Bila berbadan dua memang banyak ragam. Awal Ashaari dedahkan hasrat Sha Alyahya yang dia terpaksa halang sampaikan Awal lali dengan sikap Scha

artis

KUALA LUMPUR: Wanita sedang berbadan dua memang banyak ragam. Selain mengalami alahan, ada kalanya emosi kurang stabil hingga mempengaruhi mood. Begitulah keadaan dialami pelakon dan pengacara, Scha Al-Yahya yang kini sedang hamil empat bulan.Berkongsi keadaan isterinya, pengacara dan pelakon, Awal Ashaari mendedahkan Scha mempunyai perangai pelik apabila rimas dengan media sosial hingga pernah terdetik untuk menyah aktifkan.

“Jika dahulu selepas usia kandungan tiga bulan ketika mengandungkan Lara Alana, Scha sudah okay dan boleh keluar berjalan-jalan. Tetapi, kali ini, dia mengalami munth dan lenguh badan. Memang berbeza keadaannya.”Scha sangat rimas dengan telefon termasuk media sosial, sepanjang tempoh tiga bulan kehamilan. Malah, turut mempersoalkan mengapa perlu mengemas kini akaun media sosial setiap hari.

“Sebelum ini, Scha pernah melahirkan hasrat untuk ‘det0ks’ daripada media sosial. Pernah sampai satu tahap, Scha mahu memadam akaunnya, tetapi saya menghalangnya dan meminta membantu menguruskan media sosialnya itu,” katanya kepada BH Online.Bukan sahaja hilang minat dengan media sosial, malah pelakon drama bersiri Awan Dania itu tidak gemar bunyi bising.”Macam saya sendiri, apabila balik rumah akan tutup telefon bimbit kerana tidak mahu nada dering atau bunyi notifikasi mengganggu Scha kerana sangat sensitif. Cahaya skrin telefon pun tak boleh lihat.”Jika kami sekeluarga menonton televisyen, Scha akan tutup suara. Pada awalnya, saya terkejut dan kekok apabila menonton program tanpa suara. Lama-kelamaan saya sudah lali dan layan sahaja kehendaknya,” cerita pengacara Melodi ini.

Terdahulu, pemilik nama lengkap, Ahmad Awaluddin Ashaari ini mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua menerusi akaun Instagram dengan memuat naik foto yang memaparkan anaknya, Lara memegang alat pengesan kehamilan.Ditanya apakah reaksi Lara apabila mendapat tahu bakal mendapat adik, Awal berkata, anaknya sedang dalam fasa untuk menyesuaikan diri.”Lara kini sedang dalam proses nak sesuaikan diri. Dia seperti takut untuk berkongsi. Apabila teringat, dia akan tanya macam-macam. Antaranya, bila adik lahir, apakah saya dan Scha akan belikan mainan untuknya.”Adakah adiknya akan ada bilik sendiri dan sebagainya. Lebih melucukan apabila Lara tidak membenarkan kami meletakkan pangkal nama adiknya dengan huruf ‘L’. Dia rasa seperti tergugat dan bimbang seolah-olah kasih sayang terhadapnya akan berkurangan apabila ada adik.

“Bagaimanapun, doktor menasihatkan kami supaya sentiasa buat Lara rasa selamat dan disayangi. Apa yang kami buat adalah terus memanjakan dan menyayanginya,” ujar lelaki bersuia 39 tahun ini.Awal berkata, dia terpaksa mereka cerita mengenai bayi dalam kandungan bagi membuatkan Lara merasakan dirinya masih mendapat perhatian dan adiknya juga baik dan sayangkannya.”Kalau belikan Lara barang, kami akan cakap padanya yang hadiah itu adalah pemberian adiknya supaya timbul perasaan sayang terhadap adik,” kata Awal mengenai usahanya untuk memujuk anaknya itu.-bh

“Saya berdoa dipermudahkan proses hamil kali kedua” – Scha Alyahya selamat jalani operasi buang ketmbuhan

Scha bersyukur selamat menjalani operasi membuang ketmbuhan dalam rahim.PELAKON Scha Alyahya meluahkan rasa syukur selepas selamat menjalani operasi membuang ketmbuhan dalam rahim (endometiosis) di pusat perubatan, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.Menurut laporan Harian Metro, Scha, 37,  dia menyedari masalah yang dialaminya selepas mengalami sakit pinggang dan sakit perut melmpau ketika datang bulan pada Disember tahun lalu.

“Ketika membuat pemeriksaan pada Disember lalu, saya dimaklumkan terdapat ketumbuhan baru dan disarankan untuk menjalani operasi. Scha pernah menjalani operasi sama pada 2013.“Akibat ketmbuhan itu tanda-tanda lama berulang seperti sakit pinggang dan sakit perut yang melmpau ketika datang bulan.”Perkara ini tidak mengejutkan kerana difahamkan ia memang boleh berlaku lagi pada individu yang pernah mengalaminya. Antara punca adalah faktor pemakanan,” katanya.

Pemilik nama Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya ini pernah menjalani operasi yang sama pada 2013 sebelum hamil anak sulung, Lara Alana.Dalam pada itu, isteri kepada pengacara Awal Ashaari ini memberitahu dia kini sedang berusaha untuk hamil kali kedua.

Scha berharap dikurniakan cahaya mata kedua.“Meskipun ada penghidap sama boleh hamil, namun dalam kes saya ini antara punca saya susah nak hamil lagi.”Jadi, saya berdoa selepas ini dipermudahkan proses untuk hamil kali kedua. Meskipun ada rawatan alternatif lain untuk hamil, tapi sekurang-sekurangnya saya kena buang ketmbuhan ini dulu,” ujarnya.Pelakon drama popular Ti Amo, Sweetheart 100 Hari! ini mendirikan rumah tangga dengan Awal pada 2012 dan dikurniakan cahaya mata, Lara Alana yang kini berusia enam tahun.-mstar

Scha Alyahya hamil anak kedua

SEMPENA menyambut ulang tahun kelahiran ke-39 hari ini, pengacara Awal Ashaari berkongsi khabar gembira apabila isterinya yang juga pelakon popular, Scha Alyahya hamil anak kedua.Awal berkata, tiada hadiah lebih bermakna pada sambutan hari lahirnya selain berkongsi kegembiraan itu kepada umum. “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

“Tidak ada hadiah yang lebih bermakna dihari lahir saya selain daripada berkongsi kegembiraan ini dengan semua. “Kami bakal menimang cahaya mata kedua dan insya Allah, usia kehamilan sudah empat bulan,” katanya.Menurut Awal, dia memohon agar semua pihak agar mendoakan kesihatan dan keselamatan isteri dan anak yang bakal dilahirkan. 

“Doakan Mommy (Scha) dan bayi dalam kandungan sihat dan dapat menjalani proses kehamilan dengan sempurna. “Syukur ya Allah atas rezeki ini dan doakan yang terbaik buat kami sekeluarga,” katanya.Sementara itu, video berdurasi 38 saat itu memperlihatkan keterujaan anak sulung pasangan itu, Lara Alana yang berkongsi berita gembira mengenai  kehamilan ibunya sambil memegang kit ujian kehamilan.

“Mummy sedang hamil. Saya bakal menjadi kakak kepada adik saya nanti, insya Allah. “Saya akan menjaga adik lelaki saya nanti. Doakan keselamatan Mummy,” katanya.Bagaimanapun Awal mengusik Lara mengenai bagaimana dia mengetahui adik yang bakal dilahirkan nanti adalah lelaki. Secara spontan Lara menjawab, Awal yang memaklumkan perkara itu.

Awal Ashaari, Scha Alyahya menang saman

Awal Ashaari, Scha Alyahya menang saman.KUALA LUMPUR – Pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya berjaya dalam tuntutan saman menuntut ganti rugi RM345,305 terhadap syarikat pengedar minyak wangi, D’Haja (M) Sdn Bhd atas kehilangan hasil jualan minyak wangi ekslusif keluaran mereka.Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Shamsudin Abdullah membenarkan tuntutan saman itu selepas mendapati D’Haja yang dilantik sebagai pengedar dan penjual ekslusif minyak wangi jenama Bleu dan Maroon selaku defendan melanggar kontrak perjanjian ditandatangani bersama pasangan itu. Ketika membuat keputusan itu Shamsudin berkata, apabila pihak-pihak menandatangani sesuatu perjanjian, pihak-pihak tersebut terikat kepada perjanjian tersebut tanpa mengambil kira mereka membaca atau tidak dokumen tersebut.

Beliau berkata salah satu klausa tersebut dengan jelas menerangkan tugas dan tanggungjawab defendan iaitu perlu menjaga nama baik dan reputasi plaintif.”Apabila defendan menerima 20,000 botol minyak wangi daripada Eree International Sdn Bhd adalah menjadi tanggungjawab defendan untuk menjaga nama baik dan reputasi plaintif berhubung minyak wangi tersebut,”katanya.

Sehubungan itu, katanya untuk mencapai maksud tersebut defendan perlu memeriksa setiap botol yang diterima berada dalam keadaan baik.”Daripada keterangan dikemukakan, mahkamah mendapati defendan gagal melaksanakan tanggungjawab apabila mengesahkan mereka tidak memeriksa setiap botol diterima dengan alasan bukan tanggungjawab mereka dan bilangan botol yang banyak,”ujarnya.

Katanya kegagalan itu menyebabkan defendan mengalami kerugian kos pengeluaran, kos pemasaran, kos pelancaran dan kehilangan keuntungan daripada penjualan minyak wangi tersebut.Mahkamah turut memerintahkan defendan membayar faedah lima peratus setahun daripada tuntutan saman itu dibuat, ganti rugi am RM10,000 dan kos RM5,000.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tuntutan balas D’Haja dan memerintahkan Awal dan Scha membayar RM55,000 kepada defendan selepas mendapati plaintif memungkiri perjanjian dengan menjual sendiri minyak wangi itu ke Brunei.Awal dan Scha diwakili peguam Datuk M Reza Hassan manakala D’Haja selaku defendan diwakili peguam Datuk Hasnal Rezua Merican.

Pada 30 April tahun lalu Scha, 35, atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir dan Awal selaku plaintif memfailkan saman terhadap D’Haja (M) Sdn Bhd selaku defendan bagi menuntut ganti rugi tersebut atas dakwaan melnggar kontrak perjanjian berhubung penjualan produk minyak wangi yang dikeluarkan oleh pasangan selebriti itu.Dalam pernyataan tuntutan, pasangan suami isteri itu mendkwa mereka memasuki perjanjian dengan D’Haja untuk tempoh dua tahun bermula 11 Oktober 2016 hingga 10 Oktober tahun ini dan melantik syarikat berkenaan sebagai pengedar eksklusif bagi produk minyak wangi dikeluarkan mereka.

Kedua-dua plaintif mendakwa selaras dengan perjanjian itu, mereka memesan 20,000 botol minyak wangi daripada Eree International Sdn Bhd dan membuat pembayaran berjumlah RM310,000 kepada Eree International melalui dua pembayaran masing-masing pada 11 Oktober 2016 dan 11 Januari 2017 untuk kos pengeluaran 20,000 botol minyak wangi itu.

Mereka mendkwa pada 12 Februari 2017, defendan menerima 20,000 botol minyak wangi daripada Eree International bagi pihak pasangan suami isteri itu dan melalui pesanan penghantaran itu, defendan mengesahkan menerima 20,000 botol minyak wangi dalam keadaan baik dan teratur serta menetapkan harga jualan sebotol minyak wangi pada harga RM55.

Kedua-dua plaintif mendkwa defendan gagal untuk memastikan 20,000 botol minyak wangi yang diterima daripada pengeluar berada dalam keadaan baik dan teratur serta gagal memulangkan 3,215 botol minyak wangi yang dikatakan rosak kepada mereka selain gagal menyediakan rekod transaksi jualan selaras dengan perjanjian berkenaan.Dkwa plaintif, selepas didesak untuk memulangkan kesemua minyak wangi yang belum dijual, defendan memaklumkan kepada mereka terdapat 3,215 botol minyak wangi kononnya rosak dan dihantar semula kepada Eree International.-sh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *