Isu PKPD terjawab. Perdana Menteri umumkan PKPD akan dilaksanakan sekiranya mencapai satu angka ini dan harap semua rakyat Malaysia waspada dengan peraturan yang ditetapkan

berita

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  memberi peringatan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan terpaksa dilaksanakan semula sekiranya kes COVID-19 di dalam negara meningkat dengan mendadak. Muhyiddin berkata jika PKP dilaksanakan semula, ia akan memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat dan ekonomi negara.

“Kita tidak boleh ke mana-mana dan tinggal di rumah sahaja seperti yang sedang dikuatkuasakan di Kota Setar, Kedah pada masa ini. Nauzubillah,” katanya ketika menyampaikan perutusan khas berkaitan situasi semasa COVID-19 di dalam negara, malam ini.Perutusan itu disiarkan secara langsung di beberapa rangkaian televisyen tempatan dan media sosial.

Perdana Menteri juga berkata kerajaan tidak teragak-agak untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan-kawasan yang mencatatkan kes baharu yang tinggi.Justeru, Muhyiddin mengingatkan rakyat Malaysia supaya terus berwaspada dan tidak leka terhadap peraturan berkaitan kuarantin, pemakaian pelitup muka serta pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang masih berkuat kuasa agar penularan wabak COVID-19 dapat dikawal.

Muhyiddin memberi gambaran situasi pandemik COVID-19 secara global yang masih menular secara aktif tidak terkecuali terjadi di negara ini.Katanya kes harian COVID-19 yang direkodkan di Malaysia adalah sekitar satu, dua dan adakalanya tiga digit tanpa pernah mencatatkan kes sifar dan memberikan gambaran bahawa rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia masih belum dapat diputuskan sepenuhnya.

“Berdasarkan dapatan yang diperolehi oleh para penyelidik dari seluruh dunia dan trend kes yang dilaporkan, jangkitan dijangka berterusan untuk suatu tempoh masa yang agak lama.Ini mengambil kira faktor pencegahan dan kawalan penularan jangkitan COVID-19 secara berkesan memerlukan rawatan spesifik dan vaksin yang efektif serta selamat untuk digunakan, Dengan situasi ini, sesiapa sahaja mungkin terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19 pada ketika ini,” katanya. — BERNAMA

Dikatakan Bayaran Kompaun Dinaikkan Dua Atau Tiga Kali Ganda Dari Kadar Yang Ada Sekarang. Ini Jawapan Yang PM Beri Selepas Isu Ini Dipersoalkan Oleh Orang Ramai

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menegaskan bahawa tiada mana-mana individu akan dikecualikan daripada peraturan kuarantin yang kett dan tindakan yang setimpal akan diberikan kepada mereka yang tidak memathuninya.

Susulan itu, beliau menyokong cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menaikkan kadar kompaun sebanyak dua atau tiga kali ganda dari kadar semasa bagi kesalahan-kesalahan yang berkaitan.”Peraturan kuarantin yang ketat di tempat-tempat tertentu akan terus dikuatkuasakan. Tiada siapa dikecualikan daripada peraturan ini dan mana-mana individu yang tidak mengikutinya akan dikenakan tindakan setmpal.

”Sehubungan itu, saya juga menyokong cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menaikkan kadar kompaun bagi kesalahan-kesalahan yang berkaitan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali ganda dari kadar yang ada sekarang,” kata beliau.

Namun, jelas beliau perkara ini akan diperhalusi dan Akta 342 akan dipinda terlebih dahulu sebelum kadar kompauan baharu dikuatkuasakan.”Walaupun begitu, perkara ini perlu diperhalusi dan Akta 342 itu perlu dipinda terlebih dahulu,” kata beliau.

“Malaysia Tidak Akan Tunduk Tuntutan Terhadap Sabah”

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Malaysia tidak akan tunduk terhadap mana-mana tuntutan terhadap negeri Sabah. Ujarnya, Sabah akan tetap kekal dalam Malaysia.Beliau berkata lagi, tiada kompromi terhadap apa sahaja isu melibatkan kedaulatan negeri itu dan akan mempertahankan Sabah sehingga ke akhir.

“Baru-baru ini ada kenyataan daripada pihak Filipina nak buat peta baharu yang antaranya telah dimasuk dalam passport…saya tak nak cakap panjang, kita tidak akan tunduk dengan tuntutan ini. Sabah kekal dalam Malaysia. Sabah sebahagian daripada Malaysia.

“Jangan ada usaha untuk menarik Sabah keluar dari Malaysia dan jangan ada usaha orang lain daripada Malaysia, menuntut Sabah untuk menjadi sebahagian daripada wilayah mereka.”Isu tuntutan Filipina terhadap Sabah timbul semula apabila Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara Filipina dilapor membenarkan cetakan peta Filipina meliputi kawasan 320 kilometer Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dan Sabah dalam pasport negara itu.

Tindakan itu dianggap sebagai satu bentuk prov0kasi Manila berhubung tuntutannya terhadap Sabah.Malah, turut tular peta Sabah tertera bendera Filipina yang dikatakan sebagai wilayah ke-14 negara itu dengan nama setiap kawasan disebut dalam bahasa Filipina.SUMBER: Bernama

TERKINI: PKPP Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020 – PM

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan berakhir pada 31 Ogos 2020 ini akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu siaran langsung Perutusan Khas PM sebentar tadi.

”Demi kepentingan saudara-saudari sekalian, kerajaan telah memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020,” kata beliau.Sehubungan itu, menurut Muhyiddin, dengan pelanjutan tempoh PKPP, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 masih boleh diambil bagi memastikan rakyat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

”Dengan pelanjutan tempoh PKPP, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Pnyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 masih boleh diambil.”Ini adalah untuk memastikan semua pihak memathui Prosedur Operasi Standard (SOP) dan protokol kesihatan yang ditetapkan,” kata beliau.

Hari ini, negara mencatat 10 kes positif baharu Covid-19 dan dua kes daripadanya adalah kes penularatan tempatan. Manakala, selebihnya adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.Sesungguhnya, kita masih belum menang dalam menangani virus ini, di peringkat global lebih 20 juta kes dicatatkan sehingga hari ini dan lebih 700 ribu pemergian direkodkan.Sumber: Sidang Media Khas PM

Bukan Kemain Lagi Perdana Menteri Kita. PM Santai Sahaja Makan Di Sebuah Restoran. Lebih Mengejutkan PM Bertindak Untuk Berikan Sesuatu Kepada Mereka

Seorang pemain alat muzik akordion berkongsi rasa teruja apabila mendapat peluang untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sebuah restoran di Kuala Lumpur petang semalam.Menerusi laman Facebook, Othaman Jasin memuat naik video memaparkan dirinya sedang membuat persembahan muzik dan nyanyian lagu lama bersama beberapa rakan untuk Ahli Parlimen Pagoh itu.

Alhamdulillah dapat bersama2 PM

Rakaman video berdurasi dua minit 24 saat itu kelihatan Muhyiddin duduk santai di meja makan, sambil melayani serta menghargai pemuzik tersebut sehingga selesai persembahan sebelum memberi tepukan.Meninjau pada ruangan komen, rata-rata rakan serta kenalan Othaman memuji persembahan tersebut apatah lagi sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati Perdana Menteri.

PM siap bagi duit!

Sumber:Othaman Jasin

Peniaga Boleh Tarik Nafas Lega. Ini Bantuan Yang Dimaklumkan Oleh PM Dan Tarik Untuk Mohon Bantuan. Harap Semua Peniaga Ambil Perhatian Akan Perihal Berikut

Peminjam yang layak boleh menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos ini. INDIVIDU serta peniaga kecil dan sederhana (PKS) yang membuat pinjaman bank boleh menarik nafas lega apabila mereka turut tidak terkecuali mendapat manfaat daripada keputusan terbaharu kerajaan berhubung lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar.

Menerusi pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu, golongan ini akan ditawarkan tiga jenis bantuan daripada pihak bank masing-masing, bergantung kepada situasi peminjam. “Pertama, membayar faedah sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan atau kedua,memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan; atau ketiga, memberi pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil,” kata Muhyiddin dalam perutusan yang disiarkan secara langsung, petang Rabu.

Sementara itu ujar beliau, bagi pinjaman sewa beli pula, pihak bank akan turut menawarkan pilihan penjadualan ansuran yang bersesuaian tertakluk kepada Akta Sewa Beli, misalnya memanjangkan tempoh bayaran balik pada kadar ansuran bulanan yang lebih rendah. “Langkah-langkah ini dijangka akan memanfaatkan 3 juta individu dan PKS. Sekiranya lebih ramai memerlukan bantuan, institusi perbankan telah memberikan komitmen untuk mempertimbangkan bantuan yang sewajarnya. “Justeru, peminjam yang layak bolehlah menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos 2020,” ujar Muhyiddin lagi.-mstar

Tiga golongan ini terima manfaat lanjutan moratorium dan bantuan bersasar – “Saya dengar rintihan saudara, saudari”

Bank turut menawarkan bantuan kepada semua peminjam individu atau perusahaan kecil sederhana (PKS). KERAJAAN bersetuju untuk melaksanakan lanjutan moratorium dan bantuan bersasar khusus kepada golongan memerlukan. Demikian kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi pengumuman dibuat pada Rabu petang.

Antara yang bakal menikmati tawaran lanjutan adalah individu kehilangan kerja dan masih lagi belum mendapat pekerjaan baharu. “Individu yang hilang kerja pada tahun 2020 dan masih belum dapat pekerjaan baharu, anda akan menikmati lanjutan untuk tempoh tiga bulan. “Selepas tiga bulan, tempoh itu boleh dilanjutkan oleh bank, bergantung kepada situasi individu.

“Kedua, golongan yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas atau berkurangan akibat Covid-19, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan selaras dengan kadar pengurangan gaji, bergantung kepada jenis pinjaman.”Contohnya, bagi pinjaman perumahan atau pinjaman peribadi, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan pada kadar yang sama dengan pengurangan gaji,” ujarnya. Jelas Muhyiddin lagi, bantuan itu adalah untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan dan lanjutan boleh diberikan tertakluk kepada keadaan gaji semasa individu berkenaan.

Selain itu, bank turut menawarkan bantuan kepada semua peminjam individu atau perusahaan kecil sederhana (PKS), baik peniaga, penjaja atau mereka yang bekerja sendiri yang turut terkesan akibat wabak berkenaan. Namun ia juga bergantung kepada situasi peminjam-peminjam tersebut, jelas Muhyiddin.

“Bantuan ditawarkan termasuk membayar faedah sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan, atau memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan.”Terakhir, memberi pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil,” katanya lagi.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *