Dikatakan sudah berhenti berlakon. Zoey Rahman dedahkan perkembangan terkini dan bisnes dia yang semakin mendapat perhatian masyarakat umum

artis

Pelakon dan usahawan Zoey Rahman menangkis tanggapan sesetengah pihak yang menganggap dia sudah berhenti berlakon.Jelas Zoey atau nama sebenarnya, Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman, 35, dia hanya memperlahankan kerjaya seninya untuk memberikan fokus terhadap bidang perniagaan.Kini, Zoey sukses dengan produk kosmetik dan kecantikan miliknya, Mikaseries For Superstar.

“Alhamdulillah, bisnes semakin baik. Saya akui bisnes saya bermula dengan perlahan tetapi kami mementingkan kepercayaan pelanggan.”Syukur kerana semenjak ia ditubuhkan pada 2015, bisnes saya semakin mendapat perhatian.”Ada yang tanya adakah saya tak aktif berlakon? Sebenarnya, saya masih mengambil tawaran, tetapi tiga tahun kebelakangan ini, saya turut memberikan fokus terhadap bidang perniagaan.

“Sebenarnya, saya masih aktif berlakon. Saya baru sahaja menjalani penggambaran untuk sebuah telefilem siaran RTM.”Dalam masa terdekat, saya akan kembali ke set penggambaran siri Black untuk musim kedua yang bakal bersiaran di Viu,” kata Zoey.

Dalam pada itu, Zoey lebih selesa untuk tidak memperkatakan mengenai status dirinya yang didakwa kini sudah bergelar jutawan.”Saya kalau boleh enggan cakap mengenai status. Jutawan atau tidak, biarlah produk yang saya usahakan menonjol ke hadapan, bukan diri saya sendiri.”Saya tahu sesetengah pengasas lebih suka dia menonjol dalam perniagaan. Itu stratergi masing-masing tetapi saya pula mahu produk yang lebih mendapat perhatian berbanding diri sendiri.

“Sebagai contoh, kalau kita lihat kepada jenama hebat lain yang berstatus antarabangsa, ramai orang yang tidak tahu pun siapa pengasas produk terbabit. “Jika boleh, biarlah saya kekal begini seperti Zoey Rahman yang semua orang kenali. Cukuplah seadanya sahaja,” jelasnya lagi.-gmpk

Zoey Rahman alami ‘side effect’ selepas jalani proses tanam rambut, ramai pula tanya hukum dilakukan pada bulan Ramadan

Zoey Rahman mahu jaga penampilan sebagai artis dan usahawan kosmetik.PELAKON dan pengacara Zoey Rahman meraih perhatian netizen selepas berkongsi video menjalani rawatan menanam rambut.Zoey menjelaskan kesan pada mukanya merupakan kesan daripada ubat bius yang disuntik di bahagian depan kepalanya.

“Muka saya jadi bngkak kesan daripada ubat bius yang diambil semasa rawatan menanam rambut.”Hari pertama tak rasa apa-apa, tapi saya mula rasa kesannya pada hari kedua.Kesan bngkak jelas kelihatan pada wajah Zoey.“Bngkak itu bermula di dahi kemudian turun ke kening, kelopak mata dan sekarang pada hari keempat bngkak itu kelihatan di bawah mata pula,” jelas Zoey kepada mStar.

Apabila ditanya tentang proses rawatan yang dijalankan pada bulan Ramadan serta hukumnya di sisi Islam, Zoey memberitahu perkara itu dilakukan atas dasar menutup aib.”Pihak klinik sudah menerangkan terlebih dahulu tentang hukum menjalani rawatan ini. Ia tidak memudaratkan kesihatan atau membatalkan puasa kerana mereka cuma perlu mengambil d4rah dan beri ubat bius pada saya.

“Malah, mengikut hukum Islam ia dibenarkan kerana rambut itu diambil daripada rambut saya sendiri. Jika ia diambil daripada orang lain hukumnya haram,” ulasnya.Zoey menjalani rawatan menanam rambut untuk mengelakkan masalah keggurannya berlanjutan.

Tambahnya, sebagai seorang artis dan usahawan kosmetik, dia harus menjaga penampilan agar sentiasa nampak kemas dan yakin.”Laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga menyatakan rawatan ini dibenarkan jika tujuannya adalah atas menutup aib.

“Untuk kerjaya saya sebagai seorang artis dan juga usahawan kosmetik, saya perlu sentiasa kelihatan kemas dan yakin.”Kalau saya botak macam mana saya nak menjual produk-produk saya di samping menjalani penggambaran dengan yakin.

Kalau saya botak macam mana saya nak menjual produk-produk saya

“Jadi saya ambil inisiatif daripada sekarang, saya tak mahu tangguhkannya hingga masa akan datang kerana ia mungkin sudah terlambat,” kata Zoey.Mengulas masalah kegguran yang dialaminya, usahawan kosmetik itu berkata ramai yang tidak menyangka dia berdepan dengan masalah rambut.”Saya ada masalah garis rambut berbentuk ‘M’. Mungkin ramai yang tak nampak kerana saya sering menyembunyikannya dengan cara saya menggayakan rambut,” ujarnya.

Pengacara itu turut menjelaskan klinik tersebut mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.”Sepatutnya saya perlu menjalani rawatan itu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula, tapi ia ditangguh sehingga pelaksanaan PKPB.”Klinik tersebut juga mengikut standard operasi yang betul seperti menjaga jarak. Saya juga menjalani ujian saringan jangkitan Covid-19 sebelum meneruskan rawatan,” kongsi Zoey.-mstar

“Klinik ini ikut ‘SOP’ diarahkan” – Zoey Rahman

TINDAKAN pelakon dan pengacara, Zoey Rahman menjalani proses rawatan menanam rambut mencetuskan banyak pertanyaan di media sosialnya sejak pagi tadi.Rata-rata, mengaitkannya dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat (PKPB) yang sudah dikeluarkan.

Zoey ketika dihubungi mempertahankan klinik yang melakukan rawatan itu dengan memaklumkan ia mengikut semua SOP ditetapkan.”Klinik ini menjalankan SOP seperti mana yang diarah oleh kerajaan. Saya sendiri pun baru-baru ini, ada menjalani saringan Covid-19 dan keputusannya adalah negatif. Jadi, tak ada apa yang perlu dirisaukan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya lagi, dia sepatutnya menjalani rawatan itu sebelum Ramadan, namun terpaksa ditangguh kerana PKP.”Jadi, apabila PKP ditukar kepada PKPB dan dilonggarkan sedikit, saya ambil keputusan untuk teruskan rawatan ini memandangkan, proses pemulihannya juga akan mengambil masa sekitar dua minggu.

“Jadi, dah alang-alang ada masa terluang, saya buat. Lagi pula, prosesnya mengambil masa yang sangat panjang untuk disiapkan,” katanya.Zoey berkata, dia memilih untuk menanam rambut kerana perlu menjaga penampilannya sebagai selebriti dan juga usahawan kosmetik.”Saya memang ada masalah rambut, tapi mungkin orang tak nampak sangat kerana selalunya, saya guna beberapa produk untuk pastikan ia tidak terlalu ketara.

“Lagi pula, dalam industri hiburan, sebagai artis yang juga usahawan kosmetik, saya sendiri perlulah menjaga penampilan diri” katanya.Zoey menjalani rawatan itu di sebuah klinik yang terletak di Subang bermula jam 9.30 pagi tadi, sehingga sekarang dan dia sendiri tidak tahu, proses menanam rambut ini akan mengambil masa berapa lama. Pelakon itu mengalami masalah rambut nipis dan menanam sejumlah 3,000 rambut yang diambil daripada bahagian belakang kepalanya dan ditanam pada bahagian yang terjejas.-mymetro

‘Kenapa perlu cemburu, Nana bukan kekasih saya’ – Zoey

“WALAU beribu kali perlu jelaskan hubungan rapat dengan penyanyi Siti Nordiana hanya sahabat baik, saya akan lakukan. Ini kerana dari dulu sampai sekarang hubungan kami berpaksikan persahabatan, tidak lebih daripada itu,” kata pelakon dan pengacara Zoey Rahman.Zoey, 34, turut menafikan dia cemburu melihat keakraban hubungan Siti Nordiana atau Nana dengan penyanyi Khai Bahar.

Apatah lagi, pasangan duet lagu Satukan Rasa itu kini sibuk di lokasi penggambaran drama yang menggandingkan mereka.Ketika menjawab soalan media berhubung perasaan cemburu, Zoey atau nama sebenar Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman berkata tidak ada sebab untuk dia cemburu.

“Kenapa saya nak cemburu dengan hubungan rapat Nana bersama Khai? Dia (Nana) bukan kekasih saya.“Malah, kedua-duanya kawan baik saya. Sebagai sahabat, saya akan terus menyokong kerjaya seni mereka.“Apapun, saya yakin Nana lebih mengenali siapa saya kerana persahabatan kami sudah lama terjalin,” katanya.

Sehubungan itu, Zoey turut memohon maaf kepada peminat Nana dan Khai yang salah faham dengan persahabatannya.Baru-baru ini, Zoey banyak menerima mesej langsung (DM) di Instagram (IG) daripada peminat Nana dan Khai.Kebanyakan mereka kurang senang dengan tindakan Zoey yang dianggap cuba menggnggu publisiti drama percintaan lakonan Nana dan Khai.

Zoey berkata, dia masih tahu menjaga batas pergaulan dalam persahabatan mereka dan hingga kini tidak pernah berseorangan ke rumah Nana.“Jika berkunjung ke rumah Nana, saya selalu bersama pengurus. Belum pernah lagi saya ke rumahnya seorang diri. Apatah lagi, Nana pun tinggal bersama ibu bapa dan anaknya, Rayyan Nakhaie. Tidak terkecuali, pengurus dan jurusoleknya pun ada sama,” katanya.Mengulas hubungan rapat dengan Rayyan katanya, anak lelaki tunggal Nana itu sudah dianggap seperti anak saudaranya.-mymetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *