Belum naik pentas Syahrini dah kena tukar baju. Lagi mengejutkan tindakan seterusnya yang dibuat dengan baju yang dipakai

artis

LAMA menyepi dari dunia hiburan Indonesia, penyanyi Syahrini kembali tampil dalam sebuah acara.Syahrani melalui detik lucu apabila dia diminta untuk menukar baju gaun beberapa minit sebelum naik ke atas pentas.Penyanyi lagu Sesuatu ini menerusi Instagram memuat naik beberapa foto menceritakan bagaimana dia dan pasukannya terpaksa menukar warna baju dari merah jambu kepada oren.

Gaun rekaan Danny Satriadi ini diubah menjadi warna oren dalam waktu yang singkat dengan hanya disembur cat.”Jadi awalnya baju oren yang Incess (Syahrini) pakai ini warna merah jambu, sudah cantik dan sempurna.”Bila sudah siap sedia untuk naik ke pentas tiba-tiba klien minta menggantikan baju warna oren.

“Dengan durasi sangat singkat di acara live show, kami hanya mampu menyembur cat warna oren sahaja,” ujarnya.Isteri Reino Barack ini mengaku tidak selesa sepanjang persembahan gara-gara bau cat yang sangat kuat.Bagaimanapun, Syahrini tidak menganggap ia satu masalah dan bersyukur diberi pasukan yang profesional.-mstar

Syahrini, suami banyak kali mandi untuk elak Covid-19 – “Belum sempat kering… mandi lagi!”

Syahrini mengakui dia dan suami lebih kerap mandi kerana bimbang bahaya Covid-19.PENYANYI popular Indonesia, Syahrini mengakui dia dan suami, Reino Barack lebih kerap mandi kebelakangan ini.Menurut laporan Liputan6, Syahrini berkata dia dan Reino membersihkan diri kerana bimbang dengan penularan virus Covid-19.

Perkara itu dikongsi oleh Syahrini ketika menjadi tetamu jemputan SCTV, baru-baru ini.Dalam program tersebut, Raffi Ahmad bertanyakan beberapa soalan peribadi kepada pasangan ini.”Siapa di rumah yang paling kerap mandi,” tanya Raffi Ahmad.

Syahrini bersama suami tersayang, Reino.Tanpa berselindung, penyanyi lagu Seperti Itu? ini mengakui dia dan suami memiliki perangai yang sama.”Kami berdua sama kerap mandi… kerap mandi kerana sekarang lagi pandemik! Kemana-mana pergi, kami akan mandi kerana takut. Belum kering dah mandi lagi,” jawabnya.

Mendengar jawapan Syahrini itu, Raffi hanya tertawa dan bersetuju bahawa mandi itu merupakan kewajiban, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini.”Mandi itu memang wajib ya, tambah pula dalam pandemik begini,” kata Raffi.-mstar

“Dah tak pakai heels, perut buncit!” – Warganet buat spekulasi Syahrini sudah hamil

Warganet buat spekulasi kononnya Syahrini hamil kerana perubahan pada bentuk badannya.AKAUN Instagram penyanyi Syahrini dihujani ucapan tahniah daripada peminat berikutan dia dikhabarkan sedang hamil anak sulung.

Warganet mula membuat spekulasi tersebut setelah melihat keadaan perut Syahrini yang dikatakan semakin berisi dan kelihatan buncit.Menerusi laporan Tribunnews, ramai peminat mengharapkan Syahrini benar-benar hamil dan mendoakan agar dikurniakan zuriat secepat mungkin.

Lebih menguatkan spekulasi apabila penyanyi lagu Seperti Itu ini hanya memakai kasut bertapak rata ketika keluar bersama keluarga.Umum mengetahui Syahrini gemar memakai kasut bertumit tinggi dan jarang sekali bergaya ringkas jika berada di luar rumah.

“Positif hamil tu Inces, tengok perut dah buncit dan muka nampak berseri, rasanya hamil baby perempuan ni sebab makin cantik dan segar.”Isteri Reino Barack ni macam tengah hamil je tu!”Seperti tengah mengandung tu, lihat badan bentuk macam orang sedang hamil,” komen warganet pada foto tersebut.Syahrini dan suaminya, Reino Barack mendirikan rumah tangga di Masjid Tokyo Camii, Tokyo, Jepun pada 27 Februari lalu.-mstar

Syahrini berharap dikurniakan cahaya mata segera

Syahrini mahu timang cahaya mata cepat.PENYANYI Syahrini meminta peminatnya untuk mendoakan agar dia dikurniakan cahaya mata dengan segera.enurut laporan Kapanlagi, Syahrini atau dikenali sebagai Princess Syahrini berharap dia dapat mengandung pada bulan Ramadan ini.

“Doakan semoga saya cepat hamil dan dikurniakan keturunan pada bulan ini. Saya tidak mahu tunda, harap terus ada,” katanya.Syahrini dan suaminya, Reino Barack mendirikan rumah tangga di Masjid Tokyo Camii, Tokyo, Jepun pada 27 Februari lalu.-mstar

Hasrat Cakra Khan mahu keluar makan dengan Syahrini tidak kesampaian – “Dia tak mahu jumpa saya…”

Sejak Syahrini berkahwin, Cakra Khan mengakui mereka jarang bertemu. MESKIPUN Syahrini sudah mendirikan rumah tangga pada Februari lalu, penyanyi Cakra Khan memberitahu dia masih berhubung dengan sahabat baiknya itu.

Bagaimanapun Cakra berkata mereka sudah jarang bertemu kerana masing-masing sibuk dengan kehidupan peribadi.Menurut laporan Liputan6, penyanyi lagu Harus Terpisah ini mengakui Syahrini menolak pelawaannya untuk bertemu kerana tidak sihat baru-baru ini.

“Saya dah jarang jumpa Syahrini, sebelum ke Belanda kita ada perancangan nak jumpa makan-makan tapi kerana saya selesema dia bergurau tak mahu bertemu.”Sebenarnya kami susah nak berjumpa kerana kita sama-sama sibuk… jadi kalau bertemu pun boleh bilang dengan jari,” katanya.

Sebelum ini kedua-dua penyanyi itu diketahui mempunyai hubungan rapat sebagai teman sehinggalah Syahrini berkahwin dengan Reino Barack pada Februari lalu.Sementara itu, Cakra berkata dia memahami kehidupan baharu sahabat baiknya itu yang kini sudah bergelar isteri orang.”Dia sekarang isteri orang dan saya juga ada kesibukan kerja sendiri… begitulah!”Tapi sesekali ada masa melepak kita tetap berjumpa, kadang-kadang dia ajak makan atau saya yang ajak,” ujarnya.-mstar

Pikat perut suami, Syahrini hadiri kelas masakan

Syahrini kongsi kehidupan selepas bergelar isteri. SETELAH bergelar isteri kepada Reino Barack, penyanyi popular Indonesia, Syahrini memberitahu dia mula mengikuti kelas masakan.Syahrini, 37, berkata dia kini sudah boleh memasak beberapa hidangan dan menyediakan makanan untuk suami.

“Saya beli dulu bahan-bahan kemudian nanti di rumah saya masak. Saya masak beberapa menu kesukaan suami antaranya nasi goreng, sup ayam. Tapi macam rendang atau masak lemak ayam itu agak rumit.”Mujurlah suami saya jenis yang sangat ringkas, dia makan apa sahaja,” katanya.

Sebelum ini, Syahrini menjadi tumpuan media di Indonesia kerana membuat keputusan berkahwin dengan Reino secara tertutup di Masjid Camii, Tokyo, Jepun pada 27 Februari lalu.Selain mengikuti kelas memasak, penyanyi lagu Seperti Itu ini turut mempunyai hobi baharu iaitu membeli kelengkapan rumah terutamanya alatan dapur.

“Banyak saya belajar tentang kehidupan rumah tangga ini, selain kelas memasak, sekarang ini saya suka membeli barangan rumah.”Contohnya barangan elektronik, beli periuk, senduk dan garpu. Saya sedang melengkapkan alatan rumah,” ujarnya.-mstar

Syahrini Tidak Tumpang Populariti

Syahrini tidak mahu terus menerus diperbandingkan dengan KD. Foto THE STAR Oleh BRAIN MOHSyahrini tidak mahu terus menerus diperbandingkan dengan KD. TIDAK mahu diperbandingkan antara dirinya dengan diva Indonesia, Krisdayanti (KD), Syahrini percaya bahawa dirinya mempunyai kualiti tersendiri yang mampu menarik perhatian Anang untuk berduet bersamanya.

Dia yakin pemilihan Anang adalah berdasarkan kualiti vokal semulajadi yang dimiliki olehnya.”Saya tidak takut dibandingkan dengan KD, sebab saya cukup percaya bahawa saya mempunyai kualiti tersendiri sebagai artis. Saya bukan artis baru, sebelum ini saya sudah mempunyai album.

“Apa yang saya jalani sekarang adalah berkenaan dengan nyanyian dan kerjaya saya, Saya juga tidak menumpang populariti daripada kontroversi rumahtangga mereka. Itu tidak benar sama sekali. Jadi saya tidak takut berada dijalan yang benar,” ujarnya.

Gadis berusia 27 tahun ini juga sudah sedia melalui segala kemungkinan kerana dia sedar bukan mudah untuk muncul dalam hidup lelaki yang penuh kontroversi ini.”Sebelum saya menerima lamaran Anang untuk berduet dengannya, saya sudah fikirkan kemungkinan yang bakal saya hadapi, tempias kontroversi dan risikonya.

“Jika ia lebih banyak membawa kebaikan dan positif untuk mengangkat karya saya kehadapan, maka saya teruskan. Namun bagi berita-berita yang tidak baik saya tolak ketepi sahaja,” Jelasnya pada sidang media perlancaran album terbaru Anang berjudul Jangan Memilih Aku di Hard Rock Kuala Lumpur.

Ketika ditanya pandangannya tentang Anang, Syarini memberitahu mereka hanya sekadar rakan duet dan tidak lebih dari itu. Namun jika sudah jodohnya dengan duda tersebut dia tidak menolaknya.”Anang seorang yang sangat luar biasa, saya bertuah dipilih menjadi rakan duetnya. Tapi jika berbicara tentang soal jodoh dengannya hanya Allah yang lebih mengetahuinya,” jelasnya sambil menjeling ke arah Anang.

Album mini Anang yang memuatkan dua buah lagu duet berjudul Jangan Memilih Aku dan Cinta Terakhir telah dikeluarkan oleh Tropic Jaya Entertainment Sdn Bhd dan diedarkan secara eksklusif oleh PMP Entertainment (M) Sdn Bhd mulai kelmarin.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *