Isu air bersih di negeri Kelantan sudah lazim. Menteri cadang rakyat Kelantan ambil satu inisatif ini sahaja untuk selesaikan masalah isu bekalan air bersih

berita

Isu air bersih di negeri Kelantan bukanlah sesuatu yang baru di negara ini. Untuk rekod, kerajaan negeri Kelantan sering dikritik kerana masalah air bersih di negeri itu sudah berlaku semenjak tahun 1990.Baru-baru ini, Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan agar rakyat negeri Kelantan memanfaatkan air hujan untuk kegunaan harian ketika berhadapan dengan masalah bekalan air.

Terang beliau lagi, Kelantan adalah negeri yang sesuai untuk memanfaatkan air hujan kerana tidak terlmpau terdedah dengan sektor industri yang mampu mengurangkan kualiti air hujan.“Kelantan antaranya boleh manfaat air hujan sebab di negeri ini tidak banyak industri dan kurang pencemaran udara”

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan presiden PAS itu dilakukan ketika merasmikan projek rawatan air komuniti Parlimen Kubang Kerian di Masjid Mukim Seterpa Banggu baru-baru ini.Diharapkan agar masalah air bersih di negeri Kelantan dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Air adalah asas kepada semua kehidupan.-lobakmerah

Masalah Air Di Kelantan Dijangka Selesai Menjelang 2023 – Menteri Alam Sekitar & Air

Masalah bekalan air yang bersih di Kelantan sudah menjadi masalah zaman berzaman yang belum selesai hingga kini.Pun begitu, rakyat Kelantan tak perlulah gusar lagi kerana masalah air di negeri tersebut akan selesai dan dijangka menerima bekalan air sempurna menjelang tahun 2023, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. 

Menurut Astro AWANI, Tuan Ibrahim berkata ia berikutan terdapat proses pembesaran dan naik taraf di beberapa loji air utama yang sedang dilaksana negeri tersebut di bawa Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).Isu besar yang berlaku di Kelantan adalah masalah sumber air, (serta) pengambilan sumber air bawah tanah lebih daripada 50 peratus dan menyebabkan kos rawatan sangat tinggi.

“Kerajaan telahpun meluluskan peruntukan baharu untuk kita membuat penambahan (dan) pembesaran loji di Kelantan dan pengurangan NRW (kadar air tidak terhasil) yang agak tinggi di Kelantan,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.Selain itu, masalah bekalan air yang sering terputus di Pahang juga menjadi isu utama dan beliau menjelaskan bahawa masalah ini boleh diselesaikan jika tarif air dinaikkan.

Menurutnya lagi, Pahang ialah antara negeri yang teruk dari segi kedudukan kewangan kerana tarif air yang lama tidak disemak. Oleh itu, negeri Pahang dijangka melakukan migrasi kepada kerajaan pusat pada Oktober ini supaya masalah hutang yang ditanggung dapat diselesaikan.

“Di Pahang, semakan terakhir tarif air ialah pada 1983… 37 tahun Pahang tidak pernah menaikkan tarif air dan Pahang merupakan negeri yang paling rendah tarif air iaitu 79 sen pada setiap meter padu,” katanya.Sksanya kan tak ada air… harap orang Kelantan dan Pahang bertabahlah ye. Tak lama lagi je nak elok tu. -lobakmerah

Dikatakan 4 Individu Ini Menjadi Punca Masalah Bekalan Air Berlaku. MB Selangor Kejutkan Orang Ramai Dengan Tindakan Yang Akan Diambil Ke Atas Pengusaha Dan Kilang Terbabit

KUALA LUMPUR, 5 Sept  — Kilang yang terbabit dalam kejadianpencemaran air di Sungai Gong, Rawang sehingga menyebabkan lebih 1.2 juta pengguna di Lembah Klang terputus bekalan air akan dirobohkan selain pengusaha diarah memulihkan tanah di situ.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata arahan itu terkandung dalam Notis Pelnggaran Syarat (7A) yang akan dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Gombak kepada pengusaha kilang terbabit Isnin ini.

“Pemilik tanah terbabit mengusahakan bengkel membaiki jentera berat. Kita arahkan pemilik untuk pulihkan tanah, roboh bangunan dan henti operasi. “Kita akan tutup kawasan itu selama tiga hingga empat bulan untuk pastikan tempat berkenaan selamat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pelaporan Penuh Situasi Semasa Berhubung Isu Pencemaran Air di Ibu Pejabat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), di sini hari ini.

Amirudin juga mendedahkan kilang berkenaan telah diberi notis henti operasi pada Mac lepas namun pemiliknya berdegiil dan kembali memulakan operasi pada Jun lalu. Bagi memastikan kejadian sedemikian tidak berulang, Amirudin berkata kerajaan negeri akan meminda Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 bagi menaikkan denda maksimum daripada RM500,000 kepada RM1 juta terhadap mana-mana individu atau premis yang terbukti menyebabkan pencemaran sumber air di Selangor.

“Kita akan bentangkan pindaan ini pada persidangan dewan undangan negeri akan datang. Pada masa sama kita harap Kementerian Alam Sekitar dan Air dapat meminda akta berkaitan,” katanya.Terdahulu, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata pihak yang bertanggungjawab terhadap pencemaran itu akan didkwa minggu depan.

Sementara itu, Amirudin berkata Air Selangor menjangkakan bekalan air ke kawasan terjejas pulih sepenuhnya pada 6 pagi Rabu ini. Beliau turut menasihati pengguna yang kini telah menerima bekalan, agar tidak terbuuru-buuru menadah dan menyimpan air yang boleh menyebabkan tekanan air rendah, sekali gus mngganggu proses pemulihan bekalan air. — BERNAMA

Gara Gara 4 Individu Ini Habis 1.2 Juta Rakyat Terpaksa Terima Padah. Ketua Polis Selangor Akhirnya Dedahkan Punca Berlakunya Pencemaran Air

Empat lelaki pemilik kilang yang menjadi punca kepada pencemaran air di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang dilapor telah ditahn dalam satu operasi yang dilakukan malam tadi. Bernama melaporkan, kesemua sasaran merupakan adik beradik berusia dalam lingkungan 50 hingga 60 tahun. Tangkapn dibuat di kediaman mereka, selain ada yang turut ditahan selepas tampil di Balai Polis Daerah Gombak.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata — siasatan awal mendapati kilang tersebut diusahakan oleh keempat-empat individu itu selepas pemergian bapa mereka. Menurutnya, polis akan membuat permohonan remaan di Mahkamah Selayang untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Kesksaan.

Kejadian pencemaran air yang berlaku di kawasan perindustrian Sungai Gong dilapor telah menjejaskan 1.2 juta pengguna di sekitar Lembah Klang. Ia mengundang kemarahan orang ramai, yang terpaksa berdepan masalah gngguan bekalan air di tengah-tengah penularan pandemik COVID-19 ketika ini. Turut membuatkan mereka kecewa, setelah siasatan mendedahkan ini bukan kali pertama kilang terbabit melakukan kesalahan seumpama itu.

“Kami bayar bil & kami harapkan update setiap jam!” – Penduduk Lembah Klang Dah ‘Fed Up’ Dengan Masalah Air di Selangor

Tahun ini sahaja, sudah beberapa kali Lembah Klang mengalami masalah gngguan air sejak dari bulan Mac berpunca daripada sumber air yang tercemar. Menurut New Straits Times, gngguan air di Selangor ini telah menyebabkan rakyat di negeri tersebut termasuklah di Kuala Lumpur sudah semakin ‘fed vp’ dengan masalah yang tidak berkesudahan ini. Sumber: New Straits Times

Seorang penduduk, Noorliani Mohamad Noor dari Taman Pelangi berkata, dia dan jiran yang lain terkejut bila mendapat tahu yang terdapat gngguan air tidak berjadual berlaku semalam. “Ia berlaku secara tiba-tiba. Kami tak tahu apa nak buat. Kami hanya dengar yang ada pencemaran air (di Sungai Selangor). 

“Selalunya, kita akan diberitahu terlebih dahulu tentang gngguan ini supaya kita boleh simpan air,” katanya. “Gngguan air lebih 48 jam. Macam mana nak masak dan mandi dengan anak 2 orang?”  Seorang lagi penduduk, Norrasmawani Kamaruddin dari Bestari Jaya, Selangor pula berkata pili air rumahnya kering semenjak pagi semalam.

“Susah kalau gngguan air berlaku lebih daripada 48 jam bagi keluarga saya. Dengan 2 anak di rumah, macam mana mereka nak mandi dan saya masak makan malam atau makan pagi?” katanya. Penduduk bernama K. Girija pula berpendapat supaya kerajaan tampil ke depan dan beritahu hal sebenar. Kami bayar bil dan kami harap diberikan update setiap jam. Beritahu kami, apa yang menyebabkan pencemaran ini? Adakah ini pencemaran kimia?”  Sehingga kini, masalah air di Selangor masih belum dapat diselesaikan dan pihak berwajib menjangkakan minimum 4 hari gngguan air di kawasan-kawasan terbabit. So marilah kita bertabah ye kawan-kawan semua… 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *