Takkan sembuh rasa sakit. Catriona Ross luah rasa sebak dengan pemergian ibunya walaupun sudah bertahun kejadian tersebut terjadi dan dia dedahkan sesuatu yang ramai tak tahu

artis

Pelakon Catriona Ross mengakui kehilangan ibu tercinta, Siti Zawiyah Ab. Rahman dalam kejadian yang tidak dingini di jalan raya pada tujuh tahun lalu masih terkesan hingga kini.Kata Cat, pemergian ibunya menjadi titik perubahan dalam hidupnya hingga kini.”What hurts me the most in life was when I lost Mom in a car crsh in 2013.

“Perit dan sakit kehilangan dia secara tiba-tiba, sejujurnya, belum sembuh. Mungkin takkan sembuh. After all, she was my best friend,” katanya.Begitupun kata pelakon filem Mistik itu, dia akur dengan ketentuan Ilahi dan reda dengan pemergian ibunya itu.Malah, kenangannya bersama ibu masih membekas di rumah lama mereka.

“Realitinya, kehidupan perlu diteruskan.”Ini dahulunya pernah menjadi rumah kami. Tempat jatuh lagikan dikenang, apa lagi tempat bermain. Ini kan pulak tempat bermanja,” tulisnya sayu.Mengimbas semula, ibu Catriona hembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan bersama rombongan untuk menyalurkan bantuan kepada pelajar madrasah di Kedah.

Kejadian itu berpunca dari tindakan pemandu memotong beberapa kenderaan lain termasuk sebuah bas ketika menuruni bukit berhampiran Kilometer 61.8, Jalan Raya Timur Barat di Gerik kira-kira jam 1 pagi.Kereta incividu itu gagal mengelak sebelum mermpuh sebuah bas ekspres dari arah bertentangan.Akibatnya, kereta individu ters3ret sebelum berpusing dan terbabas masuk ke dalam longkang di bahu jalan.Catriona juga pernah terbabit dalam kejadian yang tidak diingini jalan raya pada tahun 2007 yang menyebabkan kedua belah kakinya patah selain kecederaan di kepala dan badan.-gmpk

Catriona bangkit selepas anak disahkan autisme

KUALA LUMPUR: Tiga tahun bintang berdrah Melayu-Scottish ini merajuk selepas tidak lagi menerima tawaran berlakon dek tubuh yang berisi.Dengan badan bersaiz XL, Catriona Ross, 36, mengaku pernah ‘hilang arah’ lalu menjadikan snek ringan, minuman bergas dan premis pandu lalu makanan segera sebagai ‘pelepas’ segala tekanan.

Catriona yang mesra disapa Cat memberitahu, pernah pada suatu ketika, dia bagaikan penat dengan diri sendiri.Ketika itu, saya sudah mencapai saiz XL hingga pernafasan jadi tak betul… Naik tangga pun saya mengah.”Terlintas dalam hati, apakah kehidupan saya akan berakhir begitu saja hingga pada suatu tahap, ia boleh mengundang sakit jantung.

“Saya takut melihat tabiat pemakanan saya untuk tempoh beberapa tahun lalu. Semuanya bermula selepas tinggalkan dunia lakonan dan memberi tumpuan kepada keluarga,” katanya kepada BH Plus.Catriona yang mendirikan rumah tangga dengan Shaharuddin Mokhtaruddin pada tahun 2009 dan dikurniakan tiga anak, kecewa apabila ketika itu, dia tidak lagi menerima tawaran berlakon.

“Tidak ada pengarah atau penerbit menghubungi saya. Jika ada sekalipun, mereka mahu saya melakonkan watak ibu sngsara edangkan saya mampu beri yang lebih baik.”Ketika itu, saya mula terfikir, sampai bila jadi begini. Saya perlu berubah dan kena ada suntikan semangat,” katanya dalam pertemuan di Balai Berita, baru-baru ini.

Klimaks kepada kesedaran untuk berubah akui Catriona, adalah apabila anaknya, Jammal Raess, 5, disahkan doktor mengalami masalah autisme.”Keadaan Jammal saya ibaratkan suatu ‘wake up call’ untuk saya jadi lebih kuat. Saya kena sihat… Saya kena hidup lama dengan izinNya untuk pastikan Jammal boleh berdikari.”Saya perlu sentiasa ada di belakang Jammal biarpun dia diberi bimbingan di pusat latihan untuk anak autisme,” katanya.

Diet hingga menggigil

Nekad untuk berubah, mulai Jun tahun lalu, Catriona atau nama sebenarnya, Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, ‘bangkit’ melakukan anjakan paradigma dalam hidup.Catriona mula melakukan diet sihat dan bersenam termasuk berenang dan mendaki gunung.”Sejak itu, saya buang makan berminyak atau mengandungi mentega dan gula. Gaya pemakanan saya lebih kepada ‘vegan’ atau mereka yang memakan sayur-sayuran saja.

“Namun, saya ambil sumber protein daripada ikan dan ayam yang dimasak secara kukus atau panggang. Saya juga mengambil garam daripada jenis berbeza dan sihat untuk tubuh,” katanya.Berkongsi pengalamannya, Catriona mengaku ‘perit’ pada minggu pertama mengamalkan diet.”Saya menggigil kerana tidak biasa dengan keadaan itu. Benar, diet secara sihat ini lebih tinggi kosnya berbanding kaedah lain.

“Selera makanpun berubah kerana kadang kala saya teringin ikan lebih baik seperti ikan salmon. Namun, saya tidak melihat soal kos itu sebagai suatu yang memberi tekanan besar.”Saya mula terfikir, jika dulu sanggup berhabis berpuluh ringgit untuk membeli makanan ringan, mengapa tidak belanjakannya untuk diet sihat,” katanya.

Pengikut bertambah

Kejayaan Catriona yang susut 17 kilogram dalam tempoh lima bulan hasil amalan dietnya itu, tiba-tiba menjadikan pelakon yang terkenal dalam dramaSephia dan Mek Salmah Dari Scotland itu, kembali diperkatakan peminat.Pengakuan Catriona dalam beberapa portal hiburan mengenai perubahan dialami, pantas mengundang perhatian ramai sedangkan sebelum ini dirinya bagai tidak dipedulikan.

Ditanya bagaimana dia berdepan situasi itu, Catriona mengaku dia gementar dengan tumpuan diberi.”Ketika berjalan di khalayak, orang pandang semacam. Tak kurang juga bertanya bagaimana saya boleh kurus.”Bayangkan, tiga tahun saya ‘menghilang’, saya sudah biasa dengan kehidupan di mana orang tidak kisah dengan apa yang saya buat. Sekarang, orang mula perhati dan datang kepada saya.

“Saya bersyukur apatah lagi berita saya sudah kembali kurus dikongsi ramai. Saya tak sangka kisah saya memberi semangat dan nafas baharu dalam hidup. Rasanya lain, bukan seperti kita ada produk baru… Ini memang rahmat terindah,” katanya.Catriona mengaku selepas kisahnya menjadi tular, jumlah pengikut di laman sosialnya juga bertambah.

Info

Berkahwin dengan penerbit dan pengarah, Shaharuddin Mokhtaruddin pada Jun 2009. Dikurniakan tiga anak iaitu Sephia Rania, 7; Jammal Raess, 5 dan Edruce Riyadh yang kini memasuki usia tiga tahun.Terkenal dengan drama Sephia yang disiarkan TV3.Bakal muncul dengan drama Cucu Tauke Beras, April depan di samping pelakon Azrel Ismail dan Zahirah Mcwilson di TV3.BERITA BERKAITAN-bh

“I Rasa Muka I Macam Bngkak Sangat,” – Catriona Ross Kongsi Wajah Selepas ‘Buat’ Wajah, Minta Tips Hilangkan bngkk

Menerusi entri terbaru, pelakon Catriona Ross meminta pandangan warganet akan perubahan wajah yang dilakukannya.Malah pada masa sama, bintang Cindai ini turut meminta tips bagaimana untuk mengurangkan kesan bngkak yang dialami.“Korang rasa macam mana sekarang lepas I buat muka? Okay tak?

“Sebab I rasa muka I macam bngkak sangat sekarang. You all ada tips macam mana untuk kurangkan bngkak muka,” katanya menerusi video yang dikongsi.“Member-member cakap kalau buat kat Korea bagus. Ingatkan i boleh jadi rupa Jolie . Sekali, ni jek rupa i,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Warganet teruja dengan gurauan pelakon Pujaan Hati Kanda ini dan meninggalkan reaksi di ruangan komen.Apa pun yang pastinya, ‘perubahan wajah’ yang dilakukan pelakon ini hanyalah menerusi satu aplikasi di telefon pintar.Foto : Instagram Catriona Ross

Anak Yang Tidak Boleh Bercakap, Sebut Perkataan Pertama – Catriona Ross Sebak Dan Gembira

Pelakon dan pengacara Catriona Ross atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross begitu gembira kerana anaknya buat pertama kali menyebut perkataan.Menurut perkongsian Cat, kejadian tersebut berlaku ketika anaknya, Jammal Raess yang mengidap autisme bersama jurulatih berada di kolam renang.

“If you watch the 2nd video, out of no where, my boy yang non verbal (tidak boleh bercakap) pronounced the word ‘Mak Ngah’ for the first time.”I was so shocked. I cuba control depan coach bila my son tersebut ‘Mak Ngah’ referring to his aunty, @shazmokhtaruddin , adik my hubby. Nasib tak terjatuh phone dalam swimming pool,” tulis Cat dengan nada terkejut dan terharu.

Menurut Cat lagi, jurulatih yang tidak mengenali siapa Mak Ngah turut mendengarnya dan bertanya pada anaknya siap Mak Ngah yang disebutnya.”Dengan rasa rendah diri, i mohon semua untuk doakan my son, Jammal Raess Ross-Iddin bin Shaharuddin lebih maju dalam keadaannya as an autistik person, lebih kehadapan.

“Insha Allah, ada antara doa kalian yang Allah angkat,” pohon Cat kepada teman-teman dan pengikutnya di Instagram.Catriona berkahwin dengan Shaharuddin Mokhtaruddin pada Jun 2009, di Kota Bharu, Kelantan. Mereka dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Sephia Rania, Edruce Riyadh dan Jammal Raess.Kredit Gambar: Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *