Ingat sakit perut tapi lain yang terjadi. Yatt Hamzah luah rasa sedih bila dapat tahu dia alami kehilangan kandungan harap semua doakan kesihatannya kembali pulih

artis

Yatt berkongsi berita sedih apabila dia kehilangan kandungan. TIADA rezeki menimang cahaya mata kelima, pelakon Yatt Hamzah berkongsi berita sedih apabila mengalami kehilangan keluarga selepas keracunn makanan pada petang Selasa.Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 40, berkata, pada awalnya dia muntah-muntah dan cirit-birit selepas menikmati makan malam di sebuah restoran ikan bakr di Melaka, pada malam Isnin.

“Wahai anak bonda yang kelima… tiada rezeki bonda untuk mendakap dan besarkan kamu di dunia seperti kakak-kakak yang lain. Semoga ada rezeki berjumpa dan mendakapmu di akhirat nanti.“Sejak semalam bonda keracunan makanan hingga cirit-birit dan muntah selepas makan di restoran ikan bakar pada malam sebelumnya. Mulanya ingat sakit perut kerana keracunn sahaja, rupa-rupanya kamu nak pergi tinggalkan bonda, ” tulisnya di Instagram pada malam Selasa.

Yatt cirit-birit sehari sebelum disahkan kehilangan kandungan.Yatt berkata, dia berasa panik kerana ia merupakan pengalaman pertamanya mengalami kehilangan kandungan.Dia turut meminta peminat dan orang ramai mendoakan kesihatannya kembali pulih seperti biasa.“Pengalaman pertama (kehilangan kandungan) sebak tak terkata. Panik sekejap masa awal tadi. Semoga Allah bagi kekuatan” ujarnya.Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo, Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Suci Humaira Iqima, 4, Suci Hayfa Medina, 2 dan Suci Hawa Zulaikha yang kini berusia sembilan bulan.Yatt mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 8, hasil perkahwinan sebelum ini dengan Abdul Mutalib Shukor.-mstar

Suami Yatt Hamzah tunda misi ke Syria demi anak

KUALA LUMPUR: Pelakon Yatt Hamzah, terharu apabila suaminya, Mohammad Zulfadhli Khairuddin sanggup menangguhkan pemergian ke Syria untuk berada di sisinya ketika melahirkan anak keempat.Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 39, yang selamat melahirkan bayi perempuan, Isnin lalu pada jam 6.01 petang, berkongsi berita gembira itu menerusi satu muat naik di Instagram, kelmarin.Dalam paparan itu, Yatt memaklumkan, bayi yang juga anak perempuan keempatnya itu lahir lewat 13 hari daripada tarikh jangkaan.“Bayi saya sepatutnya lahir pada 18 Disember lalu. Alhamdulillah, selepas 13 hari menunggu, saya selamat melahirkannya secara normal.

“Saya berterima kasih kepada suami kerana sanggup menangguhkan misi bantuan ke Syria demi menanti kelahiran bayi kami,” katanya.Yatt mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Zulfadhli yang juga seorang juruvideo pada Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Suci Humaira Iqlima, 3, serta Suci Hayfaa Medina, setahun.Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Abdul Mutalib Shukor, Yatt dikurniakan seorang anak perempuan, Suci Hanania Malika, 9.-bh

Yatt Hamzah selamat bergelar isteri kepada Mohammad Zulfadhli

Yatt Hamzah selamat bergelar isteri kepada Mohammad Zulfadhli dengan sekali lafaz.PENGACARA Yatt Hamzah atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 36, selamat bergelar isteri kepada juruvideo, Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 26, dengan sekali lafaz pada jam tepat 9.00 pagi di Masjid Negeri Shah Alam.Pernikahan kali kedua Yatt ini disempurnakan oleh Pendaftar Kanan Perkahwinan Cri dan Rujuk Pejabat Agama Daerah Petaling, Ustaz Muhamad Sujak Muhamad Dasuki.Zulfadhli menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Yatt namun jumlah wang hantaran dirahsiakan.Pihak lelaki memberi sembilan dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas 11 dulang hantaran.

Majlis pernikahan diadakan secara sederhana ini dihadiri kira-kira 100 orang ahli keluarga terdekat kedua belah pihak dan juga rakan-rakan kepada pasangan mempelai.“Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah kerana semuanya sudah selamat. Saya berharap semua peminat mendoakan kesejahteraan saya dan perkahwinan ini.“Terima kasih juga kepada keluarga saya dan keluarga mertua yang banyak membantu kami di hari bahagia ini. Harapan saya, semoga penyatuan dua hati ini sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah,” kata Yatt.Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan di Shah Alam pada hari ini dalam suasana tertutup.

Sebelum ini, Yatt pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdul Mutalib Shukor pada 2009 namun mereka bercerai pada Ogos tahun lalu. Mereka dikurniakan seorang anak, Suci Haninia Malika yang kini berusia enam tahun.Tahniah Astro Gempak ucapkan kepada Yatt dan suami! Semoga perkahwinan yang dibina kekal sehingga anak cucu.-awani

Yatt Hamzah Beri Nama Anak Suci Hawa Zulaikha, Ini Sebabnya…

Pelakon Yatt Hamzah memilih nama Suci Hawa Zulaikha buat cahaya mata keempatnya yang lahir minggu lalu.Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 40, mengumumkan hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.”Sempena mengambil keberkatan sunah menamakan anak pada hari ketujuh, bonda dengan rendah hati berkongsi nama puteri keempat yang hari ini (semalam) telah genap lapan hari usianya, iaitu Suci Hawa Zulaikha Binti Mohammad Zulfadhli,” tulisnya.

Pada masa sama, Yatt turut berkongsi maksud di sebalik pemilihan nama yang diberikannya itu.”Nama yg baik bersempena dengan nama ibu kita semua iaitu Hawa, isteri Nabi Adam AS, juga nama wanita yg dikatakan isteri Nabi Yusof AS iaitu Zulaikha.”Suci pula membawa maksud kudus, bersih, harum dan baik jga bersamaan dg nama awal ketiga-tiga kakaknya.”Mudah-mudahan akhlak dan keperibadian anak bonda ini secantik dan seindah namanya. Semoga maksud namanya yg baik itu menjadi doa buatnya seumur hidup,” luahnya.Dalam perkongsian entri itu, Yatt turut memuat naik gambar terkini bayinya, namun masih belum mendedahkan wajah penuh anaknya.Terdahulu, Yatt selamat melahirkan cahaya mata keempatnya pada 30 Disember lepas.-gmpk

Cukuplah Tik Tok, mksiat musim Covid-19, komen Yatt Hamzah

KUALA LUMPUR, 5 April — Pelakon Yatt Hamzah menggesa pengikutnya agar tidak terus terbuai dengan aplikasi sia-sia Tik Tok.Yatt, nama popular Haryati Hamzah, berkata orang ramai harus sedar amaran Allah menerusi wabak Covid-19 yang diturunkan kepada umat manusia. “Cukup-cukuplah Tik Tok melainkan benda-benda yang mendidik dan bermanfaat. Hentikanlah perkara sia-sia dan mengundang mksiat. “Kenapa meliuk-liuk pada hari mulia Jumaat? Mana pergi rasa hormat? Ramadan makin dekat, banyakkan taubat dan ibadat, Allah bagi ujian Covid-19 bukan saja-saja. 

“Kita disuruh lihat hikmah dan bermuhasabah,” corenya di Instagram semalam.Pelakon filem “Impak Maksima” dipercayai merujuk aktiviti orang ramai yang gemar menghabiskan masa di Tik Tok bagi menghilangkan bosan terkurung di rumah.Katanya, Tik Tok harus dimanfaatkan menerusi pendedahan yang berfaedah dan memberi maklumat kepada orang ramai. “Tik Tok tidak salah kalau kandungannya tak lagha. Tik Tok terlompat-lompat, meliuk lentik-lentok Ok kalau kanak-kanak bawah umur yang buat. Yang dewasa tidak perlulah.“Kita Tik Tok yang OK bermanfaat sikit contohnya Tik Tok cara-cara cuci tangan, pakai sanitizer, pakai mask, mengaji atau cara-cara solat. “Untuk berniaga pun ok asalkan patuh syariah,” coretnya lagi. -ctto

“Tak Mahal Pun Modal Nak Bahagiakan Isteri,” – Yatt Hamzah Kongsi Tanda Suami Sayangkan Orang Rumah, Reaksi Suami Sendiri Memang Win!

Pelakon Yatt Hamzah mengulas ciri seorang suami yang baik adalah suami yang selalu membuat isteri tersenyum bahagia walaupun jauh di mata.Malah jelasnya, bahagia tidak memerlukan wang ringgit, cukup dengan perbuatan baik dan ingatan kepada suri hati.Menerusi perkongsian tersebut, secara ringkasnya jelas Yatt, suami yang baik akan selalu menghubungi isteri dan sentiasa memberikan kata-kata semangat di atas kepenatan isteri menguruskan rumah tangga dan anak-anak.

Ada juga suami yang sering bertanya kebajikan isi rumah dan ada kalanya memberikan kejutan istimewa dengan kiriman hadiah.“Suami yg baik adalah suami yg selalu membuat isterinya TERSENYUM BAHAGIA walaupun jauh di mata. Tak mahal pun modal nak bahagiakan isteri.“Tak perlukan intan permata berlian(Tapi kalau ada lagi bagusss). Cukup dg PERBUATAN BAIK pada nya dan INGATAN TULUS IKHLAS.“BETUL ke BETUL SGT? LEKAS TAG SUAMI TERCINTA,” kongsinya.Perkongsian itu turut mendapat reaksi si suami di ruang komen.

Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo, Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.Yatt mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 7, hasil perkahwinannya terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.Foto : Instagram Yatt Hamzah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *