Manfaatkan cuti. Afgan tampak lain dan rupanya i i perubahan dan aktiviti yang dia lakukan sepanjang duduk di rumah

artis

Afgan melakukan senaman angkat berat di rumah selama 30 minit.MESKIPUN masih dalam tempoh pandemik wabak Covid-19, penyanyi Afgansyah Reza tetap menjalani gaya hidup yang sihat dengan melakukan akvitivi bersenam di rumah.Memetik laporan Liputan6, Afgansyah atau lebih dikenali sebagai Afgan memberitahu antara aktiviti senaman yang dilakukan di rumah iaitu angkat berat selama 30 minit.

“Lakukan aktiviti bersenam sepanjang tempoh pandemik wajib sebab sebelum ini pun, sudah menjadi kebiasaan saya menjalani gaya hidup sihat.”Salah satu aktiviti yang saya boleh lakukan di rumah iaitu angkat berat dan tak perlu lama-lama… hanya 30 minit saja. Sebenarnya bersenam ini membuatkan fikiran kita menjadi positif,” kata Afgan.

Afgan berkongsi perkara itu ketika konsert ulang tahun ke-22 Herbalife Nutrition Indonesia yang diadakan secara maya pada Sabtu lalu.Sekitar 3,000 penonton yang menyaksikan konsert virtual itu menerusi saluran Youtube.-nstar

Betul-betul macam oppa! Afgan nyanyi lagu sendiri dalam bahasa Korea, buat kejutan untuk peminat

Afgan menyanyikan lagunya sendiri berjudul Sudah dalam bahasa Korea.PENYANYI Afgan mengadakan pertemuan istimewa bersama peminatnya di Seoul, Korea Selatan pada Jumaat lalu.Menurut laporan Tribunnews, dalam pertemuan tersebut Afgan membuat kejutan untuk peminatnya dengan menyanyikan lagu dalam bahasa Korea.

Dalam persembahannya itu, Afgan menyanyikan lagu berjudul Sudah yang ditukarkan dalam bahasa Korea menjadi Gu Man.Afgan bertemu peminat di Korea.Idea untuk menyanyikan lagu Sudah dalam bahasa asing itu adalah atas cadangan seorang temannya yang berpendapat melodi pada lagu tersebut seakan-akan muzik Korea.

“Ceritanya begini, saya ada lagu berjudul Sudah… saya cerita kepada seorang kawan di Korea dan dia beritahu kenapa lagu itu tidak dinyanyikan dalam bahasa Korea.”Katanya, melodi pada lagu itu sama seperti lagu-lagu Korea, jadi tak salah untuk cuba!,” ujarnya.Percubaan Afgan menyanyikan lagu dalam bahasa asing itu menerima pujian peminat yang hadir pada malam tersebut.-mstar

Adik saudara mengata Afgan sombong, enggan bantu kerjaya nyanyian

Penyanyi baharu Yory Fortuna yang juga sepupu kepada Afgan mendkwa bintang terkenal itu bersikap sombong dan lupa daratan.PENYANYI baharu Indonesia, Yory Fortuna kesal apabila kerjaya nyanyiannya itu tidak mendapat sokongan abang saudaranya sendiri iaitu Afgansyah Reza.

Yory yang baharu melancarkan single berjudul Mencinta ini berkata, dia menceburi bidang seni suara tanpa bantuan mana-mana pihak termasuk penyanyi terkenal itu.”Saya masuk bidang ini kerana orang tua saya percaya bahawa saya ada bakat menjadi penyanyi. Hobi menyanyi sejak daripada kecil lagi.

“Orang tahu saya adik sepupu Afgan dan mendkwa saya masuk dalam bidang ini dengan mudah kerana bantuan Afgan namun sejujurnya Afgan tidak membantu saya sama sekali,” ujarnya seperti dipetik KapanLagi.com.Bagaimanapun Yory berkata, dia tidak mahu membesarkan hal itu bagi mengelakkan menynggung mana-mana pihak.

Yory tampil dengan single pertamanya yang berjudul Mencinta.“Kalau saya cerita terlalu banyak takut ada pihak tersnggung dan warganet juga akan membli saya,” ujarnya.Tambah dia, ibu-bapanya pernah meminta bantuan penyanyi itu namun permintaan tersebut tidak dilayan Afgan.Yory turut mendkwa Afgan seorang saudara yang sombong dan lupa daratan.

Katanya, penyanyi itu juga turut menolak jemputan untuk menghadiri pelancaran lagu baharunya baru-baru ini.”Dia menolak dengan jawapan yang sombong, seperti orang lupa daratan. Itu salah satu contoh dia tidak menyokong kerjaya saya… Itulah yang saya rasakan sebagai adik sepupunya,” ujarnya.-mstar

Afgan Jawab Isu Tiket Konsert Dijual Mahal

Afgan (kiri) bersama Pengarah Urusan Netzah Production, Shirazdeen Karim.KUALA LUMPUR: Penyanyi Indonesia Afgan Syah tidak pernah meletakkan dirinya setaraf dengan penyanyi-penyanyi terkenal selepas harga tiket untuk konsertnya Suara Hati Afgan pada 18 September depan dijual agak tinggi.

Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza, 26, berkata dia juga tidak mengetahui harga tiket yang dikenakan dalam konsert tersebut kerana ia adalah urusan pihak penganjur.”Saya tidak pernah meletakkan diri saya setaraf dengan artis-artis ternama yang sudah popular di Malaysia seperti Kris Dayanti dan Rossa. Sejujurnya saya tidak tahu tentang harga tiket kerana ia adalah urusan penganjur.

“Saya hanya fokus untuk memberikan persembahan yang terbaik dan berbaloi dengan harga tiket yang akan dibayar oleh penonton,” ujarnya kepada mStar Onlinepada sidang media konsert berkenaan di E & O  Residences, di sini, Rabu.Konsert tersebut bakal berlangsung pada 18 September depan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.Tiket menyaksikan persembahannya dijual dari RM133 sehingga RM855.

Afgan. Afgan berkata demikian ketika diminta mengulas pertanyaan tentang harga tiket yang agak mahal untuk konsertnya.Katanya, harga tiket tersebut sama dengan harga pada konsert sulungnya yang berlangsung di Indonesia pada Februari lalu berjudul Dari Hati Afgan.

“Saya tidak tahu kadar harga di negara ini, namun pada konsert saya yang lalu juga harga tiket tertinggi lebih kurang sama sekitar RM800 dan Alhamdulillah semuanya habis dijual,” ujarnya.Dalam pada itu, Afgan berjanji untuk memberikan persembahan bertenaga yang tidak mengecewakan peminat.

“Jangan risau kerana saya akan sedaya upaya membuat penonton menikmati keseluruhan konsert benar-benar dari hati.”Pada malam itu juga saya akan membawakan 23 buah lagu termasuk beberapa lagu yang dipopularkan penyanyi Malaysia. Selain itu akan ada juga beberapa kejutan kepada penonton,” ujarnya.

Konsert tersebut turut menampilkan penyanyi undangan iaitu Datuk Rossa yang akan mendendangkan sebuah lagu duet mereka berjudul Kamu Yang Ku Tunggu.Sementara itu, ditanya tentang populariti yang dikecapinya di negara ini, Afgan berkata, dia mengakui perkembangan positif apabila semakin dikenali menerusi lagu-lagunya yang popular di negara ini.

“Alhamdulillah, saya lihat rakyat negara ini kenal saya menerusi lagu-lagu saya dan sedikit-sedikit ada peminat di sini.”Selain itu, saya juga antara artis bertuah kerana sering diundang untuk membuat persembahan di Malaysia,” katanya.Sementara itu, Pengarah Urusan Netzah Production, Shirazdeen Karim berkata, harga yang ditetapkan untuk konsert tersebut adalah berdasarkan pencapaian penyanyi itu  Indonesia dan Malaysia.

“Harga tiket adalah bersesuaian dengan nama Afgan dan kita juga menawarkan beberapa harga lain, cuma yang mahal untuk tiket yang dapat bertemu dan beramah mesra dengan Afgan selepas konsert.”Sekarang tiket sudah 50 peratus terjual dan  tiket yang laris ialah tiket paling mahal,” katanya.Selain RM133 dan RM855 tiiket turut dijual pada  RM483, RM377, RM272 dan RM165.-mstar

Khabar Angin Afgan, Rossa Bertunang

KEHADIRAN penyanyi Datuk Rossa di sebuah majlis hiburan di Indonesia mencuri tumpuan peminat apabila dikatakan dia sudah bertunang dengan penyanyi Afgan.Peminat mula membuat andaian tersebut setelah melihat cincin dijari Rossa yang ternyata mencuri tumpuan warganet.Lebih-lebih lagi ketika itu Rossa mempamerkan barang kemas tersebut ketika bergambar bersama Afgan.

Rossa selesa bersahabat dengan Afgan.Menerusi portal hiburan Tribunnews.com, Rossa menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu cincin yang tersarung dijari manisnya itu adalah cincin sama yang selalu dipakai olehnya.”Mana ada bertunang, memang hari itu saya dan Afgan ada bergambar menggunakan aplikasi Boomerang.

“Kebetulan cincin yang kamu lihat itu adalah cincin yang selalu saya pakai.Rossa bukan sahaja popular di Indonesia, malah dikenali di Malaysia.“Bertunang itu hanya pada fikiran orang sahaja, sedangkan tidak!,”katanya.Malah, penyanyi lagu Pudar ini  mengaku tidak bermaksud untuk mempamerkan cincin tersebut sehingga menimbulkan persoalan warganet.Dalam hal ini, nampaknya peminat Indonesia seolah-olah memberi ‘restu’ hubungan Rossa dan Afgan.-mstar

Afgan Seronok Mengarah Filem

KUALA LUMPUR: Penyanyi Afgan tidak sangka mampu menyelesaikan filem sulungnya berjudul Gla Dan Jiwa baru-baru ini walaupun melalui pelbagai cabaran sepanjang pembikinan karya itu.Afgan atau nama sebenarnya Afgan Syahreza, 25, bagaimanapun berkata, ia merupakan pengalaman yang menyeronokkan memandangkan ia kerja di luar bidang nyanyian.

“Menjadi seorang pengarah bukannya mudah kerana kita mesti tahu apa yang diinginkan dalam filem. Kerana itu saya sendiri menulis skrip karya ini.”Walaupun ada macam-macam cabaran, pengalamannya sangat menyeronokkan. Ia mengajar saya cara bermain visual dalam sesebuah penceritaan yang ingin disampaikan,” katanya.
Afgan ditemui pada majlis pelancaran single Katakan Tidak di The Red Box Plus, Pavilion disini pada Khamis.

Afgan.Filem Gla dan Jiwa  yangbakal ditayangkan tahun depan di Indonesia mengisahkan tentang kehidupan seorang lelaki yang sering dibli ketika kecil. Dalam perkembangan lain, Afgan turut sibuk dengan persiapan  mengadakan konsert solo berskala besar di Jakarta pada 14 Februari 2014 dan kemudian merancang untuk mengadakan konsert di Malaysia pula.

“Bagaimanapun, sebelum sibuk dengan persiapan itu, saya akan ke beberapa negara Eropah untuk bercuti pada 4 Oktober ini.”Saya mahu menenangkan fikiran, selain mendapat ilham muzik di sana. Mana tahu, balik daripada bercuti nanti, idea muzik saya lebih segar,” ujarnya.Sementara itu, diusik pula adakah dia sudah menemui cinta baharu, kata Afgan, dia lebih selesa hidup solo dahulu kerana ingin memberi fokus sepenuhnya dalam kerjaya.Tags/Kata Kunci:8mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *