Sanggup kena lumur.Afifah Nasir bongkarkan dia tidak hirau rupa paras dia ketika melakukan sesuatu ini malah mementingkan satu impak yang membuatkan orang ramai mengenali dirinya

artis

Pelakon yang namanya semakin meningkat naik, Afifah Nasir berkata dia tidak hirau akan rupa parasnya di televisyen ketika melakonkan watak dalam sesebuah naskah lakonan.Menurutnya, dia lebih mementingkan penghayatan watak dalam memastikan lakonannya memberi impak dan kesan kepada penonton yang menonton di luar sana.

“Saya tak kisah bagaimana wajah atau penampilan saya bakal kelihatan di skrin selagi saya boleh menghayati karakter dengan baik kepada penonton,”Dalam pada itu, Afifah mengakui tidak kisah jika terpaksa melakukan sesuatu di luar kebiasaan jika ianya diperlukan dalam sesebuah lakonan.

“Letaklah air tanah ke, minyak ke atau apa-apa saja ke wajah atau rambut, saya tak merungut. Saya sangat enjoy sepanjang penggambaran #natijahkasihabah! Drama yang tak payah bersolek sangat dan pakai baju kurung all the way bersama pelakon lagenda @zamarulhisham93,” Perkembangan terkini, Afifah Nasir kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama terbaru Natijah Kasih Abah dan turut berlakon dalam drama Pengantin Satu Malam yang sedang ditayangkan di slot Akasia, TV3.-beautifulnara

Masih simpan foto Afifah Nasir biarpun sudah berpisah, ini penjelasan Wan Ariff – “Tiada sebab kenapa perlu padam”

Wan Ariff memberitahu tiada keperluan untuk dia memadam foto bersama Afifah.STATUS hubungan cinta Afifah Nasir dan Wan Ariff mula menjadi tanda tanya apabila akres tersebut berkongsi foto dengan seorang jejaka berserta kapsyen romantik sekitar Februari lalu.Malah, menerusi tinjaun mStar ketika itu, Afifah sudah memadam foto bersama Wan Ariff manakala bekas kekasihnya itu masih menyimpan gambar-gambar kenangan mereka di Instagram.

Selepas lama mendiam diri, Wan Ariff menjawab pertanyaan daripada warganet di Instastory mengenai tindakannya tidak memadam foto kenangan manis mereka.Foto Afifah dengan seorang jejaka timbul pertanyaan dalam kalangan warganet mengenai hubungannya dengan Wan Ariff.Menurut Wan Ariff, dia tidak melihat sebab tertentu untuk memadam foto-foto tersebut dan tiada keperluan berbuat demikian.

“Secara peribadi saya tidak melihat kenapa perlu memadamnya. Tak pasti apa yang akan dapat daripada melakukannya (padam),” tulisnya.Menerusi laporan mStar pada 17 Februari lalu, perkongsian foto terbaharu Afifah dengan seorang jejaka menarik perhatian warganet di laman Instagramnya.Menerusi kapsyen di foto tersebut, Afifah atau nama sebenarnya Nur Afifah Md Nasir, 27, mengucapkan terima kasih kepada jejaka kerana meluangkan masa menyambut ulang tahun kelahirannya.

Antara soalan yang diberikan warganet kepada Wan Ariff.Dalam pada itu, Wan Ariff juga membalas salah satu pertanyaan daripada warganet yang ingin mengetahui alasannya masih mengikuti laman Instagram Afifah sedangkan mereka sudah berpisah.Jelasnya, dia dengan adik kepada pelakon Anzalna Nasir itu sudah matang dalam setiap keputusan yang mereka lakukan dan tiada masalah untuk dirinya mengikuti perkembangan Afifah.”Kami berdua adalah orang yang sudah matang dan kenapa tidak?” ujarnya.Nama Wan Ariff mula dikenali sejak dia tampil mempertahankan Afifah yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pasangan Aliff Aziz dan Bella Astillah sekitar 2017.-mstar

Afifah Nasir tayang kekasih baharu, warganet tanya mana Wan Ariff?

Afifah temui cinta baharu selepas putus dengan Wan Ariff (kiri).PERKONGSIAN foto terbaharu pelakon Afifah Nasir dengan seorang jejaka berserta kapsyen romantik menarik perhatian warganet di laman sosial.Menerusi kapsyen di foto tersebut, pemilik nama Nur Afifah Md Nasir, 27, mengucapkan terima kasih kepada jejaka itu kerana meluangkan masa menyambut hari lahirnya.

“Hanya dengan satu pandangan, itu saja yang diperlukan untuk berada di tempat kita sekarang.Antara komen warganet di foto Afifah dan kekasih baharunya.“Terima kasih kerana buang segala-galanya untuk memastikan awak dapat menghabiskan sepanjang hari pada hari lahir saya, memanjakan saya,” tulisnya.

Biarpun rata-rata warganet mengucapkan selamat hari lahir namun ada segelintir terkejut Afifah sudah bertukar kekasih dan tidak lagi bersama kekasihnya yang dikenali sebagai Wan Ariff.”Wow pakwe baru… mana pakwe lama.”Dah tak bercinta dengan Wan Ariff ke?

Hanya dengan satu pandangan, itu saja yang diperlukan untuk berada di tempat kita sekarang.

“Aik? Dah tukar dah? Hmmm,” tulis beberapa warganet di ruang komen foto tersebut.Menerusi tinjauan mStar, Afifah sudah memadam foto bersama Wan Ariff manakala bekas kekasihnya itu masih menyimpan gambar-gambar mereka di Instagram.Nama Wan Ariff mula dikenali sejak dia tampil mempertahankan aktres itu yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pasangan Aliff Aziz dan Bella Astillah sekitar 2017.

Nama Afifah pernah terpalit dalam kontroversi rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah.Kontroversi tercetus apabila Aliff dithan polis selepas melukakan bekas isterinya, Bella dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin pada 27 Julai 2017.Dalam kejadian itu, Bella yang ditemani ibunya dikatakan mencari Aliff dan mendapati aktor itu bersama seorang pelakon baharu iaitu Afifah Nasir.Menerusi laporan mStar pada 1 Januari 2018, Afifah memberitahu dia tidak akan memperoleh pasangan yang lebih baik daripada Wan Arif.Manakala Wan Ariff pula menyifatkan aktres itu sebagai satu dalam sejuta wanita yang ditemui dalam hidupnya.-mstar

Kekasih Afifah Nasir tetap setia

KUALA LUMPUR: Ketika hampir seluruh warganet di Malaysia menghntam teruk Afifah Nasir susulan kontroversi mengaitkan dirinya bersama Aliff Aziz, kekasih pelakon baharu itu yang dikenali sebagai Wan Ariff kekal setia di sisi.Wan Ariff berkata, meskipun ada bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki dan wanita, masing-masing menyerupai Aliff dan Afifah berpegangan tangan, beliau yakin kejadian itu ada alasannya.

Ya, saya dah tengok rakaman CCTV, malah sebelum artikel dan video dikeluarkan kepada umum.”Bagaimanapun, saya masih bersama dia (Afifah). Semua itu pasti ada alasan. Sabar,” katanya.Wan Ariff tampil dengan kenyataan berkenaan menerusi Instagram Story di laman sosial bergambar itu.

Malah, beliau dilihat turut memuat naik video Instagram Story menunjukkan dirinya menjamu selera dengan artis baharu terbabit.Kenyataan itu membuatkan rata-rata warganet tidak berpuas hati dengan Wan Ariff, yang menyifatkan Afifah tidak sepatutnya diberi peluang, apatah lagi apabila adanya bukti kukuh.

Wan Ariff turut menjadi sasaran ‘persinggahan’ komen berbentuk serangan daripada warganet memandangkan Afifah dan kakaknya, Anzalna, juga seorang pelakon, menutup ruangan komen Instagram masing-masing.Kelmarin, Aliff dilaporkan direman kerana dikatakan melukakan isterinya, Bella Astilah, 23, di sebuah pusat hiburan di Cheras, petang Khamis lalu.

Dalam kejadian itu, Bella, yang masih berpantang anak pertama, bersama ibunya mencari Aliff di premis terbabit kira-kira jam 4.30 petang. Mereka mendapati aktor yang juga seorang penyanyi itu sedang bersama dengan Afifah.Aliff dibebaskan dengan jaminan polis, tengah hari semalam.-bh

Result ‘4 Flat’ Tiap Semester, Bijaknya 2 Adik Perempuan ANZALNA NASIR Ni!

Wow, terpegun tengok slip keputusan peperiksaan dua adik perempuan kepada selebriti cantik, Anzalna Nasir. Mana tidaknya, tiap semester Nur Afifah Md Nasir dan Nur Nazirah Md Nasir berjaya mengekalkan keputusan cemerlang. Belajar jurusan Sains pula tu!Sebagai kakak.. sudah tentu Anzalna bangga dengan kecemerlangan akademik Afifah dan Nazirah. Afifah yang juga dikenali sebagai pelakon kini berusia 26 tahun manakala Nazirah pula berumur 22 tahun dan merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Bioperubatan.

Anzalna yang berkongsi berita gembira mengenai keputusan ‘4 Flat’ Nazirah atau panggilan manjanya, Maggie di media sosial baru-baru ini nyata telah menarik perhatian warganet.Jelasnya, “Regardless of how pretty or rich you are, education is very important. My parents tak pernah paksa us sisters to study hard, it all comes from within and alhamdulillah you nailed it again Nazirah.”

Awal Februari lepas, Anzalna pernah memuat naik keputusan kedua-dua adiknya itu di Instagram. Dia yang teruja dan bersyukur melihat kejayaan akademik Afifah dan Nazirah turut menitipkan pesan kedua ibu bapanya yang menegaskan tentang kepentingan pendidikan selain kekal merendah diri walau setinggi mana pun kejayaan yang dikecapi.

During Afifah’s uni life, she did me proud being her sister with her flying colors results until she finally graduated with honors. I remember seeing she study from am to pm!Sampai makan pun tolak tepi just to focus on studying and now Maggie is going through the same phase. Proud sister I am and no doubt they got it all from my dad.”

Anzalna yang juga isteri kepada Hanif Zaki mempunyai dua lagi adik-beradik perempuan iaitu Diana Nasir dan Mia Nasir. Kelima-lima mereka sangat akrab dan menariknya, Afifah dan Mia turut mengikut jejak langkah Anzalna dalam dunia lakonan.Foto kredit : Instagram Anzalna Nasir & Hafiz Baharuddin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *