Pemberitahuan bantuan RM1 juta akan disalurkan untuk satu golongan ini sahaja. MB Kedah jawab isu bantuan dan jelaskan persoalan peruntukan yang dikatakan cukup untuk penduduk di daerah itu

berita

ALOR SETAR, 15 Sept (Bernama) — Peruntukan awal sebanyak RM1 juta yang diumumkan kerajaan negeri Kedah semalam akan digunakan untuk membantu penduduk yang benar-benar terpvtus bekalan makanan di daerah Kota Setar yang kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan bahawa peruntukan itu bukanlah untuk kesemua 366,787 penduduk di daerah itu tetapi untuk mereka yang benar-benar terjejas seperti peniaga kecil, penjaja tepi jalan atau pekerja yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Jumlah penduduk yang terpvtus bekalan makanan di daerah Kota Setar tidak tinggi kerana kawasan itu merupakan pusat bandar raya, perniagaan penting seperti makanan masih dibenarkan beroperasi seperti biasa dan kemudahan untuk urusan perbankan seperti mesin ATM juga terdapat di mana-mana.“Di daerah itu, ramai golongan penduduk bergaji tetap yang bekerja dengan kerajaan atau swasta, jadi mereka tidak termasuk dalam senarai kemungkinan penduduk yang akan terjejas teruk seperti terpvtus bekalan makanan akibat perintah kawalan ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Sanusi berkata demikian bagi menjelaskan dkwaan sesetengah pihak yang mempersoalkan adakah peruntukan itu mencukupi untuk kesemua 366,787 penduduk di daerah itu.Beliau berkata jumlah RM1 juta itu adalah peruntukan awal dan sekiranya perlu, peruntukan tambahan akan disediakan dan ia adalah daripada dana kerajaan negeri.

“Setakat ini kita belum terima peruntukan daripada kerajaan pusat khusus untuk bantu penduduk Kota Setar yang terjejas akibat COVID-19,” katanya.Beliau berkata dalam menyalurkan bantuan, beberapa aspek diambil kira termasuk kira-kira 6,000 penerima bantuan tetap bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Kasih Ibu Darul Aman (KIDA).

Muhammad Sanusi mengingatkan semua penduduk agar terus mematuhi prosedur operasi standard bagi mengekang penularan pandemik itu, dan bagi mereka yang terpvtus bekalan makanan, boleh hubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pejabat Daerah Kota Setar di talian 04-7028070.-sk

Kerajaan Tidak Terbvru-Bvru Buka Sempadan Negara – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 15 Sept  — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan tidak akan terbvru-bvru membuka sempadan negara.Beliau berkata sebaliknya kawalan sempadan akan terus diperkett termasuk meningkatkan usaha menghalang kemasukan pendatang tanpa izin bagi mengekang wabak COVID-19.Perdana Menteri berkata walaupun kawalan sempadan negara yang kett menimbulkan sedikit kesukaran khususnya kepada rakyat yang mempunyai urusan di luar negara, tindakan tegas perlu diambil untuk melindungi rakyat dan negara daripada wabak berbahaya itu.

“Kita perlu mengimbangi antara keperluan untuk melindungi nyawa dan kehidupan rakyat Malaysia,” katanya dalam perutusan khas situasi semasa COVID-19 yang disiarkan di stesen televisyen tempatan, malam ini.Sempadan negara masih ditutup kecuali untuk tujuan perniagaan termasuk pelaburan dan pendidikan dengan syarat-syarat pematuhan prosedur operasi standard (SOP) tertentu yang ketat.

Perdana Menteri berkata sebanyak 1,017 pelawat dari luar negara dikesan positif COVID-19 sepanjang tempoh 3 April sehingga 15 Sept.Beliau berkata situasi COVID-19 di negara luar pula menunjukkan terdapat beberapa negara yang kini menghadapi ancaman gelombang baharu penularan pandemik itu.Tegasnya, perkara sama boleh berlaku di Malaysia jika rakyat leka dan memandang remeh penularan virus berbahaya itu di peringkat global.

Muhyiddin berkata selain tindakan yang diambil kerajaan, amalan norma baharu kehidupan oleh rakyat merupakan faktor amat penting dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan wabak tersebut.“Saya berharap kita semua akan terus cekal, tabah dan berdisiplin dalam menghadapi penularan wabak COVID-19. Ingatkan diri kita supaya terus membudayakan amalan norma-norma baharu kehidupan,” katanya.— BERNAMA

Isu PKPD Terjawab. Perdana Menteri Umumkan PKPD Akan Dilaksanakan Sekiranya Mencapai Satu Angka Ini Dan Harap Semua Rakyat Malaysia Waspada Dengan Peraturan Yang Ditetapkan

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  memberi peringatan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan terpaksa dilaksanakan semula sekiranya kes COVID-19 di dalam negara meningkat dengan mendadak. Muhyiddin berkata jika PKP dilaksanakan semula, ia akan memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat dan ekonomi negara.

“Kita tidak boleh ke mana-mana dan tinggal di rumah sahaja seperti yang sedang dikuatkuasakan di Kota Setar, Kedah pada masa ini. Nauzubillah,” katanya ketika menyampaikan perutusan khas berkaitan situasi semasa COVID-19 di dalam negara, malam ini.Perutusan itu disiarkan secara langsung di beberapa rangkaian televisyen tempatan dan media sosial.

Perdana Menteri juga berkata kerajaan tidak teragak-agak untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan-kawasan yang mencatatkan kes baharu yang tinggi.Justeru, Muhyiddin mengingatkan rakyat Malaysia supaya terus berwaspada dan tidak leka terhadap peraturan berkaitan kuarantin, pemakaian pelitup muka serta pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang masih berkuat kuasa agar penularan wabak COVID-19 dapat dikawal.

Muhyiddin memberi gambaran situasi pandemik COVID-19 secara global yang masih menular secara aktif tidak terkecuali terjadi di negara ini.Katanya kes harian COVID-19 yang direkodkan di Malaysia adalah sekitar satu, dua dan adakalanya tiga digit tanpa pernah mencatatkan kes sifar dan memberikan gambaran bahawa rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia masih belum dapat diputuskan sepenuhnya.

“Berdasarkan dapatan yang diperolehi oleh para penyelidik dari seluruh dunia dan trend kes yang dilaporkan, jangkitan dijangka berterusan untuk suatu tempoh masa yang agak lama.Ini mengambil kira faktor pencegahan dan kawalan penularan jangkitan COVID-19 secara berkesan memerlukan rawatan spesifik dan vaksin yang efektif serta selamat untuk digunakan, Dengan situasi ini, sesiapa sahaja mungkin terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19 pada ketika ini,” katanya. — BERNAMA

Dikatakan Bayaran Kompaun Dinaikkan Dua Atau Tiga Kali Ganda Dari Kadar Yang Ada Sekarang. Ini Jawapan Yang PM Beri Selepas Isu Ini Dipersoalkan Oleh Orang Ramai

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menegaskan bahawa tiada mana-mana individu akan dikecualikan daripada peraturan kuarantin yang kett dan tindakan yang setimpal akan diberikan kepada mereka yang tidak memathuninya.

Susulan itu, beliau menyokong cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menaikkan kadar kompaun sebanyak dua atau tiga kali ganda dari kadar semasa bagi kesalahan-kesalahan yang berkaitan.”Peraturan kuarantin yang ketat di tempat-tempat tertentu akan terus dikuatkuasakan. Tiada siapa dikecualikan daripada peraturan ini dan mana-mana individu yang tidak mengikutinya akan dikenakan tindakan setmpal.

”Sehubungan itu, saya juga menyokong cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menaikkan kadar kompaun bagi kesalahan-kesalahan yang berkaitan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali ganda dari kadar yang ada sekarang,” kata beliau.

Namun, jelas beliau perkara ini akan diperhalusi dan Akta 342 akan dipinda terlebih dahulu sebelum kadar kompauan baharu dikuatkuasakan.”Walaupun begitu, perkara ini perlu diperhalusi dan Akta 342 itu perlu dipinda terlebih dahulu,” kata beliau.

“Malaysia Tidak Akan Tunduk Tuntutan Terhadap Sabah”

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Malaysia tidak akan tunduk terhadap mana-mana tuntutan terhadap negeri Sabah. Ujarnya, Sabah akan tetap kekal dalam Malaysia.Beliau berkata lagi, tiada kompromi terhadap apa sahaja isu melibatkan kedaulatan negeri itu dan akan mempertahankan Sabah sehingga ke akhir.

“Baru-baru ini ada kenyataan daripada pihak Filipina nak buat peta baharu yang antaranya telah dimasuk dalam passport…saya tak nak cakap panjang, kita tidak akan tunduk dengan tuntutan ini. Sabah kekal dalam Malaysia. Sabah sebahagian daripada Malaysia.

“Jangan ada usaha untuk menarik Sabah keluar dari Malaysia dan jangan ada usaha orang lain daripada Malaysia, menuntut Sabah untuk menjadi sebahagian daripada wilayah mereka.”Isu tuntutan Filipina terhadap Sabah timbul semula apabila Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara Filipina dilapor membenarkan cetakan peta Filipina meliputi kawasan 320 kilometer Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dan Sabah dalam pasport negara itu.

Tindakan itu dianggap sebagai satu bentuk prov0kasi Manila berhubung tuntutannya terhadap Sabah.Malah, turut tular peta Sabah tertera bendera Filipina yang dikatakan sebagai wilayah ke-14 negara itu dengan nama setiap kawasan disebut dalam bahasa Filipina.SUMBER: Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *