Jumpa semula anak yang hilang 38 tahun yang lalu. Ibu bapa ini luah rasa sebak lepas dapat tahu anak dia ini sudah berumahtangga dan ini rupanya cara polis kesan anak mereka yang hilang

Viral

Hati ibu bapa mana yang tidak sedih apabila mengetahui anak yang dikandung selama sembilan bulan telah diambil orang hingga tidak mendengar khabar berita hampir 38 tahun.Itu lah perasaan yang dialami oleh keluarga ini selepas kehilangan anak tercinta ketika usianya masih kecil lagi. Namun, penantian hampir empat dekad berakhir selepas keluarga ini berjaya dipertemukan semula dengan anaknya itu.

Sebaknya…Menerusi laporan yang dipetik daripada Daily Mail, Su Bingde dan isterinya, Huang tidak menyangka penantian mereka selama empat dekad yang lalu akhirnya berbuahkan hasil selepas dipertemukan dengan anak kesayangan yang dilaporkan ‘hilang’ sejak dari tahun 1982 lagi. Menurut sumber, pasangan suami isteri ini tidak pernah berhenti berdoa menanti kepulangan si anak, Jin Shui yang telah diambil orang di kediaman mereka ketika usianya baru berusia dua tahun.

Selepas 38 tahun, pihak polis berjaya mengesan Jin Shui dengan bantuan pangkalan data DNA kebangsaan. Menerusi rakaman yang dikongsikan, pertemuan di antara ahli keluarga yang sudah lama terpisah ini mengundang rasa hiba. Bukan itu sahaja, turut kelihatan mereka menangis berpelukan antara satu sama lain melepaskan rindu yang sudah lama terpendam.

Mengimbau kembali detik hitam yang berlaku, sebelum kejadian mereka sekeluarga menjalani kehidupan yang bahagia sehinggalah pada tanggal 12 Mei 1982 semuanya berakhir. Ketika itu, Su Bingde telah keluar pergi ke rumah saudara sementara si isteri dan anak sedang nyenyak tidur tanpa mengunci pintu kerana bercadang ingin pulang pada malam tersebut. Tetapi disebabkan oleh perkara yang tidak dapat dielakkan, Su Bingde tidak pulang ke rumah pada malam itu.

Cuba cari anak tapi tak jumpa

Namun pada keesokan harinya, si ibu iaitu Huang diberitahu oleh anak perempuannya bahawa anak lelaki, Jin Shui sudah tiada di tempat tidurnya. Huang yang cemas terus menghubungi suaminya untuk memaklumkan tentang kejadian. Mereka kemudian meminta pertolongan orang kampung untuk mencari Jin Shui tetapi malangnya, anak kecil itu tidak ditemui. Tanpa berputus asa, mereka sekeluarga telah pergi ke bandar-bandar untuk menjejaki lokasi Jin Shui selain mengumpul maklumat mengenai pnclkn tersebut.

Lebih meruntun hati apabila sepanjang pencarian, mereka yang hidup dalam serba kekurangan ini terpaksa berjalan kaki hanya untuk menjimatkan wang. Disebabkan kejadian itu, Huang mengalami kesedihan yang teruk sehingga dia mula alami masalah mntal. Menurut sumber, walaupun polis tempatan pada ketika itu sudah melancarkan siasatan terhadap kes penclikan Jin Shui, para petugas tidak dapat menyelesaikan kes tersebut kerana lokasi yang jauh dan maklumat yang agak terhad.

Hampir 40 tahun kemudian, ibu bapa yang sudah bergelar warga emas ini masih tidak putus harapan menanti kepulangan anak tersayang. Malah, Su sudah pun menyimpan duit untuk urusan persemadiannya kelak tetapi harapan terakhir sebelum ‘pergi’, dia ingin bertemu dengan anaknya Jin Shui. Doa keluarga ini akhirnya terjawab selepas mereka diberitahu oleh polis telah berjaya menemui Jin Shui, yang kini merupakan lelaki berusia 40 tahun, yang dikenali dengan nama Li Guolin. Li yang sudah mendirikan rumah tangga memiliki dua orang anak lelaki dan kini tinggal di wilayah Hebei iaitu 686 batu dari tempat tinggal ibu bapanya. Su yang sangat gembira meluahkan rasa syukur dan tidak menyangka akan bertemu dengan anak, menantu dan cucu-cucunya. Berikutan daripada pertemuan itu, mereka sekeluarga bersama saudara-mara telah mengadakan jamuan.-ohbulan

“Lagi 2 Hari Boleh Lahir…” – Wanita Kongsi Kisah Sayu Hilang Anak Kembar Dalam Kandungan

Kehadiran zuriat pastinya akan menambah kebahagian buat pasangan suami isteri tatkala melayan telatah dan ragam comel anak mereka. Namun, tidak semua pasangan bernasib baik untuk memiliki zuriat mereka sendiri meskipun sudah sekian lama melayari alam berubah tangga.

Di Facebook, seorang wanita telah berkongsikan pengalaman pahit kehilangan anak kembar di dalam kandungannya baru-baru ini. Yang lebih memilukan, bayi dalam kandungan wanita tabah bernama Miraa Nordin ini telah dijemput Ilahi hanya dua hari sebelum mereka sempat dilahirkan.Menurut Miraa, sebelum menghamilkan bayi kembar tersebut, dia juga pernah mengalami kehilangan kandungan pada tahun 2018 ketika usia kandungan baru 11 minggu.Untuk perkongsian penuh wanita ini, teruskan membaca di bawah:

Kata wanita ini, dia dan suami terpaksa menunggu lebih kurang setahun untuk dirinya hamil semula selepas mengalami keguguran buat kali pertama28 Mac 2020. Tarikh yang akan selamanya aku ingat.Setiap orang ada dugaan masing2 kan. Kami suami isteri diuji dengan sesuatu diluar jangkaan kami. Langsung tak terfikir, langsung tak terlintas. Rasa macam dunia terhenti sekejap masa tu. Rasa punah semua angan2 sekelip mata. 8 bulan mengandung, semua persiapan dah buat, tapi bukan rezeki kami lagi nak ada zuriat kali ni. In sya Allah lepas ni Allah gantikan yang lain yang lebih baik.

Kami pernah diuji dengan kehilangan kandungan tahun 2018. Masa tu 11weeks. Tanpa d&c, baby keluar sendiri dekat rumah. Tak sangka 2020 kami diuji lagi. Kali ni betul2 sakit. Allah je tahu apa aku rasa. Dua kali berpantang tanpa baby. Dua kali kehilangan. Serious perit tak tipv. Tapi macam mana pun aku dah redha. Ni cuma luahan untuk aku simpan jadi kenangan.

Aku n suami tunggu lebih kurang setahun untuk mengandung lagi lepas kehilangan kandungan . Bukan merancang, tapi memang takde rezeki lagi. Lepas berubat n berurut, Alhamdulillah dgn izin Allah, aku pregnant. Excited tak payah cakap lah. And mmg nekad nak jaga kandungan kali ni betul2 sampaikan aku tak jadi cari kerja sebab nak fokus pada anak. Masa tahu pregnant tu aku betul2 baru habis PSH 6 bulan. Kami anggap mmg Allah bagi tepat masanya.

So bermula lah pengalaman pregnant yg sgt2 best. First trimester langsung tak buat ape2 baring je atas katil dengan alahan yang agak teruk. Besen memang ready letak sebelah katil, minyak yuyi jadi peneman, ble3ding 2 3 kali sampai ambil ubat kuatkan rahim, tak boleh jalan atau berdiri lama mesti nak pitam n banyakkk lagi. Nak cerita mmg takkan habis. Awal2 memang teruk jugak alahan but masuk je second trimester semua jadi smooth cuma masih tak boleh berdiri atau jalan lama2 mesti nak pitam. Kalau dalam mall setiap kerusi yang ada aku akan duduk kejap ambik nafas huhu Dannnnn air manis kena sentiasa ada untuk elakkan rasa nak pitam.

Sejak disahkan hamil anak kembar, dia berkata dirinya perlu membuat pemeriksaan doktor pada setiap dua minggu kerana dianggap berisiko tinggi

Masa second trimester pernah on ubat thyroid sebab bagitau nurse nadi selalu laju walaupun tak buat ape2. Bila test darah, hormon thyroid tu ada sangkut sikit so kena makan ubat. Tapi tak lama pun dalam 2 3 weeks macam tu je. Dr kata maybe sebab pregnant twins so hormon tak stabil. Dapat tahu twins masa 2nd scan dekat klinik. But then bila next scan Dr klinik tu nampak 1 je so dia kata maybe sorang lagi tak jadi/vanish. Masa tu suami hampa sanagat tp tetap berharap twins. Tup2 scan dekat KK kali pertama, suami cerita dekat Dr yang kami pernah scan dekat klinik nampak 2 fetal heart tapi dia kata van1sh bla3 then Dr kata ‘ Eh memang dua lah ni. Tengok ni. Ni sorang ni lagi sorang’. Masa tu rasa nak lompat2 je happy tak pernah terbayang dapat twins. Alhamdulillah.

Sejak confirm twins tu, appt jadi 2 minggu sekali sebab dikira high risk. Twins pulak jenis MCDA, dorang kongsi uri tapi kantung masing2. Total 3 tempat appt KK IM, KK Beserah, and O&G HTAA. Tak pernah miss mana2 appt. Mmg setiap kali nak scan excited lain macam. Asyik berdebar nak tahu perkembangan dorang. Alhamdulillah Allah mudahkan semua, berat n saiz dorang dari awal scan sampai 34weeks sangat okay. Dr selalu puji sbb twins takde TTTS(twin-twin transfusion syndrome: sorang terlebih besar/kecik) dan sangatlah aktif tak pernah duduk diam! Haha. Nurse pun selalu susah nak carik jantung baby sebab asyikkkk bergerak. Setiap kali check up mesti balik rumah dengan happy lepastu beriya cerita semua dekat Mama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *