Sempat rakam foto terakhir sebelum terlibat kejadian yang tidak diingini. Isteri Ajak luah rasa sedih bila anak muridnya terlibat dalam satu peristiwa ini

artis

Isteri kepada Ajak, Afifah sempat mengambil foto anak muridnya sebelum anak muridnya terlibat dalam kejadian tersebut .ISTERI kepada penyampai radio Suria FM Ajak iaitu Afifah Amin meluahkan perasaan sedih atas pemergian anak muridnya, Muhammad Shahrul Hakimi Mohd Harith pada petang, Selasa.Afifah berkata dia sempat bertemu dan merakam foto remaja itu pada sebelah pagi sebelum anak muridnya terlibat dalam kejadian itu.Menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu, Afifah menyifatkan anak muridnya seorang yang baik serta tidak pernah bercakap kasar terhadap dia dan guru yang lain.

Berbual dengan saya pun dia tersebut nama anak murid kimi.

“Al-Fatihah buat anak muridku… Muhammad Shahrul Hakimi Mohd Harith. Tenanglah dikau di sana. Baik tingkah-lakunya… tak pernah berkasar suara.”Bila diusik senyum ke telinga. Semoga dipermudahkan dikau ke syurga. Ini gambar pagi sebelum dia terlibat petangnya. Nanti tarik cikgu ke syurga ya nak,” katanya.

Afifah merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Kota Damansara, Petaling Jaya.Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi ucapan takziah warganet yang mendoakan roh anak murid tersebut ditempatkan dalam kalangan orang beriman.Ajak berkongsi foto isteri dia menziarahi tempat persemadian anak murid .

Dalam pada itu, Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak memberitahu isterinya masih dalam keadaan bersedih sejak mendapat perkhabaran tersebut.”Pagi semalam (Selasa) baru dia jumpa anak murid dia. Sebelah petang dapat khabar anak murid dia sudah tiada. Dari semalam dia sedih.”Sampai berbual dengan saya pun dia tersebut nama Kimi. Katanya Kimi seorang yang baik, murah senyuman dan tak pernah melawan guru.”Itu yang buatkan cikgu-cikgu dia sedih bila dia pergi. Semoga ditempatkan bersama insan yang beriman. Al-Fatihah Muhammad Shahrul Hakimi Mohd Harith,” kata Ajak.-mstar

Ajak tak ‘c4ras’ Shahrol

KUALA LUMPUR: Demi menghormati persahabatannya dengan Shahrol, pengacara dan pelawak, Ajak Shiro rela menunggu hampir setahun sebelum bersedia kembali ke konti radio. Ajak atau nama sebenarnya, Mohd Hanafi Razak, 34, berkata dia menerima tawaran menyertai Suria FM sejurus menamatkan khidmat bersama Hot FM pada Februari lalu, namun terpaksa menolak kerana menghormati sahabatnya itu.

“Jika saya memikirkan wang, sudah tentu tawaran itu saya terima. Namun, saya perlu hormat Shahrol yang ketika itu baru tinggalkan Suria FM.“Rasa tidak manis jika saya terus menerima tawaran diberikan, apatah lagi saya dan Shahrol, masing-masing membuat keputusan tinggalkan konti radio selepas kami menjuarai Maharaja Lawak Mega 2018.

“Saya juga tidak mahu orang menganggap saya men‘c4ras’ tempat Shahrol. Jadi, saya minta diberikan masa sebelum bersetuju menyertai Suria FM bermula semalam,” katanya.Ajak berkata, sebagai rakan, dia percaya Shahrol profesional dan menerima keputusannya untuk kembali ke konti radio dengan hati terbuka.

Menyertai Issey dan Fizi Ali mengendalikan slot Team Pagi Suria dari jam 6 hingga 10 pagi, Ajak berkata, komitmen bersama Suria FM juga membuatkan dia mengambil keputusan tinggalkan Melodi selepas dua tahun mengendalikan program hiburan popular itu.

Keputusan itu kata Ajak, memberinya lebih ruang untuk bersama keluarga memandangkan sebelum ini, hari minggunya terikat dengan komitmen bersama program itu.“Apa juga keputusan yang saya buat, keluarga menjadi keutamaan. Sekiranya terus bersama Melodi, masa saya dengan keluarga semakin terbatas, terutama selepas saya membuat keputusan kembali ke konti radio .“Di Suria FM, saya bertugas dari Isnin hingga Jumaat, pada masa sama anak sibuk dengan persekolahan. Jadi, hujung minggu saya dapat luangkan masa melayani mereka,” katanya.Dalam perkembangan lain, Ajak bakal mengendalikan program Huru Hara, menggantikan Zizan Razak.-bh

Gimik apa pulak? – Ajak Shiro

ADIK pelawak terkenal, Ajak Shiro iaitu Mohd Fitri Razak, 30, mel3cur tahap dua selepas silinder gas meletup di tempat kerjanya di Pelabuhan Klang, jam 3.40 petang semalam.Ajak berkata, adiknya yang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akan dipindahkan ke hospital di Kuala Lumpur.

“Adik saya tinggal di Cheras. Dia bekerja merata tempat. Kebetulan semalam dia berada di Pelabuhan Klang untuk membaiki pendingin hawa bangunan.“Ketika kejadian dia bersama seorang lagi rakan. Apabila gas meletp, dia arahkan kawannya keluar dulu dan dia lari masuk semula sebab mahu tutup suis utama.

“Pada waktu itu dia terkena. Ini kerana kalau tidak tutup suis mungkin berlaku letupn lebih besar. Itu yang dia terus dibawa ke hospital berdekatan. Bagi memudahkan ahli keluarga menjaganya, kami minta kebenaran untuk pindahkan ke hospital di Kuala Lumpur. Lagipun, isteri dan anaknya tinggal di Cheras,” katanya kepada Harian Metro.Ajak yang juga penyampai radio Suria FM turut melahirkan rasa kesal terhadap segelintir warganey yang mengatakan sengaja mencipta gimik sempena pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2019 malam ini.

“Saya geram saja baca komen mereka. Sanggup mereka cakap saya begitu. Saya tak ada masa nak reka gimik. Saya masih waras.“Ini membabitkan soal nyawa, buat apa saya nak buat gimik. Saya pun tak tahu nak kelaskan tahap pemikiran mereka macam mana,” katanya.Menurut Ajak, dia tetap beraksi pada pentas akhir MLM 2019 yang bergandingan dengan Ropi dan Pak Ya.

“Dapat tahu berita semalam saya terus berlari ke sana. Ketika itu saya baru sampai untuk buat sesi latihan. Saya minta maaf pada Abang Ropi dan Pak Ya. Alhamdulillah, mereka faham.“Apa yang sedih semalam adalah adik saya minta maaf sebab kononnya menyusahkan dan ganggu saya untuk final malam ini.“Tapi, apabila dia cakap hari ini saya kena lupakan dia sehari dan fokus pada final, saya menjadi lebih bersemangat. Insya-Allah, doakan yang terbaik buat saya dan adik saya,” katanya.Terdahulu, Ajak memuat naik gambar adiknya yang dirawat di hospital akibat kejadian itu.-mymetro

Tuah hari lahir Ajak Shiro

PELAWAK popular, Ajak Shiro tidak menyangka mendapat hadiah motosikal berkuasa tinggi, Triumph Bonneville T120 Black yang berharga lebih RM60,000 daripada isterinya, Afifah Amin. Hadiah itu adalah kejutan daripada isteri sempena hari jadi Ajak yang ke-34, kelmarin.

Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak berkata, dia sudah mengidamkan motosikal itu sejak tiga tahun lalu. “Dalam tempoh itu, saya berusaha kumpul duit. Tapi, apabila rezeki itu ada, mesti niat terbantut. Ini kerana saya akan utamakan keperluan untuk keluarga dulu. Bukan ‘poyo’, tapi sebab saya bapa kepada tiga anak. Keinginan itu saya kena letak tepi dulu.

“Pernah sekali saya sudah sentuh motosikal ini, kemudian saya lepaskan semula apabila medengar harganya. Mungkin sesetengah orang berasakan ia murah, tapi saya yang asalnya bekerja dengan kerajaan dan tahu duit susah nak cari, saya berasakan motosikal ini mahal,” katanya.Ajak yang juga penyampai radio Suria FM berkata, dia hanya mampu tersenyum apabila ditanya rakan mengenai perancangannya membeli motosikal itu.

“Ramai kawan tahu saya suka motosikal ini. Tapi, saya cuma bercerita. Apabila mereka tanya bila saya nak beli, saya cuma senyum saja.“Kalau saya tidak fikirkan anak-anak, sudah lama saya beli. Alhamdulillah, isteri saya hadiahkan motosikal ini dan memang tak sangka langsung sebab saya sudah mula lupakan niat nak beli motosikal ini.

“Syukur, terima kasih Allah kurniakan saya isteri dan anak-anak yang hebat ini untuk bahagiakan saya di dunia ini. Terima kasih sayang sebab hadiahkan saya motosikal ini,” katanya.Ajak berkata, apa yang dimiliki sekarang juga adalah berkat doa isteri tercinta.“Dulu saya beli motosikal Honda C70 dengan lampu ‘signal‘ patah. Harga RM700 bayar empat kali untuk bawa isteri, tapi sekarang tidak lagi.“Ini semua berkat doa isteri untuk suaminya. Teruskan berdoa untuk saya, dan saya akan jaga kita,” katanya.-mymetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *