Bersempena ulang tahun perkahwinan yang kesembilan. Eira Syazira dikejutkan dengan hadiah yang bernilai RM15000 dan tak sangka dia hampir batalkan perancangan tersebut

artis

Pelakon Eira Syazira mendapat kejutan set barang kemas bernilai RM15,000 pada majlis ulang tahun perkahwinannya yang kesembilan, pada 16 September lalu (semalam).Selain itu, Eira dan suaminya pelakon Azad Jasmin turut  bersanding semula buat pertama kali di atas pelamin dan makan beradab di Dealove Place, Sunway Nexis, Damansara.

Eira berkata, dia tidak tahu tentang majlis kejutan yang diatur suaminya, kerana Azad memberitahu ingin meraikan ulang tahun perkahwinan mereka dengan majlis makan malam ‘candle light dinner’.“Jika selama ini saya yang lebih ke depan dalam bab menganjurkan sesuatu termasuk meraikan ulang tahun perkahwinan kami. Dia (Azad) hanya bersetuju dan menjadi ‘Mr Okey’.

“Cuma sekitar dua bulan lalu, dia cakap nak buat sesuatu kononnya nak menghabiskan masa bersama menikmati ‘candle light dinner’. Syaratnya saya tak boleh tanya apa pun dan tengok telefon bimbitnya.“Malah serba serbi persiapan daripada memilih gaun yang nak dipakai dan jurusolek pun dia sediakan. Saya tak sangka pula rupa rupanya dia buat sesuatu yang di luar kotak fikiran.

“Memang terkejut hingga rasa sebak apatah lagi ada keluarga, teman rapat dan pihak media serta blogger yang ‘bersengkongkol’ dengannya,” kata Eira.Pelakon dan penyanyi yang juga ibu kepada tiga cahaya mata perempuan ini bagaimanapun mengakui cuba untuk merosakkan perancangan kejutan suaminya.

“Saya terlebih dulu meraikan ulang tahun perkahwinan kami di Pulau Langkawi, dua hari sebelum kejutan ini terjadi.“Dalam hati cuba mengorek dan menyiasat apalah yang cuba dilakukan suami. Kami tiba di Kuala Lumpur dari Langkawi pada sebelah siang sebelum kejutan ini terjadi.“Saya sampai cakap keletihan sekembalinya dari pulau itu dan meminta ditunda saja ‘candle light dinner’ ini. Malah saya sampai minta percutian di Langkawi dilanjutkan beberapa hari.

“Tapi dia berkeras cakap tak boleh kerana semua sudah diatur. Mahu atau tidak saya terpaksa menurut,” kata Eira.Set barang kemas berupa cincin, rantai, gelang dan anting-anting bernilai RM15,000 itu dihadiahkan oleh pihak Emas Rozita yang beroperasi di Ipoh, kepada Eira.Pada majlis kejutan itu, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, Aiman Tino, Fareez Fauzi dan bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus  turut hadir.-gmpk

Eira dicari media Indonesia isu pemuj4an

KUALA LUMPUR: Sekadar beralih arah ke rentak muzik, percubaan penyanyi dan pelakon, Eira Syazira, 36, menyampaikan single berentak Jawa Koplo remix berjudul Kau Yang Ku Sayang menimbulkan isu panas.Segelintir warganet mempertikaikan konsep muzik video yang dipersembahkan. Menerusi ruangan komen dalam laman YouTube, warganet mendkwa muzik video lagu Kau Yang Ku Sayang seperti melakukan ritval pemuj4an terhadap Ratu Nyai Roro Kidul, kisah lagenda yang cukup popular di negara seberang itu.

Nyata, komen peminat menimbulkan perasaan kurang senang kepada Eira atau nama sebenarnya, Syazira Shuhaimi hingga memaksanya memberi penjelasan dalam laman Instagram, baru-baru ini.Eira berkata, dia terkejut dengan komen yang diterima berhubung muzik video berkenaan.Mengakui dihantui perasaan bimbang, wanita kelahiran Kuala Lumpur itu berkata, dkwaan melakukan ritval 4bukan perkara main-main kerana ia berkaitan soal akidah.

“Saya tak sangka hingga tahap itu pemikiran warganet mengenai konsep muzik video ini. Saya percaya dkwaan timbul apabila melihat lenggok tari dan baju berwarna hijau yang cukup sinonim dengan penampilan wanita dimaksudkan.“Selain itu, lokasi pantai juga membuatkan ramai beranggapan saya melakukan ritval berkenaan.

“Konsep muzik video dibuat sejajar dengan genre Jawa Koplo remix yang didendangkan. Bagaimanapun, saya bimbang apabila ada yang menyamakannya dengan upacara pemuj4an. Ini sangat sensitif buat saya,” katanya kepada BH Online.Pelakon filem Ngngkung dan Aku Bukan Tomboy itu berkata, dia dicari media massa di Indonesia yang mahu mendapatkan penjelasannya berhubung muzik video itu.

“Saya dimaklumkan, ramai wartawan mencari wakil syarikat pengurusan mempersoalkan isu ini. Saya berharap ia tidak menjadi isu besar kerana ia hanya sebuah tarian dan tiada kena mengena dengan ritual seperti didkwa.“Dari konsep, tatarias dan pakaian, semuanya disediakan pihak produksi. Saya hanya mengikut arahan sahaja,” kata ibu kepada tiga cahaya mata itu.

Walaupun dihambat kontroversi, namun Eira bersyukur kerana lagu Kau Yang Ku Sayang mendapat respon yang baik daripada peminat.“Saya percaya peminat sudah lama menantikan saya membuat perubahan dari segi genre muzik.“Sebelum ini, saya lebih selesa mendendangkan lagu bergenre pop dan balada. Namun, saya memberanikan mencuba muzik yang mempunyai ramai pengikut desakan peminat dan syarikat rakaman yang mahukan perubahan.“Sebenarnya sudah ramai peminat menyuarakan pandangan supaya saya membawakan lagu bergenre Jawa Koplo remix ini. Genre ini amat popular di Indonesia,” katanya.-bh

Eira Syazira berhijrah ke Jakarta

KUALA LUMPUR: Hampir tiga tahun tertangguh selepas dilamar syarikat pengurusan artis Indonesia, Eira Syazira akhirnya nekad berhijrah ke Jakarta, bulan depan bagi mengembangkan karier seni.Bernaung di bawah Syarikat Positif Arts Entertainment yang menguruskan artis popular republik itu seperti Ayu Tingting, Wali Band, Matta Band dan Kerispatih, Eira mengaku keputusan berhijrah ke Jakarta cukup besar buat dirinya dan keluarga.

“Biarpun suami dan anak-anak ikut serta, tetapi tinggalkan keluarga dan tanah air untuk mencari kehidupan yang lebih baik di negara orang memerlukan kekuatan jiwa.”Ada ketika perasaan takut menguasai diri, bimbang dit1pu dan dipermainkan. Bagaimanapun, saya sudah hampir tiga tahun bernaung di bawah syarikat itu.

“Mereka melayan saya dengan baik hingga sanggup menunggu hampir tiga tahun. Sepatutnya, saya berhijrah ke Jakarta selepas melahirkan anak kedua, tetapi saya hamil tanpa sedar, tidak lama kemudian,” katanya kepada BH Online.Isteri kepada pelakon Azad Jasmin memberitahu, dia bakal menghasilkan album di bawah naungan syarikat rakaman, PT Nagaswara Sakti selain diberi peluang membintangi drama atau sinetron, Ramadan ini.

Eira berkata, dia juga perlu menunaikan janji untuk menyelesaikan rakaman lagu kedua berjudul Say ciptaan dan lirik dihasilkan komposer Indonesia, Endrru.”Saya pernah merakamkan lagu Masih Ada Jodoh dua tahun lalu, tetapi tidak sempat dipromosikan,” katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran produk kesihatannya, Seri Lady di The Sanggul di sini, hari ini.

Eira yang yang melonjak nama menerusi drama Bara dan Cinta Balqis itu berkata, keputusan besar yang diambil untuk berhijrah ke Jakarta adalah atas doa, restu dan semangat suami.”Kalau diikutkan, saya hanya mahu duduk di rumah menjaga tiga cahaya mata, apatah saya baru saja melahirkan anak ketiga.”Bagaimanapun, Azad memberi semangat untuk saya melebarkan sayap ke Jakarta. Alhamdulillah, rumah dan kenderaan disediakan untuk saya.”Saya akan ke Jakarta, lusa untuk rakaman lagu single kedua, tetapi kembali semula selepas urusan kerja selesai dan membuat persiapan berpindah,” katanya.-bh

“Seperti Mana Azad, Demikian Lah Ibunya.” Eira Syazira Kongsi Tips Ambil Hati Mak Mentua Yang Paling Simple & Win!

Jika ada sesetengah wanita lain sukar berbaik dengan ibu mentua, berbeza pula dengan Eira. Malah dia mengakui keluarga Azad penuh kasih sayang.“Bukan sahaja saya, malah adik saya juga rapat dengan keluarga sebelah suami. Kebetulan kami tak ramai lelaki dalam keluarga. Malah hubungan saya dengan adik ipar lelaki juga rapat. Dengan mak mentua, ibarat ibu saya sendiri.

“Mak saya sudah tiada jadi bila dapat ibu mentua yang sangat baik, memang cukup menyenangkan. Malah adik -beradik saya pun anggap mentua saya seperti mak sendiri. Seperti mana Azad, demikian lah ibunya. Mummy seorang yang suka bergurau, ketawa dan penyayang orangnya.

“Untuk bagi nasihat pada wanita lain rasanya tak layak, tapi saya mahu berkongsi bagaimana hubungan dengan mentua sendiri. Jangan stres, hidup pun terlalu singkat dan suatu hari nanti anda juga akan bergelar ibu. Anak anda akan berkahwin jadi, kalau tak nak benda tu devaju berlaku pada anda, jadi layan ibu mentua sebaik-baiknya.

“Kita pun akan tua dan berumur, turunkanlah ego sebagai seorang anak walaupun kita tak salah. Beralah sekarang tak rugi dan saya percaya itu janji Allah dan kitaran hidup akan berlaku pada kita. Lama-lama orang tua akan lembut asalkan kita pandai jaga dan ambil hati mereka,” ujar Eira yang mengakui suami dan keluarga mentua yang banyak mengajarnya dalam menghargai keluarga dengan penuh kasih sayang.

Ikut cara keluarga mentua didik anak

Jujur mengakui Azad lebih banyak mendidik dan menjaga anak-anak, jelas Eira mereka banyak mengikut pendekatan keluarga suaminya dalam didik anak.“Suami sangat menjaga anak-anak dan orang nampak di luar jenis yang kasar, garang tapi sebaliknya di rumah. Azad banyak praktik cara ibu bapa mendidik anak-anak. bapa Azad dan mummy tak pernah berbalah depan anak-anak. Demikian juga kami praktikkan dalam rumah tangga kami.

“Kalau saya tertinggi suara sedikit, Azad akan tegur dan biasanya kami akan berbincang di dalam bilik supaya anak-anak tak dengar. Cuma saya lebih kepada mendidik anak-anak bagaimana hormat pada orang tua. Walaupun nampak moden tetapi saya bab mengaji sangat partikular sebagai seorang ibu manakala bab disiplin, cara bercakap depan orang dan sebagainya semuanya Azad yang uruskan.“Anak-anak juga takut kalau Azad bersuara kerana dia jenis ayah yang tak suka marah. Kalau anak buat salah, Azad akan tegur dan bukan sahaja anak-anak malah saya sendiri banyak belajar dengan suami,” ujar Eira lagi.-keluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *