Tanpa ragu Azad Jasmin luah rasa teringin menikah lagi. Respon dari Eira Syazira mengejutkan orang ramai susulan jawapannya di luar jangkaan

artis

Pelakon Azad Jasmin mendedahkan isterinya aktres Eira Syazira memberi kebenaran kepadanya untuk bernikah lagi.Azad berkata dia memberitahu kepada isteri tentang hasrat tersebut dan tidak pernah dihalang Eira, malah memberi sokongan.“Memang saya teringin nak ‘menikah’ lagi. Isteri saya tak kisah nak menikah berapa kali pun dan dia izinkan.

“Dengan syarat, kena bersanding dengan orang yang sama iaitu dengan dia. Saya pula memang dah lama menyimpan hasrat nak bersanding sekali lagi.“Jadi saya rasa pada ulang tahun kami yang kesembilan ini dengan memiliki tiga orang anak adalah waktu terbaik untuk realisasikannya,” katanya.

Ezad dan Eira bersanding sekali lagi pada majlis ulangtahun kesembilan perkahwinan mereka pada 16 September lalu.“Alhamdulillah berkat bantuan adik kandung, adik ipar dan rakan kongsi produk Bobba Fitz. Dengan bantuan penaja lain termasuk Rass Deco, jadilah apa yang saya impikan,” katanya.

Tambah Azad, apa yang dilakukannya itu juga sebagai menghargai Eira.
“Saya bersyukur ditemukan isteri. Dialah ‘supermom’ kepada anak kami. Biarpun kami berbeza sikap, tapi apabila masuk dalam dunia perkahwinan, kami saling percaya.“Kami kini lebih matang. Elakkan hal negatif dan tak perlu. Tak sangka juga perkahwinan kami sudah melepasi angka sembilan. Rasa macam baru saja kahwin dan bercinta dengannya,” kata Azad.Selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga, Azad dan Eira dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Amarra Sofea Rose, 7, Ameisya Leanne Rose, 4 dan Areisya Suri Rose, 2.-gmpk

Bersempena Ulang Tahun Perkahwinan Yang Kesembilan. Eira Syazira Dikejutkan Dengan Hadiah Yang Bernilai RM15000 Dan Tak Sangka Dia Hampir Batalkan Perancangan Tersebut

Pelakon Eira Syazira mendapat kejutan set barang kemas bernilai RM15,000 pada majlis ulang tahun perkahwinannya yang kesembilan, pada 16 September lalu (semalam).Selain itu, Eira dan suaminya pelakon Azad Jasmin turut  bersanding semula buat pertama kali di atas pelamin dan makan beradab di Dealove Place, Sunway Nexis, Damansara.

Eira berkata, dia tidak tahu tentang majlis kejutan yang diatur suaminya, kerana Azad memberitahu ingin meraikan ulang tahun perkahwinan mereka dengan majlis makan malam ‘candle light dinner’.“Jika selama ini saya yang lebih ke depan dalam bab menganjurkan sesuatu termasuk meraikan ulang tahun perkahwinan kami. Dia (Azad) hanya bersetuju dan menjadi ‘Mr Okey’.

“Cuma sekitar dua bulan lalu, dia cakap nak buat sesuatu kononnya nak menghabiskan masa bersama menikmati ‘candle light dinner’. Syaratnya saya tak boleh tanya apa pun dan tengok telefon bimbitnya.“Malah serba serbi persiapan daripada memilih gaun yang nak dipakai dan jurusolek pun dia sediakan. Saya tak sangka pula rupa rupanya dia buat sesuatu yang di luar kotak fikiran.

“Memang terkejut hingga rasa sebak apatah lagi ada keluarga, teman rapat dan pihak media serta blogger yang ‘bersengkongkol’ dengannya,” kata Eira.Pelakon dan penyanyi yang juga ibu kepada tiga cahaya mata perempuan ini bagaimanapun mengakui cuba untuk merosakkan perancangan kejutan suaminya.

“Saya terlebih dulu meraikan ulang tahun perkahwinan kami di Pulau Langkawi, dua hari sebelum kejutan ini terjadi.“Dalam hati cuba mengorek dan menyiasat apalah yang cuba dilakukan suami. Kami tiba di Kuala Lumpur dari Langkawi pada sebelah siang sebelum kejutan ini terjadi.“Saya sampai cakap keletihan sekembalinya dari pulau itu dan meminta ditunda saja ‘candle light dinner’ ini. Malah saya sampai minta percutian di Langkawi dilanjutkan beberapa hari.

“Tapi dia berkeras cakap tak boleh kerana semua sudah diatur. Mahu atau tidak saya terpaksa menurut,” kata Eira.Set barang kemas berupa cincin, rantai, gelang dan anting-anting bernilai RM15,000 itu dihadiahkan oleh pihak Emas Rozita yang beroperasi di Ipoh, kepada Eira.Pada majlis kejutan itu, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, Aiman Tino, Fareez Fauzi dan bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus  turut hadir.-gmpk

Eira dicari media Indonesia isu pemuj4an

KUALA LUMPUR: Sekadar beralih arah ke rentak muzik, percubaan penyanyi dan pelakon, Eira Syazira, 36, menyampaikan single berentak Jawa Koplo remix berjudul Kau Yang Ku Sayang menimbulkan isu panas.Segelintir warganet mempertikaikan konsep muzik video yang dipersembahkan. Menerusi ruangan komen dalam laman YouTube, warganet mendkwa muzik video lagu Kau Yang Ku Sayang seperti melakukan ritval pemuj4an terhadap Ratu Nyai Roro Kidul, kisah lagenda yang cukup popular di negara seberang itu.

Nyata, komen peminat menimbulkan perasaan kurang senang kepada Eira atau nama sebenarnya, Syazira Shuhaimi hingga memaksanya memberi penjelasan dalam laman Instagram, baru-baru ini.Eira berkata, dia terkejut dengan komen yang diterima berhubung muzik video berkenaan.Mengakui dihantui perasaan bimbang, wanita kelahiran Kuala Lumpur itu berkata, dkwaan melakukan ritval 4bukan perkara main-main kerana ia berkaitan soal akidah.

“Saya tak sangka hingga tahap itu pemikiran warganet mengenai konsep muzik video ini. Saya percaya dkwaan timbul apabila melihat lenggok tari dan baju berwarna hijau yang cukup sinonim dengan penampilan wanita dimaksudkan.“Selain itu, lokasi pantai juga membuatkan ramai beranggapan saya melakukan ritval berkenaan.

“Konsep muzik video dibuat sejajar dengan genre Jawa Koplo remix yang didendangkan. Bagaimanapun, saya bimbang apabila ada yang menyamakannya dengan upacara pemuj4an. Ini sangat sensitif buat saya,” katanya kepada BH Online.Pelakon filem Ngngkung dan Aku Bukan Tomboy itu berkata, dia dicari media massa di Indonesia yang mahu mendapatkan penjelasannya berhubung muzik video itu.

“Saya dimaklumkan, ramai wartawan mencari wakil syarikat pengurusan mempersoalkan isu ini. Saya berharap ia tidak menjadi isu besar kerana ia hanya sebuah tarian dan tiada kena mengena dengan ritual seperti didkwa.“Dari konsep, tatarias dan pakaian, semuanya disediakan pihak produksi. Saya hanya mengikut arahan sahaja,” kata ibu kepada tiga cahaya mata itu.

Walaupun dihambat kontroversi, namun Eira bersyukur kerana lagu Kau Yang Ku Sayang mendapat respon yang baik daripada peminat.“Saya percaya peminat sudah lama menantikan saya membuat perubahan dari segi genre muzik.“Sebelum ini, saya lebih selesa mendendangkan lagu bergenre pop dan balada. Namun, saya memberanikan mencuba muzik yang mempunyai ramai pengikut desakan peminat dan syarikat rakaman yang mahukan perubahan.“Sebenarnya sudah ramai peminat menyuarakan pandangan supaya saya membawakan lagu bergenre Jawa Koplo remix ini. Genre ini amat popular di Indonesia,” katanya.-bh

Eira Syazira berhijrah ke Jakarta

KUALA LUMPUR: Hampir tiga tahun tertangguh selepas dilamar syarikat pengurusan artis Indonesia, Eira Syazira akhirnya nekad berhijrah ke Jakarta, bulan depan bagi mengembangkan karier seni.Bernaung di bawah Syarikat Positif Arts Entertainment yang menguruskan artis popular republik itu seperti Ayu Tingting, Wali Band, Matta Band dan Kerispatih, Eira mengaku keputusan berhijrah ke Jakarta cukup besar buat dirinya dan keluarga.

“Biarpun suami dan anak-anak ikut serta, tetapi tinggalkan keluarga dan tanah air untuk mencari kehidupan yang lebih baik di negara orang memerlukan kekuatan jiwa.”Ada ketika perasaan takut menguasai diri, bimbang dit1pu dan dipermainkan. Bagaimanapun, saya sudah hampir tiga tahun bernaung di bawah syarikat itu.

“Mereka melayan saya dengan baik hingga sanggup menunggu hampir tiga tahun. Sepatutnya, saya berhijrah ke Jakarta selepas melahirkan anak kedua, tetapi saya hamil tanpa sedar, tidak lama kemudian,” katanya kepada BH Online.Isteri kepada pelakon Azad Jasmin memberitahu, dia bakal menghasilkan album di bawah naungan syarikat rakaman, PT Nagaswara Sakti selain diberi peluang membintangi drama atau sinetron, Ramadan ini.

Eira berkata, dia juga perlu menunaikan janji untuk menyelesaikan rakaman lagu kedua berjudul Say ciptaan dan lirik dihasilkan komposer Indonesia, Endrru.”Saya pernah merakamkan lagu Masih Ada Jodoh dua tahun lalu, tetapi tidak sempat dipromosikan,” katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran produk kesihatannya, Seri Lady di The Sanggul di sini, hari ini.

Eira yang yang melonjak nama menerusi drama Bara dan Cinta Balqis itu berkata, keputusan besar yang diambil untuk berhijrah ke Jakarta adalah atas doa, restu dan semangat suami.”Kalau diikutkan, saya hanya mahu duduk di rumah menjaga tiga cahaya mata, apatah saya baru saja melahirkan anak ketiga.”Bagaimanapun, Azad memberi semangat untuk saya melebarkan sayap ke Jakarta. Alhamdulillah, rumah dan kenderaan disediakan untuk saya.”Saya akan ke Jakarta, lusa untuk rakaman lagu single kedua, tetapi kembali semula selepas urusan kerja selesai dan membuat persiapan berpindah,” katanya.-bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *