Dedah badan dan tutup pusat. Warganet tetap pertikai gambar yang dikongsi oleh Ismail Izzani yang menayangkan badan berotot sehinggakan ramai yang berbalah

artis

Penyanyi Ismail Izzani meraih perhatian wargamaya apabila memuat naik sekeping foto badan berototnya tanpa memakai baju. Menerusi laman sosial Instagram, Ismail berkongsi foto terbaru perkembangan badannya untuk tatapan umum. “Percaya pada proses, ia mengambil masa,” tulis Ismail sebagai kapsyen.

Namun, di sebalik pujian badan berotot yang diterima, ada wargamaya yang mempersoalkan aurat yang terdedah meskipun Ismail menutup bahagian pusatnya. “Aurat tunjuk kat orang berdosa,” tulis seorang wargamaya. Menerusi komen tersebut, ramai yang berbalah tentang aurat sebenar seorang lelaki pada mata seorang wanita apabila melihat foto tersebut. 

“Perempuan tengok macam mana? Aurat lelaki dekat perempuan menyeluruh,” balas wargamaya terbabit. “Apa ni lelaki saja tapi tak tahu aurat lelaki dari lutut sampai pusat apa la buat malu ja,” kata seorang wargamaya.“Dah tutup pusat bang, aurat lelaki dari pusat sampai lutut. Sekadar pencerahan,” jelas seorang wargamaya.

“Dia hanya tutup aurat pusat bukannya semua di bahagian pusat. Nampak tak beza dia? Masih aurat,” tegas seorang wargamaya.“Dia dah tutup la, tengok la getah boxer dia sampai mana,” komen seorang wargamaya lagi.  Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 53,000 tanda suka dan 450 komen daripada warga Instagram.-metro

Ismail Izzani jaga solat untuk elak perkara negatif – “Apa yang jadi sebelum ini kesilapan saya sendiri”

Ismail lebih terdorong melakukan perkara yang baik.PENYANYI Ismail Izzani memberitahu salah satu cara untuk dia mengelakkan diri daripada melakukan perkara negatif ialah dengan menjaga solat.Ismail, 19, berkata, biarpun masih belum sempurna namun dia yakin solat mendorongnya menjadi seseorang yang lebih baik.

“Nafsu nak buat jahat memang susah kita nak kawal tapi kita kena pandai bahagikan masa dengan benda-benda yang positif.Ismail sentiasa akan cuba untuk tunaikan solat.“Salah satu cara, jangan tinggalkan solat walaupun banyak dugaan tapi saya tetap akan cuba jaga solat.”Bagi saya, kita kena sentiasa ingat Allah sebab dia ingat kita. Mak saya selalu pesan, ingat solat, bila kita solat mendorong kita buat benda baik.”Tidak membawa kita ke arah yang negatif dan malah tidak terasa pun nak buat benda-benda jahat,” kata Ismail kepada mStar.Mak saya selalu pesan, bila kita solat mendorong kita buat benda baik.

Sebelum ini, penyanyi lagu Bidadari ini pernah beberapa kali terpalit dengan kontroversi negatif yang memberi persepsi buruk terhadap dirinya.Dalam pada itu, Ismail memberitahu dia banyak belajar daripada kesilapan terdahulu dan masih dalam proses memperbaiki dirinya.

Ismail mahu perbaiki diri.“Kesilapan itu boleh datang dari mana-mana, kita tengah berdiri pun boleh buat silap. Bagi saya, apa yang jadi sebelum ini adalah keputusan saya sendiri.”Itulah kesilapan saya. Sekarang ini masih dalam proses belajar macam mana nak buat keputusan yang betul untuk diri sendiri.”Bukan nak cakap saya berfikir seperti orang dewasa tapi apa yang saya fikir sekarang untuk kebaikan masa depan saya, keluarga dan peminat,” ujarnya.-msar

Ismail Izzani sedih dan tertekan dikatakan bawa pengaruh buruk kepada rakan sebaya

2018 melihat Ismail Izzani ditimpa pelbagai kontroversi liar. PENYANYI Ismail Izzani berasa sedih dan terkilan apabila dianggap sebagai membawa pengaruh tidak baik kepada rakan-rakannya.Ismail, 19, berkata, perkara itu disedari apabila rakan-rakannya dihalang oleh ibu bapa mereka untuk berkawan dengannya.

Luahan Ismail di Instagram.“Sudah banyak kali sebenarnya saya menghadapi situasi ini, ibu bapa beberapa rakan saya mula menghalang anak-anak mereka berkawan rapat dengan saya kerana dikatakan membawa pengaruh buruk.”Namun perasaan yang saya pendam selama ini sampai ke kemuncak malam tadi sehingga saya alami mntal breakdown, saya akui sedikit terasa hati apabila apabila dilemparkan tudhan sebegitu,” kata Ismail kepada mStar.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Bidadari ini ditemui semasa konsert Kindness Stand Together pada Sabtu.Dalam perkembangan lain, Ismail berkata dia berasa teruja apabila dilantik untuk menjadi duta kempen #standtogether buat kali kedua.Ismail Izzani bersama barisan selebriti yang menyertai kempen #standtogether.

“Sebenarnya kempen ini memfokuskan untuk bersatu memberi bantuan buat para pelajar di sekolah seluruh Malaysia untuk menyebarkan kebaikan sesama mereka.”Ini merupakan tahun kedua saya menjadi duta program #standtogether ini, malah ia membantu saya untuk terus berfikir dengan positif biarpun saya sendiri terpalit dek beberapa isu negatif sepanjang tahun lalu,” katanya.-mstar

“Kalau dah rapat mestilah ada perasaan sayang” – Hubungan Ismail Izzani dan Shalma Eliana direstui keluarga

Ismail kini lebih terbuka berkongsi mengenai hubungan mesra dengan Shalma Eliana di Instagram.PENYANYI Ismail Izzani kini semakin terbuka berkongsi mengenai hubungan mesra dengan pendatang baharu Shalma Eliana di laman sosialnya.Ismail atau nama sebenarnya Ismail Izzani Zainal Nazeri, 19, perasaan sayang terhadap satu sama lain mula timbul sejak mereka berkata rapat.

Malah penyanyi lagu Cinta ini juga mendedahkan keluarga kedua-dua belah pihak sudah saling mengenali.Ismail dan Yana mengenali satu sama lain sejak berusia 14 tahun.“Saya dah dia masih berkawan dan memang kami rapat sebab kongsi minat yang sama iaitu muzik. Sebenarnya keluarga saya dan keluarga dia pun sudah saling mengenali.

“Jadi, apa yang saya kongsi di Instagram itu adalah sesuatu perkara yang baik, dia pun masih baru dalam industri seni.”Kita kalau dah rapat dengan seseorang sudah semestinya ada perasaan sayang. Apa yang saya boleh katakan, saya memang sayang dia,” kata Ismail kepada mStar.Dalam pada itu, Ismail menyedari pasti ada pihak yang beranggapan Shalma cuba mendekatinya disebabkan ingin menumpang popularitinya.

Yana rapat dengan ibu Ismail.Namun menurut Ismail, dia yang mengenali Shalma sejak berusia 14 tahun yakin penyanyi itu seorang yang baik dan tiada istilah ingin mengambil kesempatan terhadap dirinya.”Kalau kata dia menggunakan saya, itu perkara pertama saya fikir dulu. Tapi, mengenalinya sejak dari tingkatan dua, dia bukan sebegitu.”Kami dah lama kenal tapi sekarang ini baru betul-betul mengenali hati budi satu sama lain. Dia seorang yang baik, ikhlas dan sweet girl,” ujarnya.-mstar

Ismail Izzani semakin serius berlakon… kalau dulu sebab Nabila Razali – “Harap penonton terima walaupun macam kayu sikit!”

Ismail Izzani mahu kembangkan karier lakonan secara serius.MULA serius dalam bidang lakonan, penyanyi Ismail Izzani mengakui pada awalnya dia mencuba nasib sebagai pelakon kerana rasa selesa bergandingan bersama Nabila Razali.Menurut Ismail, 20, sebelum ini dia bersetuju menerima dua tawaran lakonan selepas mengetahui penyanyi lagu Peluang Kedua itu merupakan pasangannya dalam drama tersebut.

“Awal-awal dulu saya berlakon sekadar untuk ambil pengalaman sahaja… lebih-lebih lagi apabila mengetahui Nabila Razali merupakan salah seorang pelakon dalam drama itu.”Dia punca saya bersetuju! Mungkin sebab kami dah saling kenal, jadi proses penggambaran itu berjalan lancar dan saya tak rasa kekok. Tapi sekarang ini apabila perlu bergandingan dengan pelakon lain, saya kena cabar diri untuk mencuba.

“Berlakon dengan orang baharu umpama satu pengalaman baharu, rasa gementar dia lain macam… sejujurnya ada sedikit tekanan tetapi Alhamdulillah saya semakin membiasakan diri,” katanya kepada mStar. Ismail Izzani selesa bergandingan bersama Nabila Razali.Ismail Izzani ditemui di set penggambaran drama terbaharu berjudul Lelaki Lingkungan Cinta terbitan Zeel Production, baru-baru ini.Dalam drama yang menampilkan beberapa pelakon baharu iaitu Shasha Abedul, Cik B, Shalma Eliana dan Aniq Hero Remaja ini akan disiarkan pada Oktober ini di slot Lestari, TV3.

Kalau ada rezeki dalam bidang ini saya terima sahaja dan akan terus belajar dari kesilapan.

Sebelum ini, penyanyi lagu Nyawa ini pernah digandingkan bersama Nabila Razali dalam drama Lelaki Kelas Sebelah dan Kebaya Kasut Kanvas.Sementara itu, Ismail berkata dia kini bersedia menerokai dunia lakonan dan sedang berusaha memperbaiki mutu lakonan.Malah, dia banyak mempelajari teknik lakonan dengan sahabat baiknya yang juga penyanyi iaitu Naim Daniel.

Ismail Izzani mahu serius timba ilmu lakonan.“Sekarang ini saya sedang belajar perlahan-lahan mengenai ilmu lakonan. Industri hiburan ini luas dan bagi saya rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk.”Kalau ada rezeki dalam bidang ini saya terima sahaja dan akan terus belajar dari kesilapan. Saya mahu serius mencari ilmu lakonan.”Alhamudlillah Naim banyak kongsi ilmu dan kami sering bertukar pandangan dan idea. Cuma harapan saya penonton akan terima lakonan saya walaupun mungkin akan nampak kayu sedikit!,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *