Kempen PRN Sabah semakin heboh diperkatakan. Dijangka sesuatu akan berlaku ekoran kes COVID19 di negeri tersebut tinggi dan ini keterangan lanjut dari Prof Dr Sazaly

berita

Kempen PRN Sabah semakin sengit melibatkan seramai 447 calon bertanding di 73 DUN.JIKA mata sengaja dibvtakan, telinga sengaja dipekakkan, hanya untuk mencapai matlamat kempen berpolitik semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, pastinya Covid-19 yang kini dianggap ibarat ‘b0m jangka’ akan meletvs pada bila-bila masa.Kekhuatiran itu wajar ditakuti kerana sehingga ke hari ini, sebanyak 643 kes positif dilaporkan berlaku melibatkan enam kluster di Sabah iaitu Kluster Benteng Lahad Datu (LD) sebanyak 583 kes, Kluster Pulau (29 kes), Kluster Bakau (3 kes), Kluster Selamat (19 kes), Kluster Kuarters (5 kes) dan Kluster Laut (4 kes).

Kluster Benteng Lahad Datu menjadi penyumbang terbesar jangkitan yang mula dikesan pada 1 September lepas daripada dua pendatang tanpa izin (PATI) yang ditahan di l0k4p Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.Namun, apa yang semakin membimbangkan rakyat Malaysia ketika ini ialah gelombang virus Covid-19 yang sedang memuncak di Sabah ketika ini bakal mel3dak bukan sahaja di Negeri Bawah Bayu itu bahkan menular ke negeri-negeri lain.Ini berikutan berbondong-bondong gerombolan jentera pelbagai parti dari seluruh negara kini berkampung selama lebih dua minggu di Sabah untuk berp3rang dan bergasak pada kempen PRN Sabah.Calon PRN Sabah terpaksa mengelakkan kempen dalam jumlah penyokong yang besar dan di tempat yang sesak.

Kebimbangan itu semakin menakutkan apabila semalam dilaporkan seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO diisolasi di hospital di Kota Kinabalu manakala sekumpulan jentera UMNO dari Wilayah Persekutuan diarahkan melakukan kuarantin di rumah selepas dikhuatiri terdedah kepada virus Covid-19.Mereka dikatakan mengadakan kempen di kawasan Parlimen Sipitang melibatkan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Lumadan dan Sindumin.Sipitang terletak kira-kira 462 kilometer atau mengambil masa 7 jam 35 minit perjalanan dengan kereta dari Tawau yang merupakan zon merah penularan Kluster Benteng LD selain penularannya di Lahad Datu.

Pakar virologi Universiti Malaya, Prof Dr Sazaly Abu Bakar menegaskan, keghairahan berkempen semata-mata untuk merebut kedudukan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dengan mengetepikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengundang bncana bukan sahaja rakyat di Sabah, bahkan mungkin juga di seluruh negara.Sazaly Abu Bkar.“Saya tidak risau sewaktu hari pengundian kerana pihak berwajib akan memastikan tatacara SOP dipatuhi seketatnya. Paling saya risau adalah keghairahan berkempen seperti berkempen dari rumah ke rumah atau ke pasar yang sesak.“Masa berkempen banyak air liur yang terkeluar. SOP diabaikan seperti ada yang masih tak pakai pelitup muka dengan sempurna. Tutup mulut tetapi tidak tutup hidung. Itu yang boleh menyebabkan penularan dan susah nak buat penjejakan,” tegasnya kepada Sinar Harian semalam.

Apa yang disuarakan oleh Sazaly itu ada benarnya kerana kita dapat melihat banyak calon dan jntera parti ketika berkempen mengabaikan SOP dan tidak mengamalkan penjarakkan fizikal.Jika ini terus berlaku iaitu lima hari lagi menjelang hari pengundian pada 26 September, maka pemimpin itu gagal memberikan contoh yang baik terhadap pengundi dan mendatangkan kemudaratan buat seluruh rakyat Sabah.

Bahkan, menurut Sazaly, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa penularan Covid-19 di Sabah akan lebih teruk berbanding Kluster Sri Petaling yang merekodkan 3,375 kes positif Covid-19 selepas seramai 42,023 individu disaring.“Mungkin kamu ada kerajaan baharu tetapi kalau Sabah kena Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, ekonomi akan kembali lvmpuh. Kita sendiri yang mengundang bncana itu. Mereka lupa apa yang terjadi sebelum ini dan mungkin akan lebih teruk daripada Kluster Sri Petaling,” katanya.

Zon merah.Menyedari bahaya Covid-19 semasa berkempen di kawasan yang diisytiharkan sebagai zon merah, Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Fadzli Mohamad Kamal menegaskan amanah yang dipertanggungjawabkan bukanlah satu tugas yang mudah.Beliau yang membantu kempen Barisan Nasional (BN) di DUN Kukusan dan Tanjung Batu di Tawau menegaskan, berkempen di sana memerlukan pendekatan baharu di samping mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM dan SPR ketika berkempen.Fadzli.Berbeza dengan pilihan raya umum sebelum ini, Fadzli menegaskan tiada kempen rumah ke rumah dijalankan dan tiada kempen di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.

“Takut itu memang takut. Tawau merupakan kawasan merah. Jadi kami daripada jentera BN Pahang perlu sentiasa mematuhi SOP dan meningkatkan lagi soal keselamatan dan kebersihan diri.Selama dua minggu kami di sini, pematuhan SOP itu menjadi satu kemestian dan wajib untuk dipatuhi kerana kami tidak mahu dijangkiti,” katanya.Sama seperti Fadzli, Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Chin Shu Ying juga telah mengarahkan jntera partinya supaya mengurangkan pergerakan berkempen ketika bertemu dengan pengundi memandangkan situasi jangkitan Covid-19 yang belum reda di Sabah.

Chin Shu Ying.Katanya, kempen rumah ke rumah masih dijalankan dengan hanya mengedarkan risalah di luar rumah penghuni.“Dalam berkempen kita ikut SOP yang telah ditetapkan. Bagi keselamatan pengundi, kita hanya buat sekitar 150 orang dengan amalan penjarakkan fizikal. Semua ini demi keselamatan pengundi dan jentera parti,” katanya.Cuma apa yang mendatangkan kerisauan buat Shu Ying dalam PRN kali ini adalah peningkatan jumlah jangkitan di pantai timur Sabah seperti di Lahad Datu, Kunak dan Semporna.“Pihak berwajib perlu tingkatkan lagi kawalan keselamatan di kawasan itu. Parti-parti bertanding perlu ingat bahawa anda kemungkinan boleh mendatangkan bahaya sekiranya tidak menerapkan SOP ketika berkempen.“Kesihatan dan keselamatan rakyat harus diutamakan pada ketika ini,” katanya

52 Kes Dicatatkan Untuk Hari Ini. KKM Dedahkan Punca Kluster Baharu Muncul Di Pulau Pinang Dan Mohon Penduduk Di Sekitar Tersebut Ambil Perhatian

PUTRAJAYA – Sebanyak 52 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini termasuk di Kluster Ara yang dikesan di Pulau Pinang menjadikan jumlah kes positif sebanyak 10,219 kes.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 40 kes adalah penularan tempatan manakala 12 lagi kes import mendapat jangkitan dari luar negara.Beliau berkata, kes indeks Kluster Ara ialah lelaki warga Malaysia berusia 44 tahun iaitu kes ke-10,024 yang dikesan positif melalui saringan di Pintu Masuk Antarabangsa Sandakan, Sabah pada 15 September lalu.“Saringan kontak rapat telah dijalankan dan satu kes positif Covid-19 dikenal pasti semalam (kes ke-10,217) yang merupakan merupakan anak saudaranya dan telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, kes lain dikesan di Kluster Benteng LD dengan 27 kes, dua kes daripada Kluster Selamat serta masing-masing satu kes daripada Kluster Bakau, saringan komuniti Semporna dan saringan prapembdahan di Hospital Lahad Datu.“Kes lain ialah satu kes saringan sebelum masuk kerja dan dua kes saringan petugas kesihatan di Hospital Lahad Datu,” katanya.

Beliau berkata, tiga kes positif Covid-19 turut dilaporkan di Kedah iaitu saringan komuniti di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran Daerah Kota Setar.Berhubung kes import, Noor Hisham berkata, 12 kes dilaporkan membabitkan tiga warga Malaysia dan sembilan warga asing yang mendapat jangkitan dari India, Bangladesh, Yaman, Rusia dan Indonesia. -K! ONLINE

Dikehendaki Tetamu Majlis Perkahwinan Diminta Untuk Jalani Ujian COVID19.Pejabat Kesihatan Jelaskan Punca Kenaikan Kes Melibatkan Satu Kluster Ini

TAWAU: Pejabat Kesihatan Tawau meminta semua tetamu yang hadir majlis perkahwinan di Banyan Drive, dekat sini pada 31 Ogos lalu untuk tampil menjalani ujian saringan COVID-19.Menerusi kenyataan dikongsi dalam akaun rasmi Facebook pejabat kesihatan berkenaan, individu atau mereka terbabit dalam majlis itu diminta menghubungi Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau dengan segera.“Sila hubungi Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau di talian 089-775 733 ext 266 & 277 pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 8 pagi hingga 5 petang.”Kerjasama anda semua dapat membantu dalam memutuskan rantaian COVID-19,” menurut kenyataan itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini melaporkan Sabah terus mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi iaitu 31 kes.Ia membabitkan 22 kes dalam Kluster Benteng Lahad Datu, empat warga emas yang dikesan ketika saringan di klinik kesihatan, dua kes saringan di pusat kuarantin dan masing-masing satu kes saringan petugas kesihatan Orang Kena Tahan (OKT) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat dan saringan dalam kalangan kes Pnyakit Seperti Influenza (ILI).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *