Imej tidak berbaju. Perkongsian Naim Daiel terus menerus raih perhatian peminatnya sehinggakan ada yang tak keruan dan malah ada yang sanggup suruh padam gambar tersebut

artis

Penyanyi Naim Daniel memuat naik sekeping foto yang memaparkan dirinya dalam keadaan tidak berbaju di Instagram.Gambar tersebut kemudian mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya terutamanya golongan wanita.Di ruangan komen, rata-rata peminatnya menyifatkan gambar yang dikongsikan Naim itu cukup sksi.

Apatah lagi, gambar itu jelas memperlihatkan bahagian dadanya yang berbulu secara dekat kepada peminatnya.”Belanja badan nampak.”Bihun ke bulu dada..eh tiba!”Tiba-tiba jerit sorang-sorang bila tengok gambar ni. “Fuhh..bulu dada mengncam. Angau jadinya,” komen sebahagian pengikutnya.

Bahkan, beberapa rakan artis juga turut mengusiknya dengan imejnya yang tidak berbaju itu.”Amboi, bulu-bulu kehidupan,” tulis penyanyi Indah Ruhaila.Pada masa sama, ada pengikut yang turut mempertikaikan tindakan peminat wanita yang seolah-olah tidak keruan melihat gambar tersebut.”Kalau laki kena cop buaya, perempuan gatal kena cop apa?

“Nanti yang perempuan-perempuan ambil gambar buat wallpaper,” komen sebahagian pengikutnya.Begitupun, Naim dilihat hanya membiarkan komen-komen tersebut tanpa memberi sebarang respons biarpun ada yang cuba memintanya memadamkan gambar ‘mengundang’ tersebut.-gmpk

Pernah Diangkat Sebagai Juara Dan Dikatakan Lupa Diri Selepas Menang. Ini Sebenarnya Yang Terjadi Kat Naim Daniel Bila Dipersoalkan Sebegitu

Diangkat sebagai Juara Lagu, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 pada Februari lalu, timbul cerita tak sedap didengar mengenai pelakon dan penyanyi Naim Daniel yang didkwa lupa diri dan sukar dihubungi.Naim juga dikatakan tidak memberikan respon apabila ada pihak ingin mengundang menjayakan sesi fotografi. Tampil menjelaskan perkara itu, Naim berkata dia terlalu sibuk hinggakan panggilan ibunya juga tidak dijawab.

“Saya minta maaf jika ada sesiapa merasakan saya mula lupa diri. Minta jauh daripada sikap tak sedar diri. Saya bukannya ‘kekwat’, cuma terlalu sibuk hingga terlupa membalas pesanan dihantar. Ada masa, panggilan telefon ibu sendiri pun tidak sempat dijawab.

“Insya-Allah, saya tiada masalah menjayakan sesi temuramah atau sesi fotografi. Lagi pun sudah lama saya tak berkesempatan menjayakannya kerana sibuk memberi tumpuan kepada dunia muzik. “Ada kala saya perasan pesanan dihantar dan memang berhasrat mahu membalasnya. Cuma, apabila sibuk dengan kerja, terlupa mahu membalas. Lagipun, apabila sudah terlalu sibuk, saya tak dapat memenuhi kehendak semua orang, apa lagi pesanan masuk pula terlalu banyak,” katanya kepada BH Online.

Meskipun sudah meraih kejayaan besar di AJL namun Naim berkata dia tidak pernah merasakan dirinya hebat. Ujarnya, dia berusaha keras untuk keluarga dan tidak mungkin dia mahu memburukkan namanya. “Jika sudah lupa diri tentulah pelbagai cerita negatif keluar selepas AJL, tetapi Alhamdulillah, saya masih berpijak di bumi. Seperti yang pernah dikatakan, saya berusaha keras untuk keluarga. Jadi, tak mungkin saya mahu menjejaskan periuk nasi.“Sebagai seorang artis, kejayaan diraih ini bukan atas usaha saya seorang, sebaliknya jika tiada sokongan peminat dan media, tak mungkin saya peroleh kesempatan ini,” katanya.

Dayana Tak Malu Tagih Royalti Lagu Sumpah Hingga Dilabel Tak Move On. Naim Daniel Bongkar Sesuatu Fasal Bekas Kekasihnya Itu

Penyanyi Naim Daniel tidak meletakkan harapan tinggi lagu nyanyiannya berjudul Sembah tercalon dalam mana-mana anugerah muzik di Malaysia. Dalam hal ini, Naim berkata sokongan pendengar dan peminat sudah cukup memadai untuknya terus berkarya dalam industri seni suara.

“Sejujurnya saya tak letak harapan apa-apa, tapi kalau orang doa yang baik jangan tolak. Saya hanya mampu berterima kasih kepada yang menyokong! “Kalau ada rezeki adalah… kalau tak ada saya tak putus asa. Pendengar Malaysia semakin arif, kalau harapkan sesuatu yang besar, kita doakan semoga Allah permudahkan.

“Saya tak tertekan sebab memang tak pernah letak sasaran begitu, bagi saya asalkan orang boleh terima muzik dan lakonan itu dah cukup puas hati, ” katanya. Penyanyi lagu Sumpah ini ditemui semasa tayangan perdana filem Aku, Bunga yang akan ditayangkan di saluran Astro First Eksklusif bermula 13 Ogos ini.

Tiada arahan tarik kemenangan Naim Daniel

Ketua Juri, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, Ajai mengesahkan belum menerima arahan daripada pihak TV3 berhubung kontroversi lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel yang diangkat juara AJL34. Ajai berkata, biarpun ada pihak memohon kemenangan penyanyi berkenaan ditarik balik, namun dia berpendapat perbuatan itu tidak wajar kerana lagu Sumpah bukan lagu ciplak, sebaliknya ia membabitkan isu peribadi.

“Saya mengetahui kekecohan lagu Sumpah sejak semalam lagi, tetapi belum ada wakil TV3 menghubungi saya. Secara peribadi, tiada sebab menarik kemenangan lagu berkenaan kerana bukan karya ciplak. “Cuma, saya ingin mengingatkan generasi baharu, jika mereka ingin menceburi dunia muzik belajarlah bersikap jujur. Industri ini bukan untuk glamor tetapi berkongsi karya.

“Sekiranya lagu Sumpah ada tujuh pencipta, letak nama ketujuh-tujuh pencipta lagu. Ini bukan zaman 80-an atau 90-an yang mana lagu hanya dicipta seorang individu sahaja. Jika tidak mampu menghasilkan lagu dan perlu bergabung, maka bersikap jujurlah,” katanya kepada BH Online. Penyanyi dan komposer itu berkata, sukar mencari penyanyi yang berkebolehan menghasilkan lagu dan lirik sendiri tanpa sokongan individu lain pada zaman ini.

Baginya, bukan satu masalah sekiranya penyanyi berkolaborasi kerana ia menjadi kebiasaan kepada penggiat seni muzik. “Mereka perlu bersikap jujur kerana ia membabitkan soal pembahagian royalti. “Saya tahu isu ini berkaitan peribadi, tetapi cuba bersikap jujur kerana ini bukan soal wang kemenangan AJL semata-mata, tetapi ia membabitkan royalti.

“Jika betul seperti yang dikatakan pihak sana yang dia juga mempunyai hak terhadap lagu Sumpah, jadi Naim perlu mengagihkan pembayaran royalti sama rata,” kata Ajai. Semalam, wanita yang dikatakan bekas kekasih Naim, Dayana Amerda memberikan tempoh seminggu kepada penyanyi itu untuk membuat pengakuan terbuka berhubung isu penciptaan bersama lagu Sumpah. Dayana mengatakan, dia dan Naim mencipta lagu Sumpah pada 2015. Pada Julai tahun lalu, Dayana pernah menimbul isu berkaitan hak penciptaan lagu Sumpah, tetapi tiada penyelesaian.

Naim Daniel hadiah banglo untuk diri sendiri, bukan sebab nak kahwin – “Nak pinang anak orang pun perlukan duit”

Membelirumah pertama pada usia yang muda tidak bermaksud pelakon dan penyanyi Naim Daniel mula berkira-kira untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat. Ujar Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 23, dia belum mempunyai perancangan ke arah itu kerana mahu fokus kepada kariernya. “Alhamdulillah, rumah itu saya memang beli untuk diri sendiri sebab rumah keluarga sudah ada di Melaka. Naim belum ada perancangan untuk berkahwin.

“Saya beli bukan sebab nak berkahwin, perancangan ke arah situ pun belum ada lagi. Nak pinang anak orang pun perlukan duit. Jadi, buat masa kini saya fokus pada kerier seni. “Nak kembangkan lagi kerjaya saya dalam industri ini. InsyaAllah selepas ini saya ada perancangan nak terjun dalam bidang perniagaan pula,” katanya kepada mStar pada Isnin. Terdahulu Naim berkongsi foto rumah baharunya di Instagram dan meluahkan rasa syukur atas rezeki dapat membeli kediaman pertama. Rata-rata warganet meluahkan rasa teruja dan gembira dengan pencapaian penyanyi lagu Sumpah itu kerana berjaya membeli rumah pada usia muda.

Saya tak jangka dapat rezeki untuk beli rumah pada usia 23 tahun

Dalam pada itu, Naim turut berkongsi tips bagaimana dia menguruskan kewangannya sehingga berjaya memiliki sebuah rumah. “Sejujurnya saya rasa sangat gembira dan teruja kerana dapat berbelanja terhadap sesuatu yang besar seperti aset rumah ini.

“Namun sebenarnya semua bergantung kepada bagaimana cara kita mengurus kewangan. “Daripada dulu lagi saya memang suka menyimpan duit. Sebaiknya pada usia muda kita mula menabung kerana ia merupakan bekalan untuk hari yang akan datang apabila kita memerlukannya,” ujarnya. Naim berterima kasih kepada DBP  di atas penghargaan yang diberikan untuk video muzik terbaharunya, Sembah.

Sementara itu, Naim juga tidak menyangka menerima penghargaan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atas penggunaan tulisan jawi dalam video muzik lagu terbaharunya, Sembah. “Sebenarnya saya sendiri tak sangka akan dapat penghargaan. Namun apabila diberi penghargaan sebegini, ia membuatkan kita lebih bersemangat untuk keluarkan karya yang lebih bagus di masa depan. “Bagi saya, penggunaan tulisan jawi itu sedikit sebanyak dapat membantu peminat belajar sesuatu yang baharu,” katanya.

‘Sumpah’ kekal milik Naim Daniel

Pihak syarikat rakaman sebelum ini menyatakan bahawa sebarang isu yang terjadi telah pun diselesaikan, namun sebaliknya yang berlaku. Walau bagaimanapun, WEP tetap kesal dengan kesulitan yang dihadapi Dayana Amerda atau nama sebenarnya Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah, dan keluarganya mengenai isu hak cipta dan perkara yang diminta beliau.

Pihak WEP juga meminta sekiranya Dayana mahupun wakilnya inginkan sebarang hak, supaya menghubungi mereka dengan mengemukakan bukti-bukti yang kukuh. Terdahulu, melalui video yang dimuat naik oleh hLive!, Dayana dan pihak keluarga mengadakan satu sidang media yang meminta Naim Daniel untuk tampil dan menyelesaikan masalah hak cipta lagu yang berjudul Sumpah.

Memetik laporan Astro Gempak, isu pertikaian hak cipta lagu Sumpah tercetus sekitar Julai tahun lalu apabila lagu itu dikatakan menceritakan kisah percintaan mereka. Difahamkan, lagu Sumpah yang diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-34 itu dihasilkan Naim dan Dayana pada tahun 2015 ketika mereka sedang menjalin hubungan cinta.-gmpk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *