Dikatakan positif COVID19. Datin Seri Zizie Izette beri penjelasan lanjut ekoran berita warganet buka mulut tentang suaminya dan isu individu tidak patuh tatacara operasi standard

artis

Pelakon Datin Seri Zizie Izette menafikan dkwaan yang tersebar kononnya dia disahkan positif Covid-19.”Artis Zizie Izette disahkan positif Covid-19. Dua hari lepas Datuk Seri Bung datang cptg, sedia la kalian yang bersalaman dan tidak patuh Tatacara operasi standard (SOP). Swab test!!” tulis seorang warganet. 

Menurut Zizie, itu semua adalah ftnah memandangkan dia bertemu dengan suami, Datuk Seri Bung Moktar Radin hanya dari jarak jauh.”Astaghfirullah!! Ftnah-ftnah. Saya jumpa suami pun tiada. Baru hari ni dapat jumpa tapi dia di atas pentas, saya di bawah ni di Tongod.”Jangan la main ftnah masa pilihan raya ni tidak bagus. Semoga kita semua dihindari dari bahaya pandemik Covid ini. Amin,” jelasnya di Instagram Stories.

Malah, tambah Zizie atau nama penuhnya Zizie Izette Abdul Samad, 41, menyatakan suaminya seorang yang mementingkan kebersihan dan kesihatan.”Sihat-sihat juga dia, orangnya yang cukup jaga kebersihan dan kesihatan insya-Allah,” ujarnya lagi.Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung Moktar pada Disember 2009.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette.Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.-gmpk

Zizie Ezette tak serah semua pada pengasuh

KUALA LUMPUR: Pelakon Datin Seri Zizie Ezette, menepis dkwaan segelintir pihak yang menganggap, dia terlalu bergantung kepada pengasuh, terutama dalam urusan berkaitan penjagaan anak.Zizie atau nama penuhnya Zizie Izette Abdul Samad, 40, berkata sebagai ibu, dia tidak menyerahkan seluruh tanggungjawab pada pengasuh, sebaliknya tetap memberi perhatian kepada anaknya.

“Tugas pengasuh lebih kepada mencuci pakaian anak, merapikan tempat tidur mereka, selain membersihkan rumah. Tetapi, hal lain, terutama perkara berkaitan membesarkan anak, itu di bawah tanggungjawab saya.“Saya sentiasa bersama anak, malah memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang buat mereka. Saya mahu mendidik dan melihat setiap perkembangan mereka di depan mata.

“Tugas saya lebih besar kerana anak ialah amanah Allah untuk saya sebagai ibu. Saya bukan seperti yang difikirkan ramai iaitu hanya bersalin, tetapi selepas itu, pengasuh yang buat. Jauh sama sekali pandangan itu,” katanya.Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia lima bulan.Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, 3 dan Aaric Zayn Izette, setahun.

Zizie dalam satu perkongsian menerusi Instagram turut memaklumkan, dia bersyukur kerana kesemua anaknya begitu rapat dengannya, meskipun mempunyai pengasuh.“Alhamdulillah, anak paling rapat dengan saya walaupun ada pihak berpendapat sebaliknya, terutama apabila mempunyai pengasuh.“Ada juga yang berpendapat, anak akan ingat pengasuh ialah ibu mereka. Silap sama sekali andaian mereka itu,” tulisnya.-gmpk

Pembantu lupa tutup api dapur, rumah Zizie Ezette hampir terbkar – “Kalau dia tak nampak… tak beraya la kami!”

Zizie menganggap anak angkat lelakinya sebagai hero.PELAKON Zizie Ezette berkongsi peristiwa cemas apabila rumahnya hampir dijilat api semasa sambutan Hari Raya Aidiladha pada Jumaat.Zizie atau nama sebenar Zizie Izette Abdul Samad, 42, bagaimanapun menarik nafas lega apabila anak angkatnya Aaric Zayn Izette yang berusia dua tahun menyedari perkara itu dan segera memberitahu dirinya.

“Hero kami, Aaric Zayn.”Kalau dia tak berlari naik atas bagitahu dapur terbkar memang tak beraya kami hari ni,” tulisnya di Instagram.Foto Zizie bersama anak-anaknya yang dikongsikan di Instagram.Zizie berkata kejadian itu disebabkan kecuaian salah seorang pembantu rumahnya yang terlupa untuk memtikan api dapur.

Bagaimanapun, aktres itu bersyukur kerana tiada kejadian lebih serius berlaku pada mereka sekeluarga.”Kecuaian salah seorang pembantu kami yang terlupa nak tutup dapur gas.”Syukur Alhamdulillah, tak ada sebarang kejadian yang tak diingini berlaku,” ujarnya.

Saya nak berterima kasih pada dia kerana dia selamatkan kami semua.

Menerusi video yang dikongsikan, Zizie menjelaskan perkara itu sambil meminta anaknya menceritakan semula bagaimana kejadian tersebut berlaku.Aktres itu turut mengucapkan terima kasih kepada anak lelakinya itu kerana menyelamatkan mereka sekeluarga.”Awak nampak api besar warna merah di dapur tadi, lepas tu awak naik atas dan beritahu kakak Jesi kan?

“Mummy dengar awak panggil mummy dan cakap ada api di dapur. Zizie bersama suaminya, Datuk Seri Bung Mokhtar.“Saya nak berterima kasih pada dia kerana dia selamatkan kami semua. Aaric, awak hero kami.”Kalau dia tak nampak api tu, Nauzubillah Min Zalik… rumah kami dah dijilat api dah tadi,” katanya.

Aaric Zayn merupakan salah seorang daripada dua anak angkat Zizie dan suaminya, Datuk Seri Bung Mokhtar, selain Nayla Nurhenna yang kini berusia empat tahun.Pasangan itu turut dikurniakan cahaya mata lelaki kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aleph Zeke Izette, 3, dan seorang anak perempuan Aalisa Belle Izette yang berusia lapan bulan.-mstar

Hamil kembar selepas 8 tahun, Zizie Izette dan Bung Mohktar dihujani ucapan tahniah

Rata-rata peminat menghujani ruangan komen entri tersebut dengan ucapan tahniah dan berharap agar urusan kehamilan Zizie dipermudahkan.SELEPAS lapan tahun berkahwin, pelakon drama bersiri Hero Seorang Cinderella, Datin Seri Zizie Izette mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak kembar.

Perkhabaran itu diumumkan menerusi sebuah entri terbaru dalam akaun Instagram miliknya, @zizieizette dan aktres ini memaklumkan kehamilannya sudah memasuki trimester kedua.“I want to announce my latest productions. They will debut in Dec / Jan. We’re having twins!!!

“Please pray for a smooth and safe pregnancy and healthy babies. We wanted to keep it a secret until we are safely into the second rimester…”Unfortunately, we were denied the privilege to announce this big and special news to you personally and at our own time as some of you may have read in the papers today…”Well, it is done. I will continue this journey with a lot of gratitude & positivity. #secondtrimester#twinpregnancy #blessed #grateful,” tulis Zizie.

Rata-rata peminat menghujani ruangan komen entri tersebut dengan ucapan tahniah dan berharap agar urusan kehamilan Zizie dipermudahkan.Rakan artis seperti Rozita Che Wan, Haiza, Chef Wan dan Daphne Iking turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Zizie.Zizie atau nama sebenarnya, Zizie Izette Abdul Samad, 39, berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, 58, pada tahun 2009.Zizie dan Bung turut mempunyai seorang anak angkat yang bernama Naila Nur Jenna.-awani

Salah Seorang Terpaksa Kembali Ke Pangkuan Keluarga, Video Anak Kembar Zizie Ezette Undang Sebak

Pada Sabtu lalu, posting pelakon Zizie Ezette di Instagram (IG) mengenai anak kembarnya Naila Marjenna dan Nayla Nurjenna mengundang sebak warga net.Zizie memuat naik posting pasangan kembar tersebut yang juga merupakan anak angkatnya, ketika berada di lapangan terbang.
Difahamkan Naila Marjenna dijaga oleh ibu kandungnya di Sandakan, Sabah manakala Nayla Nurjenna tinggal bersama Zizie di Kuala Lumpur.

Naila Marjenna berada di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk menghabiskan masa bersama kembarnya dan Zizie sekeluaga.Namun, pasangan kembar seiras ini seolah-olah tidak mahu berpisah apabila masing-masing menangis teresak-esak dan berpelukan.Menerusi video yang dikongsi, Zizie juga gagal mengawal emosinya ketika sedang memujuk Naila Marjenna dan Nayla Nurjenna.

“Nanti jumpa lagi ya. Nanti Mummy bawa jalan-jalan lagi tau. Alahai…aku pula yang sedih.“Mummy sayang Niza (nama sebenar Naila Marjenna ialah Asniza), kakak Jenna pun (nama sebenar Asnira) pun sayang Niza.“Cium puas-puas…Nanti kalau Mummy balik KK (Kota Kinabalu) pun Niza boleh datang jumpa kami okay,” katanya sebak.

Zizie berkata, percutian kali ini dia tidak dapat membawa pasangan kembar tersebut bersiar-siar kerana bimbang dengan virus yang sedang menular sekarang.“Tapi kali ini tak dapat bawa berjalan-jalan sebab virus banyak, takut terjadi apa-apa jadi kami di rumah saja, merbahaya,” katanya.Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut turut berasa sedih melihat wajah sayu Naila Marjenna dan Nayla Nurjenna

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia lima bulan.Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, 4 dan Aaric Zayn Izette, 2.-gmpk

“Kesian Anak Mommy,”- Anak Datin Zizie Ezette Terluka Gara-Gara…

Pelakon, Datin Seri Zizie Ezette ada berkongsi beberapa keping foto terkini anaknya menerusi Instagram miliknya.Kongsi kakak kepada pelakon Shaheizy Sam itu, dia memaklumkan salah seorang anak kembar lelakinya, Aaleph Zeke telah alami luka di bahagian bawah mata kiri akibat terkena bucu meja.

Lalu, bintang berusia 41 tahun itu meluahkan rasa bersama pengikutnya di platform media sosial berkenaan.“Bumped his cheek on the corner of a table in my house yesterday and woke up with a sw0llen & blue black eye.“Kesian anak mommy. Tp xpe, Aaleph is a strong boy.“Walaupun ada berlaku kecuaian pekerja time mommy x ada, mommy akan simpan semua table yg ada kat rumah.

“Kita cuba elakkan lg dari sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku walaupun kdg2 ada yg kita x dpt nak dielak,” tulisnya.Sekadar informasi, Zizie mendirikan rumah tangga bersama ahli politik, Bung Moktar pada tahun 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar bernama Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017.Kemudian, Zizie dikurniakan seorang lagi seorang cahaya mata perempuan bernama Aalisa Belle Izette, 1 Mac lalu.Foto: Instagram Zizie Ezette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *