Kes kumulatif cecah lima angka. KKM dedahkan dua kawasan yang sudah disahkan kembali ke zon hijau

berita

Selepas pertambahan kes baru COVID-19 sejak beberapa hari lalu, Kuantan dan Klang kini kembali kepada zon hijau. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui satu perkongsian di Twitter menunjukkan beberapa negeri lagi seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, KL/Putrajaya, Perak, Perlis, Labuan dan Sarawak sebagai zon hijau.Sumber: KKMalaysia

Gambar: Bernama

Jumlah Kumulatif Kes Positif COVID-19 Di Malaysia Cecah Lima Angka Dengan 10,031 Kes

Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) menerusi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah  memaklumkan sebanyak 62 kes baru COVID-19 dilaporkan hari ini.Sebanyak 62 kes baharu yang dilaporkan hari ini telah menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia telah mencecah lima angka iaitu 10,031.

Adalah dimaklumkan bahawa jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia sehingga 16 September 2020 telah mencatat lima angka iaitu, 10,031 kes. Kes aktif pula, iaitu kes dengan kebolehjangkitan COVID-19 juga meningkat kian hari manakala kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga didapati semakin meningkat.Selain itu, dimaklumkan juga bahawa kes aktif iaitu kes dengan kebolehjangkitan COVID-19 dan kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) didapati meningkat.

Berdasarkan data terkini bagi 15 orang pesakit COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), didapati:Tiga (3) pesakit memerlukan bantuan pernafasan;Enam (6) pesakit merupakan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas;Sembilan (9) pesakit adalah dalam lingkungan umur 21 sehingga 56 tahun;Sembilan (9) pesakit adalah daripada Kluster Sungai;

10 pesakit didapati mempunyai latar belakang sakit teruk; dan 14 pesakit mendapat jangkitan dari dalam negara manakala satu (1) pesakit mendapat jangkitan dari luar negara. Kesemua pesakit adalah warganegara Malaysia.Walaupun warga emas merupakan antara golongan yang terkesan akibat wabak ini, namun golongan muda yang mempunyai sakit teruk juga turut dikesan mempunyai gejala, pakit dan komplikasi hingga ada yang perlu dimasukkan ke dalam ICU untuk pemantauan.

Warga emas merupakan antara golongan yang terkesan akibat jangkitan COVID-19, namun golongan yang lebih muda dan mempunyai sakit teruk juga turut dikesan mempunyai gelaja, sakit dan komplikasi yang lebih serius sehingga perlu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan rapi. Sekiranya situasi ini berlanjutan, fasiliti kesihatan Negara perlu menampung beban yang tinggi semula. Justeru, bagi mengelakkan daripada berlakunya situasi demikian, setiap individu daripada semua peringkat dan lapisan masyarakat perlulah memainkan peranan masing-masing dan patuh kepada SOP serta nasihat-nasihat yang dikeluarkan Kerajaan.Oleh itu, orang ramai digesa agar sentiasa patuh kepada Prosedur Standard Operasi (SOP) dan mengamalkan kebiasaan baru bagi mencegah penularan COVID-19. Sumber: Noor Hisham Abdullah

Pakai Pelitup Muka Harus Padan Dengan Bentuk Wajah – Laporan

Pekerja kesihatan wanita dan kakitangan perubatan Asia cenderung menggunakan pelitup muka yang tidak sesuai dengan mereka sehingga menjadikannya lebih mudah terdedah kepada jangkitan, menurut laporan pada hari Selasa (15 September).

Laporan yang diterbitkan menerusi jurnal Anesthesia meneliti kajian terhadap pelitup muka lain seperti model N95 dan FFP2, yang digunakan oleh pekerja perubatan dalam situasi berisiko tinggi.Penulis terbabit dalam pada itu memberitahu bahawa untuk memastikan pelitup muka tidak bocor, ia harus sesuai dengan bentuk wajah pemakainya, sambil menambah cara itu penting bagi melindungi pemakai daripada penyebaran virus melalui udara, berbanding kapasiti penapisan pelitup muka itu sendiri.

“Perlindungan udara yang memuaskan hanya berlaku jika penapis pernafasan pada pelitup muka dipadankan dengan betul ke wajah individu, sekaligus dapat menutupi muka tanpa ruangan terbuka,” kata pengarang bersama Profesor Britta von Ungern-Sternberg, dari University of Western Australia.Sumber: The Business Times

Isu Kes Positif COVID19 Melibatkan Kalangan Petugas Kesihatan. KKM Dedahkan Punca Jangkitan Berlaku Dan Ini Langkah Pencegahan Yang Diambil Oleh Petugas

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menyenaraikan punca-punca jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan mereka. Menurut satu kenyataan, 53 peratus jangkitan berpunca daripada petugas lain, manakala 22 peratus daripada komuniti dan 17 peratus lagi ketika menguruskan pesakit yang belum diketahui status jangkitannya.

Selain itu, tiada petugas KKM yang dijangkiti ketika menguruskan pesakit COVID-19 di wad isolasi dan unit rawatan rapi (ICU). Justeru, petugas-petugas kesihatan di hospital dan klinik KKM serta swasta dinasihatkan agar memakai pelitup muka jenis 3-PLY svrgical mask sepanjang waktu bekerja dan mengamalkan langkah pencegahan lain.

Penjarakkan fizikal yang selamat di tempat bertugas dalam kalangan rakan sekerja dan ketika menguruskan pesakit juga perlu diamalkan sepanjang masa bertugas.Dalam masa sama, ruang guna sama seperti kaunter jururawat, ruang makan, pantri, ruang solat dan tandas kakitangan perlu sentiasa dalam keadaan bersih.-siakapkeli

Kedah mungkin bawa petugas kesihatan dari negeri lain

ALOR SETAR: Kedah mungkin terpaksa membawa petugas kesihatan dari negeri lain sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran bagi Kluster Sungai dan Telaga dilaksana dalam tempoh terdekat. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata ini kerana kemungkinan berlaku masalah kekurangan kakitangan kesihatan bagi melakukan saringan COVID-19 dalam kalangan penduduk.

Katanya, sebelum ini ada tambahan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dibawa dari negeri berdekatan bagi membantu melancarkan proses terbabit serta membantu kaki tangan kesihatan sedia ada.”Seperti PKPD Secara Pentadbiran di Amanjaya, terdapat petugas kesihatan dari daerah lain yang tidak terjejas membantu, malah ada petugas dari Pulau Pinang, Perak dan Perlis dihantar ke sini.

“Kita sudah bersedia sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pelaksanaan PKPD Secara Pentadbiran di kawasan jangkitan COVID-19 bagi Kluster Sungai dan Telaga.”Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) akan mohon petugas tambahan dari negeri lain untuk bantu petugas sedia ada,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Hayati meminta penduduk tidak panik, sebaliknya terus berdisiplin dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). “Kita sudah mengadakan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Negeri COVID-19 petang semalam, kerajaan negeri sudah mengemukakan beberapa syor dalam mesyuarat itu kepada MKN.

“Kita tunggu keputusan MKN sama ada ia akan dilaksanakan atau tidak di kawasan berkenaan.”Ketika ini, penduduk khususnya di kawasan terjejas akibat penularan COVID-19 dilarng keluar rumah sekiranya tiada keperluan,” katanya. Semalam, KKM memaklumkan terdapat 13 pertambahan kes baharu positif COVID-19 membabitkan Kluster Sungai menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 38 kes, manakala Kluster Telaga mencatatkan satu kes baharu semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 11 kes.-bh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. – Foto BERNAMA

Separuh kes COVID-19 petugas kesihatan berjangkit sesama sendiri

PUTRAJAYA: Sebanyak 53 peratus daripada keseluruhan kes positif COVID-19 membabitkan petugas kesihatan, dikesan berpunca daripada penularan dalam kelompok mereka. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sejak kebelakangan ini terdapat peningkatan kes positif COVID-19 dalam kalangan petugas barisan hadapan terutama petugas kesihatan daripada sektor awam dan swasta.

Katanya, keadaan itu membimbangkan kerana kumpulan ini berperanan penting sebagai tulang belakang sistem kesihatan negara. “Jangkitan daripada komuniti adalah sebanyak 22 peratus, manakala jangkitan semasa pengurusan pesakit yang belum diketahui status COVID-19 pula adalah sebanyak 17 peratus.

“Setakat ini, tiada petugas kesihatan KKM yang dijangkiti COVID-19 ketika pengurusan pesakit disahkan COVID-19 di wad COVID-19 atau di Unit Rawatan Rapi (ICU). “Justeru, adalah amat penting bagi petugas kesihatan untuk memastikan langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19 diambil pada setiap masa, terutamanya semasa bertugas,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.-bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *