Cuba jalani kehidupan macam orang biasa. Nak jadikan artis sebagai kerja sambilan. Rupa rupanya ini punca Nonny Nadirah jadi macam ni.

artis

Pelakon Nonny Nadirah memberitahu bahawa dia kini cuba untuk menjalani kehidupan seperti orang biasa tanpa menjadi tumpuan ramai sebagai seorang artis. Menurut Nonny, dia juga mahu menjadikan pekerjaan sebagai artis yang menjadi periuk nasinya selama ini hanya sekadar kerjaya sambilan sahaja.

“Orang sibuk terkejar mengejar nak jadi artis, aku sibuk nak ubah balik kehidupan aku tanpa spotlight tu. “Nak jalani kehidupan macam orang biasa balik dan menjadikan pekerjaan tetap artis itu sebagai sambilan,” katanya.

Perkara itu dikongsikan Nonny menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya. Begitupun, katanya, dia tidak pernah akan terus tinggalkan minatnya dalam bidang seni. “Aku minat dalam bidang muzik, serius wey minat ya amat. Sama dalam lakonan juga, cuma sudah bukan menjadi matlamat utama aku, tapi ya, aku masih ada dalam bidang ni,” katanya.

Menurut Nonny lagi, sebolehnya, dia cuba mahu mengajak pengikutnya di media sosial menuju ke arah kebaikan. “Cukup-cukuplah aku tarik korang berTikTok dengan aku dulu. Sekarang aku sendiri yang nak ubah dan nak didik pengikut aku untuk pilih mana yang baik untuk korang ikut.

“Sekurang-kurangnya nanti bila disoal di sana, ada jawapan ini ‘Ya, si polan ada tolong ingatkan kami tentang hal itu, tentang hal ini’,” coretnya. Sebelum ini, Nonny jadi tumpuan ramai dengan kisah penghijrahannya selepas pulang dari Tanah Suci pada tahun lalu.

Niezam cintakan Nonny kerana Allah…

PELAKON Niezam Zaidi, 28, merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya yang juga penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah, 30, sebelum hujung tahun ini. Niezam berkata, dia sudah memikirkan perkara itu namun masih belum dapat menetapkan tarikh disebabkan masih terbabit dengan penggambaran drama.

Malah, menurut Niezam dia juga mahu terus bernikah tanpa mengikat Nonny sebagai kekasih dalam tempoh yang lama. “Memang ada perancangan ke fasa seterusnya. Kita merancang, Allah tentukan. Sebab sekarang saya masih terbabit dalam penggambaran drama Luka Di Hati Diya sehingga Ogos depan.

“Saya pun ada cakap pada Nonny nak fokus drama dulu, selepas itu baru fokus satu persatu. Saya cakap dengan dia juga, perkara baik tak elok dilambat-lambatkan. “Insya Allah, nak kahwin tahun ini. Apa pun, macam dikatakan tadi, saya kena habiskan kerja dahulu. Fikir memang sudah fikir, cuma tinggal nak tetapkan lagi. 

“Lagi pula, saya kena pergi kursus kahwin dulu. Ikutkan saya, nak terus nikah saja. Saya juga ada bercakap dengan keluarga soal ini dan mereka okay kalau saya nak bernikah terus,” katanya kepada Harian Metro. Niezam yang juga pelakon filem M4M4 berkata, dia merancang untuk berjumpa keluarga Nonny di Sabah bagi mendapatkan restu.

“Saya belum pernah berjumpa keluarga Nonny lagi. Sebelum ini hanya menerusi panggilan video saja.  “Insya Allah, selepas penggambaran selesai bolehlah saya pergi berjumpa secara teratur. Saya uruskan satu persatu. Saya percaya niat baik ini akan dipermudahkan Allah SWT,” katanya.

Mengulas mengenai perhubungan yang berlangsung sejak setahun lalu itu, Niezam menyifatkan kehadiran Nonny adalah kiriman Allah untuk dirinya, begitu juga sebaliknya. “Kami berkenalan sejak 2016 iaitu ketika membintangi telefilem Minah Motor untuk TV3. Sewaktu itu, kawan biasa saja sebab masing-masing ada pasangan.

“Selepas Nonny berpisah barulah kami mula rapat. Semuanya terjadi secara tidak dijangka. Apabila saling bermesej dan kami putuskan untuk berjumpa. Sejak itu kami menjadi semakin rapat. “Status Nonny yang pernah berkahwin dan berpisah bukan halangan untuk saya berkawan dengannya. Dia seorang yang baik. Apa saya tahu, ketika dia tengah dalam kesulitan, saya ada. Saya ada dengan dia saat susah dan senang. 

“Semasa dia tengah ‘down’, dia tidak ada sesiapa. Jadi, saya minta dia kongsi. Saya tenangkan dia dan pendek kata, sering jadi perantara untuk dia. “Apapun, jalinan perhubungan saya dengan dia kini kerana Allah,” katanya.

Niezam Zaidi sudah bincang dengan keluarga Nonny Nadirah

“ALHAMDULILLAH, pertemuan dengan ibu dan keluarga Nonny berjalan lancar. Insya-Allah, doakan semoga dipermudahkan,” kata pelakon, Niezam Zaidi, 28, yang mengotakan janji untuk berjumpa ibu kekasihnya yang juga penyanyi, Nonny Nadirah di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini.

Niezam berkata, pertemuan secara rasmi kali pertama itu dibuat sebagai menghormati dan menunjukkan kesungguhannya dalam menjalin hubungan dengan Nonny. Menurut Niezam, dia merancang untuk terus bernikah selepas selesai terbabit dalam penggambaran drama Luka Di Hati Diya.

“Dalam pertemuan itu, saya pun sudah berbincang dengan keluarga Nonny. Insya-Allah kalau tak ada aral melintang dan akan dipermudahkan semuanya. “Perancangan saya memang nak terus nikah. Sekarang ini tunggu saya habis ‘penggambaran’ saja. Tapi, sambil-sambil itu ada juga perbincangan dan perancangan macam mana nak buat dan majlis nak buat di mana.

“Kiranya tinggal lagi perbincangan membabitkan kedua belah keluarga saja lagi,” katanya kepada Harian Metro. Berkongsi mengenai pertemuan itu, Niezam yang juga pelakon filem M4M4 berkata, ibu Nonny menitipkan pesan untuk sentiasa menjaga diri masing-masing.

“Alhamdulillah, penerimaan mereka sangat okay. Sebenarnya itu paling santai sebab perbincangan pun santai saja. “Ibu dia ada pesan, jaga diri masing-masing. Insya-Allah semoga dipermudahkan,” katanya. Ditanya sekiranya pada pertemuan itu Niezam turut membawa cincin tanda atau cincin merisik, Niezam menjawab tidak.”Tak ada bawa cincin tanda pun,” katanya ringkas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *