Dikatakan Syifa Melvin serta tiga adik beradiknya yang lain bergelar jutawan. Syifa terus jawab persoalan tersebut malah berkongsi cara dia untuk berjaya bersama adik beradiknya

artis

Kuala Lumpur: Pelakon, Syifa Melvin menjawab khabar angin yang mendkwa dia bersama adik-beradiknya, Syatilla, Syida dan Syafiqa Melvin kini bergelar jutawan muda.Syifa ketika ditemui berkata, dia bersyukur kejayaan produk kosmetik yang diusahakan sejak Mei tahun lalu itu berjaya mencapai status terbabit bersama adik-beradik lain.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah. Semua yang kami perolehi adalah hasil usaha sendiri dan rezeki pemberian Allah SWT.”Kami juga beruntung kerana mempunyai pelanggan yang sentiasa memberikan sokongan. Apapun, kami berasakan masih banyak perkara yang perlu kami belajar dalam bidang perniagaan ini.”Apa yang penting, kami gembira kerana apa yang diusahakan mendapat respons positif peminat yang menjadi pelanggan. Keutamaan kami dalam perniagaan ini adalah untuk berkongsi rezeki dengan yang lain,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik, Kekasih by The Melvins di Shah Alam Convention Centre, di sini, hari ini.

Pada majlis sama, The Melvins turut melancarkan 60 papan iklan di seluruh negara bagi produk kecantikan itu.Menurut Syifa, dia bersyukur dikurniakan adik-beradik yang sangat positif dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan perniagaan sehingga meraih keuntungan berlipat ganda.”Tanpa sokongan adik-beradik lain mungkin Kekasih by The Melvins tidak akan sampai ke tahap ini. Saya harus memberikan kredit kepada ketiga-tiga cinta hati saya yang sentiasa berusaha dan mempunyai semangat untuk berjaya.

“Mungkin salah satu rahsia kejayaan kami adalah menjaga hubungan baik antara adik-beradik. Kami tak berbalah, tak masam muka, tak cemburu apatah lagi berkira fasal duit.”Ibu dan ayah selalu pesan apapun yang terjadi adik-beradik tak boleh berpcah. Masing-masing kena ambil tanggunjgawab untuk membantu dan saling menyayangi. Alhamdulillah, tak sangka rezeki Allah nak bagi dalam sekelip mata,” katanya.Kekasih by The Melvins menawarkan beberapa pilihan produk kecantikan seperti krim bedak asas, matte bibir, eyeshadow dan blusher.-mymetro

‘Saya tak kawal hidup Safawi’

“SAYA tidak pernah mengongk0ngnya. Selama ini saya menjaganya dengan baik kerana tidak mahu kerjayanya terjejas,” kata pelakon Syifa Melvin, 26, mengenai dkwaan dia dikatakan menjadi punca kepada kemerosotan prestasi bintang bola sepak negara dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang juga kekasihnya, Safawi Rasid, 23.

Syifa ketika dihubungi Harian Metro berkata, selama ini dia menjaga Safawi dengan baik kerana tidak mahu kerjaya pemain berstatus bintang itu terjejas seperti dulu apabila sering dikaitkan dengan isu skandal bersama selebriti.Menurut Syifa atau sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, sekiranya dia memberi tekanan kepada Safawi sudah pasti pemain itu ‘angkat kaki’ dan memilih untuk tidak bersamanya.

“Kalau dia rasa saya mengawal hidupnya, pasti sudah lama dia angkat kaki. Tapi, kenapa dia masih mempertahankan hubungan ini? Dia sudah dewasa dan matang untuk membezakan hubungan yang baik dan buruk,” katanya.Semalam, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi hantaran di Instagram mendkwa kemerosotan mendadak pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu itu disebabkan tekann daripada Syifa untuk berkahwin dengan Safawi.

Susulan desakan itu, pemain Harimau Malaya itu dikatakan hilang fokus hingga gagal memberi aksi terbaik dalam padang.Syifa berkata, dia sedih apabila dikatakan menjadi penyebab kepada aksi longlai Safawi dalam tiga aksi skuad Harimau Selatan setakat ini selain mendesk Safawi berkahwin hingga dia hilang fokus.

Dia juga dikatakan hanya mahu menumpang di atas kekayaan dan populariti Safawi sebagai pemain bola sepak.“Berapa banyak gaji dia pun saya tak tahu. Saya bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki dan duit sendiri. Tak pernah sekali pun saya minta duit dia untuk sara hidup. Dia pun kenal saya macam mana.

“Demi Allah, saya tak pernah paksa dia berkahwin kerana saya tahu tanggungjawab dia besar. Dia mempunyai 13 adik-beradik dan saya faham apa yang dia hadapi. Namun, dalam setiap perhubungan pasti ingin berakhir dengan perkara yang baik dan halal. Sebenarnya perancangan untuk berkahwin dia yang suarakan dulu selepas hubungan kami mula serius,” katanya.

Dalam pada itu, Syifa juga percaya apa yang dikatakan Safawi kepada Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor menerusi perbualan WhatsApp adalah ketika mereka mempunyai masalah tahun lalu.“Dia masih muda dan mungkin tidak cukup kuat untuk lalui perkara ini. Namun, saya percaya apa yang berlaku ini akan menjadi pengajaran terbaik untuk dirinya,” katanya.

Terdahulu adik kepada Syatilla Melvin itu turut menafikan meng0ngkong Safawi di laman story Instagramnya.“Tak pernah paksa kahwin, tak pernah mintak satu sen duit Safawi!! Demi Allah, Allah Maha Adil,” katanya yang kemudian memadamkan ‘posting’ itu.Malam kelmarin, Safawi membantu JDT melakar kejutan ke atas kelab terkenal Korea Selatan, Suwon Bluewings dengan kemenangan 2-1 pada aksi Kumpulan G, Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim.-mymetro

Safawi Rasid Dikatakan Bakal Berpindah Dan Bermain Untuk Kelab Di Portugal. Lagi Mengejutkan Gaji Yang Ditawarkan Kepada Safawi Rasid Meraih Perhatian Ramai

Safawi Rasid yang akan berpindah dan bermain untuk Portimonense SC dilaporkan bakal menjadi pemain paling mahal di Asia Tenggara, lapor Harian Metro. Semuanya jika Safawi berjaya membuktikan keupayaannya bersama kelab liga utama Portugal itu. Bukan itu saja, nilai penyerng kebangsaan itu dikatakan boleh meningkat sekali ganda selepas menempatkan diri dalam pasukan di Eropah dan menjadi perhatian kelab ternama lain di masa akan datang.

Mengikut www.transfermarkt.com, tanda harga Safawi mencecah 300,000 pound bersamaan dengan RM1.6 juta. Nilai itu juga dikatakan akan meningkat sehingga RM3 juta jika dia terus beraksi bersama kelab itu atau sekiranya dilamar kelab gergasi di Eropah.

Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah berkata ketika ini hanya Safawi saja pemain dari Asia Tenggara yang bermain di liga utama Portugal itu. Tidak mustahil, dengan kemampuan dimiliki Safawi dia boleh bersaing dengan pemain lain.

“Saya tidak menolak kemungkinan Safawi boleh menjadi pemain paling mahal di Asia Tenggara lebih-lebih lagi jika dia beraksi cemerlang bersama kelab terbabit. Jika mengikut anggaran, gaji seorang pemain Asia di Liga Portugal adalah dalam lingkungan AS$7,000 hingga AS$15,000 sebulan iaitu bersamaan RM30,000 hingga RM70,000.”

“Gaji Safawi mungkin boleh mencecah RM70,000 berdasarkan prestasi semasa, namun perkara terbabit adalah subjektif dan itu adalah jumlah yang kemungkinan Safawi peroleh nanti. Perkara utama adalah Safawi berpeluang bersaing dengan pemain daripada kelab terkenal seperti Benfica dan Porto yang sememangnya diketahui mempunyai ramai pemain ternama.”Kata Effendi, Portimonense SC adalah pasukan yang berpengaruh jadi penghijrahan Safawi ke kelab itu adalah perkara yang membanggakan negara kita.-lobakmerah

Safawi Rasid Dilamar Satu Kelab Di Luar Negara. Ini Respon Padu Dari Tunku Ismail Sultan Ibrahim Susulan Tawaran Itu Agak Luar Biasa

Safawi antara penyerng muda tempatan yang mencipta impak positif pada saingan domestik dan Asia. PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersedia melepaskan penyerng kelab itu, Safawi Rasid yang dilamar kelab Liga Premier Portugal, Portimonense SC.

Menerusi kenyataan di Instagramnya, Tunku Ismail menyatakan Safawi akan dilepaskan sebaik sahaja saingan Liga Malaysia (Liga-M) berakhir Oktober depan.“Kelab akan lepaskan selepas habis league (liga), all the best Safawi,” katanya.

Dalam pada itu, Tunku Ismail turut memberikan kredit kepada Terengganu yang berjaya melahirkan pemain berkualiti seperti Safawi.“Terengganu develop (lahirkan) Safawi, JDT turn into a superstar. Juara liga, juara Piala FA, juara Piala Malaysia dan dua tahun bermain di peringkat kelab Juara-Juara Asia. Syabas,” katanya.

Pengarah Sukan JDT, Martin Prest, kelmarin mengesahkan skuad Harimau Selatan itu menerima tawaran rasmi untuk Safawi daripada Portimonense SC dan bersedia melepaskan anak jati Dungun, Terengganu berusia 23 tahun itu.“Kelab percaya tawaran ini baik untuk JDT dan Safawi, oleh itu, kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.

“Bagaimanapun, kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran itu kerana rundingan akhir masih dijalankan,” katanya dalam hantaran di laman Facebook rasmi kelab itu, JOHOR Southern Tigers.Perkembangan Safawi itu bakal menyaksikan seorang lagi pemain negara bakal beraksi di Eropah selepas tonggak Bawah 19, Luqman Hakim Shamsuddin ke KV Kortrijk, Belgium baru-baru ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *