Muka Syafiq Farhain nampak lain dan macam bukan diri sendiri. Syafiq perjelaskan punca muka dia berubah sejak perkongsian dia meraih perhatian warganet

artis

Syafiq menjelaskan wajahnya tinggalkan kesan disebabkan kesan suntikan b1us sebelum rawatan tanam rambut.PERKONGSIAN foto terbaharu penyanyi Syafiq Farhain di laman Instagram yang memperlihatkan wajahnya dalam keadaan bengkak menarik perhatian umum.

Menurut Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A.M Salim, 26, ramai rakan yang bimbang dengan keadaannya dan menyangka dia dig1git tebuan.Bagaimanapun, Syafiq menjelaskan ia disebabkan kesan daripada rawatan tanam rambut yang dilakukan beberapa hari lalu.Syafiq muat naik foto wajahnya dalam keadaan bngkak tarik perhatian umum.

“Selepas saya muat naik foto tersebut, ramai yang hubungi dan mesej tanya keadaan saya. Ada yang ingat saya kena g1git tebuan dan ada juga yang kata saya buat suntikan vitamin pada wajah.”Sebenarnya muka saya jadi bengkak sebabkan kesan suntikan bius sebelum proses tanam rambut. Mula-mula saya risau juga bila muka jadi bengkak tapi doktor kata memang normal bngkak beberapa hari.”Saya memang ada masalah rambut dan setiap rambut mesti akan alami kehilangan rambut yang sangat teruk. Jadi, saya ambil langkah awal untuk lakukan proses tanam rambut,” kata Syafiq kepada mStar.

Selain Syafiq, beberapa selebriti tempatan juga melakukan rawatan menanam rambut antaranya Aliff Aziz, Sharnaaz, PU Riz, Riz Amin, Datuk Seri Aliff Syukri dan Zoey Rahman.Dalam pada itu, penyanyi lagu Sayang Maafkan Aku ini memberitahu dia menyimpan hasrat untuk melakukan rawatan tersebut sejak tahun lalu namun tidak mempunyai masa yang sesuai.

Syafiq berkata apa yang dilakukannya itu tidak melnggar hukum Islam dan dia sanggup berhabis duit demi menjaga penampilannya.Syafiq sanggup berhabis duit demi penampilan.“Perancangan untuk tanam rambut ini sejak tahun lalu lagi tapi tak ada masa yang sesuai. Kebetulan sekarang ada masa terluang dan tiada acara hiburan yang perlu saya hadiri, jadi saya ambil keputusan untuk lakukan sekarang.

“Bagi saya, penampilan sangat penting dan tambahan pula, aset lelaki adalah rambut. Saya perlu berhadapan dengan orang ramai dan rambut ini memberi satu keyakinan.”Jadi, apa salahnya saya berkrban sikit keluarkan duit untuk rambut. Lagipun, rawatan ini tidak haram dan tidak melnggar hukum Islam pun. Mungkin imej terbaharu saya ini juga untuk video muzik saya akan datang,” ujarnya.Nak macam-macam info? Join grup Telegram-mstar

Duduk rumah, Syafiq Farhain belajar cipta lagu

KUALA LUMPUR: Bekerja dari rumah atau masuk pejabat secara bergilir, penyanyi Syafiq Farhain yang berkhidmat di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Putrajaya, memastikan masa dimanfaatkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Syafiq berkata, dia belajar bermain gitar, keyboard dan beberapa alat muzik lain setiap kali ada masa terluang di rumah.”Saya juga belajar cipta lagu, mana tahu selepas ini saya boleh menyanyikan lagu sendiri,” katanya kepada BH Online.Syafiq yang popular dengan lagu Sayang Maafkan Aku berkata, dia juga menguruskan karier seni di rumah.

“Contohnya, saya rakam video nyanyian di rumah. Memang jika diikutkan, tidak banyak kerja seni yang boleh dilakukan dari rumah.”Sebagai anak seni, kita kena keluar untuk membuat persembahan. Namun, mahu atau tidak, kita kena akur,” katanya.Syafiq yang juga anak penyanyi Saleem berkata, rakyat yang akur dengan PKP memberi sumbangan besar kepada negara dalam memutuskan rantaian COVID-19.

“Dengan duduk di rumah kita boleh membantu negara melandaikan lengkungan rantaian virus ini.”Jadi, ikutlah saranan kerajaan kerana pihak berkuasa lebih tahu apa yang terbaik untuk rakyat,” kata penyanyi berusia 26 tahun ini.-bh

Susah kalau kekasih kuat cmburu – Syafiq Farhain

KUALA LUMPUR: Pada usia 25 tahun, persoalan mengenai jodoh mula melingkari penyanyi yang menempa populariti menerusi lagu, Sayang Maafkan Aku, Syafiq Farhain. Akur perasaan sunyi mula menghntui, terutama apabila melihat teman sebaya sudah berkeluarga dan mempunyai cahaya mata, namun kata Syafiq, dia belum lagi terdesak mencari pasangan hidup.

“Saya tidak pernah meletak sasaran usia tertentu untuk berkahwin. Setakat ini, saya belum menemui gadis yang berjaya membuka pintu hati untuk bercinta.“Saya bagaimanapun, selalu berdoa, jika boleh, tidak mahu terlalu lewat bertemu jodoh. Saya mahu memiliki cahaya mata ketika masih gagah bekerja,” katanya.

Menyentuh kriteria gadis pilihannya, Syafiq berkata, dia mendambakan seseorang yang sedia mengharungi susah senang bersama.“Paling penting, gadis itu tidak kuat cemburu dan bersedia menerima saya sebagai penyanyi yang sering dikelilingi peminat wanita.“Tindakan peminat kadang kala di luar jangkaan, jadi tidak perlu cmburu bvta. Jika dia tidak memahami dan sentiasa cmburu, serba salah saya dibuatnya nanti,” katanya.

Beralih perkembangan kerjaya, Syafiq atau nama lengkapnya Nursyafiq Farhain AM Salim kini mempertaruhkan single terbaru, Demi Setia yang diperkenalkan Jun lalu.Pelakon filem Hero: Jangan Bikin Panas itu juga cuba mencari kelainan menerusi lagu ciptaan dan lirik oleh Al-Farouq itu.“Sebelum ini, lagu saya banyak bertemakan cinta sesama manusia. Tetapi, untuk Demi Setia, saya beralih kepada konsep ketuhanan.

“Ia bukan bermakna saya sudah muak menyanyikan lagu cinta. Sebagai penyanyi, saya juga mempunyai tanggungjawab menyalurkan mesej positif menerusi lagu.“Demi Setia menyentuh perihal manusia yang lupa tanggungjawab terhadap Allah SWT. Lagu ini memberi kesedaran untuk kita berubah.“Saya mengakui, lagu ini memberi kesan yang hebat pada diri. Saya berharap ia dapat menjentik emosi pendengar, seperti yang saya rasai setiap kali menyanyikannya,” kata Syafiq.-bh

“Kekasih…entahlah” – Syafiq Farhain

PENYANYI Syafiq Farhain, 26, tidak mengiya mahu pun menafikan hatinya kini sudah memiliki kekasih.Syafiq berkata sama ada dia bercinta atau tidak, baginya perkara itu tidak perlu diuar-uarkan.”Kalau yang tahu, tahulah. Tapi, untuk beri penjelasan atau berkongsi cerita, saya tak mahu.”Saya selesa untuk peminat dan masyarakat mengikuti perjalanan kerjaya seni berbanding cerita peribadi,” katanya.Syafiq atau nama sebenar, Nursyafiq Farhain AM Salim berkata dia mengelak kerana kerjaya utama masih penjawat awam.

“Saya tidak mahu membuka ruang dan peluang untuk terkait gosip kerana perlu menjaga nama baik majikan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).“Saya masih bertugas sebagai anggota bomba. Jadi selaku kakitangan, penting untuk saya menjaga imej JBPM,” katanya.Menurut anak penyanyi Saleem ini, dia tidak dihalang bercinta cuma enggan membuka cerita peribadi.

“Terus-terang, saya memang seorang yang tidak suka kisah peribadi lebih menjadi perhatian umum.”Apatah lagi, pada era perkembangan teknologi media sosial masa kini yang rasanya ada perkara tidak perlu dikongsi.”Bagi saya, perihal cerita peribadi tidak wajar didedahkan kepada umum dengan sewenang-wenangnya.”Jadi, biarlah di media sosial itu peminat dan masyarakat hanya tahu perkembangan kerjaya saya sahaja,” katanya.

Menurut Syafiq, lagi pun sekarang dia belum terfikir ke arah mendirikan rumah tangga dan berkeluarga.Katanya, kini fokus utama lebih tertumpu pada berusaha gigih mencari wang dan memantapkan ekonomi diri.Terbaru, Syafiq muncul dengan lagu berjudul Sakit Hati yang berkisarkan kisah pvtus cinta dan pengalaman setiap orang.-mymetro

Kami dah lama berbaik – Syafiq Farhain

SYAFIQ Farhain (tiga dari kanan) bersama adik beradiknya ketika menziarahi Saleem di PPUKM, hari ini. (Dari kiri) Amirul, Khairul Nizam, Nurluqman dan Nurul Azwanie manakala Nurul Hidayah (depan). “PADA saya, yang lepas itu biarlah lepas. Ramai pihak tak tahu perkara sebenarnya. Ada juga yang tak tahu, tapi buat-buat tahu.

“Jadi, terpulanglah pada sesiapa untuk buat andaian. Tapi apa yang sebenarnya terjadi itu memang antara kami sahaja yang tahu.“Alhamdulillah…hubungan kami sekarang tiada masalah dan tiada apa-apa saya nak komen,” ujar penyanyi Syafiq Farhain yang ditemui ketika melawat ayahnya, Saleem yang di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur, hari ini.

Penyanyi kumpulan Iklim ini yang terbabit dalam kejadian yaang tidak diinginni jalan raya pada 20 September lalu, dipindahkan dari Hospital Kajang ke PPUKM, petang Sabtu lalu.Syafiq, 24, bukan hadir bersendirian kerana lawatan itu turut disertai adik beradiknya yang datang dari Terengganu iaitu abangnya Nurluqman Hakim, 30, dan adik bongsunya Nurul Azwanie Shuhada, 18.

Turut serta, kakaknya, Nurul Hidayah, 28, yang tinggal di Kuala Lumpur. Seorang lagi abangnya, Nurfahmie Jufrie, 26, yang tinggal di Terengganu tidak dapat hadir kerana menemankan isteri sarat mengandung.Syafiq mengakui masalah berlaku membabitkan dia, ibu tirinya, Juriah @ Julia Bachok dan bapanya sudah selesai dan hubungan kekeluargaan mereka sudah kembali bertaut.

“Saya jenguk abah sejak hari pertama dia dimasukkan ke Hospital Kajang dan ketika tular berita palsu mengatakan abah sudah tiada pada tengah malam hari kedua, saya memang berada di sana.“Depan mata saya sedang tengok abah dan memang saya bengang apabila dia dikatakan sudah tiada

“Saya ibarat penghubung adik beradik dengan ‘aunty’ Ju dan abah. Selain itu, saya merujuk sesuatu perkara dengan abang Khairul Nizam (anak tiri Saleem) sekiranya tak sempat jenguk abah,” katanya.Syafiq menyifatkan kehadiran adik beradiknya satu perkara positif dalam keluarga mereka.“Alhamdulillah…siapa yang tak mahukan perkara baik-baik. Pendek kata apa yang berlaku ada hikmahnya,” katanya.

Sementara itu, Nurluqman ketika ditemui mengakui puas hati dapat melihat sendiri keadaan sebenar ayahnya.“Kami sangat terkejut apabila tersebar tular mengatakan abah suda tiada. Bagaimanapun kami kerap berhubung dengan Khairul Nizam untuk dapatkan cerita sebenar.“Kami datang dari Setiu dan rasa bersyukur lihat keadaan abah agak stabil. Alhamdulillah nampak ada perubahan positif padanya.

“Sebenarnya ini bukan kali pertama kami berjumpa abah kerana ketika dia dimasukkan ke hospital ini dahulu, kami sudah datang melawatnya,” katanya.Nurluqman turut mengakui Julia menyambut kehadiran mereka tanpa sebarang masalah.“Layanan pun bagus dan ‘aunty’ juga okay terima kami. Biasalah, mungkin orang beranggapan yang lain, tapi setakat ini hubungan kami amat baik,” katanya.-mymetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *