Habis hilang duit pencen lebih RM12000 dalam bank. Tergamam atuk bila dapat tahu punca duitnya hilang berpunca daripada cucunya. Lagi mengejutkan terbongkar terus kegiatan cucunya semata untuk game ini

Viral

Obses sangat nak main game sampai sanggup eh guna tanpa izin. Sampai kering akaun atok dia! Menurut Harian Metro melaporkan datuk remaja itu hanya mengetahui wangnya lesap selepas menerima mesej di telefon bimbit memaklumkan yang 2,500 rupee (RM141) telah ditolak dari akaun miliknya tinggalkan baki sebanyak 275 rupee (RM15.46).

Mengesyaki dirinya menjadi sasaran, lelaki itu terus menghubungi pihak bank dan melaporkan kejadian kepada pihak polis.Dalam laporan tersebut, dia menjelaskan yang dia tak buat sebarang pemindahan dan tak pernah menerima kata laluan sekali guna (OTP).

Susulan itu, Jabatan Siber Polis New Delhi mengesahkan bahawa cucu lelaki tersebut, Pankaj Kumar, 23 tahun, adalah orang yang memindahkan wang mangsa keluar dari akaunnya.Remaja lelaki itu memindahkan wang pencen dari akaun datuknya sebelum menggunakan wang itu untuk membiayai pembelian aplikasi dalam akaun permainan PUBG miliknya”

Polis menjejaki wang itu dipindahkan ke Paytm (dompet mudah alih) atas nama akaun cucu lelaki itu.”Pankaj memaklumkan polis bahawa seorang kawan telah meminta ID dan kata laluan akaun Paytm miliknya namun polis percaya bahawa remaja tersebut sendiri yang menggunakan wang di Google Play untuk melanggan PUBG.Akhirnya, dia mengaku dia sendiri yang pindahkan duit dari akaun datuknya untuk melanggan permainan online PUBG itu.-lobakmerah

‘Adoi, sakit perut aku..’ – Lawak! Selepas PUBG Disekat, India Kini Hasilkan ‘PABJE’ Versi Mereka

Seperti yang korang tahu, kerajaan India telah mengharamkan lebih 118 aplikasi telefon pintar yang mempunyai kaitan dengan negara China atas faktor ‘keselamatan siber’, termasuklah permainan telefon pintar popular, PlayerUnknown Battleground (PUBG).Keputusan tersebut dibuat selepas perbalahan geopolitik antara kedua-dua negara yang membabitkan berkenaan isu sempadan negara.

Pun begitu, rakyat India tidak perlu tunggu lama untuk mencari ‘pengganti’ kerana Player And BattleJung Ends (PABJE) ada untuk menawarkan pengalaman yang ‘serupa’ seperti PUBG. PABJE adalah permainan aplikasi pintar yang dibuat oleh seorang rakyat India, dan telah berada di Google Play Store sejak 2019 lagi. Walaupun dikritk dan dijadikan sebagai bahan jenaka, permainan ini seharusnya menjadi sesuatu yang boleh dibanggakan oleh India kerana permainan video ini dicipta dan dibuat oleh seorang individu sahaja! Wow! Bukan senang tau nak buat game sesorang..

Bagaimana pula dengan sambutan permainan PABJE ini kurang memuaskan, namun disebabkan PUBG telah diharamkan, PABJE menjadi popular  gara-gara ramai yang mahu mencuba permainan ini.Majoriti pengguna meluahkan rasa kecewa kerana grafiknya yang tidak cantik serta permainan yang langsung tidak fun seperti permainan PUBG yang asal.Kira okay la tu.. nak buat game bukan senang, sorang pulak tu..-lobakmerah

Kaki game ‘buat duit’ dengan PUBG, siap boleh bagi mak ayah!

BUKAN sekadar hobi namun PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) juga boleh menjana pendapatan jika dimanfaatkan sebaiknya.Begitulah kisah seorang pelajar, Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid yang bijak mengambil peluang terhidang dengan menjadikan permainan video popular itu sebagai mata pencarian tunggalnya.Bagaimana mungkin? Jika ada yang tertanya-tanya, jejaka berusia 20 tahun itu mula melakukan penstriman video PUBG menerusi laman Facebook, sekitar enam bulan yang lalu.

Jelas Azim pendapatan yang diperolehinya menerusi aktiviti itu agak lumayan dan cukup untuk menampung diri serta kos pengajiannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Machang, Kelantan.“Saya menjana pendapatan sekitar empat angka sebulan. Jadi duit itu saya gunakan untuk tampung saya belajar, bayar yuran dan sebagainya.“Ibu bapa saya juga bersyukur apabila saya boleh buat duit dengan main game. Saya buat semua ni pun untuk tolong mereka.

“Pendapatan yang diperolehi, saya bahagikan dengan mereka. Saya 50 peratus, mereka pun 50 peratus,” ujar Azim kepada mStar Online.Profail Azim atau Draxx dalam permainan PUBG.Lebih dikenai sebagai Draxx dalam kalangan penggemar permainan itu, Azim mengakui ia langsung tidak mengganggu jadualnya sebagai pelajar.Malah, permainan PUBG dan penstriman video di Facebook dianggap sebagai terapi untuk dia menghilangkan tekanan setelah seharian melakukan tugasan akademik di kampus.

“Saya biasanya akan buat live stream pada waktu malam, selepas habis kelas.“Pada saya ia tak mengganggu atau abai pelajaran, tapi ia buat saya hilang stress tambah-tambah lagi apabila dapat berinteraksi dengan penonton dalam video itu,” ujarnya yang memiliki 15,000 pengikut di laman Facebook.Selain Azim, seorang lagi jejaka iaitu Aiman Amirul Mohd Sahid turut menjadikan permainan video popular itu sebagai sumber pendapatan utamanya.

Lebih dikenali sebagai Man P4rang, jejaka berusia 22 tahun itu mula berkecimpung dalam arena penstriman video PUBG sekitar setahun yang lalu.“Saya menjana pendapatan menerusi penstriman video di Facebook, perlawanan PUBG yang lain tu macam pendapatan tambahan atau bonus sahaja.“Secara kasarnya saya boleh dapat dalam empat angka sebulan,” ujarnya yang enggan mendedahkan jumlah sebenar pendapatan yang diperolehi.

Man sewaktu menjuarai pertandingan PUBG pada awal tahun ini.Malah kata Man, ia merupakan pekerjaan pertamanya setelah dia tamat belajar dalam bahagian Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang pada awal tahun lalu.Tambahnya lagi, permainan itu juga ada menyuntik elemen positif, tidak seperti yang dicanang oleh ramai pihak.

“Main game tak boleh terlalu tksub, kena ada masa juga. Ada yang menghadap sampai 12 jam, itu tak boleh.“Saya main sekitar tiga jam sahaja, masa selebihnya saya luangkan dengan keluarga.“PUBG juga banyak mengajar tentang semangat kerja berpasukan, agak berbeza dengan permainan lain,” katanya yang memiliki 24,000 pengikut di Facebook.

Untuk rekod, Man dan Azim merupakan ahi pasukan Yoodo Gank, pasukan PUBG tajaan syarikat penyedia perkhidmatan telefon Yoodo bersama dua lagi sahabatnya.Pasukan itu turut dianggotai Muhammad Hazim Abd Hamid, 25, dan Mohammad Hafizi Baharudin, 23, yang mula ditubuhkan pada November tahun lalu.Dalam pada itu, Yoodo juga bakal menganjurkan perlawanan PUBG bulanan yang dikenai sebagai Beat The Champions bermula 28 Mac ini.

Azim (paling kiri) diikuti Man, Hafizi dan Hazim.Terbuka kepada semua penggemar PUBG, mereka perlu mengalahkan pasukan Yoodo Gank yang dianggotai empat jejaka berkenaan untuk merebut hadiah wang tunai.Lebih menarik, wang tunai berjumlah RM600 pada bulan pertama akan digandakan ke bulan seterusnya jika tiada mana-mana peserta atau pasukan yang berjaya mengalahkan Yoodo Gank.

Untuk akses, anda boleh melayari laman mikro Yoodo pada 28 Mac ini.Antara lain, Yoodo turut memperkenalkan data internet khas, PUBG Mobile Add-on untuk pengguna mereka.Pengenalan data ini membolehan anda bermain permainan itu dengan data 20GB yang dilengkapi rangkaian 4G LTE pantas pada kadar berpatutan.Malah, data tambahan khas ini akan diberikan secara percuma kepada pengguna Yoodo sehingga 30 April depan.Tags/Kata Kunci:-mstar

Kejadian ditegur main PUBG berlarutan ke malam, bapa gadis pula kena ‘ngorat’… semuanya angkara lelaki bertopi! – “Saya tak ingat nombor telefon sendiri”

SEORANG gadis terkejut apabila ada lelaki ingin berkenalan selepas mendaftar masuk ke sebuah baik .SARINGAN suhu badan, mendaftar nama dan nombor telefon termasuk mengimbas kod QR untuk memasuki premis perniagaan antara kebiasaan baharu semasa pandemik Covid-19.Gara-gara mendaftar masuk menggunakan nombor telefon bapa, seorang gadis terkejut apabila ayahnya menerima mesej daripada seorang lelaki tidak dikenali pada waktu malam.

“Maaf kalau kacau awak, tapi awak Nawal kan? Sebelum tu nak tanya dah ada BF (teman lelaki) ke? Saya dapat nombor telefon awak dari bank tadi. Nak kawan boleh? Saya yang pakai topi tadi, ” kata lelaki itu menerusi aplikasi WhatsApp menerusi nombor telefon milik bapa gadis itu.”Awak ni siapa? Ni bapa Nawal,” ujar bapa gadis itu sebelum lelaki berkenaan terus mendiamkan diri.

Perkongsian Nawal di laman Twitter meraih perhatian warganet. Berkongsi kejadian lucu itu, gadis berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Nawal berkata, ia berlaku susulan kehadirannya ke bank di Ipoh, Perak pada Rabu lalu.Remaja berusia 18 tahun itu mengakui dia mendaftar kehadirannya di bank tersebut menggunakan nombor telefon bapanya, dan ia bukanlah kali pertama dia berbuat demikian.

“Saya sebenarnya tak hafal nombor telefon sendiri, sebab selalu bertukar-tukar guna yang pra-bayar. Nombor telefon ayah pula senang nak ingat, jadi apa-apa saya guna nombor ayah.”Memanglah lebih selamat kalau letak nombor telefon ayah untuk elak kena kacau, tapi saya betul-betul tak ingat nombor sendiri,” katanya kepada mStar.

Mesej yang diterima bapa Nawal daripada seorang pemuda.Mengimbas kembali kejadian di bank, Nawal berkata, dia bermain permainan video popular PUBG sementara menunggu gilirannya untuk berurusan di kaunter.”Selepas saya habis main PUBG kira-kira 10 minit, tiba-tiba ada ada suara menegur saya dari tempat duduk di belakang. Saya toleh, nampak seorang lelaki berpakaian kasual dengan topi dan pakai topeng muka.-ctto

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *