Tular video penapis air berasap. Ini respon dari pihak Coway sendiri dan selepas terima pengesahan bomba dan harap semua maklum dengan kejadian tersebut

berita

Rasanya sekarang ni setiap rumah mempunyai penapis air untuk memudahkan kerja dapur. Tak perlu lagi nak masak atau sejukkan air.Tapi apa yang menjadi isu sekarang ni apabila ada segelintir pengguna memandang enteng dengan suis elektrik yang digunakan untuk menghidupkan mesin penapis air.

Lihatlah rakaman video yang tular di media sosial baru-baru ini. Penapis air berasap disebabkan tidak menutup suis elektrik semasa ketiadaan bekalan air sehingga overheating.Berikutan itu, pihak Bomba dan dan Penyelamat mengeluarkan satu kenyataan ringkas tentang keselamatan bagi pengguna penapis air ketika bekalan air terputus atau keluar dari rumah.

Info keselamatan ini dibuat untuk semua tidak kira menggunakan penapis air jenama apa.Nampak remeh tapi beri kesan besar jika tak berhati-hati.Harap pembaca Koolfm tak kira pengguna penapis air atau tidak, sentiasalah mengambil berat tentang penggunaan dan aliran elektrik rumah supaya tidak mengalami sebarang kebkaran.

Berikut reaksi dair pihak Coway 

KUALA LUMPUR – Coway (Malaysia) Sdn Bhd (Coway Malaysia) telah menerima pengesahan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bahawa video viral mengenai ris-iko penapis air menjadi terlalu pa-nas ketika ketiadaan bekalan air, bukan sesuatu yang disahkan oleh JPBM.

Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi dalam satu kenyataan hari ini berkata, semua pihak berkaitan sedang menjalankan siasatan, mengenai punca dan kesahihan video yang menunjukkan sebuah penapis air yang berasap.“Sehingga kini sama ada Coway atau JBPM tidak menerima rungutan atau laporan mengenai penapis air yang berasap akibat terlmpau panas, di seluruh negara. Kesahihan video itu masih belum dapat disahkan.

“Sebab itu kami memberikan jaminan kepada kesemua pelanggan kami yang penapis air Coway yang dijual dan diedarkan di Malaysia telah diuji dan disahkan selamat untuk digunakan, mematuhi standard yang tetapkan oleh organisasi akreditasi berkaitan seperti Suruhanjaya Tenaga dan SIRIM,” katanya.

Kenyataan itu menyebut, perkara ini adalah sebagai menjawab kepada satu hantaran di media sosial yang mendkwa video itu adalah berdasarkan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh JBPM berhubung penapis air menjadi terlampau panas ketika dihidupkan pada ketika ketiadaan bekalan air.

Sementara itu JBPM dalam satu kenyataan malam ini menyatakan yang pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan pengeluar penapis air, bagi membincangkan isu tersebut.“Semua maklumat berkaitan dengan keselamatan mesin terseut akan dimaklumkan kepada orang ramai bagi mengelakkan keresahan,” kata kenyataan tersebut. – Bernama

Coway Malaysia bekerjasama menangani COVID-19

KUALA LUMPUR: Peneraju global dalam industri perkakas rumah, Coway Malaysia menyumbangkan 300 pembersih udara kepada lebih 38 hospital awam di seluruh Malaysia, khusus untuk merawat pesakit COVID-19.Selain itu, syarikat itu komited untuk membuat sumbangan wang sebanyak RM300,000 kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi Ki Ryong, berkata inisiatif tanggungjawab sosial (CSR) itu adalah selaras dengan komitmen syarikat mempromosikan kepentingan Air Mengubah Hidup dan usaha berterusan bagi membantu rakyat Malaysia, terutamanya pesakit COVID-19 serta barisan hadapan.

“Kami yakin dan percaya bahawa dengan kebaikan dan sumbangan yang diberikan, akhirnya akan mewujudkan dunia yang lebih baik untuk hidup.“Sebagai pemimpin pemikiran di kawasan udara yang bersih, kami menyedari untuk segera bertindak pantas, menangani keperluan negara pada masa teruk ini.“Pada masa sama, Coway dengan visi menjadi syarikat Penjagaan Hayat, ingin melakukan bahagiannya sebagai warga negara korporat Malaysia berkaitan dengan kesihatan rakyat dan memberi sokongan yang sangat diperlukan,” katanya.

Beliau berkata, tajaan pembersih udara itu diharapkan akan membantu meningkatkan usaha sedia ada KKM untuk memastikan udara bersih di pusat respiratori dan hospital pnyakit berjangkit serta di semua hospital merawat pesakit COVID-19.Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada CJ Logistics yang membantu dalam menyampaikan pembersih udara kepada orang awam hospital di pelbagai bahagian negara ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Coway amat menyedari betapa pentingnya udara bersih untuk kesihatan respiratori pesakit yang lebih baik, terutamanya bagi pesakit yang mempunyai masalah kesihatan pernafasan seperti asma dan kalangan warga tua. Inilah sebab mengapa sumbangan pembersih udara adalah penting,” katanya.Tambahnya, Coway menyedari kebimbangan yang semakin meningkat dalam masyarakat Malaysia terhadap peningkatan jumlah kes, COVID-19, terutama dalam beberapa minggu kebelakangan ini, malah turut simpati dengan negara lain di seluruh dunia yang menghadapi cabaran sama.

Sementara itu, Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min, berkata Kerajaan, Kementerian Kesihatan, hospital dan pesakit bersyukur dengan keprihatinan serta kemurahan hati Coway Malaysia sebagai warga korporat serta global.“Kami menghargai kerjasama Coway untuk memerangi virus berbahaya ini yang telah menjejaskan banyak negara di seluruh dunia, tetapi ia tidak memecahkan semangat dan kemanusiaan kami.

“Kementerian Kesihatan akan memastikan pembersih udara dan sumbangan akan digunakan secara berhemah di hospital awam dan kemudahan kesihatan respiratori di seluruh negara yang memerlukan bantuan,” kata Chen.Antara hospital dan pusat yang dijangka menerima pembersih udara Coway adalah Hospital Sungai Buloh, Institut Perubatan Respiratori Hospital Kuala Lumpur, Hospital Pulau Pinang, Hospital Sultanah (Johor Bahru), Hospital Tengku Ampuan Afzan (Kuantan), Hospital Raja Permaisuri Bainun (Ipoh) ), Hospital Melaka, Hospital Tuanku Jaafar (Seremban), Hospital Queen Elizabeth (Kota Kinabalu) dan Hospital Umum Sarawak (Kuching).Untuk maklumat lanjut mengenai Coway sila lawati https://www.coway.com.my/-bh

Coway sasar capai dua juta pelanggan Asia Tenggara

KUALA LUMPUR: Pakar penjagaan air dan udara, Coway menyasarkan untuk mencapai dua juta pelanggan merentasi pasaran Asia Tenggara pada 2019 sekali gus memenuhi misi dalam memastikan setiap individu menikmati gaya hidup lebih baik.Pengarah Urusan Coway (M) Sdn Bhd (Coway Malaysia), Kyle Choi Ki Ryong berkata, pada tahun ini juga syarikat merancang untuk memperkenalkan beberapa model baharu dan mengembangkan perniagaan menjangkaui produk penjagaan air.

Malah, katanya, bagi tahun lalu, Coway Malaysia turut mencatatkan satu lagi kejayaan apabila mencapai satu juta pelanggan pada pertengahan Disember tahun lalu.Menurutnya, syarikat itu turut merekodkan 64 peratus peningkatan dalam pendapatan jualan tahunan dari RM789 juta pada 2017 kepada RM1.29 bilion pada tahun lalu.

“Pencapaian cemerlang ini bersandarkan kepada jualan daripada produk penjagaan air yang menyumbang sebanyak 75 peratus kepada pendapatan keseluruhan syarikat.“Sebagai pasaran kedua terbesar untuk Coway, rakyat Malaysia terus menjadi penyokong kuat kepada jenama ini dalam tempoh 12 tahun kami berada di Malaysia.

“Oleh itu, kami sentiasa berinovasi, menyesuaikan diri dan menawarkan produk berdasar kepada keperluan penduduk negara ini bagi menikmati kehidupan yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan di sini, baru-baru ini.Antara penyumbang kepada prestasi memberangsangkan itu adalah produk penulen air OMBAK, yang direka khusus bagi keperluan rakyat Malaysia malah menerima maklum balas baik sejak pelancarannya pada November tahun lalu.

Beliau berkata, kerja keras oleh pasukan Coway, seperti Coway Ladies (CODYs), juruteknik, unit penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan jualan berjaya mendapat kepercayaan daripada orang ramai.“Dipacu oleh tujuan untuk berkhidmat kepada seluruh pengguna Malaysia, setiap seorang dalam pasukan mempunyai peranan dalam membina kepercayaan kepada pelanggan baru dan sedia ada Coway.

“Dalam mendapatkan kepercayaan, ia juga dipacu oleh usaha pasukan jualan kami dalam memberi pendedahan dan pendidikan kepada pengguna mengenai kepentingan air yang bersih dalam kehidupan,” katanya.Katanya, 2018 adalah satu tempoh yang cemerlang buat Coway Malaysia yang mana ia adalah bersandarkan kepada sokongan berterusan daripada rakyat di negara ini.-bh

Coway Malaysia sumbang 100,000 topeng muka kepada PDRM

SHAH ALAM: Coway Malaysia menyumbangkan 100,000 topeng muka tiga lapisan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu majlis sederhana yang diadakan, di sini, baru-baru ini.Langkah untuk mengedarkan topeng muka ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac hingga 31 Mac, adalah selaras dengan visi Coway sebagai syarikat yang berusaha untuk menjadikan dunia lebih baik, lebih selamat dan bersih.

Lebih-lebih lagi, untuk tenaga kerja polis yang mendedikasikan kehidupan mereka bagi menjaga keamanan negara, di samping mengekalkan undang-undang dan perintah, sepanjang tempoh yang mencabar ini.Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi Ki Ryong, berkata sebagai warganegara korporat Malaysia, Coway memainkan peranannya untuk menyumbang topeng kepada PDRM dan ia untuk menunjukkan, penghargaan syarikat itu kepada pasukan PDRM terhadap pengorbanan dan sumbangan mereka ketika Malaysia memerlukan.

“Walaupun saintis berlumba-lumba mencari vaksin untuk pandemik global ini, terdapat kekurangan topeng muka dalam kemelut dihadapi ini.”Di sinilah kami berusaha untuk menyediakan sokongan yang relevan untuk menjaga kesihatan dan kebajikan anggota PDRM yang juga menjadi antara barisan hadapan dalam menangani cabaran ini,” katanya.

Beliau menambah, bahawa Coway komited dalam usaha mereka untuk menyokong kerajaan Malaysia untuk memerangi COVID-19 hingga ke akhir.Mengulas mengenai sumbangan itu, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi PRDM, Pesuruhjaya Komisioner, Datuk Sri Rosli Ab Rahman, berkata dengan bilangan kes yang meningkat, terutama sejak beberapa minggu kebelakangan ini, anggota polis sememangnya berisiko ketika mereka menjalankan tugasan KPK selama dua minggu.

“Topeng muka adalah keperluan paling penting bagi anggota polis untuk mengurangkan risiko pendedahan penularan wabak. Oleh itu, bagi pihak PDRM, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Coway atas sokongan dan kemurahan hati mereka menyumbangkan topeng muka.“Sumbangan ini memberi kami galakan dan motivasi untuk terus menjalankan tugas kami untuk negara kami,” katanya.

Coway, sebagai peneraju global dalam industri perkakas rumah, dikenali sebagai Syarikat Life Care sejak tahun 2006 di Malaysia.Sejak itu, syarikat itu sangat menyokong kepentingan kebersihan, secara peribadi dan profesional kerana ini adalah asas asas untuk komuniti yang sihat.Dengan kenaikan kes COVID-19, baru-baru ini di Malaysia, Coway mengingatkan rakyat Malaysia bahawa cara terbaik untuk membendung virus adalah untuk mengelakkan diri daripada bersentuhan atau terdedah kepada virus.

Selain itu adalah penting, untuk memakai topeng muka dengan betul untuk memastikan keberkesanannya, dan perlu membersihkan dan membasuh tangan dengan kerap.Rakyat Malaysia juga perlu mematuhi PKP dan mengelakkan tempat yang sesak dan ada penjarakan sosial bagi memastikan udara tertutup segar dan bersih.Untuk maklumat lanjut mengenai Coway Malaysia, sila layari www.coway.com.my atau ikuti Coway Malaysia di Facebook @CowayMalaysia dan Instagram @officialcowaymalaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *