selain dirinya.

Tambahan pula, ia lebih memberi kesan pada waktu ekonomi negara yang tidak menentu sepanjang pandemik Covid-19 ketika ini.”Laman sosial merupakan salah satu punca pendapatan kami dan apabila pihak yang tidak bertanggungjawab ini melakukan kerja-kerja seperti ini ianya amat memberi kesan terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini,” jelasnya.-mstar

“Walaupun tindakan telah diambil tapi hati saya tidak tenang”- Linda Rafar mohon maaf kepada wargaent

Linda akan meneruskan saman terhadap beberapa individu yang mengeluarkan ftnah melmpau.PELAKON dan penyanyi Linda Rafar memberitahu hatinya tidak tenang walaupun sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melmparkan kritikan sehingga menjejaskan reputasinya di laman sosial.

Linda berkata, sempena bulan Ramadan ini, dia mengamil kesempatan untuk memohon maaf berhubung isu bvli siber sehingga dia mengambil tindakan undang-undang kepada lebih 100 warganet.”Walaupun tindakan telah diambil tetapi hati saya tetap berasa tidak tenang. Sempena bulan suci ini saya ingin mengambil kesempatan memohon maaf jika ada melukai anda sama ada secara sengaja atau tidak.

“Saya juga memaafkan kesemua mereka yang pernah meminta maaf kepada saya. Tiada siapa yang hebat di atas muka bumi allah ini dan tidak salah jika kita yang ikhlas memohon maaf dahulu serta lupakan segala kisah.”Allah maha melihat… segala kebaikkan dan keburukkan dicatit dan tidak ada satu pun yang akan terlepas. Dunia sementara akhirat selamanyaa. Satu hari kita akan kembali kepadaNya,” ujarnya.

Linda menerusi sidang media sebelum ini telah mengambil tindakan ke atas lebih 100 warganet yang memftnahnya.Linda memberitahu perkara itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Rabu.Januari lalu, Linda memfailkan saman terhadap lebih 100 waragent gara-gara pelbagai kritikan terhadapnya kontroversi melibatkan seorang jururawat di sebuah hospital kerajaan.

Linda berkata, pada sidang media yang di lakukan pada Januari lalu, dia berasa terlalu marah, terhiina dan sedih dengan kontroversi yang berlaku sehingga menjejaskan reputasinya sebagai seorang artis.Katanya apa yang dilakukan itu kerana terlalu mengikutkan hati yang penuh kebncian.

“Ketika sidang media sebelum ini saya berasa amat marah, a dan sedih.”Walaupun ibu sudah pergi menghadap ilahi tetapi perbuatan bvli siber terhadap saya tidak juga berhenti.”Hati saya penuh dengan kebncian sehingga peguam saya terpaksa menghantar ratusan notis kepada mereka yang telah memftnah saya di laman sosial.”Ada segelintir mereka yang dm (direct message) minta maaf dan saya sudah memaafkan mereka. Tapi ada diantara mereka yang sudah melmpau dan saya tak boleh nak bantu, demi menjaga reputasi saya,” katanya.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *