Dikatakan terlibat dalam kejadian yang tidak diingini. Ternyata perkongsian Fazreen Rafi meraih perhatian ramai dengan keadaan dia yang terkini

Uncategorized

Pelakon, Fazreen Rafi ada memuat naik foto yang merakamkan dirinya kini sedang menerima rawtan di h0spital selepas dipercayai terlibat dalam satu kejadian yang tidak diingini .Turut dikongsikan pada lampiran sama menerusi Instagram ialah bahagian tangannya yang berlumvran d4rah.Malah, pelakon itu turut dilihat sedang terbaring sebelum dirawat petugas kecemasan.

Menurut Fazreen di ruangan kapsyen, rasa sakit yang dialami mungkin asbab untuk Allah menghapuuskan d0sa-d0sa kecilnya.“Jatuh itu pasti, sakit itu mesti. Terhapvs dosa-dosa kecil Faz menahan kesakitan ini.“Masa ni la nak tengok macam mana bini kita jaga kita,” tulisnya.

Melihat di ruangan IG story pula, pelakon drama, Spa Q itu turut berkongsi keadaan terkini motosikal yang dipercayai telah ditunggang olehnya.Meninjau pula di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis meluahkan rasa terkejut selain mendoakan semoga Fazreen lekas sembuh.Sumber: Instagram Fazreen RafiApa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media

Fazreen Rafi Selesa Watak Suami Orang

SUDAH tiga tahun aktor Fazreen Rafi serius dalam bidang lakonan ini. Namun, wajahnya lebih dikenali di kaca televisyen menerusi lakonannya sebagai suami orang.Jika ada yang perasan, dia pernah melakonkan watak suami dalam beberapa drama seperti Andai Itu Takdir Cinta Kita dan Spa Qistina. Terbaru, dia muncul dengan watak yang sama dalam drama Aalia.

Drama bersiri 68 episod itu akan disiarkan di Astro Prima mulai 26 April ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 9 malam.Bayangkan, lelaki berusia 25 tahun itu belum mengecapi alam perkahwinan. Lalu, dia cuba merealisasikan watak Shahril, suami kepada Aalia setelah membaca keseluruhan skrip yang diterimanya.

“Apabila saya membaca keseluruhan cerita baru saya dapat sesuaikan diri dengan watak itu. Selepas itu, watak itu akan memberikan impak kepada saya tentang apa yang akan berlaku seterusnya,” kata Fazreen ketika sidang media drama bersiri Aalia di Restoran Rebung.

Tanpa bantuan pengarah berpengalaman Indonesia yang berasal dari India, Anurag Vaishnav, mungkin agak sukar Fazreen membawakan watak Shahril.“Ini merupakan pertama kali saya berlakon dengan Anurag. Apabila bekerja dengannya, dia mengajar saya tentang body gesture, syot dan pergerakan badan.

“Saya merupakan seorang yang pemalu. Jadi apabila saya mendapat tahu Kak Zaryn merupakan seorang yang g1la-g1la, saya berasa lebih selesa kerana saya akan automatik bertukar menjadi g1la-g1la juga,” beritahunya yang turut mengagumi pengarah tempatan seperti Zulkiflie M. Osman.

Memang diakui dia selesa dengan watak sebagai seorang suami memandangkan dia juga bakal bergelar suami kepada Sharifah Marlina Ashikin Syed Hassan, 24, selepas dua tahun mengikat tali pertunangan. Mereka bertunang pada 13 Disember 2008.Namun begitu, pemuda berasal dari Klang, Selangor itu masih dahagakan watak antagonis yang lebih mencabar dan menguji dirinya.

Sebelum ini, anak kedua daripada lima beradik itu sudah terbiasa dengan watak-watak antagonis melalui teater.Sehingga ke saat ini, siswazah dari Universiti Malaya dalam jurusan Ijazah Seni Persembahan Drama (Pengarahan) itu masih belum menerima apa-apa tawaran sedemikian untuk kaca televisyen mahupun layar perak.

Jangan ada yang tak tahu, Fazreen bukanlah seperti sesetengah pelakon yang gemar menonton dan menilai lakonan sendiri.Alasannya, dia bimbang sekiranya kesilapan yang dilakukan akan menjejaskan prestasi lakonannya kelak.“Sebab itu kalau nak tengok drama lakonan sendiri, saya akan tengok sekejap sahaja dan tak akan menonton sehingga habis,” cerita pelakon drama bersiri Biru Cinta Laguna, Impian Laili, Adam, Puteri, Ali Din, Bong dan Cintaku Di Mukah itu.

Walaupun begitu, Fazreen akan meningkatkan tahap lakonannya termasuk latihan vokal dengan menyertai kumpulan teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).Sedang rancak berbual, dia sempat meluahkan keinginannya untuk berlakon teater. Namun apakan daya, Fazreen perlu membereskan tawaran berlakon drama yang diterimanya.Kali terakhir dia berlakon teater berjudul The Birds pada setahun setengah lalu. Selain itu, dia juga pernah berlakon dalam teater Tragedi Tun Hamzah, Selendang Sakti, termasuk mengarah teater Tinggi-tinggi Si Matahari, Tiga Dara Terbang Ke Bulan dan Misi.-mtar

Dramatis Fazren Rafi Dikritik Rakam Video Anak ‘Bvli’ Kucing

PETALING JAYA: Dramatis Fazren Rafi, 31, menerima padah apabila dikutuk oleh orang ramai gara-gara dia memuat naik video pendek di Instagram yang memaparkan gelagat anak lelakinya bermain sambil menarik ekor seekor kucing.Perbuatan itu mula menjadi bualan dan toipik hangan di media sosial sejak pukul 11.40 malam Ahad.

Tidak terhenti di situ, laman Instgram milik pelakon itu juga turut dihujani komen-komen yang meluahkan rasa kecewa dan kesal mereka terhadap video tersebut sambil menyifatkan Fazren dan isterinya gagal mendidik anak dengan cara yang betul.

Imej rakaman video yang sempat dirakamkan orang ramai sambil mengutuk sikap Fazren dan isteri kerana membiarkan anaknya bermain dengan kucing sebegitu rupa.Video dan gambar cetakan skrin dari Instagram Fazren dan isteri menunjukkan anak lelaki mereka sedang bergurau sambil mengangkat dengan menarik ekor kucing berkenaan yang dipercayai kucing peliharaan.

Foto itu turut memaparkan kapsyen: “Si pembvli #rizqinuwais rumah atok yang nak berpindah #kucing #cat #pembvli.”Manakala menerusi Instagram isteri Fazren pula, video yang sama turut dimuatnaik dengan kapsyen “#rizqinuwais yang pantang nampak kucing…sian kucing tu hehe.”
Sementara itu Fazren dalam Instagram miliknya memohon maaf terhadap apa yang dilakukan itu dan menyedari kesalahan tersebut.

Maaf sangat-sangat… Anak Faz (Fazren) sayang kucing, dia ‘happy’ bila main dengan kucing, salah Faz upload time dia (bermain) kasar. Lagi sekali Faz moghon maaf dan benda ni tak akan jadi laghi,” katanya. Bagaimanapun, video tersebut sudah dipadam di laman instgram Fazrin setelah dikritik sebelum turut mendapat kritikan  fanpage komuniti pencinta kucing sekitar pukul 2.30 pagi, Isnin.Fazren Rafi sebelum ini pernah popular menerusi drama SPA Qistina (SPA-Q) dan telah berkahwin dengan Sharifah Marlina Ashikin Syed Hassan, 29, pada 1 Mei 2011.Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang anak.-mstar

“Tersedar Dari Mimpi 3.45 Pagi, Mengucap Pnjang Mimpi Isteri Faz sudah tiada…,” Fazreen Rafi

Pelakon Fazreen Rafi ada berkongsi satu mimpi yang alaminya, awal pagi tadi. Menerusi Instagram, bapa kepada empat cahaya mata itu mengalami mimpi di mana isterinya, Sharifah Marlina Ashikin Syed Hassan hembuskan nafas selepas mengalami kejadia yang tidk diingini.Dia yang terkejut dengan mimpi terus tersedar sambil menyifatkan ia cukup memberi kesan seterusnya memohon doa dariNya.

“Tersedar dr mimpi 3,45 pagi mengucap panjang faz.. faz mimpi isteri faz sudah tiada kena lnggar dr belakang lepas tue bermula perjalanan hidup tanpa isteri faz.“Anak2 tanya mommy mana, kena uruskan ank sendiri, ank mintak makan sbb lapar, faz nk pergi kerja ank2 nk ikut sbb xde mommy, faz sediakan semua baju sendiri nk pergi sho0ting, pergi memancing kolam sedih sbb isteri faz xde temamnkan faz,faz pergi lepak, kwn2 ucap takziah siap bg duit, x boleh lepak lama teringatkan isteri all da way bwk moto faz menangis knp u pergi dulu, duduk sujud doa menangis x dpt terima kenyataan knp dia pergi dulu dgn mengejut.

“Dia punya feel tue rasa real sgt2 nie tgh meleleh air mata nie, terasa n terkesan sgt dgn mimpi td.“YA ALLAH AKU MEMINTA, MEMOHON DAN MERAYU PADAMU TOLONGLAH TARIK NYAWAKU DULU, AKU X KAN MUNGKIN KUAT UTK LALUI HIDUP TANPA ISTERIKU.. AMIN,” tulisnya panjang lebar.Serentak dengan perkongsian tersebut, ada di antara pengikutnya yang memberikan reaksi. Antaranya;

Terdahulu, ibu pelakon terbabit, Sutinah Sahari pergi buat selamanya pada hari raya kelima lalu akibat knser usus tahap empat.Fazreen dan Marlina mendirikan rumah tangga kira-kira lebih 9 tahun lalu.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MstarkiniSumber:MH

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.-mstar

Ibu Kepada Pelakon Fazreen Rafi Meninggal Dunia

Ibu kepada pelakon Fazreen Rafi, Allahyarham Sutinah binti Sahari meninggal dunia pada pukul 4:44 petang tadi bersamaan 5 Syawal.Perkara tersebut dikongsi oleh Fazreen atau lebih dikenali sebagai Fazren di Instagram dan Facebook milik beliau.”Assalamualaikum. Untuk makluman mak saya Sutinah binti Sahari (Cik Tin) telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 4:44 petang selepas azan Asar.

“Insya-Allah akan dikebumikan selepas Isyak,” tulis Fazren ringkas di Instagram dan Facebooknya.Fazren tidak berkongsi punca pemergian ibunya yang tersayang, juga di mana Allahyarham bakal dikebumikan.
Gambar kenangan Fazren bersama isteri, nenek dan arwah ibu.

Gempak cuba menghubungi Fazren untuk mendapat maklumat lanjut tetapi mungkin atas urusan pengkebumian, tiada jawapan daripada Fazren.Salam takziah daripada kami di Gempak kepada Fazren, ahli keluarga dan sahabat handai.-gmpk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *