Terima sijil penghargaan sebagai Wira Covid19. Isteri Atu Zero dedahkan punca Atu menerima sijil tersebut sehinggakan meraih perhatian orang ramai

artis

Pelawak Atu Zero atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharip menerima sijil penghargaan Wira Covid-19’, Peringkat Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.Majlis berlangsung pada 18 September 2020 di Dewan Demesne, Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat yang telah dihadiri oleh lebih dari 66 orang jemputan yang mewakili agensi-agensi kerajaan, NGO-NGO dan orang perseorangan.Penghargaan diberikan kepada mereka yang telah terlibat secara langsung dalam memberi sumbangan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).Berita gembira tersebut dikongsi isteri Atu Shafeeqa Johari menerusi laman sosial Facebook dan Instagramnya.

Sambil mengucapkan rasa syukur, Shafeeqa turut berterima kasih kepada pasukannya yang telah bertungkus lumus menyiapkan sut peralatan perlindungan diri (PPE) kepada petugas barisan hadapan.“Last skali ambil sijil ialah @akueatu. Dia naik pentas pun orang gelak. Ini adalah untuk semua volunteer yang membantu kami menjahit PPE.Terima kasih semua,” katanya.Turut menerima penghargaan sebagai Wira Covid-19 adalah Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, di atas usaha dan sumbangan beliau membantu memerangii wabak Covid-19.Majlis tersebut juga turut meraikan kakitangan Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat yang telah bersara dan bakal bersara untuk tahun 2020 ini.-gmpk

“Maaf tak perasan… dah pakai depan isteri dia kata okey” – Penonton tegur seluar ketat Atu (Zero)

Atu mohon maaf jika seluar putih dipakai olehnya pada malam akhir MLM2019 terlalu kett.PELAWAK Atu memohon maaf jika seluar yang dipakai semasa persembahan malam final program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) menimbulkan rasa kurang senang penonton terutama di televisyen.Ahli kumpulan Zero ini berkata dia tidak menyangka pemakaiannya itu akan menjadi bualan penonton dan mengetahui perkara itu selepas selesai membuat persembahan.

“Saya baru perasan bila ada orang komen tentang seluar putih yang saya pakai itu, sebenarnya semasa saya sarung di hadapan isteri, dia kata okay sahaja.”Malah sebelum keluar ke pentas saya sempat sarung satu lagi seluar panjang di dalam untuk keselamatan supaya tak nampak bentuk-bentuk lain, tapi entah macam mana di televisyen nampak kett pula.”Mungkin sebab seluar itu warna putih kut… sejujurnya saya memang tak perasan. Jadi kalau ada nampak sksi saya minta maaf ya, itu semua di luar kawalan!,” katanya kepada mStar.

Lawak bersahaja Zero mencuit hati juri dan penonton.Dalam persembahan bertemakan bebas, kumpulan Zero yang dianggotai oleh Atu, Sharif dan Syaiful membuat sketsa mengenai dua angkasawan bertemu makhluk asing di Planet Pluto.Lawak bersahaja yang dibawa oleh kumpulan ini melayakkan mereka menjadi naib juara dan membawa pulang wang tunai RM250,000 dan trofi.Ditanya mengenai hadiah kemenangan, Atu berkata wang tersebut akan disimpan untuk kegunaan masa depan anak-anak.

“Kalau dibahagi tiga dapatlah setiap seorang RM80,000, jadi perancangannya untuk anak-anak dengan menyimpan untuk masa depan mereka.Zero dinobatkan sebagai naib juara MLM2019.“Sekarang ini kita kena berjimat, selagi mampu bekerja saya akan berkerja, dah tua nanti baru berehat. Saya dan isteri memang sentiasa bekerja!”Alhamdulillah, baru-baru ini pun kami dah beli rumah, sekarang ini masa untuk kita cari duit… sementara orang masih nak bagi job, kita terima,” ujarnya yang bakal memulakan penggambaran sebuah filem tidak lama lagi.MLM2019 yang berlangsung di Royal Theater, Shah Alam, Selangor pada Jumaat lalu menyaksikan kumpulan Puteh yang dianggotai oleh Ali, Mamak dan Man diangkat sebagai juara bagi edisi kali ini.Mereka membawa pulang wang tunai RM500,000 dan trofi.-mstarBermula dengan projek kecil, Atu dan isterinya membekalkan PPE kepada hospital di Shah Alam dan Sungai Buloh. Foto IG Atu Zero

COVID-19 : Atu Zero, isteri jahit PPE

KUALA LUMPUR: Shafeeqa Johari, isteri pelawak, Atu Zero terharu apabila usaha membantu menjahit pakaian perlindungan diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan, dihargai ramai.Shafeeqa memberitahu, dia tidak mengharapkan balasan, namun apabila ada pihak tampil mengucapkan terima kasih, hatinya cukup tersentuh.“Saya sangat bersyukur dapat membantu menjahit PPE walaupun kita tidak tahu siapa yang memakainya. Mungkin orang yang kita tidak kenal atau kita kenal seperti keluarga kita.

“Paling seronok apabila saya diberitahu kenalan yang bekerja di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memakai penutup kepala yang saya jahit.“Saya rasa dihargai, kadang-kadang rasa macam hendak menangis. Kalau boleh, saya mahu tolong semua, hendak bantu satu Malaysia.“Tapi saya tiada kilang, cuma boleh bantu apa yang mampu sahaja,” katanya kepada BH Online.

Kurang mampu menghulur wang yang banyak, Atu dan Shafeeqa, berganding bahu menghasilkan PPE untuk dipakai petugas barisan hadapan.Shafeeqa berkata, dia terpanggil menghulurkan bantuan selepas membaca status dimuat naik seorang jururawat di Facebook (FB) meminta bantuan menjahit penutup kepala dan kasut.“Saya mendapat tahu Hospital Shah Alam (HSA) memerlukan tukang jahit. Apabila saya memuat naik status di Instagram (IG), kebetulan ada kenalan yang kenal jururawat terbabit lalu menghubunginya.

“Dari situ, saya mula menjahit apabila menerima fabrik dari hospital. Kami tidak boleh keluar membeli kain.“Saya duduk di rumah pun tidak buat apa-apa selain menjaga anak. Dengan waktu terluang ini, lebih baik saya buat perkara bermanfaat. Kalau hendak tolong daripada segi wang, kami kurang mampu. Jadi kami sumbangkan tenaga,” katanya yang dibantu Atu dan adik iparnya.Shafeeqa berkata, dia hanya mampu menyiapkan 50 helai PPE sehari, berbanding 200 helai yang diperlukan HSA.

Namun, projek yang diusahakan lebih lancar apabila Shafeeqa dihubungi Jabatan Seni Reka Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.“Memandangkan saya adalah bekas pelajar jabatan itu, mereka hubungi saya untuk membantu. Dengan kebenaran HSA, mereka dapat menggunakan bengkel dan kelengkapan di UiTM Shah Alam bagi menghasilkan PPE.

“Sekarang kami ada 10 gulung fabrik untuk dijahit dan diagihkan kepada HSA, Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh.“Sebanyak 32 gulung fabrik lagi akan dijahit untuk kegunaan Hospital UiTM Sungai Buloh,” katanya yang terpaksa menolak permintaan beberapa hospital di negeri lain atas faktor lokasi-gmpk

“Pakai Selipar Harga RM3.80…”- Isteri Dedah Sikap Atu Zero Yang…

Isteri kepada pelawak Atu Zero, Shafeeqa Johari mendedahkan suaminya seorang yang sangat ringkas.Menurut Shafeeqa, Atu seorang yang tidak kisah memakai selipar murah meskipun keluar bersiar di pusat membeli belah.“The most simple person! Keluar pakai selipar jepun pun tak ada hal. Tak kisah lah orang nak kata apa, katanya loan rumah bukan orang yang bayarkan 

“Tapi bila masa sho0ting dia keluarkanlah kasut-kasut dia, bukan tak ada. “Nak pergi surau susah nak kene pakai stokin lagi, jadi dia pakailah selipar RM3.80. Kalau orang ambil pun ada 4 lagi dalam kereta,” katanya.
Shafeeqa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik video Atu memakai selipar ketika keluar bersiar di pusat membeli belah.-gmpk

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang memuji sikap rendang diri Atu.Atu mengonggotai kumpulan Zero bersama dua orang adik beradiknya yang lain seperti Syarif dan Syaiful. Shafeeqa mendirikan rumah tangga dengan Atu atau nama sebenarnya Sharif Kuna Doli Sharif, 27, pada 8 Februari 2016. Mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *