Dalam masa 23 hari dapat hasil yang baik tanpa sebarang ubat. Liyana Jasmay kongsi tips kurus dan pengalaman pahit yang dilaluinya

artis

Liyana sasarkan untuk turun berat sehingga 49 kilogram.PELAKON Liyana Jasmay berkongsi cara dia menurunkan berat badan dalam masa 23 hari tanpa mengambil sebarang makanan tambahan atau produk kurus.Menurut Liyana, 32, dia hanya amalkan diet seimbang tanpa mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat dan gula.

Pelakon filem Papadom ini mengakui biarpun pada mulanya mengalami pening kepala dan mengigil namun dia terus berusaha mencapai target sehingga 49 kilogram.Liyana berjaya turunkan hampir 4 kilogram dalam masa 23 hari.“Selepas 23 hari diet, tiada karbohidrat dan gula! Sasaran saya adalah 49 kilogram. Saya sangat gembira sebab lagi 0.03 kilogram saja sasaran nak sampai!

“Daripada 53 kilogram sehingga kini! Saya tidak mengambil sebarang pil atau makanan tambahan. Saya hanya buang semua karbohidrat dan gula. Permulaan yang sukar, hari kelima saya gigil dan pening tapi teruskan juga,” katanya.Liyana menerusi laman Instagram berkongsi tip kurus dan memberitahu berat badannya kini 49.03 kilogram.

Tolong lakukan secara semula jadi sebab ia selamat dan untuk kebaikan badan kita

Rata-rata warganet di ruang komen tersebut mengucapkan tahniah dan meminta aktres itu berkongsi aturan pemakanan yang diamalkan sepanjang tempoh diet.Dalam pada itu, Liyana memberitahu perkongsian itu bertujuan untuk memberi semangat kepada semua wanita yang ingin menurunkan berat badan tanpa pengambilan makanan sampingan atau pil kurus.

Tegas Liyana, seseorang itu perlu kuat dari segi mental dan turut menasihati agar tidak menggunakan jalan pintas untuk kurus kerana boleh membahayakan diri.Liyana mahu beri semangat kepada wanita di luar sana yang ingin turunkan berat badan.“Kenapa saya kongsi ini? Untuk beri semangat kepada semua wanita di luar sana, percayalah bahawa tiada makanan tambahan atau pil atau apa air mampu buat awak kurus.

“Dan ya, tiada jalan singkat, jalan pintas bahaya. Kita hanya perlu ada kemahuan dan jiwa yang kuat. Dalam keadaan macam mana pun, apa saja awak nak capai dalam hidup, kena kuat dan teruskan.”Tolong lakukan secara semula jadi sebab ia selamat dan untuk kebaikan badan kita,” ujarnya.-mstar

Liyana Jasmay tak mahu komen

GAMBAR yang dimuatnaik Liyana Jasmay ketika bercuti di Australia.“KALAU bukan mengenai kerja atau kerjaya saya, saya tak mahu komen . Saya hanya akan memberikan kenyataan jika berkaitan kerja saja,” kata pelakon Liyana Jasmay mengenai dia memuat naik gambar terbarunya yang tidak lagi bertudung.

Rata-rata pengikutnya di Instagram mempertikaikan tindakan Liyana yang berkongsi gambar dan video tanpa memakai tudung ketika bercuti di Gold Coast, Australia bersama pelakon Intan Ladyana.Walaupun gambar-gambar yang dimuat naik di Instagram menerima kritikan teruk wrganet namun ada juga pengikut yang terus mendoakan Liyana supaya kembali bertudung.Liyana mula mengenakan tudung pada akhir Julai 2017.-mymetro

Liyana tak serik filem sulung hanya pungut RM9,185.50

KUALA LUMPUR: Walaupun hanya mampu memungut RM9,185.50 menerusi Bella & Jamie, Liyana Jasmay tidak serik untuk terus menghasilkan filem.Bercakap kepada BH Online, Liyana yang juga pemilik Mermaid Studios tidak menganggap sambutan dingin diberikan terhadap filem lakonannya bersama Juliana Evans itu sebagai kegagalan, sebaliknya ia berpunca daripada pemasaran yang lemah.

“Tiada istilah serik bagi saya apabila Bella & Jamie kurang mendapat sambutan di pawagam. Sebaliknya, ia menjadi pengajaran buat kami supaya tidak memandang remeh aspek pemasaran dan promosi.“Saya percaya, jika kami mendapatkan pasukan pemasaran dan pengedaran yang baik, ia tentu dapat menarik penonton ke pawagam,” katanya yang berazam untuk tidak mengulangi kesilapan sama bagi projek filem terbarunya, Reunion, tidak lama lagi.

Filem sulung terbitan Liyana itu menemui penonton di pawagam pada 31 Januari tahun lalu.Kutipan dilakukan Bella & Jamie adalah yang terendah sepanjang 2019 bagi judul tempatan, seperti dikongsi oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Bagi filem kedua terbitan Mermaid, Liyana, 31, yang akan turut bertindak sebagai pengarah berkata, dia teringin untuk menjalinkan kerjasama bersama syarikat lain.“Saya belum boleh mendedahkan secara terperinci mengenai filem yang bakal diterbitkan itu. Cuma, ia akan memulakan penggambaran pada Jun atau Julai nanti.

“Kali ini, kami tidak mahu mengulang kesilapan sama. Jadi, kami sedang berusaha mencari syarikat yang sudi untuk melabur dalam projek terbaru ini.“Kalau boleh, saya mahukan syarikat yang bukan sekadar mempercayai cerita dihasilkan oleh kami, malah turut percayakan kemampuan saya sendiri,” katanya sambil mengakui gementar untuk bergelar pengarah buat julung kali.

Bagaimanapun, kata Liyana, dia beruntung apabila sutradara terkenal, Bade Azmi, banyak membantunya ketika dia memerlukan nasihat berkaitan perkara itu.“Saya juga sudah menganggap ‘Uncle’ Bade seperti keluarga sendiri dan berasa cukup beruntung kerana hanya dengan satu panggilan telefon, dia akan memberikan pelbagai pengisian berguna,” kata Liyana.-bh

Aik! Hilang Dah Tudung” – Muat Naik Gambar Tak Bertudung, Warganet Perli Liyana Jasmay

Selepas tular perbalahan pelakon Liyana Jasmay dan warganet mengenai cara memakai tudung hingga nampak rambut di media sosial baru-baru ini, kech pula apabila pelakon itu memuat naik foto terbaharu tidak lagi berhijab.Menerusi kemas kini akaun Instagramnya, Liyana berkongsi sekeping foto sedang menikmati hidangan tengah hari bersama suami dan dua anaknya.

Semestinya situasi itu mencetuskan provokasi warganet yang tertanya-tanya akan kesediaan pelakon itu untuk benar-benar berhijrah dan menjaga auratnya sebagai wanita muslim.Tak kurang juga yang memerli tindakan Liyana itu.”Dah tak pakai tudung dah ke sekarang ni Liyana Jasmay?” soal @syafiqali82.

“Tak pakai dah. Shooting kat Melaka hari tu memang dah tak pakai tudung. Biarlah, dia ada suami, korang doa yang baik-baik,” tambah @diela_mewangi.”Bisnes tudung dah tak laku macam ni lah,” tambah @wanieyhadiey88.”Mungkin dia tak bersedia lagi nak berhijab. Doakanlah dia. Tapi janganlah sampai pakai baju pun tak cukup kain atas bawah ye?” tulis @tasha_razali90.

Dalam pada itu, ada juga peminat yang bersangka baik dan menganggap penerima trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 ini sekadar berkongsi foto lama sebelum bertudung di laman Instagram miliknya.”Picture lama kot,” tulis @nurulhuda21690.”Think positive. Gambar lama kot,” tambah @yanapen_yu.”2020 kan… Tak ada kereta terbang tapi… eh aku bersangka baik mungkin gambar lama dulu,” sahut @mariyamokhtar.-gmpk

Fesyen Tudung Dalam Drama Dihntam, Liyana Jasmay ‘Sound’ Warganet ‘So Kampung’

Pelakon Liyana Jasmay kini kurang muncul di kaca televisyan mahupun layar perak, namun itu tidak bermaksud dia tinggalkan dunia seni. Perkongsiannya di Instagram dipenuhi dengan kerja-kerja belakang tabir sebagai pengarah dan penerbit drama TV.Terbaru, anak seni ini muncul dengan buah tangan berupa drama gandingannya dengan Syafiq Kyle bertajuk Tolong Saya Encik Dinosaur.

Jangan sibuk cara pakai tudung

Seorang pengguna Twitter memberi komen berkenaan dramanya itu yang disifatkan boleh tahan menarik. Namun individu itu mengkritik cara Liyana menggayakan tudungnya dalam drama berkenaan.Penyanyi Cinta Bersatu ini kemudiannya membalas tweet tersebut dengan mengatakan apa yang dikenakannya bukanlah isu yang patut diambil kisah memandangkan ianya bersifat peribadi.

Cara saya pakai tudung bukan dengan gaya konvensional, bukan untuk awak ambil tahu. Pakai tudung atau tak, bukan hal awak. Ianya peribadi. Awak tak tahu apa pasal fesyen.Liyana turut menyertakan hashtag #SOKAMPUNG di pengakhiran tweetnya itu.

Liyana turut membalas kritikan yang diterima berkaitan dramanya itu. Antaranya, dia bukan mudah terasa hati, namun hanya membuktikan tidak takut bersuara. Dilabel drama syok sendiri, ibu muda ini menyarankan kepada warganet untuk menonton drama tersebut terlebih dahulu sebelum menghntamnya.-ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *