Jangan sebarkan gambar dia yang tak tutup aurat. Terkedu Aishah tiba tiba tinggalkan pesanan sesuatu dekat ank lelakinya. Rupa rupanya ini punca dia cakap macam tu.

artis

Penyanyi Aishah meniitipkan pesanan agar segala gambar lamanya yang tidak menutup aurat tidak disebarkan lagi kepada umum selepas dirinya pergi menghadap illahi. Menurut Aishah perkara itu juga sudah diberitahu kepada anak lelakinya sebagai pesanan buatnya kepada umum selepas pemergiannya kelak.

“Hari ni berbuka puasa ditemani Armand (anak) pula. Terkeluar cerita mengenai pemergian bintang Big Stage Sandra. “Pastinya ia sesuatu yang meruntun hati buat ibu dan keluarga yang berdepan dengan komen-komen negatif. Allahuakbar semoga mereka diberikan ketabahan.

“Dihujung perbualan itu saya berpesan pada Armand untuk ingatkan media dan peminat,’bila mum dah tak ada, jangan keluarkan lagi iimej-iimej tidak bertudung mum untuk tatapan ramai’,” katanya. Perkara itu dikongsikan Aishah menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Bukan itu sahaja, kata Aishah lagi, dia juga tidak mahu sebarang bentuk nyanyian tribute selepas ketiadaannya hanya kerana mahu mengenang penglibatannya dalam dunia seni. “Dan mohon peminat doakan banyak-banyak tanpa perlu sebarang nyanyian-nyanyian mengingatkan mum. Cukup dengan doa.

“Semoga perbualan ini akan menjadi kenangan indah dan pedoman untuk anak-anak satu ketika bila kita tiada lagi,” katanya. Dalam entri tersebut Aishah turut memuat naik gambar kenangan bersama dua orang anak lelakinya. “Dulu sebagai ibu tunggal membesarkan mereka saya selalu rindu untuk berbual dengan orang dewasa.

“Sekarang saya boleh lakukannya bersama mereka. Saya juga banyak tinggalkan pesanan pada mereka untuk bagaimana mereka nak survive bila saya tak ada lagi,” ujarnya. Aishah mempunyai dua orang cahaya mata, Armand Azhari, 27, dan Azhad Ahlami, 21, menerusi dua perkahwinan pertamanya.

Bagaimanapun, pelantun lagu Janji Manismu itu kemudian berkahwin lain selepas berpiah buat kali ketiga dengan Faizal Sazali Zulkifli pada 2010. Begitupun, Aishah yang membuat pengakuan mengenai statusnya itu ketika menyertai Gegar Vaganza musim keempat enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai rumah tangganya kepada umum.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Kucing Media Online

Sumber: GEMPAK@Teh Tarik Kaw

Aishah turun 31 kg, dah boleh pakai baju lama

PENYANYI popular Aishah, 55, kini lebih selesa dan gembira apabila berjaya menurunkan berat sebanyak 31 kilogram (kg) dalam tempoh kira-kira dua bulan selepas mengamalkan pemakanan sihat dan berpuasa. Dalam tempoh itu, Aishah berjaya menurunkan berat badan dari 110kg kepada 79kg dan mensasarkan untuk turun lagi 10kg bagi mendapatkan berat badan ideal.

Menerusi perubahan yang dilakukannya, penampilan penyanyi lagu Janji Manismu ini nampak semakin menarik sama seperti kemunculan awalnya dalam bidang seni. Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berkata, memandangkan konsert MPO dan Aishah: A Musical Journey ditangguhkan ke tahun depan, dia masih berpeluang untuk menurunkan lagi berat badan sehingga mencapai berat yang ideal.

“Sekurang-kurangnya saya ada masa untuk lebih berusaha kurangkan berat badan. Mulanya saya risau berada di rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu kerana asyik kerja makan tidur sahaja. “Tapi saya kuatkan diri dengan berpuasa. Saya buat begini kerana tahu jika duduk rumah mulut asyik nak mengunyah.

“Selain itu saya juga tak ambil makanan berminyak, gula dan minuman manis dan minuman dalam tin (can drink). Saya lebih suka minum ‘sparkling water’,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Exclusive Face Mask Extender by Aishah X Nazrai Hijabpin baru-baru ini.

Aishah berkata, amalan yang dipraktikkan itu membuatkan berat badannya turun secara drastik. “Saya boleh mendisiplinkan diri untuk lakukan ini. Pada usia saya, penjagaan kesihatan kena serius. Saya pula ada anak-anak lelaki. Kasihan mereka kena jaga saya sekiranya saya sakit. Kami sama-sama kena jaga apa yang kami makan.

“Ikutkan hati saya memang suka makan macam-macam. Tak makan nasi tak apa tapi saya makan coklat serta kek dan ia amat bahaya. Kadang-kadang saya makan juga, namun dalam kadar yang sikit,” katanya. Aishah berkata, amalan berpuasa dan ‘intermittent fasting diet’ yang diamalkannya dikira memadai untuk menjaga kesihatan selain mengawal berat badan.

“Ketika mula-mula berpuasa saya masih makan nasi apabila berbuka. Namun, apabila banyak makan salad sekarang, ia membantu saya lupakan nasi. “Sebenarnya saya masih makan nasi tapi bukan dalam kadar yang banyak. Dalam tiga, empat sudu dah kenyang tapi saya lebih sedap makan salad dan buah. Saya juga tak lupa sauna dan berbekam untuk kesihatan. Saya tak ikut sesi kecergasan kerana kesibukan saya lebih lagi apabila berada di rumah,” katanya.

Paling menggembirakan, dia kini mampu menggayakan semula pakaian yang pernah dipakai ketika zaman muda. “Banyak yang boleh dipakai semula. Kadang-kadang banyak baju lama yang saya simpan sahaja. Ada yang sudah disimpan lebih 15 tahun tapi sekarang dah boleh dipakai semula. Cuma saya masih gagal pakai baju ketika zaman saya bersama Fan Club.

“Mungkin pada masa itu saya belum ada anak. Jadinya bentuk badan ada perbezaan. Namun baju dari tahun 2010 saya sudah boleh pakai. Bahkan saya terkejut kerana lagi longgar berbanding dulu,” katanya. Aishah pernah melakukan pembedahan Bariatric Surgery atau pintasan gastrik pada awal 2018. Tindakan ini dilakukan kerana dia bimbang dengan pertambahan berat badannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *