Sandra teruk dikritik oleh warganet. Terkejut bila tiba tiba Farisha Iris bongkarkan keadaan terakhir Sandra beberapa hari sebelum dia pergi menghadap illahi. Rupa rupanya sampai macam ni sekali keadaan terakhir dia.

artis

KUALA LUMPUR: Beberapa hari sebelum Sandra Dianne terlibat dalam kejadian tak diingini, penyanyi itu sempat berkongsi rasa sedih dirinya menjadi sasaran kritikan ‘haters’ kepada teman-teman yang bersaing dalam Big Stage 2020.

Tidak menyangka dirinya mempunyai ‘haters’ atau kumpulan pembenci di alam maya, Sandra meluahkan emosi mengenai sikap segelintir warganet yang suka melayangkan kritikan berbaur negatif melalui mesej langsung. Mendedahkan perkara itu, salah seorang peserta Big Stage 2020, Farisha Iris, 21, mengaku membaca sendiri mesej dihantar ‘haters’ kepada Sandra.

“Beberapa hari sebelum Sandra terlibat dalam kejadian diingini, dia berkongsi betapa sedihnya dirinya menerima kata-kata negatif warganet. Dia tidak sangka mempunyai ‘haters’. “Saya membaca mesej langsung yang mengandungi kata-kata negatif daripada seorang pengguna laman sosial… Mesej itu cukup jahat.

“Jadi, saya tidak menafikan, apa yang berlaku kepada Sandra juga dialami kami. Segala-galanya cukup mencabar bagi kami berdepan kecaman netizen,” katanya kepada BH Online. Farisha berkata, kritikan dan komen negatif daripada segelintir warganet menyebabkan dirinya dan rakan-rakan yang berjuang dalam Big Stage 2020 tewas dalam emosi.

Akui Farisha dia dan rakan-rakan melalui pengalaman yang sangat mencabar, apatah lagi pada era laman sosial ini. Namun, untuk kekal positif, naib juara program Idola Kecil musim keempat itu mengelak daripada membaca komen warganet di laman sosial.

“Biarlah saya muat naik apa sekali pun, saya elak membaca komen kerana tidak mahu sakit hati. Apabila kita sakit hati, nanti kita geram dan menyumpah. Ini membuatkan kita pula berdosa. “Jadi, lebih baik saya tidak baca atau balas komen sedemikian. Biarlah orang tak suka saya sekalipun, saya buat hal sendiri sahaja. Saya tahu apa yang saya perjuangkan dalam Big Stage 2020,” katanya.

Farisha yang popular dengan lagu Tak Malu bersyukur mempunyai rakan seperjuangan yang menyokong dan sentiasa memberi semangat jika salah seorang daripada mereka sedih. “Seperti yang kami lakukan kepada Sandra, kami saling memberi kata-kata semangat.

“Malah, kami ada tenaga pengajar seperti Cikgu Shafi yang banyak memberi dorongan,” katanya yang ditemui pada konsert tribute istimewa, Sandra Dalam Kenangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Pada konsert dua jam itu, Farisha mendendangkan lagu Cinta Sejati nyanyian asal Bunga Citra Lestari. Selain Farisha, rakan-rakannya turut mendendangkan lagu istimewa mengenang pemergian Sandra yang pergi menghadap illahi, Jumaat lalu, selepas enam hari tidak sedarkan diri di Hospital Putrajaya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @kucing media online

Sumber : BH, Mstar

Sedih Dengan Kehilangan Sandra Dianne. Kali Ini Sufie Rashid Tampil Bongkarkan Beberapa Tanda Akhir Yang Ditunjukkan Sandra Tapi Ramai Yang Tak Sedar.

Penyanyi Sufie Rashid yang juga pasangan duet Sandra Dianne pada minggu duet di pentas Big Stage, tidak menyangka itu pertemuan terakhirnya dengan Sandra. Sufie berkata ada beberapa tanda akhir yang ditujukkan Sandra tetapi tidak disedari.

“Semasa sesi latihan persembahan terakhir Sandra, wajahnya kelihatan cukup berseri malah turut menggayakan serba putih. “Dari sweater atas ke bawah sampailah handbag, semuanya putih. Tapi masa tu tak fikir apa-apa pun cuma ada rasa pelik.

“Tambah-tambah lagi Sandra ada berpesan kepada kami supaya jaga diri sebab tak tahu bila lagi nak jumpa. Kalau difikirkan kembali, panjang lagi perjalanannya di Big Stage. “Tak sangka di pentas Big Stage tempoh hari merupakan kerjasama terakhir kami,” katanya.

Sandra yang juga penyanyi lagu Hey Kau terbabit dalam kejadian tak di ingini di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya, Sabtu lalu. Sandra menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya, pada jam 1 pagi, hari ini selepas enam hari tidak sedarkan diri di wad Unit Rawatan Rapi.

Sandra sempat dimandi, di uruskan dan disembahyangkan di Hospital Putrajaya sebelum dibawa pulang ke kampung halaman di Kg Kauluan, Tuaran, Sabah untuk urusan seterusnya. Setibanya di kampung, Sandra disembahyangkan sekali dan selamat di uruskan di Tanah Islam Kampung Kauluan kira-kira jam 6 petang tadi.

Peserta Big Stage Sandra Telah Menghembuskan Nafas Terakhir Pagi Tadi. Terkedu Ini Kata Kata Terakhir Dari Sufie Rashid Buat Warganet Sebak.

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Sandra Dianne yang tidak sedarkan diri selepas terbabit dalam kejadian yang tak di ingini, Sabtu lalu, pergi menghadap illahi di Hospital Putrajaya, awal pagi tadi. Pemergian Sandra, 26, yang juga salah seorang peserta program realiti Big Stage 2020, dimaklumkan penyanyi berasal dari Singapura, Sufie Rashid melalui entri di Instagram, kira-kira jam 1.20 pagi. Selepas hampir seminggu tidak sedarkan diri, Sandra pergi menghadap illahi di unit rawatan rapi, Hospital Putrajaya, awal pagi tadi. 

Sufie menulis: “Assalamualaikum semua, minta sedekahkan al-Fatihah untuk Sandra yang telah tinggalkan kita. “Selamat pulang ke Rahmatullah sahabatku. You’re a good friend with a beautiful heart (anda sahabat yang baik dan berhati mulia).

Sufie berkongsi berita sedih pemergian sahabatnya, Sandra di Instagram. Foto IG Sufie Rashid. “Terima kasih sebab beri saya peluang untuk satu pentas dengan awak. Semoga awak tenang di sana…Innalillahiwainnailaihirojiun.”

Sabtu lalu, Sandra yang popular dengan lagu Hey! Kau terbabit dalam kejadian di ingini ketika dalam perjalanan mengikuti latihan konsert minggu keempat Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Sandra diuruskan di Sabah

Penyanyi Sandra Dianne yang pergi menghadap illahi di Hospital Putrajaya pada jam 1 pagi hari ini akan dibawa pulang ke Sabah untuk diuruskan di kampung halamannya di Kg Kauluan, Tuaran. Menurut jurucakap Sony Music Entertainment Malaysia, Veea Norman, dia mewakili pihak keluarga meminta doa semua agar segala urusan urusan Sandra dipermudahkan.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin mengesahkan Sandra Dianne pergi menghadap illahi pada hari ini, 11 September 2020 pada jam 1 pagi di Hospital Putrajaya. “Sandra akan dibawa pulang ke Sabah dan akan diuruskan di Kg. Kauluan, Tuaran.

“Pihak keluarga Sandra memohon untuk semua mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan memohon maaf bagi pihaknya jika ada salah dan silap. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah,” katanya. Selepas tidak sedarkan diri dan teruk akibat kejadian Sabtu lalu, penyanyi itu menghembuskan nafas terakhir, hari ini.

Berita sedih itu nyata memilukan ramai rakan selebriti lain termasuk rakan karibnya Neeta Manisha, Zizi Kirana, serta rakan seperjuangannya dalam program Big Stage 2020. Penyanyi Hey! Kau itu dilaporkan terbabit dalam kejadian di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, Sandra dan sepupunya dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk latihan penuh konsert Big Stage. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Kucing Media Online

Sumber : BHARIAN ONLINE / HMETRO ONLINE

Sandra tetap dapat elaun penuh Big Stage 2020

WALAUPUN penyanyi Sandra Dianne masih dalam keadaan teruk dan tak sedarkan diri selepas terbabit dalam kejadian tidak di ingini Sabtu lalu, dia masih bergelar peserta untuk program Big Stage 2020 yang memasuki minggu keempat, Ahad ini.

Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, walaupun penyertaan Sandra dikecualikan bermula minggu lalu sehingga tempoh diberitahu kelak, bayaran penuh elaun akan tetap diberikan kepadanya. Bagaimanapun, Sandra tidak layak untuk pelan perlindungan insuran yang diambil ke atas semua program terbitan Astro kerana membabitkan pemegang polisi yang berada di dalam kawasan rakaman sahaja.

“Selaku penganjur, kami masih lagi menunggu status perkembangan terkini mengenai keadaan Sandra daripada pihak hospital sebelum membuat sebarang keputusan lanjut berhubung penyertaan beliau dalam pertandingan ini. Apa jua keputusan yang akan diambil selepas ini adalah bergantung kepada nasihat doktor dan pakar,” katanya.

Emarina berkata, pihak Astro sangat bersimpati dengan nasib menimpa Sandra dan berharap penyanyi itu kembali sihat serta mendoakan keluarganya tabah dengan ujian berkenaan. “Buat masa sekarang, fokus paling utama adalah untuk memastikan Sandra kembali sembuh kerana kesihatan beliau adalah lebih mustahak.

Kami berharap agar Sandra dan keluarganya  tabah menghadapi dugaan ini. Kami juga memohon semua pihak dapat memberi masa dan ruang kepada mereka untuk bertenang sehingga keadaan lebih stabil,” katanya. Sabtu lalu, peserta program realiti Big Stage 3 itu terbabit dalam kejadian di

Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya. Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, Sandra dan sepupunya dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk latihan penuh konsert Big Stage.

Ibu rayu telefon Sandra dipulangkan

IBU kepada penyanyi Sandra Dianne, Nor Syakinah merayu kepada mana-mana individu yang terambil telefon pintar milik anaknya itu sewaktu kejadian baru-baru ini supaya memulangkannya kembali. Nor Syakinah berkata, pihaknya sangat memerlukan telefon itu yang menyimpan pelbagai dokumen penting terutama berkaitan kerja penyanyi itu.

“Sandra menggunakan telefon jenis Samsung S20 Ultra. Ia adalah telefon yang selalu dia gunakan untuk urusan kerja. Segala maklumat mengenai media sosial seperti Instagram dan Twitter tersimpan di situ selain maklumat-maklumat sulit yang lain.

“Saya mohon kerjasama kepada individu yang ada menyimpan telefon anak saya untuk memulangkannya semula kepada saya. Bantu saya sebarkan supaya rayuan ini sampai kepada mereka yang berkenaan,” katanya.

Kelmarin, Nor Syakinah memohon supaya foto keadaan anaknya di Unit Rawatan Rapi Hospital Putrajaya tidak lagi disebarkan untuk tujuan publisiti. Dia meminta doa orang ramai supaya Sandra diberikan kekuatan untuk mengharungi dugaan itu.

Sementara itu, wakil pihak pengurusan Sony Music Malaysia memaklumkan penyanyi itu masih dalam keadaan tidak sedarkan diri. Sabtu lalu, peserta program realiti Big Stage 3 itu terbabit dalam kejadian di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya. Dalam kejadian jam 2.30 petang, Sandra dan sepupunya dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk latihan penuh konsert Big Stage.

Tergamam Penyanyi Sandra Pergi Menghadap Illahi Pagi Tadi. Mengejutkan Ini Kata Kata Usop. Warganet Terkedu Sampai Macam Tu Sekali Usop Muatnaik Status.

SELEPAS kira-kira enam hari bert4rung ny4wa dalam wad Unit Raw4tan Rapi, Hospital Putrajaya, penyanyi Sandra Dianne akhirnya pergi menghadap illahi pada awal pagi Jumaat. Wakil syarikat rakaman Sony Music Entertainment, Veea Norman dalam satu kenyataan memberitahu, peserta Big Stage musim ketiga itu, menghembvskan nafas terakhir kira-kira pukul 1 pagi.

Berita pemergian peserta Big Stage itu turut dikongsi oleh rakan-rakan artis dan penggiat seni. “Saya ingin mengesahkan Sandra Dieanne pergi menghadap illahi pada pukul di Hospital Putrajaya pukul 1 pagi Jumaat. Pihak keluarga memohon semua mendoakan agar segala urusan di tempat persemadian dipermudahkan dan memohon maaf bagi pihak Sandra jika ada salah silap,” ujar Veea Norman.

Sandra mengalami kejadian yang tak diigini di jalan raya pada Sabtu lalu.

Sandra akan dibawa pulang dan akan diuruskan di kampung halamannya di Kampung Kauluan, Tuaran Sabah. Sandra atau nama sebenarnya Alessadra Dianne Ampuria, 26, yang dikenali dengan lagu Hey Kau dikatakan mengalami kegagalan fungsi otak akibat kejadian yang tak diigini di jalan raya.

Dalam kejadian pada 5 September lalu itu, kereta dipandu Sandra yang turut ditemani pengurusnya dikatakan hilang kawalan ketika dalam perjalanan mengadakan latihan sempena program Big Stage siaran Astro di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Akibat kejadian tersebut Sandra ditempatkan di unit rawatan rapi dan keadaannya teruk sehinggalah dia pergi menghadap illahi pada Jumaat sementara individu bersamanya dalam kereta diraw4t di wad biasa hospital itu. Berita mengenai pemergian bintang berusia 26 tahun itu dimaklumkan penyanyi Usop yang juga salah seorang peserta program realiti berkenaan pada pagi Jumaat menerusi Instagram.

Kata2 Usop

“Asalammualiakum semua…tolong sedekahkan al fatihah untuk sahabat seperju4ngan saya. Kini telah pulang keramatullah. Sandra rehat k. AlFatihah,” tulisnya. Meninjau ke ruangan komen pada posting berkenaan, para peminat serta rakan selebriti yang masih lagi terkejut dengan berita berkenaan menitipkan ucapan takziah serta sedekahkan bacaan al-Fatihah buat Sandra.

Sumber : Mstar

Sandra Dianne Dikatakan Mengalami Luka Di Kepala Dan Masih Tidak Sedarkan Diri. Superintendan Azman Dedahkan Kesan Daripada Kejadian Tersebut

KERETA yang dinaiki Sandra Dianne bersama seorang rakannya brek mengejut secara tiba-tiba sebelum hilang kawalan dan terbalik.Kuala Lumpur: Kereta yang dinaiki penyanyi dan peserta program realiti Big Stage 3, Sandra Dianne, 26, bersama seorang rakannya brek mengejut secara tiba-tiba sebelum hilang kawalan dan terbalik.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang semalam di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), berhampiran Subang Jaya itu, kereta jenis Great Wall itu kemudian melnggar sisi kiri sebuah kereta jenis Nissan Almera yang berada di hadapannya akibat hilang kawalan.

“Mereka memandu di lorong paling kanan sebelum tiba-tiba brek secara mengejut. Ia turut melnggar dua lagi kenderaan yang berada di lorong yang sama,” katanya. Azman berkata, selepas mermpuh tiga kenderaan lain, kereta itu terbalik.

Akibat kejadian itu, Sandra dikatakan mengalami luka di kepala dan kini dalam keadaan tidak sedarkan diri dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya, manakala rakannya menerima rawatan pesakit luar.

Ketika kejadian, penyanyi berasal dari Sabah itu dikatakan dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya untuk latihan penuh konsert Big Stage 3 minggu keempat yang berlangsung semalam-mymetro

Masih Tidak Sedarkan Diri. Bella Perjelaskan Keadaan Dan Punca Berlakunya Kejadian Yang Tidak Diingini Sehinggakam Sandra Dianne Dikejarkan Ke Wad

Sama-sama mendoakan keadaan Sandra yang masih tidak sedarkan diri. HINGGA kini penyanyi dan peserta program Big Stage 2020 iaitu Sandra Dianne yang terlibat dalam kejadian yang tidak diingini pada Sabtu masih dalam keadaan kr1t1kal dan tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun maklumat terperinci mengenai situasi Sandra masih tidak dapat dipastikan oleh wakil syarikat rakaman Sony Music iaitu Bella. Katanya buat masa ini hanya ibu penyanyi itu sahaja dibenarkan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.

“Keadaan Sandra masih kr1t1kal dan tidak sedarkan diri. Dia masih dirawat di ICU sejak semalam (Sabtu). Sehingga kini, kami belum dapat maklumat sepenuhnya daripada doktor. Keadaan di bahagian hadapan kereta yang dipandu Sandra.

“Sebab hanya ibu Sandra sahaja dibenarkan masuk ke bilik ICU. Pihak kami nak cakap lebih lanjut pun tak berani sebab takut salah beri info. Harap semua orang dapat doakan Sandra,” katanya kepada mStar.Menerusi laporan mStar pada Sabtu, Sandra dikejarkan ke wad kecemasn di Hospital Putrajaya selepas terlibat dalam kejadian tersebut ketika dalam perjalanan ke Putrajaya.

Difahamkan ketika itu Sandra yang ditemani sepupunya dalam perjalanan ke sesi latihan konsert mingguan Big Stage di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).Dalam pada itu, Bella memberitahu sepupu Sandra yang turut terlibat dalam kejadian itu mengalami kecederaaan di tangan dan masih dirawat di hospital yang sama.Tiada maklumat lanjut mengenai keadaan Sandra sehingga kini.

“Ketika kejadian itu berlaku, Sandra bersama sepupunya nak ke sesi latihan konsert mingguan Big Stage. Sandra yang memandu kereta ditemani sepupunya.”Sepupu Sandra hanya mengalami keceederaan di tangan dan masih dirawat di hospital yang sama,” ujarnya.

Sandra antara salah seorang peserta yang akan membuat persembahan di pentas Big Stage 2020 minggu keempat yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.Selain Sandra, peserta lain yang turut layak ke minggu seterusnya ialah Hafiz Zainal, Dinie Rashid, Yamani Abdillah, Qody Rani, Fadh Majid dan Nana Sheme. Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal berkata pihak produksi bersepakat untuk mengecualikan penyertaan Sandra untuk minggu ini.-mstar

Nakaaal, riuh Aidilfitri Eleena, Sandra

Berbeza pengalaman raya bagi dua penyanyi muda, Eleena Harris dan Sandra, namun tidak membataskan komunikasi serta kemesraan di antara mereka dalam satu sesi fotografi yang disusun khas Kosmo! bersempena dengan Aidilfitri tahun ini.

Cukup dikenali menerusi lagu Terlalu Rindu, Eleena atau nama lengkapnya, Wan Eleena Wan Harris, 21, sangat teruja apabila datangnya Syawal yang disifatkan sebagai bulan untuk merapatkan ukhwah sesama manusia terutama dalam kalangan sanak saudara.

“Apabila Syawal, saya sangat teruja untuk berjumpa dengan rakan-rakan serta sanak saudara yang sudah lama tidak bertemu disebabkan perubahan dan komitmen hidup. Paling menarik, disebabkan saya masih bergelar pelajar bertubuh genit, saya masih berpeluang untuk diberi duit raya,” katanya yang merupakan pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang perakaunan.

Sementara itu, bagi penyanyi yang terbang jauh ke Sabah untuk bersama dengan keluarga tersayang sempena Aidilfitri, Sandra, 22, selain mengeratkan hubungan sesama Muslim, perkara lain yang sangat digemari pelantun lagu Hey Kau! itu adalah pilihan makanan yang pelbagai.

“Saya membesar di kawasan kampung. Banyak perkara lucu yang ingin saya ceritakan. Sudah tentu apabila Syawal menjelang, kita akan bertemu dengan sanak saudara yang kita sendiri tidak begitu kenal. Akhirnya, ia akan mengeratkan lagi silaturahim. Selain itu, saya akan ‘kejar’ makanan. Saya memang suka makan walaupun badan saya kecil,” ujar pemilik nama sebenar Alessandra Dianne Ampuria itu.

Pertama kali digabungkan bersama dalam sesi fotografi, dua belia tersebut mempunyai cerita yang bertentangan tentang Aidilfitri.Bibir Eleena kena bunga api.Walaupun tidak pernah merasai pengalaman beraya di kampung, Eleena memberitahu, suasana raya keluarganya masih meriah dan riuh.

“Ibu saya berdarh Inggeris, manakala ayah orang Melayu. Sejak kecil sehingga hari ini, saya tidak pernah merasai pengalaman beraya di kampung. Kalau dulu waktu nenek masih ada, saya dan keluarga akan beraya di kediamannya iaitu di Taman Tun Dr. Ismail.

“Jadi, kalau orang bertanya sama ada saya pernah merasai pengalaman malam raya misalnya, jawapan saya adalah tidak. Memang teringin untuk beraya di kampung tapi bagi saya beraya di mana-mana pun sama sahaja, apa yang penting adalah keberadaan bersama keluarga tersayang,” ujarnya yang merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik.

Diajak bercerita tentang pengalaman raya, Eleena tidak boleh melupakan kenangan beraya sewaktu di bangku sekolah rendah apabila dia mendapat kecederaaan disebabkan kenalannya.“Kejadian berlaku ketika saya berusia tujuh tahun. Biasalah, walaupun ditegur oleh ibu bapa untuk tidak berlari-lari di kawasan rumah, saya tidak mengendahkan nasihat mereka. Akibatnya, sedang asyik berlari-lari sambil memegang bunga api, kaki saya tersaduung dan saya terjtuh.

“Bunga api yang saya pegang terkena pada bahagian bibir. Sehingga hari ini ia masih berbekas. Nasib baik ia (bunga api) tidak mencedeerakan bahagian lain seperti mata, kalau tidak habislah saya,” kata Eleena bersahaja.Sandra si tomboi kampung

Berbeza kisah dengan Eleena, anak gadis kelahiran bandar Tuaran, Sabah iaitu Sandra mengecapi pengalaman raya sama seperti kanak-kanak tipikal lain yang membesar di kampung.Katanya, sewaktu kecil, Syawal adalah bulan yang paling ditunggu olehnya kerana dapat beraya tidak ingat dunia bersama rakan-rakannya yang kebanyakan adalah lelaki.

“Waktu kecil saya memang suka bergaul dengan golongan lelaki. Jadi, saya memang tidak malu untuk pergi rumah orang beraya walaupun saya tidak kenal tuan rumah.“Apa yang penting adalah dapat duit raya. Saya dan rakan-rakan akan meruungut kalau dapat duit raya sedikit. Masakan tidak, rumah mewah dan besar, duit raya bagi sedikit sahaja. Tidak berbaloi,” ceritanya sambil membuahkan tawa.

Sambungnya lagi, dia mempunyai satu perangai iaitu suka memberikan duit raya terkumpul kepada orang lain terutama adik-beradik dan sepupu.“Walaupun saya disifatkan sebagai kaasar oleh rakan-rakan, saya suka ‘menderma’ duit raya kerana duit raya yang terkumpul pun saya tidak banyak gunakan selain untuk tujuan membeli alat permainan seperti piistol dan boneka adi wira,” ujarnya menutup bicara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *