Banyak dugaan menimpa sejak mereka berkahwin. Sufi Rashid dedah sikap isterinya yang mampu hadapi dugaan dan cabaran sepanjang mereka hidup bersama

artis

Penyanyi Sufi Rashid menyambut ulang tahun perkahwinannya yang pertama.Mendedikasikan ucapan khas untuk isteri tercinta, Nurulain Md Yusof, Sufi mencoretkan perkara terbabit menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.Menurut Sufi, dia bersyukur kerana mempunyai seorang isteri memahami selain tidak putus asa mencari rezeki bersama-sama.

“Alhamdulillah… Pada tarikh ini, tahun lalu, saya memanggil anda isteri saya. Saya bukanlah seorang yang bagus dengan kata-kata tetapi saya cuba.“Kamu sangat luar biasa. Bekerja siang dan malam mencari rezeki bersama-sama. Walaupun banyak dugaan dan cabaran, kamu membuatkan ramai orang gembira dengan perwatakan ceria.

“Namun pada hakikatnya dia menangis ketika waktu malam, dibahu saya apabila beban yang ditanggung menjadi terlalu berat.“Ini adalah isteri saya, seorang yang comel namun seorang ‘pejuang’ buat dirinya. Untuk menyatakan betapa saya terlalu cintakan kamu mungkin tidak pernah cukup B.“Hanya ALLAH tahu betapa bersyukurnya saya ada kamu. Saya berjanji akan menjadi suami uang lebih baik. I love you, till jannah, Insya-Allah. #SAH1YEAR,” coretnya.-gmpk

Isteri ada alasan tinggalkan pelamin – Sufi

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Sufi Rashid menjelaskan, isterinya, Nurulain Md Yusof, mempunyai alasan tersendiri apabila bertindak tinggalkan pelamin sewaktu ibunya datang bersalaman dengannya.Tampil membuat penjelasan secara langsung di Instagram, Sufi berpendapat, hal keluarga tidak perlu dijaja kepada umum.

Malah, dia turut berharap orang ramai berhenti berkongsi video kontroversi berkenaan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih keruh.“Saya menerima banyak mesej peribadi dan pertanyaan mengenai video yang tular pada majlis resepsi saya, baru-baru ini. Jadi, saya perlu membuat penjelasan untuk menjernihkan keadaan. Di sini saya menegaskan, apa yang anda lihat bukan seperti dijangkakan.

“Sejak dahulu, saya memang tidak pernah berkongsi mengenai hal peribadi kerana berpendapat ia aib diri sendiri. Malah, saya juga sering menasihatkan Ain untuk tidak membuat sebarang kenyataan atau perkongsian mengenai hal keluarga. Apa yang pihak sana ingin keluarkan, terpulang kepada mereka.

“Biarlah saya dan keluarga terdekat mengetahui apa yang terjadi. Jika dilihat, isteri saya menggigil dan menangis serta tidak mampu untuk bersalaman dengan ibu saya. Semua orang berhak untuk meluahkan pandangan masing-masing,” kata Sufi.Kata penyanyi Aku Sanggup itu, dia mengambil pendekatan untuk berdiam diri bagi menghormati perasaan ibu dan isterinya.

Terdahulu, sebuah video memaparkan Nurulain bertindak tinggalkan pelamin sewaktu ibu Sufi, Irma Suriana Mahamud, datang bersalaman dengan anaknya tular.Video terbabit didkwa dimuat naik sendiri oleh Irma ke laman Facebook.Selain video, beberapa keping gambar Irma dan menantunya bermasam muka pada majlis resepsi berkenaan turut bertebaran di media sosial, menyebabkan sebahagian warganet menyifatkan Nurulain sebagai bersikap biadap terhadap ibu mentuanya.

Hubungan Sufi dan ibunya diperkatakan apabila penyanyi lelaki itu membuat keputusan untuk berkahwin dengan Nurulain. Selain dikatakan tidak memberikan restu terhadap hubungan anaknya, Irma juga secara terbuka membuat luahan di media sosial.-bh

Sufi zahirkan rasa kecewa… Ibu terus ‘main datang’ pertunangannya

PERTUNANGAN penyanyi Sufi Rashid dengan usahawan iaitu Nurulain Md Yusof pada Sabtu lalu sepatutnya menjadi sebuah majlis menggembirakan namun berlaku sebaliknya.Ia berikutan kelantangan ibu penyanyi itu, Irma Suriana Mahamud yang memberi gambaran tidak merestui pertunangan pasangan berkenaan malah mendkwa tidak pernah menghantar wakil untuk merisik Nurulain.

Irma dalam status yang dimuat naik di Facebook turut mendkwa Nurulain yang mengatur majlis tersebut bagi meraih perhatian.Pendedahan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang terkejut dengan reaksi Irma malah ramai turut menasihatkan agar dia berbincang secara baik dengan Sufi dan tidak menggunakan media sosial bagi meluahkan rasa tidak puas hati.

Status yang dimuat naik oleh Irma di Facebook miliknya.Menerusi entri terbaharu Irma, dia menjelaskan sebagai ibu dia mempunyai hak untuk bercakap tentang kebenaran dan berkongsi perkara yang masyarakat tidak tahu.”Saya ada hak untuk bercakap tentang kebenaran dan berkongsi perkara yang orang tidak tahu.

“Tiada seorang ibu pun yang mahu meilihat anak mereka dibvli dan dipergunakan kerana popularitinya,” kata Irma.Dalam pada itu, Irma berkata, dia bukan seorang ibu yang hip0krit dan hanya akan memuji walaupun sedar ia perbuatan tidak baik dan salah.Katanya, sejak kecil dia mendisiplinkan anak-anaknya agar menghormati orang lain selain tidak bersikap biadb dan bukannya menjadi seorang jahil.

Nurulain dan Sufi bakal berkahwin tahun hadapan.“Tapi apabila mereka sudah besar dan memilih untuk berubah 360 darjah tanpa menghormati saya yang membesarkan mereka adalah sesuatu yang saya tidak akan bertolak ansur dan berdiam diri,” ujarnya.Dalam pada itu, Sufi menerusi Instagram miliknya pula memuat naik status berbaur kecewa dipercayai berhubung tindakan ibunya itu.

Penyanyi berasal dari Singapura itu memberitahu apa dilaluinya itu mungkin ujian daripada Allah yang mahu dia menghadapi dugaan dalam kehidupannya.”Pada tahap sekarang, itu adalah satu-satunya ‘cerita’ yang orang ingat tentang saya, yang sentiasa meghantui hidup saya,” katanya.

Perkongsian Sufi di Instagram.Dalam perkongsian berbeza, Sufi turut menyoal dirinya sama ada dia tidak patut memilih jalan ini namun tetap meneruskannya kerana setiap kehidupan itu mempunyi cabaran berbeza.”Jika saya tahu akan berakhir begini, saya tidak sepatutnya memilih jalan ini. Tapi setiap jalan itu ada likunya kan? Apa yang patut saya lakukan sekarang. Kesabaran vs kebaikan,” tulisnya.

Pun begitu kata Sufi, dia mendapat kekuatan dalam mengharungi setiap cabaran dalam hidup daripada bapanya yang disifatkan seorang sederhana.”Saya dapat kekuatan daripada bapa… Seorang yang hidup sederhana dan hargai segalanya,” ujarnya lagi.Usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Sufie berhubung isu itu bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan dan mesej kepadanya tidak berjawab.-mstar

‘Hubungan isteri dan ibu saya dah baik’ – Sufi

HAMPIR setahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Sufi Rashid, 29, menjelaskan ‘hubungan keruh’ yang penah tercetus di antara isterinya, Nurulain Md Yusof dengan ibu, Irma Suriana Mahamud semakin baik.Sufi ditemui baru-baru ini berkata dia sangat bersyukur kerana hubungan isteri dan ibu serta keluarganya di Singapura, tidak lagi bermasalah seperti dulu.

“Alhamdulillah, hubungan saya dan isteri bersama keluarga saya dah tak teruk macam dulu. Sudah boleh dianggap selesai dan tak perlu difikirkan sangat.”Tak dinafikan, selepas apa yang berlaku saya nak fahamkan keluarga mengenai situasi sebenar bukan mudah. Perlu ambil masa juga nak menyelesaikannya.

“Ditambah, lebih-lebih lagi saya pula terbabit dalam industri ini. Kadang-kadang, apa yang diluahkan itu boleh bertukar jadi lain,’ katanya.Menurut Sufi, disebabkan tidak  faham membuatkan keluarga berasa tertekan. Bagaimanapun, sekarang dah tak ada banyak masalah lagi.”Saya pun pernah bawa Nurulain berjumpa ibu selepas majlis perkahwinan kami. Kini, mereka berdua sudah boleh duduk dan berbual bersama,” katanya.

Mengharapkan terus didoakan yang baik-baik buat dia, isteri dan keluarga, Sufi berkata dia turut bercadang membawa isterinya pulang ke Singapura bertemu ibu dan keluarga selepas Covid-19 berakhir.”Saya berhasrat nak bawa isteri bertemu ibu dan sanak-saudara di Singapura untuk merapatkan lagi silaturrahim sesama keluarga di sana.

“Saya pun belum berpeluang nak balik sana kerana penularan pandemik ini yang tak tahu bila akan habis. Dah lama juga tak balik, sejak saya berkahwin,” katanyaUjar Sufi, apabila Covid-19 menular banyak majlis hiburan dibatalkan dan acara pula lebih mudah dibuat secara virtual. Jadi, dia tidak berpeluang balik ke Singapura.

Juara Akademi Fantasia 2015 ini.bernikah dengan isterinya pada 21 September tahun lalu. Bagaimanapun, timbul kejadian’kurang manis’ pada majlis persandingan mereka.Ia berikutan tersebar video tular yang menunjukkan Nurulain bertindak tinggalkan pelamin sewaktu ibu mentuanya, Irma datang bersalaman dan memeluk Sufi.Malah, dikatakan lagi keretakan hubungan menantu dan mentua itu mula berlaku berikutan ikatan pernikahan yang tidak direstui keluarga.-mymetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *