Pelik tapi itulah kenyataannya. Man pernah dikritik buruk sebab gemuk. Lepas kurus warganet mula kritik muka dan ini komen padu dari Man Raja lawak sendiri

artis

Selepas berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 30kg, Man Raja Lawak berdepan kritikan warganet mengenai rupanya yang kelihatan menggeleber (haggard).Man berkata, jika dahulu ketika berbadan gempal dia dikritik kerana hodoh namun tidak menyangka apabila berat menurun timbul pula kritikan lain.

“Saya sedar diri memang bukan dilahirkan kacak macam hero Hollywood atau Bollywood. Apatah lagi seperti bintang popular di negara kita. Wajah saya memang tahap biasa saja. Orang kampunglah katakan.“Ada yang cakap muka saya bertambah buruk dan ‘h4ggard’ apabila berjaya menurunkan berat badan. Saya tak boleh ubah kejadian Tuhan. Saya terima diri seadanya. Tapi saya bangga akhirnya berjaya kurus dengan bantuan Cococurv.

“Tapi soal fizikal itu sangat subjektif. Buruk di mata orang itu, tak semestinya buruk di mata lain,” katanya merendah diri.Selain itu ada juga dkwaan mengatakan Man bertemu doktor untuk menjalani prosedur operasi bariatrik atau potong usus sebagai ftnah.“Kalau ada yang cakap saya jumpa doktor untuk potong usus atau operasi apa apa sekalipun, percayalah saya nak keluar rumah pun tak boleh sebab Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dikuatkuasakan.

“Tak baik ftnah cakap saya jumpa doktor. Memang taklah, melainkan doktor tu jiran sebelah rumah dan boleh buat operasi kat rumah dia je.“Tapi tu lah, kalau asyik fikir cakap orang, sampai ke sudah kita akan terus berada di takuk lama. Jadi saya ambil pendekatan tak ambil peduli. Memujuk hati, saya anggap mereka dngki dan cemburu dengan apa saya berjaya lakukan.

“Lepas itu akan terpacul soalan atau pandangan apabila gemuk dan tiba tiba kurus serta nampak sakit. Kalau kurus bertukar jadi gemuk mungkin orang fikir kita bahagia.“Tapi apa yang merisaukan saya apabila berat badan naik dan boleh mendatangkan sakit. Hembukan nafas terakhir sekarang pun tak kira usia. Di usia sekarang, 43 tahun… saya hanya nak sihat. Cakaplah apa mereka nak cakap. Janji saya sihat,” katanya.

Bagaimanapun kata Man, dia berharap akan terus memberi inspirasi kepada mereka di luar sana yang masih berusaha nak turunkan lemak di badan.“Saya sendiri tak menyangka boleh turun berat badan. Dulu saya rasa semua ini mustahil. Namun tak ada yang mustahil dengan Cococurv.  Ia memang produk hebat dan berkesan. Ramai testimoni berjaya membuktikan keberkesanannya.

“Betul bukan mudah nak kurus. Pasti ada liku yang bertandang. Semua itu cabaran yang mematangkan. Tetapi sekali kita dapat dan berjaya di atas apa diusahakan, itulah nikmat hidup yang tak boleh ditukar ganti atau dibayar dengan wang ringgit sekalipun.“Saya sekarang lebih selesa dan yakin diri. Nak pakai apa jenis gaya pun sudah boleh. Alhamdulillah tawaran berlakon dan kerja melawak pun tak putus. Saya selama ini pun orang kenal kerana bakat, rupa itu bonus yang jatuh di tangga kedua,” katanya.

Man dalam tempoh tiga bulan sejak Februari hingga Mac lalu berjaya mendapatkan berat dari 98 kilogram menjadi 68 kilogram.“Kalau kita letakkan niat, fokus dan semangat nak kurus, memang tiada yang mustahil. Saya mula minum Cococurv sejak Februari iaitu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan lagi.“Sampai sekarang saya terus istiqomah dalam hal ini. Saiz baju saya kini M dan dulu 2XL. Ukur lilit pinggang pun daripada 39 sentimeter jadi 30 sentimeter,” katanya.-gmpk

Setelah Sekian Lama Menyepi Tiba Tiba Man Raja Lawak Tampil Bersuara Lantang Ungkit Balik Hutang Yang Ogy Ahmad Daud Belum Bayar. Terkedu Rupanya Masih Banyak Lagi Jumlahnya.

Kuala Lumpur: Pelawak dan pelakon, Man Raja Lawak berharap penerbit, Ogy Ventures & Network dapat melunaskan baki bayaran lakonannya yang masih tertungggak. Man atau atau nama sebenarnya Abdul Rahman Kasim, 43, berkata sudah berbulan-bulan dia menunggu dengan sabar baki bayaran yang hingga kini tidak diterima lagi.

“Baki bayaran saya RM7,000 yang belum dilunaskan produksi berkenaan, milik pelakon Fauziah Ahmad Daud atau saya panggil, kak Ogy. “Sudah empat kali sebenarnya penerbit mungkir janji untuk bayar. Tarikh baharu yang diberikan kini ialah 18 September. Jadi, saya akan tunggu dan harap betul-betullah duit itu ada.

“Saya faham, penerbit sekarang pun pasti berusaha gigih mengumpul wang untuk membuat pembayaran berkenaan. Tapi, kenalah sedia maklum saya pun ada komitmen juga,” katanya. Menurut Man lagi, dia hanya mampu terus menunggu bayaran berkenaan dibuat kerana hutng tetap hutng yang perlu dilunaskan oleh pihak penerbit.

Apapun, katanya dia tetap kagum dengan sikap bertanggungjawab penerbit kerana masih ingat pada hutng yang belum selesai itu. Cuma, berharap pembayaran tidak lagi ditunda. Terdahulu, pada 28 Februari dan 1 Mac lalu, Man terbabit dalam pementasan teater Krupsi Dewan Semandung arahan Khir Rahman yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Man menggantikan posisi Abam Bocey yang sepatutnya beraksi dalam teater itu. Bagaimanapun, hingga kini kemelut bayaran tertunggak kepada sebahagian pelakon dan kru produksi teater didakwa masih belum selesai. Teater Korupsi Dewan Semandung turut membariskan pelakon lain seperti Mark Adam, Tauke Jambu, Douglas Lim, Syura Badron, Azmi Caliph Buskers dan ramai lagi.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Kucing Media OnlineSumber : HM

Berjaya Turunkan Berat Badan Tapi Nampak Seakan Sakit Dan Tua. Ini Penjelasan Dari Man Raja Lawak Sendiri Bila Dikatakan Melakukan Operasi

PELAWAK dan pelakon, Man Raja Lawak yang sudah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 30 kilogram kini terpaksa berhadapan dkwaan segelintir warganet yang mengatakan dia nampak tua, seperti orang sakit dan kelihatan kurang sihat.Menurut Man atau nama sebenarnya Abdul Rahman Kasim, 43, lebih hebat lagi dia turut dikatakan melakukan operasi gastroplasty atau membuang perut untuk kurus.”Saya memang tak pernah buat apa-apa operasi di perut pun untuk kurus dan hanya mengamalkan minum produk kesihatan berperasa koko yang dijual itu selama tiga bulan.

“Kalau nak buat operasi, mestilah kena jumpa doktor dan ketika saya amalkan minuman koko itu, negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu akibat Covid-19.”Malah, kawasan perumahan saya di Selayang ini pun ketika itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) lebih dua minggu, tak boleh keluar kerana dipenuhi kawat dawai.

“Jadi, bila masanya saya pergi buat operasi perut seperti didkwa. Bukan itu saja, saya juga dikatakan kurus sangat sekarang kerana mengalami masalah kncing manis teruk,” katanya kepada Harian Metro.Menurut Man, hingga kini dia bersyukur dirinya dikurniakan kesihatan yang baik. Katanya, dia juga sudah melakukan pemeriksaaan kesihatan dengan doktor dan disahkan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan termasuk kncing manis.

“Apapun, Saya anggap segala  yang dilalui kini sebagai ujian ada pihak cuba nak jtuhkan perniagaan produk minuman kesihatan dijalankan itu. Namun, saya tak gentar.”Bagi saya, cabang rezeki Allah itu sangat luas. Jangan cepat kecewa dengan dkwaan orang dan teruskan saja apa yang sudah saya usaha selama ini buat menyara keluarga,” katanya.

Man ,sebelum ini berhadapan masalah berat badan melebihi 90 kilogram. Namun, pada awal Jun lalu , dia berkongsi kejayaannya memiliki berat badan 68 kilogram daripada 98 kilogram, selepas dia mengamalkan produk minuman kesihatan berperisa koko selama tiga bulan.Selain itu, baru-baru ini, Man juga dikaitkan pembohongan wang sumbangan yang ingin diagihkannya kepada orang ramai menerusi sebahagian duit kemenangan diperoleh dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega, tahun lalu bersama kumpulan Puteh.-ctto

Warganet Ragu Ragu Dengan Man Raja Lawak. Man Dikatakan Mahu Jadi Hero Sedekah Ribuan Ringgit Dan Ini Tindakan Mengejut Yang Diambil Man

Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terjadi pada bulan Mac lepas, Man Raja Lawak, 42, telah mengumumkan bahawa beliau akan menghulurkan sumbangan RM50,000 kepada rakyat Malaysia yang terputus rezeki akibat penularan virus COVID 19.

Wang RM50,000 itu katanya hasil daripada wang kemenangan yang dia perolehi selepas menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega 2019 lalu. Tup-tup tak ada angin dan ribut, seorang warganet telah mengatakan Man Raja Lawak sebagai pembohong dan janjinya untuk menghulurkan bantuan sebanyak RM50,000 itu sebagai cakap kosong semata-mata. 

Menerusi perkongsian Man sendiri di Instagram, lelaki ini juga berkata, disebabkan pembohongan itulah populariti Man semakin menurun. Pulakkk! Tidak hanya mendiamkan diri, Man pada masa yang sama membalas untuk bersemuka dengan individu terbabit untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

“Jom dik jumpe abg kat balai.. abg tunjuk smue bukti depan mata ko nanti.. lepas tu abg saman ko pulak.. abg dpt duit 4 juta abg bagi sumbangan lagi pasal abg mmg nak nampak HERO di mata masyarakat.” “Saman la… kita tengok siapa yang menang kes”

Walau bagaimanapun, individu berkenaan kembali membalas di ruang komen yang dia mencabar Man untuk mengemukakan saman dan lihat siapa yang menang kes ini di mahkamah. Amboi! Apa-apapun, rakan artis seperti Shuib dan warganet lain ‘back up’ Man Raja Lawak dan mengatakan tuduhan tersebut tak berasas langsung. Kalau betul pernyataan tu ftnah, tak baik jatuhkan orang dengan cara macam ni. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *