Syarikat hampir gulung tikar tahun lepas. Shuib nekad beri sesuatu yang agak istimewa buat Siti Sarah yang bernilai puluhan ribu ringgit sempena ulang tahun isteri tercinta

artis

PETALING JAYA: Shuib Sepahtu menghadiahkan isteri tersayang, Siti Sarah Raissuddin seutas jam tangan jenama mewah bernilai puluhan ribu ringgit sempena hari jadi ke-36 penyanyi itu. Sarah yang menyambut ulang tahun kelahiran, hari ini, diberi kejutan pada majlis sambutan hari jadi di sebuah hotel di Subang Jaya, malam tadi.

Mengaku jam tangan mewah itu menjadi antara hadiah paling mahal pernah diberi suami, Sarah yang tidak suka memakai aksesori perlu belajar menyarung jam tangan, mulai sekarang.”Saya hargai pemberian suami. Jika hendak diikutkan, saya bukan jenis materialistik. Kalau orang tak suruh beli atau belikan untuk saya, memang tidaklah saya berbuat demikian.

“Setakat ini, tas tangan berjenama antara yang saya beli untuk ganjaran selepas bekerja keras.”Saya bukan suka pakai aksesori termasuk jam tangan sejak zaman sekolah. Tetapi sekarang, kenalah mula pakai jam tangan,” katanya ditemui pada majlis sambutan hari jadinya di sini, malam tadi.

Sarah yang baru-baru ini membuat permohonan maaf kepada masyarakat Orang Asli atas berita video promosi syampu, percaya angka 36 pada usia melambangkan kematangan diri.”Semoga saya terus dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Harapnya segala urusan dunia akhirat saya dipermudahkan.

“Moga saya terus mendapat memberi manfaat dan mempengaruhi orang lain dalam segala segi termasuk perniagaan,” katanya.Sementara itu, Shuib mempunyai alasan kukuh menghadiahkan jam tangan mewah kepada isterinya.”Sebelum ini, saya paksa isteri pakai gelang emas biarpun tahu dia tidak suka aksesori. Sekarang saya hadiahkan jam tangan supaya dia boleh aturkan masa dengan baik.

“Apatah lagi, isteri cemerlang dalam perniagaan kecantikannya. Jika diikutkan, tahun lalu, syarikatnya hampir gulung tikar,” katanya.Shuib yang genap 36 tahun, Sabtu lalu, turut dihadiahkan beg sandang berjenama oleh Sarah.Pasangan ini mempunyai tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.Pada sambutan hari jadi itu, Sarah menyumbangkan suara mendendangkan beberapa lagu termasuk berduet dengan bapanya, Raissuddin Hamzah dan Mark Adam.-bh

Warganet Masih Tidak Berpuas Hati Walaupun Siti Sarah Baru Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka. Sampai Satu Tahap Siti Sarah Berjumpa Dengan Wakil Masyarakat Orang Asli

Susulan kontroversinya didkwa menghiina Orang Asli, penyanyi Siti Sarah mengambil keputusan bertemu wakil masyarakat Orang Asli untuk memohon maaf secara terbuka berhubung kenyatannya itu yang mengundang kemarahan ramai pihak.

“Tak tenang hati ini selagi tidak bersemuka dan memohon maaf. Apatah lagi keluarga saya sendiri sangat rapat dengan masyarakat Orang Asli,” katanya. Jelas Sarah lagi, dia akui terlepas kata dan tiada niat langsung untuk menghiina mana-mana pihak, malah dia sendiri mempunyai seorang adik angkat daripada masyarakat Orang Asli

“Tidak terlintas langsung di hati ini untuk menghiina kerana saya sendiri memiliki adik angkat dari suku kaum ini, yang bernama Rainbow.“Atuk dan nenek saya juga sangat rapat dengan mereka ini, jadi untuk apa saya menghiina? Saya kesal gara-gara terlepas kata, ramai pihak terluka” katanya.

Dalam pada itu, Sarah menafikan dkwaan sesetengah pihak bahawa dia cuba melarikan diri, sebaliknya dia tidak mahu isu tersebut diperbesarkan.“Selama ini saya cukup-cukup menjaga kandungan media sosial saya. Saya berdiam bukan kerana mahu bersikap lempar batu sembunyi tangan, sebaliknya tidak mahu isu diperbesarkan.“Saya mengakui kejadian ini banyak mengajar saya dalam menjaga kata-kata, berhati-hati memilih kawan dan dengan siapa saya bercakap,” ujarnya.-ctto

Isu Video Siti Sarah Yang Menerima Banyak Kritikan Warganet. Siti Sarah Nekad Buat Permohonan Maaf Atas Silap Dia Semasa Membuat Promosi Produk Syampu

PENYANYI Siti Sarah Raisudin tampil membuat permohonan secara terbuka berhubung isu mengkritik rambut rambut orang asli yang dilakukannya tanpa sengaja menerusi sebuah video promosi shampoo yang tular beberapa hari lalu.

Sarah, 36, mengharapkan permohonan maaf tersebut diterima baik dan tidak diperbesarkan lagi selepas ini. “Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya kepada masyarakat Orang Asli.

“Saya amat berharap permohonan maaf saya ini diterima kerana ianya bukanlah sesuatu yang disengajakan.“Saya mohon isu ini tidak akan diperbesarkan lagi dan kenyataan ini akan menjadi yang pertama dan terakhir daripada saya,” ujar Sarah menerusi sebuah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusannya, Indigital Music.

Tambah Sarah yang juga isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu, selama lebih dua dekad dalam industri seni, dia sedar kedudukannya sebagai selebriti yang sering menjadi perhatian masyarakat. “Saya sangat mementingkan etika dalam setiap perkara yang saya lakukan termasuklah setiap posting yang ingin dimuat naik di media sosial. Saya percaya segala perbuatan akan menjadi perhatian masyarakat.

“Namun susulan kejadian yang tercetus, ia sedikit sebanyak menjejaskan reputasi saya sebagai selebriti dan usahawan.“Di sini, saya ingin jelaskan bahawa saya Siti Sarah Raissuddin tidak pernah terlintas untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, malah menghormati seluruh masyarakat di Malaysia.

“Bagaimanapun sebagai manusia kita semua tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.“Justeru saya menerima permohonan maaf yang dibuat Pengarah Syarikat House of Ridz Okumura Sdn Bhd, Ridzo Okumura yang memuat naik video perbualan kami tanpa mendapat keizinan saya terlebih dahulu sehingga menjadi tular,” jelasnya.Terdahulu Sarah menerima kritikan hebat selepas kenyataan yang dibuat menerusi video terbabit dikatakan menghiina rambut Orang Asli.(FOTO: Instagram Siti Sarah)

Dikatakan Sentuh Hal Sensitif. Siti Sarah Terus Dikritik Oleh Warganet Bila Dia Menyentuh Isu Fizikal Seseorang Ini

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin menjadi perhatian wargamaya selepas dirinya menjadi sasaran kritikan di media sosial gara-gara sepot0ng video yang mendkwa dirinya ada menyentuh mengenai rambut masyarakat Orang Asli mencetuskan tular.

Menerusi video yang diperkatakan itu, Sarah awalnya dipuji kerana mahir berbisnes dan kemudiannya dilihat cuba mempromosikan produk rambut di sebuah salon yang dikunjunginya. Bagaimanapun, Sarah antara lain membayangkan andai buka tudung, seolah-olah seperti rambut Orang Asli.

Lalu, ia sekali gus membuatkan sebahagian warganet tidak berpuas hati sebagaimana yang dikongsi pada ruangan komen entri tersebut. Namun begitu, ada juga yang memberikan pandangan bahawa kenyataan itu bukanlah dikatakan dalam suatu bentuk yang idan isu tersebut tidak patut diperbesarkan.

Ada Masalah Penglihatan Mata Kanan. Alina Hassan Dedahkan Siti Sarah Bantu Dia Untuk Terima Rawatan Mata Dan Ini Reaksi Alina Selepas Terima Mesej Dari Pihak Pengurusan Sarah

Penyanyi Alina Hassan, 52, tidak dapat menahan sebak selepas bertemu dengan penyanyi, Siti Sarah yang bermurah hati cuba memulihkan masalah penglihatan mata kanannya yang tidak dapat digunakan kerana selaput mata atau katarak di Prof Muhaya Eye & LASIK Centre, pada Khamis.

Alina ketika ditemui menzahirkan rasa syukur atas rahmat dan rezeki yang diterimanya memandangkan dia sebelum ini turut berikhtiar mengumpul wang demi menyelesaikan mata mata yang dihadapi sejak sembilan tahun lalu.

“Saya tidak percaya dan tidak terkata-kata. Bila dapat mesej daripada pihak pengurusan Sarah, saya tanya betul ke? Sehinggakan saya turut tanya pada rakan, betulkah ini? Sarah memang suka tolong orang, tengoklah rezekinya.

“Ya Allah… Saya rasa bernasib baik dapat kenali Sarah meski hanya menerusi program Mentor Otai tidak lama dulu. “Rasa bersyukur sangat, gembira tak terkira sebab… Memang saya ada perancangan  untuk ubati masalah katarak mata,” jelasnya.

Juara program Sinaran Pasport Kegemilangan 1996 dan pemenang tempat ketiga Mentor Otai 2018 ini menambah, dia mengalami masalah tersebut pada kedua-dua belah bahagian mata dan sudah pun melakukan rawatan pembuangan katarak pada mata kirinya tiga tahun lalu.

“Kedua-dua belah mata saya alami katarak sekitar tahun 2011 lalu ketika bertugas sebagai pengawal keselamatan di KLCC.“Ketika itu baru perasan mata saya macam ada selaaput. Makin lama makin teruk sehinggalah sertai program Kilauan Emas.“Bila ada rezeki lebih, saya lakukan proses membuang katarak di sebelah mata kiri pada tahun 2017,” katanya kepada MH.

Sementara itu, Sarah yang turut setia menemani Alina pada sesi awal rawatan turut mendoakan agar proses tersebut dipermudahkan.Dalam sebak, isteri kepada Shuib Sepahtu itu turut menyatakan akan kepentingan menjaga pancaindera.

“Semoga urusannya dipermudahkan. InsyaAllah jika penglihatannya lebih baik, banyak perkara lain yang dia boleh lakukan selepas ini. Saya doakan moga dia berjaya dunia akhirat.“Saya sebak sebab bila melakukan sesi ini dan bertemu dengan Prof Muhaya, kita semua yang berada di sini mungkin akan lebih sedar, betapa pentingnya sepasang mata.

“Dengan matalah kita nak membaca ayat suci al-quran bersama segala kebaikan yang lain.“Saya doakan prosedur pembedahannya minggu depan dipermudahkan dan moga kesihatannya juga bertambah baik, insyaAllah,” harap Sarah.Proses rawatan untuk membuang katarak pada mata penyanyi berkenaan akan dilakukan minggu hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *