Nak buka studio. Azmi Caliph Busker sanggup jual ambil satu inisiatif ini untuk capai impian dia yang satu ini dan Azmi terus dedahkan hasilnya

artis

Menurut Azmi, ketika itu dia terpaksa mencari alternatif lain bagi mencari rezeki memandangkan segala aktiviti seni dihentikan buat sementara waktu. Penyanyi yang juga vokalis kumpulan Caliph Busker, Azmi Saat menganggap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada Mac lalu memberikan hikmah buat dirinya.Azmi Buka Studio.Menurut Azmi, ketika itu dia terpaksa mencari alternatif lain bagi mencari rezeki memandangkan segala aktiviti seni dihentikan buat sementara waktu. Biarpun begitu, Azmi berkata dia berjaya membuka sebuah studio yang telah disewa nya hasil daripada jualan barangan peribadinya di atas talian.

“Ada hikmahnya PKP terjadi, saya terpaksa fikirkan buat sesuatu. Biarpun belum nampak hasilnya, saya berjaya membuka sebuah studio. “Saya jual barang-barang yang saya rasa boleh jual dan yang belum digunakan termasuklah sebuah seterika berkuasa tinggi bernilai lebih kurang seribu lebih yang saya beli sebelum ini. Saya jual balik seterika itu dan barang-barang lain secara online” “Saya gunakan balik duit itu untuk sewa studio dan sebagainya” katanya kepada Murai.my.

Azmi Bawa Pulang RM10,000

Dalam pada itu, Azmi memanjatkan rasa syukur selepas berjaya menwaskan 7 lagi penyanyi popular di dalam rancangan realiti terbaharu, Immortal Songs yang bersiaran di TV3 bagi episod ketiga sekali gus membawa pulang wang tunai RM10,000. Azmi yang membawakan lagu versi baharu Penghujung Rindu dendangan asal Datuk Jamal Abdillah tidak menyangka akan berjaya pada malam itu kerana menganggap peserta-peserta lain mempunyai kekuatan vokalnya tersendiri.

Namun, dalam masa yang sama dia turut meluahkan rasa gembira kerana perancangannya bagi membawakan lagu yang ditulis oleh Fauzi Marzuki itu berjaya membuahkan hasil. Azmi ditemui Murai.my usai daripada rakaman Immortal Songs yang berlangsung baru-baru ini. Program realiti itu bakal menyaksikan 8 penyanyi yang berbeza setiap minggu membuat persembahan lagu seorang lagenda dalam versi mereka sendiri. Immortal Songs akan bersiaran selama 7 minggu pada setiap Ahad jam 9 malam di TV3.-murai

Terpaksa Tolak Rezeki Demi Kebahagiaan Isteri – AZMI CALIPH BUSKERS Ajak Kita Hargai Masa dengan Pasangan

Perkongsian vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat ini benar-benar menjentik hati. Mengetuk kotak fikir untuk menaakul betapa perlunya kita menghargai pasangan.Baik suami dan isteri, ada ketikanya kesibukan dan hmbatan kerja itu perlu diketepikan seketika demi menyempurnakan tanggungjawab hakiki yakni membahagiakan pasangan. Si isteri tidak meminta kemewahan semata-mata sebaliknya hanya masa yang mahu diluangkan bersama. 

Ya, Azmi juga manusia biasa seperti kita. Tidak terlepas daripada diuji dalam melayari bahtera rumah tangga. Diuji dengan masalah rumahtangga, saat isteri tercinta memberi kata dua dek kerana asyik mengeluh ekoran selalu ditinggalkan suami yang sibuk mencipta nama dalam nyanyian.

Acap kali bertegang urat dengan isteri kerana kekangan waktu demi mengejar cita-cita dan merebut peluang rezeki; rupa-rupanya nasihat nan satu itu menjadi kunci kekuatan bagi Azmi mengimbas kembali pengrbanan isterinya. Baca dan fahamilah, kerana pasti ramai yang boleh kaitkannya dengan pasangan masing-masing. Ya, isu masa, memahami dan meredhai benar-benar dekat di hati kita yang sudah bergelar suami isteri. 

Nukilan FB Azmi Saat. Minggu lepas berpeluang jumpa dengan kawan yang dah lama tak jumpa. Alang-alang ada kerja di Johor, ambililah masa sedikit bertemu beliau walau pun letih sebenarnya.Dalam kami berbual, sempat saya tanyakan “anak kau dah boleh buat apa sekarang?””Anak aku dah mula bercakap. Tapi aku sedihlah. Aku baru je berpisah dengan isteri aku.”Inna lillahi wainna ilaihi raji’un. Punyalah terkejut saya. Masih terngiang-ngiang perbualan saya dan beliau dalam telefon beberapa tahun lepas. Punyalah teruja beliau bercerita yang beliau bakal menhjadi bapa selepas gigih berikhtiar. Tup tup hari ni jumpa dah berpisah. Macam tak percaya. “Macam mana boleh jadi macam tu?”

“Isteri aku tak faham kerja kita Mi. Biasalah pemuzik. Kadang-kadang kena pergi buat persembahan jauh-jauh. Kalau musim sibuk aku jarang ada masa dengan dia. Waktu itulah dia asyik merungut. Lama-lama tak tahan juga aku.””Oh. Sabarlah ya. Ini ujian untuk kau orang.” Hanya itu yang mampu saya katakan pada beliau walau pun dalam hati macam-macam yang mahu saya kongsikan namun tak sanggup Mengenangkan beliau baru sahaja berpisah.Sebenarnya saya juga pernah melalui pengalaman begitu. Baru-baru ini saya menolak tawaran berlakun drama yang sepatutnya penggambarannya akan dilaksanakan dalam bulan oktober ini kerana perlu tinggalkan isteri selama satu minggu.

Saya pernah juga tolak tawaran menjadi artis rakaman walau pun lagunya sudah dirakamkan kerana jadual promosi yang memerlukan saya terpaksa tinggalkan isteri beberapa hari.Banyak lagi undangan yang pernah saya tolak walau pun bayarannya agak lumayan. Semuanya kerana jadual yang padat memerlukan saya terpaksa mengrbankan masa bersama isteri.

Sejak awal perkahwinan saya dan isteri, dia tak pernah minta kemewahan. Cuma satu yang dia minta ia itu masa di sebelah malam. Isteri saya boleh jadi sampai tak boleh tidur kalau ditinggalkan waktu malam.Tak tahulah kenapa. Dia akan resah, bimbang dan takut bila berseorangan waktu malam. Tak ramai orang yang faham. Cuma orang yang rapat sahaja yang tahu masalah dia.Dulu saya dan isteri kerap berbalah. Waktu awal Caliph Buskers dikenali, jadual kami terlalu padat. Saya tak boleh tolak undangan kerana saya penyanyi utama. Biasanya penganjur tak mahu mengundang jika saya tak ada. Setiap kali undangan yang memerlukan kami bermalam, setiap kali itulah saya dan isteri akan berbalah. Ia sedikit sebanyak mengganggu fikiran dan perasaan saya sewaktu bekerja.

Walau pun dapat bayaran tapi tak ada ketenangan. Saya menghiburkan orang tapi diri sendiri tak terhibur. Saya menggembirakan orang tapi isteri sendiri dirumah bersedih. Apakah maknanya?Sampailah satu masa bila terlalu banyak berbalah, isteri saya meluahkan isi hatinya. “Dari awal perkahwinan kita cuma satu sahaja yang saya minta. Saya sangat memerlukan awak di waktu malam.

Semenjak awak dah jadi artis saya selalu ditinggalkan. Saya faham awak ada kerjaya sekarang tapi saya sangat perlukan awak. Saya tak kisah kita hidup susah sekalipun asalkan awak selalu ada dengan saya.””Siapalah saya untuk menghalang awak mengejar kerjaya awak. Sekarang saya minta awak buatlah pilihan. Jika awak benar-benar mahu mengejar kerjaya sebagai penyanyi yang sibuk, tolonglah lepaskan saya. Namun seandainya awak lebih memilih saya, buatlah sesuatu supaya saya tak selalu ditinggalkan bersendirian.”

Apa lagi yang mampu saya katakan? Sejak dari saya tak punya apa-apa walaupun duit untuk hantaran perkahwinan kami dialah yang bantu saya. Dua tiga tahun awal perkahwinan saya tak mampu memberi nafkah secukupnya pada dia tapi tak pernah sekali pun dia mervngut.Malah dialah yang banyak membantu sampai saya boleh menjadi pemuzik. Dia pinjamkan duit untuk saya beli barang-barang muzik. Dia teman saya bmenyertai pertandingan menyanyi sana sini supaya orang tahu bakat saya.Dia yang beri semangat supaya saya jangan berhenti menyanyi walaupun waktu itu rasanya mustahil seorang bvta boleh menjadi penyanyi di Malaysia.

Akhirnya, saya ambil keputusan untuk maklumkan pada ahli-ahli Caliph Buskers tentang pendirian saya. Sekiranya ada kerja yang memerlukan kita bermalam tolong maklumkan awal supaya saya boleh carikan teman untuk isteri saya.Jika tak ada orang yang boleh temankan, saya terpaksa tolak sebesar apa pun juga tawarannya. Begitu jugalah yang saya sampaikan pada pihak KRU Music selaku pihak yang bertanggungjawab menguruskan kami waktu itu.

Bermacam-macam kata-kata yang saya terima selepas saya suarakan pendirian saya. Ada yang kata saya takut bini. Ada yang kata saya tak akan ke mana kalau berpendirian begitu.Ada juga yang kata saya bodh kerana menolak rezeki. Pernah juga saya terima nasihat,”Kau bincanglah elok-elok dengan isteri kau. Kerja sebagai artist ni bukannya bertahan lama.Setiap tahun akan ada penyanyi baru yang muncul. Waktu kau tengah naik inilah masa untuk kau kumpul duit banyak-banyak. Nanti kau dah tak popular kau peluklah isteri kau 24 jam.”Jujurnya tertekan juga dengan kata-kata mereka. Sampailah akhirnya saya ditemukan dengan seseorang yang benar-benar membuat saya tekad dengan pendirian saya. Masih saya ingat kata-kata beliau.”Mi. Isteri ni tanggungjawab kita. Selain bagi makan, tempat tinggal dan pakaian, ketenangan dan kebahagian juga wajib seorang suami berikan pada isteri. Untuk apa banyak duit kalau tak gembira. Untuk apa kaya kalau tak bahagia.?”Isteri yang baik tak akan sama nilainya dengan semua kemewahan yang ada di dunia ni Mi. Mereka akan sentiasa ada waktu kita susah. Mereka yang jaga waktu kita sakit. Mereka akan sambut waktu kita jatuh.

Aku dapat rasakan isteri kau seorang yang baik. Kau hargailah dia. Tak akan pernah rugi kalau kau bahagiakan isteri yang baik. Kalau kau orang sepakat dalam berumah tangga, percayalah rezeki akan datang melimpah ruah lepas ni.”Saya jadi tenang bila dengar nasihat itu. Tanpa saya sangka, macam-macam tawaran yang saya dapat selepas isteri redha dengan apa yang saya buat. Saya ditawarkan untuk menyertai Gema Gegar Vaganza musim pertama dan dapat ke final.

Saya dapat tawaran menggantikan Faizal Tahir untuk AJL 32 dan dapat tempat k dua. Dapat juga berpeluang menjadi juri untuk Mikrofon Impian awal tahun itu hari. Baru-baru ini saya dapat pula tawaran bertanding di Muzikal Lawak Superstar.Semua ini peluang-peluang yang tak pernah saya terfikir akan saya terima. Dalam masa yang sama Caliph Buskers juga tak pernah putvs rezeki walau pun kami sepenuh masa mencari nafkah dengan bermuzik.Kawan-kawan. Sayangilah pasangan yang benar-benar sayangkan kalian. Dalam sibuk mencari rezeki, luangkanlah masa bersama kerana itu juga hak mereka. Fahamilah pasangan kalian kerana tiada siapa lagi yang layak memahami mereka selain kita.Yakinlah rumah tangga yang penuh dengan kasih sayang pasti akan diberkati. Mudah-mudahan Allah limpahkan banyaknya kebaikan. Begitulah hendaknya.-gmpk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *