Warganet kritik Tauke Jambu berani pakai gelang emas. Sekali Tauke beri soalan padu buat warganet sampaikan warganet kongsi hukum yang dikenakan jika memakai gelang emas

artis

Pelawak dan pelakon Tauke Jambu ditegur warganet mengenai kesalahan seorang lelaki memakai barang perhiasan daripada emas.Teguran itu diberi selepas Tauke memuat naik foto merakamkan dirinya memakai perhiasan emas yang terdiri daripada beberapa utas rantai, gelang dan juga sebentuk cincin.

Namun menurut Tauke perhiasan barangan emas itu hanyalah bertujuan untuk sesi penggambaran sahaja.Namun Tauke tidak menjelaskan sama ada emas yang disarungkan itu adalah tulen atau pun tidak.“Ini gambar masa sh00ting tau… Lelaki tak boleh pakai emas. Saja nak tanya lu orang… Rasa-rasa berapa nilai yang wa sarung semua kat badan ni?” tulisnya ringkas.

Bagaimanapun foto tersebut mengundang pelbagai reaksi pengikutnya termasuklah rasa kurang senang dengan perbuatan Tauke itu.“Tak kisahlah masa sh00ting ke tak… Dah nabi kata lelaki tak boleh pakai emas… Bukannya terkecuali masa sh00ting. Adoi,” tegur @khairuddin03_

“Maaf bukan lelaki tidak boleh pakai emas ke @taukejambu2,” komen @msyazwaniarani. “@khairuddinofficial_ prop jer kot… G1la ke apa production nak pkai emas betul… Silap-silap habis shooting, dah hilang wat pajak gadai… Tak gitu pak @taukejambu2,” komen @khairulmikhail.Terdahulu, penyanyi rap kumpulan K-Clique MK juga pernah ditegur mengenai isu yang sama.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Nadia macam kena smpuk- Tauke Jambu

KUALA LUMPUR: Pelawak popular, Tauke Jambu menafikan perpisahan Nadia Mohd Affendi melalui rakaman suara yang dihantar dalam aplikasi WhatsApp, seperti didkwa isterinya.Bagaimanapun, Tauke, 42, mengaku rumah tangga yang dibina sejak lebih setahun lalu, sedang diuji.

Semalam, Nadia, 30, dilapor mengesahkan sudah berpisah apabila Tauke berpisah melalui kiriman rakaman suara, ketika dia berada di kampung, baru-baru ini. Nadia mendkwa, keretakn rumah tangga mereka berpunca daripada ‘orang ketiga’ apabila Tauke dikatakan menduakan dengan seorang wanita dari seberang.

“Tak betul, saya tidak melafazkan talak terhadap isteri. “Apabila sedang marah, macam-macam kata dilmparkan, tetapi sebagai suami, saya kena sabar. “Saya ingat apabila menghantar isteri pulang ke kampung boleh memberi tumpuan pada Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), tetapi nampaknya perbalahan lebih teruk.

“Saya anggap ini asam garam dalam berumah tangga. Bagi saya ruang untuk menyelesaikannya, tetapi buat masa ini, saya sangat sibuk dengan MLM2018,” katanya ketika dihubungi BH Online di sini, hari ini. Mengulas dkwaan kononnya dia menjalin hubungan dengan wanita seberang, Tauke berkata, dia bertemu dengan macam-macam orang atas urusan kerja.

“Macam-macam orang selfie dengan saya. Nadia ingat dia berkahwin dengan orang kerja kilang ke? “Saya pelik kenapa orang perempuan suka mengadu dalam laman sosial daripada mengadu dengan Tuhan? Masalah dalaman rumah tangga tidak perlulah dikibarkan dengan khalayak.

“Saya anggap isteri saya belum cukup matang. Dia tidak boleh berfikir baik buruk tindakannya,” katanya. Tauke atau nama sebenarnya, Zamatul Amri Zakaria berkata, dia melihat ada unsur-unsur sabot4j setiap kali terbabit dalam pertandingan besar seperti MLM atau Super Spontan.

“Ada orang menggunakan isteri saya untuk membuatkan saya hilang fokus dan tertekan. Saya perhatikan isteri akan mroyn teruk setiap kali saya menyertai pertandingan besar.”Ini berlaku sejak zaman Jambu dan kami belum berkahwin lagi.

“Saya tengok Nadia seperti kena smpuk apabila saya terbabit dengan pertandingan. Dia suka buat hati saya panas dan mencetuskan perbalhan .”Kami pernah berbalah hingga pcah telefon bimbit sebelum saya naik pentas. Macam mana saya mahu memberi tumpuan dan membuat orang ketawa dengan lawak jenaka apabila baru berbalah?

“Selepas selesai pertandingan, hubungan kami elok, tidak pula berbalah” katanya.Tauke berkata, dia tahu itu bukan sikap sebenar isterinya.”Saya bukanlah nak percaya benda mistik tetapi itulah yang berlalu sejak belum berkahwin lagi. Ada juga yang menjadi batu ap1 dan menghasut isteri.

“Kali ini, hubungan saya dan Nadia panas sejak minggu pertama dalam MLM2018. Saya tidak mahu cakap sesiapa, tetapi saya percaya ini kerja manusia yang sakit hati melihat kejayaan orang lain,” katanya.Tauke dan Nadia berkahwin pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Zamatul Khayla Aydina yang lahir pada 26 Oktober tahun lalu.-ctto

Tauke jawab isu menduakan

KUALA LUMPUR: Pelawak, Tauke Jambu menyangkal hal tersebut masih bersikap menduakan dan gemar bersosial apabila video yang memaparkannya bersama seorang gadis di sebuah pusat hiburan tersebar di laman sosial, baru-baru ini.Tauke berkata, video yang tular itu adalah ftnh. Sebagai selebriti, menjadi satu kebiasaan jika ada peminat mahu mengajaknya merakamkan foto atau video bersama.

“Saya pergi ke pusat hiburan atas undangan adik angkat yang juga deejay. Apabila di situ, biasalah ada peminat yang mengajak bergambar atau merakam video. Saya tak kisah, asalkan jangan mlampau.“Soal ini sering meletakkan saya dalam keadaan serba salah. Apabila sudi bergambar, cerita negatif seperti ini pula yang timbul. Apabila mengelak, orang akan kata artis sombong pula.

“Saya tak tengok lagi gambar berkenaan. Tetapi, tak mengapa, biarlah orang nak buat cerita tak benar pasal saya kerana jika ftnh, dia tanggung dosa. Mata boleh men1pu tetapi Allah mengetahui,” katanya kepada BH Online.Tauke atau nama sebenarnya, Zamatul Amri Zakaria bersyukur dikurniakan isteri yang memahami situasi dialaminya itu.

“Alhamdulillah, hubungan kami suami isteri masih baik. Dia pun tahu perkara sebenar. Kalau tidak memang p0rak-prnda rumah tangga kami,” katanya ketika ditemui pada sidang media pementasan teater Korpsi Dewan Semandung di Istana Budaya.

Tahun lalu, rumah tangga Tauke dilanda kontroversi apabila isterinya, Nadia Mohd Affendi berpisah menerusi khidmat pesanan ringkas. Bagaimanapun, bekas peserta Raja Lawak musim pertama ini menafikan perkara itu.-bh

Tauke Jambu masih terkilan

PELAWAK Tauke Jambu, 41, terkilan kerana anak-anak hasil perkahwinan terdahulu tidak dapat hadir ke majlis perkahwinannya yang berlangsung 9 Disember tahun lalu.Tauke atau Zamratul Amri Zakaria yang memiliki enam anak berusia antara lapan hingga 16 tahun hasil perkahwinan sebelum ini, akui ada menjemput mereka hadir di majlis perkahwinannya dengan model sambilan Nadia Mohd Affendi, 28.

Bagaimanapun katanya, bekas isteri memberi alasan pergi bercuti bersama anak-anak kerana musim cuti sekolah.“Walaupun saya sering bertemu mereka setiap kali pulang ke kampung di Johor Bahru, tapi perasaan berkongsi hari bersejarah dengan anak-anak sendiri adalah berbeza.

“Apatah lagi pada hari itu ibu bapa juga tiada kerana sudah tiada,” katanya kepada Harian Metro.Pun begitu, Tauke yang ditemui di set penggambaran sitkom terbaru Mamu Mami Gosip berkata, disebalik kesedihan pada hari bahagianya itu, dia bersyukur kerana segala urusan berjalan lancar.

Dia turut meminta maaf kepada tetamu yang hadir kerana difahamkan ada yang tidak mendapat tempat duduk kerana kehadiran tetamu melebihi 1,000 jemputan yang diperuntukkan.Majlis bertemakan kisah dongeng berlangsung dengan meriahnya. Ini perkahwinan keempat Tauke selepas lima tahun menduda manakala kali pertama buat Nadia. Mereka bertunang 5 Disember 2015.-mymetro

Tauke Jambu cari ‘kembar’ Pak Yus

PELAWAK dan penyampai radio Tauke Jambu mencari identiti lelaki yang mirip Yus Jambu selepas sekeping foto lelaki berkenaan yang tular di laman sosial baru-baru ini.Menerusi laman Instagram, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 39, memuatnaik gambar lelaki berkenaan dan meminta pengikutnya yang mempunyai maklumat atau nombor telefon individiu untuk berkongsi maklumat itu dengannya.

“Salam sesiapa kenal pemuda ini, boleh mesej nombor telefon dia tak? tulisnya.Tinjauan melalui ruangan komen, sebahagian peminat mengatakan lelaki ini berasal dari Kelantan dan wanita yang bergambar bersebelahan dengan lelaki tersebut merupakan isterinya yang bernama Siti Sharifah.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan samada Tauke sudah berjaya mendapatkan maklumat mengenai lelaki itu.Pak Yus atau nama sebenarnya Yussry Edoo, 39, pergi buat selakibat sesak nafas 30 November lalu.-Sinar HarianKomen & Pendapat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *