Selamba Dr Zulkifli pilih untuk potong rambut di Kedai Hipster.Ini reaksi mengejut dari tukang gunting bila Dr Zulkifli tanpa ragu datang ke kedainya

Viral

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkongsi gambar di Instagram yang memaparkan beliau sedang menggunting rambut di sebuah kedai hispter di Nilai, Negeri Sembilan.Menerusi kapsyen, Dr Zulkifli berkata beliau berbangga apabila melihat anak muda Muslim berjaya dalam pelbagai bidang masing-masing selain berterima kasih atas perkhidmatan menggunting rambut yang baik.

“Sesekali cuba kedai gunting rambut hipster. Saya amat berbangga melihat kejayaan anak muda Muslim dalam apa jua lapangan kerjaya yang diceburi,” katanya.Posting tersebut mendapat maklum balas daripada tukang gunting rambut dikenali sebagai Afifi yang turut mengucapkan terima kasih selain berharap dapat bertemu lagi dengan Dr Zulkifli.Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!Sumber: KLMENJERITVIDEO

Dr Zulkifli mufti pertama jadi menteri

MUFTI Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi mufti pertama di negara ini dilantik sebagai menteri.Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah, Ijazah Sarjana Syariah daripada Universiti Ulum al-Islamiyyah wa al-Arabiyyah, Syria dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengkhususan pengeluaran Fatwa itu begitu disegani dan menjadi pakar rujuk dalam pelbagai isu agama sebelum ini.

Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu dan Negeri Sembilan selain terbabit sebagai penasihat syariah dalam beberapa institusi kewangan.Dr Zulkifli dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan pada Jun 2014 sehingga kini.Terkenal dengan perwatakan warak dan sopan, beliau sering dikunjungi ibu bapa yang ingin memintanya supaya mentahnikkan bayi yang baru lahir.-mymetro

Keupayaan Zulkifli Mohamad Al-Bakri diyakini

KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yakin pemilihan tokoh agamawan membarisi Kabinet kali ini membolehkan urusan berkaitan agama berjalan dengan lancar tanpa dipengaruhi mana-mana agenda politik kepartian.Setiausaha Agungnya, Dr Mohd Roslan Mohd Noor, berkata tugas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama disifatkan sebagai amat berat.

“PUM mengucapkan sekalung tahniah kepada Zulkifli di atas pelantikan ini.“Tugas beliau sangat berat untuk menyatukan umat Islam dalam menghadapi isu berkaitan Islam di negara ini.“Namun PUM percaya beliau mampu menggalas tugasan ini memandangkan pengalamannya dalam urusan pentadbiran Islam sebelum ini,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, hari ini.

Mohd Roslan berkata, kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) Islam bersedia menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan.“PUM berharap Zulkifli dapat menjalankan amanah sebaik mungkin dan dalam masa sama, hubungan dengan NGO Islam dapat diperkasa sebaiknya,” katanya.

Zulkifli, 51, dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama dan di antara enam individu yang dilantik sebagai Senator bagi membarisi Kabinet Persekutuan.Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Orang-orang Ccat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis), Mohammad Faizal Che Yusof turut menzahirkan kesyukuran memandangkan tokoh agama disegani itu sememangnya akrab dengan komuniti orang kurang upaya (OKU).

“Kami memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan pembentukan jemaah menteri apabila Mufti Wilayah Persekutuan turut tersenarai sebagai salah seorang ahli Kabinet.“Besar harapan kami cetusan baru mampu diperkenalkan bagi mendekatkan lagi komuniti OKU kepada Islam,” katanya.

Mohammad Faizal berkata, besar harapan warga Pertis untuk pembangunan OKU diberikan perhatian.“Portfolio agama sangat rapat dengan Pertis khususnya dan OKU secara umumnya. Cadangan kami konsep OKU Muqarabun dijadikan modul pembangunan OKU Islam.Katanya, pihaknya bersedia untuk membantu kerajaan sebagai sekretariat yang menghimpunkan NGO bagi kepentingan pembangunan sahsiah diri OKU Muslim.-bh

Dr Zulkifli hasilkan buku panduan fekah COVID-19, doa

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menghasilkan dua buku baharu bertajuk ‘Soal Jawab Fiqh COVID-19’ dan ‘Inilah Doaku’, yang boleh dijadikan panduan kepada masyarakat.

Zulkifli berkata, buku yang diterbitkan Pejabat Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) itu akan diedarkan secara percuma bagi salinan cetak, manakala salinan dalam talian dalam format PDF boleh dimuat turun di https://mira.gov.my/buku/ atau di t.me/drzulalbakri.

“Alhamdulillah dengan izin-Nya, dua buku saya iaitu ‘Soal Jawab Fiqh COVID-19’ dan ‘Inilah Doaku’ sudah disiapkan dan diterbitkan.”Buku-buku ini bukan untuk dijual dan tidak diterbitkan untuk keuntungan,” kata beliau dalam laman Facebook hari ini.Menurut laman web Pejabat Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), buku ‘Soal Jawab Fiqh COVID-19’ menghimpunkan pelbagai soalan lazim yang sering dikemukakan berkaitan hukum dan permasalahan yang dihadapi masyarakat dalam suasana wabak COVID-19 yang sedang berlaku.

Antara isu yang dikupas dalam buku setebal 191 muka surat itu adalah berkaitan solat Jumaat dan solat fardu, azan, kenduri kahwin, hukum bersalaman dan solat jnzh.”Semoga dengan penerbitan buku ini, ia dapat menjadi rujukan dan panduan yang berguna kepada masyarakat amnya dan petugas barisan hadapan khususnya dalam melaksanakan tugas menangani wabak COVID-19 ini,” katanya.

Bagi buku ‘Inilah Doaku’, ia mengandungi 35 doa yang wajar dibaca dan diamalkan, yang dihimpunkan dalam buku setebal 54 muka surat.”Ia mungkin boleh diamalkan selepas Subuh atau setiap pagi sebelum ke tempat kerja. Cukup dengan mengambil masa 10 hingga 15 minit untuk berdoa dengan doa ini,” katanya.-bh

Menteri, pemimpin harus contohi sikap Dr Zulkifli

ALOR SETAR – Menteri mahupun pemimpin kerajaan Perikatan Nasional harus mencontohi sikap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam menangani isu sebuah kilang minuman yang tidak dibenarkan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan berkata, selain tegas dengan prinsip, Dr Zulkifli tidak membuat ulasan terbuka bagi mengelak kenyataan beliau disalah tafsir.Menurutnya, beliau juga dilihat tidak mencampuri peranan kementerian lain bagi mengelak kntroversi.

“Disiplin seperti ini diperlukan agar tidak wujud percanggahan pandangan seperti yang berlaku dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sebelum ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.Wan Saiful berkata, kerajaan Perikatan Nasional harus memastikan kesilapan seperti itu tidak berulang dalam pentadbiran mereka.“Beliau tidak mahu menjawab bagi pihak kementerian lain dan tidak mahu terlibat dalam kontroversi yang tidak perlu. Sikap berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan amat penting agar mesej yang disampaikan kepada rakyat tepat dan tidak bercanggah dengan pemimpin lain,” katanya.

Menurutnya, berbanding ketika era pemerintahan PH sebelum ini, menteri dan pemimpin politik sering memberi komen bercanggah kepada umum.“Ketiadaan disiplin seperti itu menyebabkan PH dilihat tidak kompeten dan caca marba. Keinginan untuk menjadi hero secara individualistik serta gagal bergerak sebagai satu pasukan menyumbang kepada kelemahan kerajaan PH,” katanya.

Terdahulu, menerusi Facebook miliknya, Dr Zulkifli menjelaskan, beliau tidak selesa untuk menjawab bagi pihak kementerian lain berkaitan sebuah kilang minuman tersebut dibenarkan beroperasi ketika PKP dikuatkuasakan.Tegas beliau, soalan berbaur kntroversi atau bertujuan mel4ga-4 dirinya dengan mana-mana pihak akan dielakkan.

Ini kerana sekiranya dijawab secara tergesa-gesa kemungkinan boleh menjatvhkan maruah seseorang.Dr Zulkifli berharap kejadian tersebut tidak berulang kerana umum mengetahui natijahnya.Bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu berkata, pendirian beliau berkaitan minuman itu adalah konsisten tanpa kompromi bahawa minuman itu adalah haram di sisi Islam.-bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *