Perut tiba tiba sahaja mengeras. Emma Maembong bongkarkan kejadian sebenar yang berlaku dan ini tindakan drastik yang Emma buat untuk redakan keadaan

artis

Pelakon Emma Maembong yang kini hamil enam bulan melalui detik mendebarkan apabila perutnya tiba-tiba mengeras.Menurut Emma, kejadian itu berlaku sewaktu dia sedang menjalani penggambaran.Emma yang merasai perubahan pada bahagian perutnya itu terus mengambil langkah berjaga-jaga dan berehat seketika.

Posting itu juga disertakan video pendek merakamkan dirinya sedang duduk sambil mengusap perutnya.“Masa ni tengah sh00ting dan tiba-tiba perut saya rasa keras. Jadi duduk rehat-rehat dulu, sakit sangat-sangat tapi cuba tenang dan selawat.“Urut-urut perut sikit, lepas beberapa minit… Alhamdulillah okay dah. Jadi mulakan kerja balik,” kongsinya menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya hari ini.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan kesejahteraan Emma dan bayi dalam kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat.“Jaga kesihatan jangan stre3ss. Bagus Emma berselawat selalu,” tulis @maksuu6“Sama macam saya, kadang-kadang tu sebab terlebih kerja lepas tu baby mengeras, baring, relax usap-usap dia, minum atau makan sikit okay dah. Jaga diri mummy dan baby,” komen @niniee8Terdahulu, Emma, 27 dan Shazli, 32, telah melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari di sebuah premis acara di Bukit Damansara.-vanilla

Aksi Lentik Seorang Jurukamera Meraih Perhatian Ramai. Emma Maembong Terus Balas Komen Win Kat Kenyataan Warganet Ini

Pelakon wanita yang dikenali ramai ataupun lebih dikenali dengan nama Emma Maembong seringkali meraih perhatian warganet dalam media sosial.Emma pada awalnya dikenali dengan watak lakonannya sebagai Munirah dalam drama Kau Yang Terindah, sebagai Aleesa dalam Astana Cinta Aleesa, sebagai Aryana dalam Yes Boss, sebagai Medina Izwani dalam Isteri Separuh Masa, sebagai Farhah dalam Tersuka Tanpa Sengaja dan sebagai Emma Harlini dalam #AssalamualaikumCinta.

Terbaru menerusi entri yang dimuatnaik oleh nya pada 2 hari lepas dengan kapsyen:“perngobanan sorg cameraman lentik habis badan dia nk focushahaha. shooting #frontlinerdalpha with abg @azhan_rani , mengisah kan Cov1d jgn lupa tgok nnt..”

Apa yang meraih perhatian warganet, apabila Emma sendiri membalas komen pada satu komen”“Kalau nk pilih pasangan jangan pilih yg kerjanya berlakon…”Komen ini dibalas oleh Emma dengan ayat nya:“sbb tu sy bukan isteri awk..”Memang padu ayat Emma, oleh itu min rimbabara mendoakan Emma sentiasa dilindungi dan berjaya dunia akhirat.

Jom lihat juga apa kata warganet dalam ruangan komen:“jgn sibuk hal rumahtangga org lah.. jaga awek or bini sendiri sudah. Suami kak emma tak bising dia pulak nak jadi batu api. Tu…check gf awak…tgh message sapa tu. Kalau dah kawin..gi message bini awak…tanya masak apa jap lagi. Nak belikan apa2 tak? Cukup ke semua bahan? Baru mithali..”“terima kasih nak. Pakcik pun bujang lagi. Mampu nanti pakcik carilah calon bini. Pakcik akan sokong karier bini pakcik nanti.”Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: IG Emma Maembong, rimbabara/ Berita Stedy Press

Usia Kandungan Mencecah 4 Bulan. Mengejutkan Emma Dedahkan Keadaan Dirinya Terkini Sampai Terpksa Pkai Kain Suami. Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi.

Mengumumkan dirinya sah hamil anak sulung beberapa minggu lalu, Emma Maembong dilihat tidak lokek berkongsikan momen indah proses kehamilan itu. Malah, Emma juga sering memuat naik foto romantis bersama suami.

Usia kehamilan kini mencecah empat bulan, sebentar tadi Emma dilihat berkongsikan gambarnya berkain pelekat bergambar di hadapan cermin bersama suami. Berkongsikan keadaannya sepanjang kehamilan, Emma berkata dia sering rasa mual diawal pagi dan rasa malas.

Meskipun memakai kain pelikat milik suami, namun rata-rata warganet memuji Emma yang tetap cantik dan comel. Malah, ada komen-komen nakal mengusik pasangan itu melihatkan ruangan bilik tidur yang agak bersepah.

Terdahulu,  Emma memberitahu dia dijangka melahirkan anak sulungnya pada November depan. Emma mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup di Bukit Damansara.

Sumber : Rotikaya via AppleHijau

Alamak tertukar suami. Terkejut foto suami Emma Maembong macam cermin. Habis Emma tertukar suami

Emma Maembong merupakan pelakon jelita yang sering menarik tumpuan peminat dan warganet dengan pelbagai watak yang dibawanya di kaca televisyen. Selain memiliki rupa paras, pelakon berusia 28 tahun ini turut disukai ramai kerana bakat lakonannya yang sentiasa menjadi.

Biarpun begitu, Emma Maembong kini dilihat semakin bahagia disisi suami yang dikahwininya pada Februari lalu dan lebih membuatkan peminat teruja melihat pelakon berkenaan kerana dia kini sedang hamil cahaya mata sulungnya.

Walau bagaimanapun, oleh kerana Emma sering menjadi tumpuan warganet dan peminat, tidak mustahil juga suaminya untuk mendapat perhatian peminat isterinya itu dan ternyata, laman Instagram Shazli diikuti ramai followers.

Tidak disangka-sangka, perkongsian terbaru suami Emma Maembong ini juga menerima pelbagai reaksi warganet apabila dia memuat naik dua keping foto. Seperti yang sudah diketahui peminat, suami pelakon ini mempunyai saudara lelaki kembar dan pernah melihatnya menerusi perkongsian sebelum ini

namun gara-gara foto ini dimana Shazli dan kembarnya ini kelihatan terlalu sama membuatkan warganet tinggalkan pelbagai reaksi diruangan komen. Ada juga peminat Emma Maembong akui sukar untuk membezakan suaminya itu kerana kedua-duanya itu dikatakan bukan kembar namun seperti orang yang sama.

“Alamak… kalo gini sampai tua pun aku confuse mana satu…” “Twins upin ipin” “Huishh macam cermin”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber : HCL

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Besarnya perut Emma padahal baru 4 bulan. Rupa rupanya ini yang Emma Maembong bongkarkan tentang kandungannya

TEKA-TEKI mengenai Emma Maembong sudah berbadan dua akhirnya terjawab apabila pelakon itu mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa. Emma atau nama sebenarnya Fatima Rohani Ismail, 28, memberitahu dia dan suaminya iaitu Shazli Azhar berasa teruja untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka.

“Berbulan madu pertama buat kami dan percutian terakhir berdua dengan suami saya. Tak sabar nak jumpa baby saya,” kata Emma secara ringkas di laman sosial miliknya. Emma berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik beberapa foto dia bersama suami dan memperlihatkan baby bump di laman sosial miliknya.

Emma berkongsi berita gembira itu di laman sosial miliknya. Bagaimanapun pelakon drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan itu tidak mendedahkan usia kandungannya. Rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada Emma dan suaminya serta mendoakan agar segala urusan pasangan itu dipermudahkan.

Emma dan Shazli Azhar, 32, yang juga seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu di Bukit Damansara, Petaling Jaya. Menerusi perkongsian Emma kini sedang bercuti dengan suami dan beberapa rakan selebriti antaranya pelakon Aprena Manrose. Suami Emma, Shazli turut berkongsi foto memperlihatkan baby bump isterinya.

Dalam pada itu, Aprena turut memuat naik video pasangan itu sedang sibuk berkongsi berita gembira mengenai kehamilan itu di laman sosial. Menurut Aprena, pasangan itu sanggup tidak menjamah makanan demi berkongsi berita itu dengan peminat kesayangan mereka.

“Emma dan Shazli okay busy nak upload untuk beritahu yang dia sudah berbadan dua sampai tak makan untuk peminat kesayangannya. Jadi, dah terjawab soalan anda semua. “Doakan semuanya berjalan lancar ya. Tahniah anda berdua. Sayang anda berdua,” kata Aprena.

Sumber mstar

Emma Maembong tertukar suami. Pelik satu posting terbaru suami Emma buat warganet terkedu dan risau

Pelakon Emma Maembong seringkali memuat naik perkembangan kerjaya dilaman Instagram malah dia juga sporting berkongsikan momen sweet bersama suami, Muhammad Shazli kepada peminat. Ternyata, Instagram suami selebriti ini juga menjadi perhatian warganet dimana dia mempunyai lebih 170,000 followers dan sering memuat naik foto bersama di laman sosial berkenaan yang turut meraih perhatian dengan menerima ribuan tanda suka.

Walau bagaimanapun, tidak disangka-sangka perkongsian foto terbaru Shazli di Instagram menjadi buah mulut warganet apabila dapat melihat wajah kembar suami kepada selebriti ini. Malah, warganet juga menyangka bahawa suami Emma Maembong ini mengedit foto berkenaan kerana melihat dua orang yang memiliki banyak persamaan.

Namun begitu, sebelum ini pernah tular mengenai hal itu apabila Emma Maembong ada mendedahkan bahawa suami yang berusia 32 tahun ini memiliki saudara lelaki kembar. Jadi tidak mustahillah, warganet dapat melihat seseorang yang sama dengan suami pelakon berkenaan.

Di ruangan komen, rupa-rupanya masih ada yang tidak tahu bahawa suami kepada Emma Maembong ini memiliki kembar malah foto dikongsikan juga membuatkan orang ramai tidak dapat membezakan yang mana satu suami pelakon tersebut.

Sumber : Instagram Shazli, HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *