Ibarat doa seorang ayah untuk anak bakal lahir. Fattah Amin dedahkan dia nekad buat sesuatu ini demi anaknya yang bakal lahir dan khas buat bakal bapa di luar sana

artis

Pelakon dan penyanyi Fattah Amin bakal muncul dengan single terbaru berjudul Kiriman Agung.Menurut Fattah, lagu baru bergenre ketuhanan tersebut  lebih kepada doa dan harapan seorang ayah untuk zuriat yang bakal dilahirkan.Istimewanya, lagu hasil ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik bersama Fedtri Yahya itu dibuat khas untuk anak sulung yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.Malah, lagu terbitan syarikat rakaman Universal Music Malaysia itu juga adalah percubaan pertama Fattah menyanyikan lagu dalam genre nasyid atau ketuhanan.

“Lagu ini adalah hadiah buat anak yang bakal dilahirkan tidak lama lagi, Insya Allah. Lagu ini lebih kepada doa dan harapan seorang ayah untuk zuriat yang bakal dilahirkan. “Bagi saya, lagu ini bukan saja untuk saya, tapi juga buat mereka yang bakal bergelar bapa.“Malah, untuk lagu ini keseluruhan idea dan konsep datang daripada saya. Saya bagi ‘direction’ kepada Hafiz dan Fedtri untuk buat lagu ini. “Saya ceritakan pada mereka macam mana yang saya mahukan untuk lagu ini. Jadi, secara asasnya lagu ini lahir dari hati saya untuk disampaikan pada pendengar,” katanya

Fattah yang juga penyanyi lagu Wanita Terindah berkata, tercetusnya idea menghasilkan lagu selepas dia melancarkan lagu Bebas.
“Selepas lagu Bebas yang mengangkat tema semangat dan inspirasi, dari situ saya terfikir nak buat pula lagu ketuhanan iaitu genre yang belum pernah saya buat.“Apabila saya sampaikan idea ini pada Universal Music Malaysia, saya fikir kenapa tidak buat lagu yang kena dengan keadaan saya sekarang. “Apabila ia dipersetujui, saya pun terus sampaikan idea pada Hafiz yang juga penerbit lagu ini,” katanya.

Berkongsi mengenai genre lagu ini, Fattah yang juga pelakon filem Special Force menyifatkan ia peluang terbaik untuk dirinya memulakan genre itu pada masa akan datang.“Sebenarnya saya sudah lama nak nyanyi lagu ketuhanan atau Islamik. Tapi, ini pertama kali dapat peluang daripada Universal Music Malaysia dan dapat pula berkolaborasi dengan Hafiz Hamidun dan Fedtri Yahya.


“Nak cakap susah atau tak, tentu saja susah. Apatah lagi ini percubaan pertama saya sebab tak pernah nyanyi lagu bergenre ini. Tapi, alhamdulillah dapat tunjuk ajar daripada penerbit. “Jadi, kami bersama-sama berusaha sehabis baik dalam menghasilkan lagu ini. Alhamdulillah, saya puas hati dengan hasilnya yang cukup terbaik,” katanya.
Dalam masa sama, Fattah berkongsi dia masih dalam perancangan untuk menghasilkan video muzik lagu itu.“Kiriman Agung” sudah boleh didapati di platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music pada 11 SEPTEMBER 2020 lalu.-gmpk

Fazura Menangis . Fazura Dedahkan Punca Dia Menangis Gara Gara Fattah Amin Berikan Dia Sesuatu Ini Dan Ini Cerita Sebenar Di Sebalik Kejadian Itu Berlaku

Kongsi pelakon Dndam Pontianak itu, dia sememangnya tidak menggemari sos mahupun mayonis dan pernah menangis kerana mendapat Sandwich yang mengandungi mayonis di dalamnya. Ketika ini, usia kandungan pelakon jelita Nur Fazura sudah menginjak 8 bulan. Jika dilihat pada kehamilan tersebut, kebanyakan wanita hanya akan duduk di rumah dan berkemungkinan tidak mampu melakukan pelbagai aktiviti.

Sensitif Di Awal Kehamilan

Namun, tidak bagi Fazura kerana dia begitu aktif dan dia turut bersyukur kerana tidak mengalami alahan teruk sepanjang kehamilan ini. Berkongsi pengalamannya, menurut Fazura biarpun dia tidak mengalami alahan namun dia akui terlebih sensitif mengenai beberapa perkara termasuklah mengenai makanan.

Dedah Fazura, dia sememangnya seorang penggemar aneka sajian kampung namun sepanjang kehamilan ini dia seperti tidak berselera untuk menjamahnya apatah lagi ketika melihat terlalu banyak lauk disajikan.“Saya memang penggemar lauk kampung. Tetapi sejak mengandung memang tekak saya kurang berselera sikit nak makan. Macam nasi goreng boleh tapi macam lauk-lauk yang banyak itu saya tak berselera dan tak rasa nak makan”

Menangis Kerana Mayonis

Bukan itu sahaja, dia turut kasihan dan kagum dengan kesabaran suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin yang melayan apa sahaja kerenah termasuklah mengenai sebuah kejadian yang membuatkan dia rasa bersalah terhadapnya.Kongsi pelakon Dndam Pontianak itu, dia sememangnya tidak menggemari sos mahupun mayonis dan pernah menangis kerana mendapat Sandwich yang mengandungi mayonis di dalamnya. Tidak merungut mahupun sebaliknya, Fattah sanggup keluar semula dan mendapatkan sandwich yang baru tanpa sebarang ramuan itu.Dia sangat sabar, saya tak tahu dia manusia ke apa. Saya masa awal kehamilan memang agak cerewet bab makan. Ada suatu ketika itu, dia bawa balik sandwich. Saya memang tidak suka mayonis ataupun sos jadi saya pun menangis sambil tanya ‘kenapa ada letak sos dan mayonis’.

Jadi dia pun tenangkan saya, keluar balik beli yang baru. Tapi selepas itu saya minta ampun balik sebab rasa bersalah dan kasihan”- kata Fazura ketika ditemui Murai.my di majlis Tea Party With Fazura di Sungai Buloh pada petang Selasa.Dalam majlis itu, Fazura telah melancarkan produk penjagaan kulit jenama sendiri, Fazura Skincare.-murai

Fattah Amin Kena Hasut Main Tiktok. Sekali Fazura Tahu Memang Win Habis Reaksi Isteri Kesayangannya Itu

Pelakon dan penyanyi Fattah Amin mencuri perhatian wargamaya apabila memuat naik sebuah video tarian TikTok. Menerusi laman sosial Instagram, Fattah berkongsi video tarian bersama seorang pelakon baru Izzat Mushtaq untuk tatapan umum. “Dengan newbie kena h4sut buat TikTok,” tulis Fattah sebagai kapsyen. Namun apa yang menarik perhatian wargamaya adalah isterinya pelakon Fazura yang turut tinggal kan komen berbentuk usikan menegur perut Fattah yang kelihatan buncit seperti wanita hamil. “OMG cute sangat! Boleh nampak happy tummy you macam I, wee! More TikTok please,” usik Fazura. Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya turut teruja melihat perut Fattah yang ke depan. “Daddy, perut cover sikit daddy,” komen seorang wargamaya. “Berapa bulan dah perut tu abang Fattah, nasib handsome tak boleh bawak bincang,” kata seorang wargamaya. “Daddy dah gemok la,” usik seorang wargamaya. “Abang Fattah perut tu kena cover,” tulis seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, video tarian tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada warga Instagram.-GEMPAK / teh o ais media

Pengurus Fazura bongkarkan jantina baby Fazura. Ramai warganet terkejut dengan pengakuan pengurusnya

Pengurus kepada pelakon cantik Fazura, Iman Tang, memberi bayangan aktres tersebut bakal menimang cahaya mata lelaki Oktober ini. Perkongsian tersebut dimuat naik Iman menerusi laman sosial Instagram (IG)nya selepas memenuhi jemputan makan malam bersama Fazura. Iman turut memberitahu status terkini Fazura dan  yang hampir memasuki usia enam bulan dalam keadaan sihat. “Syukur Alhamdulillah Mommy and babyy sihat walafiat, dan selepas diskusi dengan mommy @missfazura semalam kita berjaya “convinced and signed” soon to be born Baby to be a supporter for Liverpool FC.. Hooray!! “Sebelum Daddy dia @fattahaminz minta dia support for Man Utd., kita awal2 dulu.. hehe,” tulisnya. Bagaimanapun Iman ketika dihubungi Gempak berkata, dia memuat naik posting tersebut adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada Fazura. Tambahnya lagi, disebabkan posting tersebut ramai yang menyangka Fazura benar-benar akan menimang bayyi lelaki. “Ramai yang telefon dan bertanya betul ke Fazura akan dapat babyy boy? Lagi-lagi bila saya masukkan dua nama pasukan bola sepak gergasi Eropah kata dalam tu kan? “Sebenarnya saya dah ‘booking’ babyy Faz untuk jadi penyokong Liverpool tak kiralah dia lelaki atau perempuan. “Fazura dan Fattah sendiri belum tahu jantina bay1i mereka sebab bulan depan baru mereka akan buat check-up untuk tujuan tersebut,” katanya. Sementara itu, Fazura sebelum ini memberitahu dia dan suami memilih untuk tidak membuat apa-apa pengumuman sehingga bay1i. “Tak perlu teka baby lelaki atau perempuan ok semua? Kami sebagai parents to be pilih untuk tak buat apa-apa pengumuman sehingga babyy lahir,” tulisnya di IG Story miliknya minggu lalu.Dalam pada itu, pelakon filem J Revolusi turut berharap agar semua pihak mendoakan kesihatan dirinya dan dipermudahkan urusan bersalin nanti. “Mohon doakan baby sihat dan Faz selamat melahirkan nanti. Itu harapan utama kami. Sayang semua,” tulisnya lagi. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  Jom Like Page Kami Juga Di Facebook- GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *