Umur baru 5 tahun tapi mata dah juling hanya disebabkan telefon. Wanita ini terkilan bila ank diperlekehkan bila orang cakap pasal keadaan mata ank. Rupa rupanya ini punca ank sampai juling macam tu.

Viral

Umur baru 5 tahun tapi mata dah juling hanya disebabkan gajet. Wanita ini terkilan bila ank diperlekehkan bila orang cakap pasal keadaan mata ank. Rupa rupanya ini punca ank sampai juling macam tu.

IBU mana yang tidak sedih apabila anak yang ditatang bagai minyak yang penuh mengalami masaIah pada saIah satu deria terpenting pada angg0ta badan? Namun itulah hakikat yang perlu diterima ibu ini apabila anak sulungnya mengalami rabun sehingga matanya menjadi juling, gara-gara penggunaan gajet yang keterlaluan.

Tidak keberatan berkongsi cerita demi teladan bersama, wanita yang dikenali sebagai Sheda Lehon berkata masaIah yang dialami anaknya dikesan pada pertengahan 2018. “Sebenarnya saya ada membuat perkongsian pada awal tahun lalu, namun tak sangka ia viral… dan kini viral lagi sekali. Memang tak ada perancangan nak share tapi ketika itu saya sedih apabila ada yang menghina keadaan mata anak saya, Amanda.

“Sebagai ibu, saya turut sama terasa. Jadi saya luahkan di Facebook dan bercerita mengenai apa yang dialami oleh anak saya sebagai pengajaran bersama. “Punca kepada masaIah matanya kerana telefon. Saya beri Amanda telefon mengikut kehendak dia. Dalam sehari agak kerap juga, jadi matanya terlalu fokus kepada gajet dan jadi ‘Iazy eyes’.

“Kali pertama jumpa d0ktor pakar mata pada Februari tahun lalu. Masa buat check-up, d0ktor kata Amanda rabun, power pun tinggi. Doktor suruh pakai cermin mata untuk tegakkan mata dia semula. Andai kata pakai spec pun matanya tak normal semula, pilihan terakhir adalah operasi,” katanya kepada mStar.

Sheda pernah menangis apabila ada orang memperkatakan mengenai keadaan mata anaknya. Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, sehingga kini Amanda yang berusia hampir lima tahun sudah menghadiri tiga temu janji dengan d0ktor pakar.

Dalam tempoh itu, Sheda berkata keadaan mata anaknya menunjukkan perubahan sungguhpun masih belum kembali normal sepenuhnya. “Kali terakhir temu janji adalah Julai lalu. Rabunnya dah turun sedikit. Doktor kata, keadaan juIing itu bergantung kepada rabun. Pelbagai cara yang disarankan oleh doktor kami cuba.

“Amanda memang kena pakai spec selalu terutama kalau menonton televisyen. Waktu dia nak main gajet memang dihadkan sangat-sangat. Mula-mula memang susah juga, tapi kena kental dan pandai-pandai pujuk. Sekarang Amanda da besar sikit, dan makin lama dia makin faham.

“Saya kena buat benda yang sama juga dekat adiknya, Medina, sebab tak mahu apa yang dilalui Amanda akan berlaku padanya juga,” ujar wanita berusia 33 tahun ini. Mengimbas kembali detik ketika mata puteri sulungnya mengalami masaIah, Sheda berkata dia tidak dapat meIupakan kata-kata segelintir orang di sekelilingnya yang tnpa rasa bersaIah menggelar anaknya ‘juIing’.

Selepas tiga kali temu janji dengan pakar, mata Amanda beransur pulih (kiri) berbeza berbanding keadaan sebelumnya (kanan). “Ibu mana tak sedih kan… tambah-tambah lagi bila tengok anak saya sedih dan maIu. Saya cepat-cepat peIuk dia dan kata ‘tak apa, nanti mata kakak boleh baik semula, kakak mesti cantik. Kakak kena rajin pakai spec dan jngan lama main telefon.’

“Saya sering pujuk dan beri kata semangat, dalam masa yang sama ikut saranan doktor, serta buat exercise mata. Tidak mahu pisang berbuah dua kali, Sheda kini lebih bertegas soal penggunaan gajet terhadap anak-anaknya.

“Buat ibu bapa di luar sana, ambil kisah ini sebagai teladan. Jngan terlalu ikut kehendak anak bimbang memudaratkannya di masa depan. Tambah-tambah pula mata ni aset kan. “Doa memang tak lekang dari mulut saya setiap hari moga anak saya pulih dan normal seperti sebelumnya. Pada mereka yang kutuk, mungkin tak jadi pada anak mereka sekarang. Tapi jngan Iupa untuk beringat,” ujarnya mengakhiri bicara.

Sumber: mStar

Cara Elak Anak suka Main Handphone, Cara Terakhir Tu Paling Berkesan!

Suka main telefon pintar terhadap kanak-kanak bukan lagi perkara baru di zaman teknologi ini. Rata-rata sekarang ni budak kecil pun dah pandai pegang handphone malah tahu mana satu nak tekan. Anak saya sendiri pun tidak terlepas dari ‘keseronokan’ bermain handphone sampai ketagih dan akan menangis sekiranya tidak dapat apa yang diminta.

Sebagai ibubapa, kita seharusnya tidak membiarkan anak-anak terus hanyut dengan gadget sehingga menganggu perkembangan minda dan kesihatan mereka. Berikut adalah beberapa cara atau petua untuk mengelak ‘perangai suka’ bermain handphone pada kanak-kanak yang anda boleh praktikan.

1. Harus ingat bahawa anda adalah ‘boss’. Anda harus tegas dan jangan terlalu mudah mengalah dengan pujuk rayu anak-anak. Jika anda sudah tetapkan peraturan, pastikan semua orang ikut. 2. Rancang aktiviti anak-anak yang menyoronakkan seperti bermain craft, menulis, melukis dan sebagainya untuk hilangkan kebosanan mereka.

3. Bagi contoh dan teladan yang baik pada anak-anak. Jangan jadi ketam yang mengajar anak berjalan, melarang mereka bermain handphone tetapi anda sendiri tak lepas handphone dari tangan. 4. Jangan jadikan telefon sebagai ‘babysiter’, contohnya ketika makan di restoran, anak menangis meminta sesuatu, lalu anda berikan mereka telefon untuk menonton youtube. Cuba bercakap sesuatu dengan mereka.

5. Sekiranya anda benarkan mereka bermain handphone,  hadkan penggunaan telefon, contonya 15 atau 20 minit sahaja, jangan biarkan mereka bermain sampai berjam-jam. 6. Letak password pada telefon anda supaya anak-anak tidak dapat membukanya dengan sendiri, elakkan meletak telefon di tempat yang senang mereka capai.

7. Berkebun antara salah satu cara untuk hilangkan kebosanan pada kanak-kanak, bawa mereka bercucuk tanam supaya dapat melupakan gadget. 8. Petua yang terakhir ini mungkin sangat berkesan pada anak-anak kecil yang obses dengan telefon bimbit. Letakkan gambar muka yang menyeramkan seperti gambar zombi dan dsb pada ‘walpaper’ handphone anda. Rasanya budak kecil takkan berani sentuh hp anda lepas tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *