Bangga impian sudah tercapai. Wany Hasrita beli sesuatu yang berharga buat ibunya dan rupanya ada dua impian lagi yang tak tercapai

artis

Wany bangga impiannya miliki rumah tercapai.IMPIAN penyanyi Wany Hasrita ingin memiliki kediaman sendiri akhirnya tercapai apabila dia menerima kunci rumah pertamanya itu, baru-baru ini.Menerusi perkongsiannya di Instagram, Wany atau nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata dia memasang impian untuk memiliki kediaman itu sejak tahun lalu.

“Alhamdulillah atas segalanya. Betullah kata-kata itu satu doa. Setiap hari sebut nak beli rumah, pergi haji dan umrah… doa dipermudahkan untuk beli rumah.”Ini azam saya tahun 2019, satu tahun delay tapi Allah tahu bila waktu yang terbaik untuk dia beri pada hamba-Nya.”Ibu ini rumah kita… terima kasih pada semua yang mendoakan,” katanya.

Wany tunjuk rumah yang baru dibeli.Penyanyi lagu Canggung ini turut berkongsi video dia bersama ibunya mengunjungi kediaman dua tingkat yang dipercayai terletak di Semenyih, Selangor itu.Dalam video yang dimuat naik di laman YouTube itu, Wany berkongsi kepada peminat ruangan dalaman rumah berkenaan.Malah, dia turut memberitahu akan melakukan beberapa pengubahsuaian sebelum berpindah masuk.

Wany berkongsi ruang dalaman rumah baharunya.“Ini adalah tanggungjawab ya! Rumah ini tak besar tak kecil tapi sedang cukup untuk kami berdua dan anak-anak kucing.”Alhamdulillah… saya juga merancang untuk mengubahsuai beberapa bahagian di rumah ini,” ujarnya.Menerusi laporan mStar pada Disember 2018, Wany berkata dua impiannya yang masih belum tercapai ialah membawa ibu menunaikan umrah dan memiliki rumah sendiri.-mstar

Selepas Giliran Mira Filzah Kahwin Kali Ni Wany Hasrita Pula Bakal Menamatkan Zaman Bujang. Wany Hasrita Dedahkan Sesuatu Tentang Status Dirinya Buat Warganet Terkedu.

PENYANYI Wany Hasrita berharap agar lagu nyanyiannya berjudul Canggung berjaya bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL) akan datang. Wany atau nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 28, berkata dia sudah lama tidak beraksi di pentas AJL dan kebanyakan lagunya hanya berjaya sampai ke peringkat separuh akhir sahaja.

“Saya sendiri pun letak harapan yang besar untuk lagu ini sebab ia kena dengan jiwa saya. “Saya pun dah lama tak beraksi di pentas AJL, sebelum ini Menahan Rindu dan lagu-lagu lain hanya sampai ke separuh akhir sahaja, ” ujarnya kepada mStar

Wany ditemui ketika menjayakan rakaman Akustika Suria di Petaling Jaya pada Khamis. Dalam pada itu, Wany menafikan dia bakal mengakhiri zaman bujang dalam masa yang terdekat seperti khabar angin yang berlegar dalam kalangan peminat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Sumber : Mstar@Teh Tarik Kaw

Wany teroka dunia fesyen

HAMPIR lima tahun menceburi industri hiburan tanah air, penyanyi, Wany Hasrita menyatakan keinginannya mahu mengorak langkah lebih jauh, dengan menyusun strategi lebih mantap bagi mengembangkan lagi karier seninya.

Masih lagi bernaung di bawah syarikat rakaman FMC, penyanyi lagu Terlalu Memuja itu mengambil inisiatif mengatur semula pengurusan kerjanya ke arah lebih baik. “Kalau sebelum ini, saya diuruskan sepenuhnya oleh FMC. Tapi sekarang selepas perbincangan diadakan, mereka bersetuju untuk menguruskan kerjaya muzik saya sahaja, manakala untuk urusan kerja lain akan dikendalikan oleh saya sendiri.

“Dalam kata lain, kalau sebelum ini, mereka yang uruskan 100 peratus, tapi kini akan dibahagikan sama rata dan pasti memberi manfaat untuk kedua-dua pihak,” katanya. Bagi mengukuhkan lagi namanya dalam industri, Wany memaklumkan dia mahu meneroka dunia fesyen sekali gus mendedahkan dirinya dalam cabang seni itu.

“Bermula sekarang, saya nak lebih mendalami dan menonjolkan diri dalam dunia fesyen pula. Jadi, saya akan banyak muncul di pelbagai acara berkaitan fesyen serta cenderung melakukan kerja untuk kempen produk. “Sedikit sebanyak, kalau saya dapat sertai acara-acara dianjurkan jenama terkemuka, secara tak langsung dapat membuka ruang dan peluang yang lebih luas,” katanya.

Bercerita mengenai fesyen dan penampilan, Wany menjadi antara selebriti pada kalangan ‘budak baru nak up’ (BBNU) yang sering menerima kritikan pedas di awal kemunculannya. “Selepas beberapa tahun berada dalam industri, saya sekarang lebih terbuka melabur dan melantik penata gaya terutama untuk membantu menyesuaikan gaya bagi menghadiri acara hiburan tertentu.

“Setakat ini, ada beberapa penata gaya yang saya selesa bekerjasama dan mereka juga faham kehendak saya untuk disesuaikan dengan konsep gaya diilhamkan mereka,” katanya. Berkongsi juga perkembangan terbaharunya, Wany masih lagi teruja dengan kejayaan lagu, Canggung yang menjadi tumpuan ramai sehingga jumlah tontonan video muziknya mencecah lebih enam juta di YouTube.

“Saya sendiri tak menjangkakan sambutannya begitu menggalakkan untuk lagu Canggung ini. Walaupun sudah lebih tiga bulan dilancarkan sejak Mac lalu, ia masih lagi mendapat tempat di hati peminat dan tersenarai dalam carta lagu popular radio.

“Bagaimanapun, kini fokus saya adalah untuk menyusun dan menyelesaikan segala kerja yang tergendala kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini. Pada masa sama, alhamdulillah rezeki sebagai duta untuk beberapa jenama juga mengisi jadual saya,” katanya.

Selain itu, Wany juga baharu sahaja selesai merakamkan lagu baharunya hasil ciptaan gandingan mantap, penyanyi dan komposer Amylea Azizan bersama Farouk Roman. “Judulnya masih belum ada lagi tapi apa yang boleh saya kongsikan, ia adalah lagu baharu berentak balada yang lari sedikit daripada lagu-lagu pernah dinyanyikan sebelum ini.

Kiranya, ia lagu balada yang ada identiti Amylea dan Farouk. Malah, saya juga dapati ia sangat sesuai dijadikan lagu OST drama,” katanya. Tidak cukup dengan itu, Wany juga kini giat berusaha mencari material sesuai untuk menambahkan koleksi lagu untuk dirakamkannya.

“Saya ada minta satu lagu daripada komposer dan penyanyi rap, Altimet untuk projek seterusnya. Apatah lagi, kali ini saya mahu mencabar diri untuk keluar dari zon selesa serta menyampaikan lagu yang mempunyai elemen rap,” katanya.

Menurut Wany lagi, dia mahu mempelbagaikan kemampuan nyanyiannya dan secara tak langsung, dapat memberi alternatif lain yang lebih segar kepada pendengar.

“Saya sendiri yang nak pelbagaikan lagu-lagu saya. Sebelum ini, saya dah cuba nyanyikan lagu balada ala ‘Leman’, Irama Malaysia dan Pop. Termasuk, menyanyi duet dengan idola saya, Datuk Jamal Abdillah pun sudah dilakukan.

“Jadi, saya kena cari kelainan dan sentuhan karya lagu baharu yang segar buat peminat. Ini bagi membuktikan kepada mereka (peminat) bahawa saya boleh pelbagaikan nyanyian dan pada masa sama, mengukuhkan lagi penjenamaan nama sendiri,” katanya.

Cari peluang jadi pengacara

Ditanya mengenai bidang lakonan, Wany juga terbuka untuk menerima tawaran berlakon sekiranya dia mendapat peluang. “Dulu, saya pernah berlakon dalam telefilem dan jika ada tawaran yang bersesuaian, saya sedia pertimbangkan. Sejujurnya, saya sendiri pun masih teragak-agak dengan kemampuan lakonan sendiri kerana tak pernah membawa karakter yang berat dan bermain dengan emosi.

“Tapi, yang mula menjadi minat saya sekarang adalah untuk cuba melangkah masuk ke dalam bidang pengacaraan. Kalau ikutkan minat, saya selesa mengendalikan program santai kerana kalau rancangan berkonsep formal, tentunya banyak yang perlu saya pelajari,” katanya.

Terbaharu, Wany akan berganding dengan rakan karibnya iaitu penyanyi, pelakon dan pengacara Amira Othman bagi menjayakan satu karya berjudul ICU terbitan platform digital patuh syariah, Nurflix Original. “Ia adalah satu program baharu yang mungkin akan ada elemen drama mengenai individu-individu yang pernah berdepan situasi genting, yang secara tak langsung membuka mata mereka dengan kekuasaan Allah SWT.

“Terus-terang, sedikit sebanyak platform patuh syariah sebegini membuat saya berasa lebih selesa untuk bekerja dalam bidang lakonan berikutan semua prosesnya mengikut apa yang dituntut agama dan ada kawalan batasan pergaulan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *