Beberapa kes saringan di Klinik Kesihatan dan hospital dikesan positif COVID19. Dr Noor Hisham sahkan wujud kes sporadik di satu negeri ini

berita

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan wujud kes sporadik Covid-19 di Sabah.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia selepas beberapa kes saringan di di klinik kesihatan dan hospital dikesan positif Covid-19.

“Memang di Lahad Datu, Tawau dan hari ini, Kunak ada kes sporadik,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.Menurutnya, masyarakat perlu mengelakkan diri daripada dijangkiti oleh Covid-19 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Untuk makluman semua, virus sudah pun ada dalam masyarakat, apa yang perlu kita lakukan, elakkan dari dijangkiti,” katanya.Kes sporadik merupakan kes positif yang melibatkan individu tidak mempunyai sejarah perjalanan ke tempat berisiko tinggi dan tidak mempunyai sebarang kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

Beliau berkata, KKM masih menjalankan tindakan kesihatan awam bagi mengesan individu yang terdedah dengan kes positif.”Kalau dapat jalankan di lapangan dengan cepat, kita dapat mencegah jangkitan,” katanya.Bagaimanapun katanya, ia (pengecegahan penularan kes) bergantung kepada rakyat di Sabah yang perlu mematuhi SOP.

“Petugas hadapan juga perlu patuh kepada SOP dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE), jika tidak bermulalah jangkitan dalam komuniti,” katanya.Pada perkembangan sama, Dr Noor Hisham berkata, KKM telah bersedia untuk menjalankan ujian saringan Covid-19 secara besar besaran di Tawau, Lahad Datu dan Kunak.”Kita anggar seramai 20,000 individu akan disaring dalam masa terdekat,” katanya.

Tambahnya, selepas pihak berkuasa (tentera dan polis) memperketat lagi kawalan sempadan, KKM akan menjalankan saringan kesihatan dalam komuniti.”Kita juga akan kenal pasti kawasan tertentu, contohnya kampung dan lokaliti.”Sekiranya di lokaliti itu mempunyai kes positif yang tinggi, tindakan seperti pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, akan diambil,” katanya.

Mengulas mengenai dua pusat berisiko rendah di Sabah, Dr Noor Hisham berkata, ia akan beroperasi dalam masa terdekat.”Kita melihat kepada keupayaan hospital dan klinik, sekiranya berlaku pertambahan kes barulah pusat berisiko rendah akan digunakan.”Ia akan menempatkan pesakit Covid-19 yang tidak bergejala atau bergejala ringan,” katanya.-sinarharian

Covid-19: Selangor rekod lima kes baharu

Info grafik yang dimuat naik di laman sosial Facebook Selangor Task Force Covid-19 hari ini.SHAH ALAM – Selangor merekodkan lima kes baharu koronavirus (Covid-19) hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,199 kes.Selangor Task Force Covid-19 menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook menyatakan lima kes baharu tersebut diklasifikasikan sebagai kes import melibatkan tiga warganegara Malaysia.

“Sebanyak lima kes baharu dilaporkan bagi Selangor yang diklasifikasikan sebagai kes import melibatkan tiga warganegara Malaysia dan jumlah keseluruhan kes di Selangor kekal pada 2,199,” katanya.Semalam, hampir seluruh kawasan di Selangor menjadi zon hijau kecuali Kuala Langat yang masih kekal zon kuning dengan merekodkan sebanyak 637 jumlah kumulatif kes dan dua kes sedang dirawat.

Dalam pada itu, STFC berkata, kes baharu Covid-19 di seluruh Malaysia juga dilihat semakin reda apabila hanya 23 kes dilaporkan pada hari ini.”13 kes jangkitan tempatan yang dikesan juga semuanya dari Sabah,” katanya.-sinarharian

Covid-19: 23 kes baharu termasuk 13 di Sabah

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Sebanyak 23 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 13 kes penularan dalam negara yang dikesan di Sabah.

“Ia melibatkan 10 rakyat tempatan dan tiga warga asing,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.Mengulas lanjut mengenai penularan dalam negara, beliau berkata, sebanyak lapan kes dikesan daripada Kluster Pulau.”Empat kes daripada Kluster Benteng dan satu kes saringan rujukan dari Hospital Semporna ke Hospital Tawau,” katanya.

Bagi 10 kes import, Dr Noor Hisham berkata, empat kes dikesan mendapat jangkitan dari Filipina dan masing-masing satu kes pulang dari Hungry, Turki, Qatar, Bangladesh, Nigeria dan Maghribi.”Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 9,969 kes dengan 632 kes aktif,” katanya.

Beliau berkata, terdapat 14 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk empat memerlukan bantuan pernafasan.”Kes pemergian berkaitan Covid-19 kekal 128 kes selepas tiada kes baharu dilaporkan,” katanya.Katanya, seramai enam kes telah pulih dan dibenar discaj hari ini.

“Keseluruhan kes pulih adalah 9,209 kes iaitu bersamaan 92.4 peratus daripada keseluruhan kes,” katanya.Dalam perkembangan sama, beliau berkata, KKM telah melakukan saringan terhadap 15,000 individu daripada 10 mukim di daerah Kota Setar yang kini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.

“Ia meliputi Mukim Pumpong, Alor Merah, Alor Malai, Derga, Kuaal Kedah, Pengkalan Kundor, Kota Setar, Langgar, Titi Gajah dan Mergong.”Bagi PKPD di Amanjaya, seramai 13,591 penduduk disaring setakat ini melibatkan 13,526 warganegara dan 65 warga asing,” katanya.-sinarharian

Covid-19: Kluster Benteng LD terus catat peningkatan kes

PUTRAJAYA – Kluster Benteng LD terus mencatatkan peningkatan apabila 17 kes positif Covid-19 dikesan hari ini.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu itu melibatkan sembilan warga tempatan dan lapan warga asing.Beliau berkata, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 ialah 420 membabitkan 185 rakyat tempatan dan 235 warga asing.

“Sehingga jam 12 tengah hari ini, seramai 5,402 individu telah disaring dan daripada jumlah itu, 1,822 individu negatif manakala 3,160 masih menunggu keputusan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Menurutnya, selain Kluster Benteng LD, Sabah yang sedang menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) turut merekodkan lima lagi kes baharu.

“Masing-masing satu kes dikesan dalam saringan warga emas di Klinik Kesihatan Merotai, kes saringan Severe Acute Respiratory Infection (SARI)di Hospital Lahad Datu, kes saringan pra operasipemv di Hospital Queen Kudat, saringan rujukan ke Hospital Tawau dan saringan kontak rapat bagi kes ke-9454 serta kes saringan tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kes melibatkan kapal yang berlabuh iaitu Kluster Bunga turut mencatatkan peningkatan dengan empat kes baharu direkodkan.”Empat kes baharu dilaporkan dalam kluster ini melalui persampelan kedua bagi sejumlah 22 kru kapal yang masih berada di atas kapal yang berlabuh di Port Dickson,” katanya.Sehingga kini, 10 kes positif Covid-19 dikesan daripada Kluster Bunga.

Sementara itu, satu kes baharu positif Covid-19 dikesan daripada Kluster Sungai.”Setakat ini 58 kes melibatkan Kedah, Pulau Pinang dan Perlis disahkan positif Covid-19,” katanya.Tambahnya, seramai 16,775 individu telah disaring dengan 13,851 negatif dan 2,731 masih menunggu keputusan.

Dr Noor Hisham turut memberitahu, jumlah penularan dalam negara ialah 28 kes selain turut merekodkan tiga kes import yang mendapat jangkitan daripada Indonesia.”Pertambahan kes baharu termasuk menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 adalah 9,946.”Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 ialah 615 kes,” katanya.

Menurutnya,11 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk lima memerlukan bantuan pernafasan.Bagaimanapun katanya, kes pemergian Covid-19 kekal pada 128 kes selepas tiada pertambahan dilaporkan pada hari ini manakala tujuh kes telah pulih dan dibenarkan discaj.”Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah sebanyak 9,203 kes iaitu bersamaan 92.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.-sinarharian

Kerajaan Kedah perlu sebar maklumat bantuan Covid-19

ALOR SETAR – Persatuan Pengguna Kedah (Cake) menggesa Kerajaan Kedah supaya menyebarkan maklumat bantuan Covid-19 kepada penduduk Kota Setar di sini secara lebih meluas.Setiausahanya, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada penduduk di kawasan terbabit yang tidak mengetahui kewujudan bantuan berkenaan.

“Ada segelintir penduduk yang tahu tetapi talian bantuan yang diberikan sukar untuk dihubungi dan pautan permohonan yang diberikan juga tidak dapat diakses masuk.”Jadi saya berharap kerajaan negeri dapat memperluaskan hebahan serta memperbaiki mutu komunikasi sama ada melalui talian telefon atau pautan yang diberikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor pada sidang akhbar memaklumkan bahawa hanya 20 buah keluarga memohon bantuan makanan sejak pelaksanaan PKPD Pentadbiran di daerah ini pada Jumaat lalu.Beliau berkata, pihaknya tidak dapat mengesan semua keluarga yang terjejas berikutan jumlah penduduk di daerah itu adalah seramai 366,787 selain kawasannya yang luas.-sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *