Kongsi foto tapi warganet dapat kesan sesuatu yang lain. Ternyata perkongsian Hawa Rizwana raih perhatian warganet gara gara ini

artis

Pengacara dan pembaca berita, Hawa Rizwana bukanlah nama yang asing lagi dalam dunia hiburan tanah air apatah lagi sejak wajahnya yang tular di media sosial kerana memiliki iras dengan selebriti popular, Neelofa.Walau bagaimanapun, personaliti TV3 ini yang turut aktif dalam aktiviti berbasikal juga semakin menjadi perhatian ramai malah menerusi laman Instagram dia juga diikuti ribuan followers dimana kini telah mencecah lebih 625 ribu

Baru-baru ini, namanya menjadi sebutan ramai peminat dan pengikut di laman sosial tersebut juga apabila dia ada berkongsikan keputusannya yang cemerlang.Difahamkan, Hawa Rizwana yang bergelar seorang penyampai berita ini dalam pada masa yang sama turut melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Komunikasi Massa.

Ternyata, meskipun sibuk dengan kerja tetapi gadis berusia 25 tahun ini berhasil mendapatkan keputusan yang cemerlang lalu berkongsikan berita gembira itu kepada umum.Menerusi posting, Hawa turut meluahkan rasa syukurnya dan ternyata juga ia mencetuskan inspirasi buat para gadis diluar sana disamping ada juga yang meninggalkan komen memuji Hawa Rizwana.“Tahniah…”“Congrats Kak Hawa, it’s inspired me very well… hope I can make it too. Amin…”“Tengah buat Master rupanya. Dean list pula tu. Beauty with brain”

Terbaru Hawa Kongsi Foto Tarik Perhatian Ramai bila tangannya menampakkan kesan

HAWA Rizwana menzahirkan kekecewaan sebaik dikritk warganet di Twitter kononnya dia mendapat pekerjaan itu menggunakan ‘kabel’ iaitu bapanya. “MEREKA (warganet) tak tahu pun kesusahan kami, yang mereka tahu hanyalah mengkritik,” kata pelakon yang juga pembaca berita Buletin Utama TV3, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 24.

Hawa menzahirkan kekecewaan sebaik dikritik warganet di Twitter semalam kononnya dia mendapat pekerjaan itu menggunakan ‘kabel’ iaitu bapanya, Profesor Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman.Menurut Hawa, dia mengakui bapanya bekas pengacara Selamat Pagi Malaysia dan kini pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, namun tidak pernah menggunakan bapanya.

“Saya tegaskan kabel saya bukan bapa tetapi Allah. Kritikan dilemparkan warganet sangat melmpau dan melukakan hati,” katanya.Menurutnya, turut diftnh adalah rakan setugas, Zharif Zhafri yang juga anak kepada pengacara, Allahyrhm Aziz Desa.Hawa yang memiliki raut wajah persis Neelofa berkata, warganet tidak memahami kesusahan dirinya yang bertungkus lumus mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) di UiTM.

“Sewaktu menjalani latihan praktikal bersama Media Prima pada Mac 2017, resume saya dihantar oleh pensyarah bukan bapa. Tolong jangan kaitkan bapa dalam hal ini dan membuatkan kami bersedih,” katanya.Katanya, bapanya sentiasa berpesan supaya berusaha sendiri sekiranya mahu mendapatkan pekerjaan.

“Bakat saya dikesan pihak pengurusan Media Prima selepas tamat praktikal Jun 2017. Mereka menawarkan kerja sebagai wartawan dan pembaca berita di TV9.”Alhamdulillah, saya beralih sebagai pembaca berita Buletin Utama pada 1 Januari lalu dan ia disebabkan bakat bukannya kabel,” katanya.Sebagai anak perempuan tunggal dalam keluarga, dia bersedih sekiranya orang ramai memftnh bapanya.”Kepada graduan di luar sana yang masih tiada pekerjaan, saya doakan semoga dimurahkan rezeki oleh Allah. Saya percaya Allah Maha Adil dan sentiasa membuka peluang buat semua hamba-Nya,” katanya.-mtro

Fizo telefon ayah minta maaf – Hawa Rizwana

KUALA LUMPUR: Penyampai berita Buletin Utama TV3, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, mengakui pelakon dan usahawan, Fizo Omar meminta maaf kepada ayahnya, susulan komen dibuatnya menerusi Instagram yang tular, baru-baru ini.Katanya, perkara itu dimaklumkan bapanya, Profesor Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman apabila pelakon dan pengacara itu menghubungi menerusi panggilan telefon untuk meminta maaf.

“Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ayah faham dunia hiburan tidak dapat lari daripada usikan atau gosip. Saya sendiri sudah lupa perkara remeh itu.“Tetapi, Fizo yang saya anggap sebagai abang ikhlas memohon maaf. Ayah berkata, Fizo serba salah apabila nama saya dan keluarga diperkatakan ramai, gara-gara komen yang ditulisnya.

“Sebagai individu yang pernah merasai asam garam dunia penyiaran, ayah tidak marah atau terkesan dengan usikan sebegitu,” katanya.Terdahulu, Fizo tinggalkan komen dalam satu muat naik di Instagram Hawa apabila memuji cara dia mengendalikan sebuah acara.

Susulan itu, warganet tinggalkan pelbagai komen nakal, malah turut mendkwa pelakon yang baru menjadi duda itu cuba menawan hati Hawa.Gadis berwajah iras Neelofa itu mengakui, mereka memang sudah mengenali antara satu sama lain, namun hanya sebagai abang dan adik, memandangkan Fizo ialah kenalan bapanya.Fizo pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Mawar Karim pada November 2013, tetapi berpisah pada 10 Julai lalu. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam.-bh

“Saya tak rasa dia nak ‘try’ sebab…” – Hawa Rizwana jawab mengenai hubungan dengan Fizo Omar

PEMBACA berita Hawa Rizwana menganggap komen pelakon Fizo Omar di laman Instagram miliknya baru-baru ini hanyalah kata-kata dari seorang abang kepada adik.Hawa atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 24, berkata, dia sudah lama mengenali usahawan tersebut yang juga merupakan kenalan kepada bapanya. 

“Saya tak rasa dia nak try saya pun sebab hubungan kami macam adik dengan abang sahaja. Saya anggap gosip yang timbul itu sekadar usikan daripada peminat.Komen Fizo di foto Hawa mengundang perhatian warganet.“Lebih-lebih lagi kerana status duda dipegangnya,” kata Hawa ketika dihubungi mStar.

Hawa diminta mengulas spekulasi warganet bahawa Fizo cuba memikatnya berikutan komen memuji pembaca berita yang sering dikaitkan seiras wajah pengacara Neelofa itu.Komen Fizo yang mengucapkan tahniah atas tugasan kerjanya yang baik mengundang perhatian warganet yang rata-ratanya mengusik aktor itu.Menjelaskan lebih lanjut, Hawa berkata, dia sudah mengenali Fizo sejak beberapa tahun lalu memandangkan aktor itu mengenali bapanya.

Hawa sudah mengenali Fizo sejak beberapa tahun yang lalu.“Saya memang peminat abang Fizo dari dulu. Selain mengenali abang Fizo sebagai seorang pelakon, saya kenal dia kerana dia adalah kenalan ayah.”Ayah pernah menjadi pengarah di UiTM Arau dan abang Fizo juga merupakan salah seorang alumni di sana.

“Dia lebih rapat dengan ayah kerana mereka pernah bermain bola sepak bersama-sama,” ujarnya.Sebelum ini, Fizo pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Mawar Karim pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.-mstar

“Macam saya ni teruk sangat tak ada bakat langsung” – Hawa Rizwana mengaku guna kelebihan bapa untuk karier

PEMBACA berita Buletin Utama TV3, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan terkilan dengan tindakan segelintir warganet yang mendkwa dia mendapat pekerjaan di stesen televisyen tempat dia berkhidmat ketika ini dengan mudah kerana pengaruh bapanya.Malah gadis berusia 24 tahun itu turut menyangkal dkwaan tersebut.

“Bila ada orang kata dapat kerja sebab pakai kabel iaitu ayah, saya kurang setuju. Itu memang tak betullah.”Sedihlah sebab libatkan ayah… seolah-olah ayah yang cucuk-cucuk orang nak bagi Hawa kerja. Macam Hawa ni teruk sangat tak ada bakat langsung,” katanya ketika dihubungi mStar.Jelas Hawa Rizwana atau lebih mesra disapa Hawa, bapanya, Ahmad Redzuan bukanlah kakitangan di stesen televisyen tempat dia bekerja.

Hawa bergelar penyampai berita Buletin Utama sejak awal tahun ini.“Ayah pun kebetulan dulu hos Selamat Pagi Malaysia tapi dah lama dah… bukan dia kerja sebagai wartawan di Media Prima.”Ada orang ingat kami satu office tapi ayah tak ada kena-mengena dengan Media Prima dan dia sebenarnya pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM),” katanya.Menurut Hawa, dia juga menjalani latihan praktikal di syarikat tersebut atas cadangan pensyarahnya.

Macam hari pertabalan tempoh hari saya tanya ayah ayat promo yang sedap. Kita ni tak matang nak buat ayat puitis macam tu. Alhamdulillah saya gunakan kelebihan itu untuk karier saya.

“Hawa masuk internship di Media Prima sebab study journalism dan atas recommendation pensyarah. Bukan saya seorang je tapi ada kawan-kawan lain yang namanya turut dihantar pensyarah.”Lepas intern… dua bulan kemudian saya dipanggil untuk jalani audition baca berita. Saya pun excited dan beritahu ayah tentang perkara itu. Ayah pun cakap ok Alhamdulillah,” katanya.

Hawa bersama ibu dan bapanya.Namun Hawa bersyukur kerana dia ditawarkan sebagai pembaca berita kerana bakat dan kelayakan yang dia ada.”Selepas setahun lebih dekat TV9 beberapa hari sebelum 1 Januari tahun ini, Alhamdulillah Datuk Manja Ismail, bos Media Prima suruh baca Buletin TV3. Jadi ayah memang tak involve langsung dalam proses saya nak dapatkan kerja ni.

“Jika difikirkan sedalam-dalamnya secara rasional, kalau orang tu tak terkenal tapi bakat dia luar biasa, orang akan ambil bekerja. Tapi kalau orang tu ada kabel tapi tak ada kriteria atau bakat, buat apa orang nak ambil… betul tak,” katanya yang sedang mengikuti pengajian peringkat Sarjana.Pada masa sama, Hawa berkata dia juga sering meminta pandangan bapanya sebelum memulakan tugasannya.

“Banyak benda saya refer dengan ayah. Kalau nak interview menteri saya akan minta pandangan ayah mengenai isu semasa atau apa yang boleh ditanya.Tweet Hawa mendapat perhatian warganet.“Macam hari pertabalan tempoh hari saya tanya ayah ayat promo yang sedap. Kita ni tak matang nak buat ayat puitis macam tu. Alhamdulillah saya gunakan kelebihan itu untuk karier saya,” katanya.Tags/Kata Kunci:-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *