Dikatakan cemburu dengan hubungan Neelofa dan PU Riz.Datuk Rizalman raih perhatian ramai bila dia cabar PU Riz sekiranya dia ada sesuatu ini

artis

Pereka fesyen tersohor negara Datuk Rizalman Ibrahim mencuri perhatian wargamaya apabila menunjukkan rasa cemburu terhadap Neelofa dan PU Riz yang menjadi bualan hangat di laman sosial.Menerusi laman sosial Instagram (IG), Rizalman memuat naik sekeping foto memakai beg biru dan sebuah video berjambang untuk tatapan umum. “PU, hang ada beg biru?” tanya Rizalman menerusi ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian video pula, Rizalman mengenakan jambang dan misai palsu bagi menyamakan rupanya seakan-akan PU Riz. “Kali ni aku pulak nak merasa ‘bttle’,” tulis Rizalman lagi. Malah di IG story, Rizalman turut memuat naik foto lama dirinya memakai baju melayu biru.
Di ruangan komen, ramai wargamaya yang terhibur dengan usikan Rizalman terhadap Neelofa dan PU Riz.

Malah, ada wargamaya yang telah menukar penggunaan tanda pagar #lori (gabungan Lofa dan Rizalman) kepada #loriz (gabungan Lofa dan Hariz).
“Datuk ada baju biru sedondon dak? Ok bye,” usik seorang wargamaya.“Datuk macam mana ni? #lori dan jadi #loriz,” tanya seorang wargamaya.“PU ada kepiah ja datuk, datuk kena keluarkan Ripiah,” cadang seorang wargamaya.

“Dulu bttle dengan Hael, ni dah move on dengan Hael, bttle dengan Hariz pulak,” kata seorang wargamaya.“Pi jahit baju melayu biru lekas, nak tengok siapa lagi segak,” komen seorang wargamaya.“Cepatlah masuk meminang datuk oit,” seru seorang wargamaya lagi. Minggu lalu, kehadiran PU Riz pada majlis perkahwinan adik Neelofa sambil mengenakan baju melayu sedondon menarik perhatian ramai. Malah, menerusi Instagram Stories kakak Neelofa, Noor Nabila, kelibat kedua-duanya sedang berbual-bual sempat dirakamkan dan disertakan emoji ‘love’.-gempak

Berpakaian Sedondon Ketika Menghadiri Sebuah Majlis Perkahwinan. Kehadiran PU Riz Raih Perhatian Warganet Gara Gara Sedondon Dengan Ahli Keluarga Neelofa

Adik lelaki Neelofa, Mohamed Aqief telah pun selamat bergelar suami kepada permaisuri hatinya, Aina Syahira pada Ahad.Dirai dalam suasana meriah dengan kehadiran tetamu keluarga kedua belah pihak, majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada Hael Husaini.

Selain majlis raja sehari yang diperkatakan, kehadiran Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih sinonim dengan sapaan PU Riz turut meraih perhatian wargamaya.Apa tidaknya, foto serta video yang dirakam oleh para tetamu serta ahli keluarga yang hadir pada majlis berkenaan turut kembali dikongsikan oleh beberapa buah akaun di Instagram yang rata-ratanya teruja dengan hubungan rapat yang terjalin di antara PU Riz bersama famili bekas hos MeleTop itu.

Segak mengenakan persalinan Baju Melayu dalam rona senada dengan Neelofa dan ahli keluarganya yang lain, penampilan figura berusia 24 tahun itu nyata meraih tumpuan.Terdahulu, Neelofa sebelum ini menjelaskan dia dan Riz sudah lama saling mengenali dan pernah beberapa kali bekerjasama dalam program sebelum ini namun tidak mendapat perhatian.

Neelofa pada masa sama menyifatkan, lelaki tersebut merupakan seorang pendakwah muda yang bagus, bijak dan mempunyai tarikan tersendiri.Sementara PU Riz dalam satu temubual ketika sesi tayangan perdana filem Ada Apa Dengan Doa baru-baru ini pula menyifatkan, hubungan mereka tidak lebih sebagai rakan sekerja.Riz turut mendedahkan dirinya sudah lama bekerjasama dengan figura asal Kelantan itu sebelum ini.-ctto

Sama Sama Doakan Semua Dapat Jodoh Yang Baik. Akhirnya Setiah Sekian Lama Menyepi Akhirnya Terjawab Semuanya Tentang Hubungan Pu Riz Dan Neelofa. Rupanya Ini Hubungan Mereka Selama Ini.

“Orang bertudung… kita hargai usaha murni untuk menutup aurat,” demikian jawab pendakwah bebas dan pelakon PU Riz ketika diasak pertanyaan adakah Neelofa punyai ciri-ciri wanita idamannya. Tambah PU Riz lagi, dia lebih memandang tinggi golongan wanita yang berusaha untuk menjaga aurat dan maruah tidak kira apa juga latar belakang keluarga dan kerjaya.

“Mana-mana wanita yang berusaha untuk menutup aurat dengan baik kita hargai. Kita tak mahu ada kontroversi apabila membuat kerja-kerja agama. “Hubungan saya dan dia (Neelofa) atas dasar kerja. Saya sudah lama bekerjasama dengannya untuk beberapa program dan Alhamdulillah berjaya.

“Kita bekerja sahaja, pergi kemana-mana dengan dia pun untuk menyampaikan dakwah dan tidak membabitkan soal hati dan perasaan. Kita tengok ini satu usaha dakwah sahaja. “Jadi saya tak rasa ada apa-apa yang pelik. Kita menyeru orang untuk buat benda baik bukan melalaikan…

“Maka sama-samalah doakan semua mendapat jodoh baik dan paling penting mengutamakan agama. Sesungguhnya agama akan membantu kita,” jelasnya. Kata bintang filem Ada Apa Dengan D0sa itu, dia tidak boleh menghalang atau menutup mulut mana-mana pihak untuk mengaitkannya dengan Neelofa.

“Kalau warganet nak cakap apa, saya tak ada kuasa nak kawal apa yang mereka nak perkatakan. Apa yang pasti saya buat untuk akhirat. “Sebelum ini pun saya pernah bekerjasama dengan Lisa Surihani dan ramai lagi artis lain. Kita membantu sesama orang seni. Mana saya mampu saya nasihatkan, kalau tak saya minta orang lain tolong nasihatkan.

“Kalau boleh saya nak buat benda-benda maaruf sahaja dan mengingatkan kita tentang Allah,” ujarnya. Ditanya tentang status terkini dirinya, jawab PU Riz secara umum bukan caranya untuk bercinta sakan. “Belum kahwin lagi… Girlfirend-girlfriend tak ada dalam agama. Kalau nak kenal dengan seseorang tiada masalah. Kita tak ada nak mengorat, bukan stail kita,” tegasnya.

Sebelum ini timbul desas-desus mengatakan PU Riz menjalinkan hubungan rapat dengan personaliti popular Neelofa sejak Ramadan lalu. Dalam perkembangan lain, filem lakonannya Ada Apa Dengan Dosa bakal ditayangkan di 70 pawagam seluruh negara bermula 10 September ini.Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!Sumber : GEMPAK

Ada Yang Pertikai Soal Rezeki. Neelofa Tampil Beri Nasihat Untuk Masyarakat Umum Untuk Ubah Mentaliti Diri Masing Masing

Pelakon dan pengacara, Neelofa menyifatkan setiap individu di muka bumi ini mempunyai perjalanan hidupnya yang tersendiri. Menurut Neelofa, Allah telah mengurniakan rezeki buat seseorang itu dalam pelbagai cara dan sebagai manusia kita tidak patut mempertikaikannya.

“Janganlah kita suka mempertikaikan rezeki orang lain. “Ada orang, belajar tak cemerlang, alam pekerjaan top employee, business jual benda biasa je, tapi sebab usaha, boleh cecah juta-juta. “Nyanyi okay, tapi sebab atittude dan rezeki dapat lagu yang best, lagu jadi meletop. Begitulah,” tulisnya.

Kenyataan tersbut dikongsikan oleh pengacara program Next To Neelofa itu menerusi akaun Twitter miliknya. Melihat pula di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Neelofa itu selain turut berharap agar kita semua belajar untuk mengenal erti bersyukur.

Terdahulu, program Next To Neelofa kini telah pun memasuki episod ke-7 yang menampil chef tersohor negara, Chef Wan sebagai tetamu undangan. Next To Neelofa boleh ditonton pada setiap Khamis jam 9.00 malam eksklusif di Astro Ria (123) dan Ria HD (104). Sumber: Twitter Neelofa

Neelofa Dedah Aktres Wanita Sanggup Tolak Pelawaannya Yang Satu Ini. Ramai Tak Sangka Ini Sikap Sebenar Aktres Tersebut

Biarpun sering menjalin kerjasama dengan pelbagai jenama fesyen antarabangsa, pengacara, pelakon dan usahawan popular, Neelofa, 31, masih mengekalkan hubungan baik dengan pereka fesyen tempatan. Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor ini masih mengingati momen awal ketika dia mula menceburkan diri dalam dunia hiburan.

“Hampir 10 tahun saya dalam industri. Di awal pembabitan, saya sendiri yang yang mengetukpintu butik pereka fesyen tempatan, meminjam busana, buat ‘follow up’, hantar balik sehinggalah zaman sekarang, saya mempunyai penata gaya sendiri.

“Mereka pula yang mengambil tanggungjawab tersebut. Jadi, hubungan dan kerjasama saya dengan pereka tempatan sudah lama berlaku. “Secara tidak langsung, saya memahami daripada mana mereka datang, usaha mereka dalam keinginan untuk meletakkan jenama masing-masing di tahap tersendiri,” katanya Gempak.

Neelofa ditemui majlis pengumumannya sebagai duta rantau Asia Tenggara yang pertama untuk jenama kecantikan antarabangsa Lancome di One Utama, Petaling Jaya pada Jumaat. Memahami usaha pereka fesyen tempatan dalam menaikkan jenama mereka, Neelofa tidak memandang rendah dengan segala inisiatif yang telah dilakukan.

“Malah ada di antara majlis antarabangasa, saya kenakan busana persalinan rekaan pereka fesyen tempatan juga. Bezanya kalau jenama antarabangsa, ia hanya ‘sample model’ sahaja yang mana ia tidak boleh diubah-ubah. “Tapi, jika saya mengenakan busana pereka tempatan, kita boleh sesuaikan baju yang nak dipakai bergantung dengan majlis apa yang ingin dihadiri.

“Jadi janganlah kita tidak memandang terus mereka… Setiap majlis konsepnya berbeza-beza. Usah pandang rendah atau abaikan kerana kita tidak tahu bila kita perlukan khidmat mereka,” katanya. Neelofa memberikan respon terhadap sesuatu pereka fesyen terkenal tempatan, Rico Rinaldi yang terkilan dengan sikap angkuh seorang pelakon yang menolak pelawaan untuk menjadi wajah rasmi sempena kempen Hari Raya Aidilfitri 2021.

Dedah Rico, pelakon wanita terbabit menolak pelawaannya dengan angkuh dan menegaskan hanya mengambil tawaran untuk jenama antarabangsa sahaja. Sebelum ini, Neelofa pernah menjadi wajah bagi koleksi Rico Rinaldi Summeraya 2018.

Jangan lupa saksikan program terbaru yang dihoskan olehnya, Next To Neelofa setiap hari Khamis, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria HD (saluran 104) dan Astro Ria (saluran 124). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program bual bicara ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.

Neelofa wajah rantau Asia Tenggara

Pengacara popular, Neelofa dilantik sebagai duta rantau Asia Tenggara Lancome sekali gus menjadi individu Malaysia pertama yang mewakili jenama produk kecantikan Perancis itu. Neelofa ketika ditemui berkata, dia mengaku terharu dan bersyukur atas pelantikannya itu serta berpeluang membawa imej wanita muslim berhijab di mata dunia.

“Jenama ini banyak menyokong kerjaya saya sejak lima tahun lalu. Sudah lama saya menyimpan impian untuk bekerjasama dengan jenama yang mengutamakan kebahagiaan, cita-cita dan menjalani kehidupan sepenuhnya dengan indah serta bermakna. “Saya tak sangka diberi berpeluang menjadi wanita Malaysia pertama dilantik sebagai duta Asia Tenggara bagi produk ini.

“Ini satu tugas yang besar dan tanggungjawab baharu yang perlu saya galas. Susah nak percaya apabila berjaya sampai ke tahap ini.  “Mewakili wanita Muslim berhijab bersama produk antarabangsa ini boleh dianggap sebagai jihad kecil saya. Diharapkan jalinan ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikan sebagai duta Asia Tenggara Lancome di Damansara, hari ini.

Menurut Neelofa, pemilihannya sebagai duta boleh dianggap sebagai satu kejayaan buat negara kerana selama ini wajah produk antarabangsa itu sering ditawarkan kepada negara luar. “Sebelum ini mereka sering tampil dengan wajah dan duta baharu dari Jepun, Korea dan China. Selalunya wakil daripada Asia Tenggara tidak dipandang sangat.

“Tapi siapa sangka akhirnya wakil daripada Malaysia dipilih menerusi satu proses yang panjang. Ini satu kebanggaan buat kita. “Insya-Allah, buat kali pertama dalam sejarah produk ini juga akan tampil dengan kempen Hari Raya Aidilfitri 2021. Sebelum ini mereka tidak pernah anjurkan kempen Aidilfitri di Malaysia. Kempen ini juga akan diperkenalkan di negara jiran seperti Indonesia dan Singapura,” katanya.-ctto

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *