Dikatakan kawal suami. Ellie Suriaty terpaksa dedahkan kejadian yang berlaku di antara dia dan suami serta wanita berkenaan sehinggakan menaikkan amarahnya

artis

SUSULAN pendedahan mengenai suami dignggu seorang wanita pada waktu malam, pelakon Ellie Suriaty berkata dia menerima mesej peribadi daripada pengasas produk kosmetik itu yang menjelaskan perkara sebenar.Ellie berkata, dia tidak mengatakan suaminya iaitu pelakon Azri Iskandar berlaku menduakan, sebaliknya marah dengan sikap wanita berkenaan kerana tidak sensitif mengenai masa orang yang sudah berkeluarga.

“Saya ada hantar friend request di Facebook tapi dia tak layan. Selepas muat naik status itu, baru dia mesej. Tapi memang saya abaikan saja dan anak saya yang baca.“Wanita itu kata yang dia tak ada hubungan apa-apa dengan suami saya dan mesej yang dihantar hanya berkaitan kerja. Dia minta saya bersihkan namanya.

“Sedangkan saya tak kata pun dia ada hubungan dengan Azri. Saya cuma s3lar sikap dia yang tidak hormati masa orang lain,” ujar Ellie kepada mStar pada Selasa.Selain itu pelakon dan pengarah itu menafikan cakap-cakap yang mengatakan dia cuba mengongk0ng suaminya.“Kalau betul saya kongk0ng, Azri dah duduk rumah saja tak pergi sh00ting!” katanya lagi.

Terdahulu Ellie dilaporkan meluahkan rasa marah terhadap seorang wanita yang menghubungi suaminya pada lewat malam.Susulan itu Azri Iskandar turut tampil menjelaskan bahawa dia tidak mengenali rapat individu berkenaan dan hanya berhubung dengannya menerusi Facebook sejak akhir-akhir ini. Azri Iskandar memberitahu wanita itu mendekatinya atas urusan menjual produk.

Dalam pada itu, Ellie berkata berharap agar wanita berkenaan sedar tentang kesilapannya serta tidak bersikap pentingkan diri sendiri.“Saya bukan mengmuk tapi hanya ingin beri pengingatan kepada sesiapa saja agar sentiasa menghormati masa orang lain. Jangan mesej suami orang pada pukul 12.17 tengah malam semata-mata nak cakap fasal perniagaan MLM.“Bagi saya tindakan dia itu pentingkan diri sendiri sebab dia tak menghormati masa dan rumah tangga orang. Azri itu suami orang, masih ada isteri… bukannya duda!

“Sebagai wanita muslimah yang berkerjaya, kenapa perlu lnggar waktu orang yang sudah berkeluarga? Kenapa perlu mesej suami orang waktu tengah malam? Apa niat sebenar dia?“Dunia perniagaan dia tak ada kena mengena dengan keluarga kami. Jadi siapa dia untuk lnggar masa keluarga orang? Jangan disebabkan nak kejar keuntungan sampai buat suami isteri berbalah!” katanya.Ellie mendirikan rumah tangga dengan Azri pada 2003 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Dikatakan Wanita Founder Kecantikan Ini Kacau Suaminya Lewat Malam. Elly Suriaty Terus Seru Kenalan Wanita Tersebut Untuk Nasihatkan Wanita Tersebut Agar Tidak Dekat Dengan Suaminya

Pelakon dan pengarah terkenal Ellie Suriaty berang dengan tindakan seorang wanita yang menggnggu suaminya, pelakon Azri Iskandar pada lewat malam.Dedah Ellie, 50, menerusi akaun Facebooknya, wanita terbabit sering menghubungi Azri atas dasar jual beli produk.

“Nak apa asyik cari Azri Iskandar? Atau kamu nak saya yang cari kamu?Kot ye pun nak jual produk apa kejadahnya contact suami orang tengah-tengah malam? Kamu nak minta tolong apa dari suami saya?“Kamu dah nak kena upgrade? Kejadahnya kau punya upgrade! Apa kena mengena kau punya upgrade dengan keluarga kami.Justeru, Ellie menyeru individu yang mengenali wanita berkenaan untuk menasihatinya dan tidak terus cuba mendekati suaminya tanpa sebarang sebab.Kredit:Gempak & FB EllieSuriaty

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

“Ingin kritik saya, silakan” – Ellie Suriati Gesa Kerajaan Kenakan Lesen Untuk Pemilik Saluran Youtube

Baru kecoh beberapa minggu lepas tentang isu kerajaan ingin mewajibkan penerbit filem dan pengguna media sosial yang memuat naik video di pelbagai platform supaya mendapatkan lesen FINAS, hari ini muncul pula isu baru.

Menurut Malaysiakini, pelakon dan pengarah, Ellie Suriati Omar telah mencadangkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk melakukan penambahbaikan terhadap Akta Perbadanan Kemajuan Nasional Malaysia (Finas) 1981 selaras dengan perkembangan teknologi hari ini.

Antara penambahbaikan yang perlu disegerakan ialah dengan mengenakan lesen untuk pemilik saluran YouTube kerana golongan tersebut menjana pendapatan lumayan daripada platform berkenaan.Sumber: Twitter

“Kami mahu akta baru yang lebih kukuh dan boleh membawa kebaikan menyeluruh kepada pelakon, penerbit, royalti dan muzik.“Antara penambahbaikan itu, menteri diseru melaksanakan lesen pengguna YouTube kerana mereka berjaya dengan kandungan kreatif disiarkan,” katanya.

Sedia maklum bahawa dia akan dikritik atas saranan tersebut, Ellie walau bagaimanapun tidak kisah kerana tidak tahan melihat penggiat seni sering menjadi sasaran keadaan.“Sekiranya mereka ingin mengkritik saya, silakan. Kami ada alasan tersendiri kenapa menggesa kerajaan untuk melaksanakan lesen tersebut.

“Kenapa tidak kamu (pemilik saluran YouTube) membayar lesen? Tak suka saya cakap macam tu? Dah tu, kamu hasilkan kandungan kreatif,” katanya.Sumber: MalaysiaKini. Tambah Ellie lagi, perkara yang paling dikesalinya ialah terdapat pemilik saluran YouTube yang menggunakan kemudahan itu untuk mengkritik filem tempatan hingga menjejaskan jumlah kutipan tayangan.

“Ia mengakibatkan kerugian besar kepada penerbit, pengarah dan juga kru produksi kerana tiada orang mahu menonton filem kami selepas ia digelar produk sampah.“Industri kita bukan macam Hollywood, 10 peratus saja penggiat filem yang kaya dan selebihnya kategori B40,” katanya lagi.So apa pendapat korang? Setuju ke tidak? -lobakmerah

Suami ‘Risau’, Elly Suriati Mengandung Empat Bulan

KUALA LUMPUR: Pelakon berbakat, Azri Iskandar memberitahu risaukan keadaan isterinya, pelakon dan pengarah, Elly Suriati yang sedang mengandung empat bulan.Azri berkata, kerisauannya itu disebabkan Elly kini sedang sibuk dalam kerja-kerja pengarahan filem sulungya, Pennggal yang baru memulakan penggambaran pada 10 Disember lalu.

“Saya bimbang dia akan tertekan dan akan memberi kesan kepada kandungan dengan sikapnya yang tidak mahu mendengar kata ketika mengandung.”Tetapi dia adalah seorang yang bersemangat dan teliti apabila melakukan sesuatu,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran filem tersebut di sini, Jumaat.

Azri berkata, isterinya tidak mengetahui sudah berbadan dua sehinggalah dia dan beberapa krew produksi filem Pennggal membuat lawatan ke lokasi penggambaran.Ujarnya, keadaan isterinya yang kurang sihat selepas membuat lawatan lokasi telah memaksanya untuk melakukan rawatan dan doktor memberitahu bahawa Elly sedang mengandung.

“Masa Elly dapat tawaran mengarahkan filem ini dia masih tidak tahu keadaan dirinya sedang mengandung dan hanya mengetahui selepas itu.”Walaupun sedikit risau tetapi saya yakin dia dapat menjaga dirinya dengan baik tambahan pula saya turut berlakon di dalam filem sama. Jadi dapatlah memerhatikan dirinya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azri menolak dkwaan bahawa dia diambil berlakon sebagai watak utama dalam filem tersebut hanya kerana hubungan suami isteri antara mereka.Ujarnya dia perlu menghadiri uji bakat yang diadakan oleh pihak produksi sebelum diterima berlakon.

“Benar filem berkenaan adalah idea, hasil tulisan dan arahannya tetapi saya sendiri tidak mendapat jalan mudah kerana perlu menghadiri uji bakat bersama-sama pelakon lain.Sementara itu, Elly ketika ditemui berkata, dia tetap mahu meneruskan penggambaran filem tersebut walaupun sedang mengandung dan memberitahu tidak mempunyai sebarang alahan di peringkat awal kandungannya itu.

Elly berkata, kesibukan di lokasi kadang kala menyebabkan dirinya terlupa bahawa dia sedang berbadan dua kerana teruja dengan buah tangan pertamanya itu.”Ada kalanya saya terlupa tetapi itu tidak bermakna saya tidak menjaga kesihatan diri dan tahu batas saya sebagai seorang ibu mengandung.

“Insya-Allah semuanya dalam keadaan terkawal dan doakan agar semuanya selamat buat saya,” katanya.Filem usaha sama antara Astro Shaw dan Grand Brilliance itu adalah filem pertama menggunakan khidmat pengarah wanita dan menelan belanja sebanyak RM2.1 juta.

Selain Azri, Pennggal turut dilakonkan oleh Ummi Nazeera, Zulkifli Ariffin, Normah Damanhuri, Fauziah Nawi, Rozie Othman dan sebagainya.Ia masih dalam proses penggambaran dan dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *