Beri cincin sebagai kejutan. Syazwan Zulkifli dedah dia beri cincin kepada Wan Sharmila sebagai satu tanda ini sehinggakan meraih perhatian warganet

artis

Keserasian gandingan dari pelakon Syazwan Zulkifly dan Wan Sharmila membuatkan peminat ‘merestui’ hubungan mereka. Hubungan mereka mula akrab selepas bergandingan dalam drama 7 Hari Mencintaiku sebagai Helmi dan Sofi. Terbaru, kedua-dua pelakon ini melakukan Live Instagram bersama dan tak sangka Syazwan beri kejutan sweet kepada Wan Sharmila. Ada segelintir peminat didkwa seolah menghidu hubungan percintaan mereka. Betul ke?

Sanggup belikan cincin

Rakaman live tersebut dikongsikan menerusi pengguna Twitter Asyqstna, memaparkan Syazwan Zulkifly memohon maaf kepada Wan Sharmila atas sebab tertentu. Kemudian, Syazwan mengupah seseorang untuk memberikan sesuatu kepada Wan Sharmila ketika itu.Apabila Wan Sharmila membuka kotak hadiah tersebut terdapat sebentuk cincin. Kata Syazwan, cincin tersebut sebagai tanda minta maaf.You minta maaf lepas tu you bagi cincin? Cincin ni sebenarnya macam untuk orang kahwin tau. Kita kawan, bukan kahwin.Bagaimanapun, Wan Sharmila kena pakai cincin tersebut sebagai tanda memaafkan kesilapan Syazwan.

Secara tiba-tiba, Syazwan tiba di lokasi di mana Wan Sharmila melakukan Live Instagram. Ramai tertanya-tanya sama ada Wan Sharmila memakai cincin tersebut atau tidak?khirnya, pelakon wanita itu menyarungkan cincin tersebut di jarinya sebagai tanda menerima permohonan maaf dari Syazwan. Sweetnya…-ohbulan

Wan Sharmila Baru Nak Nangis. Tapi Boleh Pula Syazwan Zulkifli Buat Sesuatu Ini Sampaikan Lala Naik Angin Dengan Syazwan

Meskipun ‘7 hari Mencintaiku 2’ berakhir beberapa hari lepas, peminat bagaikan masih tidak move on dengan drama berkenaan. Kini, hampir kesemua pelakon drama tersebut sudah mula menjalani tugas untuk projek baru masing-masing. Akan tetapi, ada yang masih bertuah kerana berpeluang untuk berganding semula seperti Syazwan Zulkifli dan Wan Sharmila ini.

Melalui Instagram, Syazwan Zulkifli sempat berkongsi sedikit behind the scene untuk telemovie baru bertajuk ‘Kala Malam’. Ketika Wan Sharmila atau lebih mesra disapa sebagai Lala sedang mendalami mood untuk menangis, pelakon lelaki berusia 33 tahun itu tidak habis-habis mengusik untuk mengalihkan fokusnya. Dia malah berseloroh bahawa pengarah untuk telemovie berkenaan iaitu Hashim Rejab juga sudah naik pening melihat keletah mesra dan manja mereka berdua.

Naik geram dengan segala usikan, wanita berusia 39 tahun itu bertindak menepuk tubuh lelaki berkenaan sebanyak 2 kali. Di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat adegan usikan manja mereka berdua. Tidak kurang juga, peminat pelakon watak Helmi & Sofi ini malah sempat berseloroh supaya mereka mempunyai jodoh bersama.

Sumber: IG Syazwan Zulkifly

Langsung Tak Kisah Nak Berkawan Dengan Suami Orang. Wan Sharmila Buat Pendedahan Tentang Jodoh Buat Dirinya Setelah Berpisah Buat Sekian Lama

Pernah melalui episod perpisahan sebelum ini, Wan Sharmila akui masih belum menemui pengganti meskipun sudah 11 tahun berlalu. Katanya lagi, dia masih belum ada perancangan untuk menamatkan zaman solo. Usianya sudah memasuki 39 tahun, Wan Sharmila berkata dia juga belum menemui calon untuk dijadikan bakal suami.

“Tahun ini kita semua kena hadap pandemik. Kalau ada perancangan nak kahwin pun terbantut. Saya tak ada perancangan untuk berkahwin tahun ni. Calon pun belum ada,” katanya kepada Astro Gempak. Dalam pada itu, Wan Sharmila berkata dia tidak memilih dalam soal berkawan serta tidak kisah untuk berkawan dengan suami orang asalkan menjaga batas.

“Kalau saya rasa selesa dan sesuai nak kawan dengan seseorang itu, saya akan berkawan.“Walau individu itu suami orang tapi sekadar kawan biasa, apa salahnya. Kalau dia nak melebih, sini saya hubungi isteri dia dulu,” katanya.Wan Sharmila pernah mendirikan rumahtangga dengan penerbit drama TV, Fazli Bahrom pada tahun 2007 namun perkahwinan mereka tidak kekal lama dan berpisah pada Oktober 2009.-rotikaya

Peminat Suruh Kahwin Dengan Syazwan Zulkifli. Mengejutkan Ini Jawapan Yang Wan Sharmila Beri Bila Dipersoalkan Hubungan Mereka Berdua

Pelakon Wan Sharmila, 39, menyatakan hubungannya bersama aktor Syazwan Zulkifly, 33, hanya sekadar kawan. Ketika dihubungi Gempak, Wan Sharmila atau lebih mesra dipanggil Lala mengakui ramai peminat yang menginginkan mereka menjadi pasangan suami isteri sama seperti dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2.

Jelas Lala, hubungan mesra itu sekadar lakonan dalam drama. “Saya takut sangat bila ramai yang mendoakan kami supaya kahwin. Kata-kata itu kan doa. “Kami takda apa-apa, kalau doa itu termakbul macam mana. Takutnya.. Syazwan pun ada cakap benda sama juga dekat saya.

“Hubungan suami isteri setakat dalam drama sahaja. Di luar drama kami hanya berkawan.“Alhamdulillah, tak perlu cinta lokasi lakonan kami diterima ramai. Rata-rata penonton rasa dekat saja dengan jalan cerita drama itu,” katanya.

Sementara itu, pemilik nama Wan Sharmila Wan Muhamed berkata dia tidak tahu sama ada Syazwan sudah berpunya atau belum.“Saya tak tahu Syazwan masih solo atau berpunya. Kalau Syazwan dah ada teman wanita, dia (teman wanita) cembvru nanti.“Nanti saya pulak ditvduh per4mpas. Sekarang dah la banyak isu macam ini yang berlaku,” katanya lagi.

Sebelum ini, Instagram (IG) Lala dan Syazwan dipenuhi dengan komen-komen yang berharap mereka menjadi pasangan suami isteri.“@syed_alief09: Kahwin betul-betul la sweet korang.“@emilia_moktar: Kahwin betul-betul kan best. Sepadan sangat.“@_eena91: Secocok la haha. Semoga kahwin betul-betul lepas ni,” antara komen-komen yang ditulis.

Selain Lala dan Syazwan, 7 Hari Mencintaiku 2 turut dibintangi barisan pelakon hebat yang lain antaranya Shukri Yahaya, Siti Saleha, Jasmin Hamid, Kazar Saisi, Liza Abdullah dan ramai lagi.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

Sofi kongsi video2 ‘deleted scene’ bikin peminat kecewa, “Helmi ni cepuk kang… gedik”

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini ternyata berjaya mencetuskan fenomena sama seperti musim pertama yang ditayangkan beberapa tahun lalu. Mewarnai kaca televisyen pada Isnin hingga Jumaat di siaran TV3 membuatkan pelakon-pelakon drama tersebut juga menjadi fenomena dilaman sosial.

Antaranya juga pasangan dalam drama 7 Hari Mencintaiku musim kedua seperti Sofi dan Helmi dimana kedua-dua watak terbabit dibawakan oleh Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifly.Penangan watak dilakonkan oleh Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifly juga nampaknya disukai peminat drama tempatan apabila keserasian mereka mencetuskan reaksi-reaksi positif ramai.

Ternyata, lakonan mereka berhasil mendapat perhatian umum selepas pasangan watak Mia Adriana dan Khuzairi. Walau bagaimanapun, apa yang membuatkan peminat kecewa juga selepas melihat dua babak mesra Sofi dan Helmi ini dipadam.Dalam berkongsikan video ‘deleted scene’ melalui perkongsian dilaman sosial Instagram, posting Wan Sharmila tidak disangka-sangka mengundang pelbagai reaksi ramai.Mana tidaknya, babak sweet kedua-dua pelakon itu membuatkan peminat ‘cair’ melihat keserasian mereka sehingga posting tersebut juga meraih ribuan tanda suka dalam masa yang sekejap.-hcl

Warganet seronok lihat video Helmi & Zaidi perli Khuzairi, “Adik ipar masuk air…”

Penangan drama berjudul 7 Hari Mencintaiku musim kedua nampaknya turut mendapat sambutan luar biasa seperti yang terdahulu. Mana tidaknya, watak-watak dibawakan oleh pelakon-pelakon hebat seperti Shukri Yahaya, Siti Saleha dan ramai lagi ini menjadi buah mulut warganet sejak episod pertama ditayangkan pada awal bulan lalu.

Walau bagaimanapun, setiap watak dilakonkan sangat mendapat perhatian umum dan jika semalam tularnya watak Nad dan Nurul yang dilakonkan oleh Wafariena Roslan dan Jaja Illiyes dan terbaru pula, satu rakaman video menunjukkan gelagat Helmi dan Zaidi mencuit hati ramai.

Babak bersama Mia dan Khuzairi, Helmi yang dilakonkan oleh Syazwan Zulkifly manakala pelakon Bil Azali sebagai Zaidi membuatkan warganet seronok melihat gelagat ‘perli’ mereka berdua.Menerusi perkongsian di laman Instagram TV3 Malaysia, ternyata rata-rata peminat drama tempatan dan penonton setia drama tersebut tinggalkan pelbagai reaksi puas hati.

Dalam pada masa yang sama, warganet juga terhibur dengan watak Helmi dan Zaidi yang dilakonkan oleh kedua-dua pelakon lelaki tersebut yang turut dipuji menjadi.“Memang padu ayat yang keluar dari Helmi. Dalam gurauan ada sindiran pedas untuk Pok Cik Khuzairi tu”-hcl

“Saya percaya job lebih luas tapi dugaan akan banyak” – Wan Sharmila berhijab pada ulang tahun ke-38

Wan Sharmila memberitahu dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menutup aurat.BEBERAPA posting yang dimuat naik pelakon Wan Sharmila ketika bercuti ke Osaka, Jepun baru-baru ini mengejutkan ramai peminat apabila dia tampil dengan imej bertudung.

Wan Sharmila atau nama sebenarnya Wan Sharmila Wan Mohamed, 38, berkata, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menutup aurat namun nekad melakukan perubahan itu sempena sambutan ulang tahun kelahirannya pada 12 Oktober lalu.

“Sebenarnya kalau ada sesiapa yang tanya tentang berhijab, saya takut nak cakap ‘ya’ tu. Selalunya saya akan minta mereka doakan sahaja… tapi apa yang saya sedang buat sekarang ni adalah saya cuba untuk ke arah itu.Beberapa posting terbaharu dimuat naik Wan Sharmila dengan imej bertudung.

“Apa yang peminat lihat di Instagram itu sebenarnya ya, saya dah mula pakai tudung sejak tiga hari lalu. Tapi sepanjang tempoh itu saya tak post gambar walaupun tengah bercuti di Osaka ketika ini sebab sangat takut malah tiada siapa pun yang tahu mengenainya. Tiga hari saya ‘peram’ gambar dan tak post.

“Saya rasa sedih dan terharu sebab niat saya untuk berhijab ini sebenarnya sudah lama… tapi nak mulakan itu memang takut… jadi masa saya betul-betul nekad nak buat tu, saya lakukan ia masa hari jadi saya,” katanya kepada mStar.

Selain itu, Wan Sharmila mendedahkan kemunculan dia mengenakan hijab dalam beberapa drama sebelum ini juga sebenarnya adalah permintaan peribadi dia sendiri sebagai mengajar diri untuk terus istiqamah.Malah, dia juga sudah mula memilih dalam mengenakan pakaian yang bersesuaian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *