Baru sambut ulang tahun yang ke 37. Boleh satu isu ini jadi bahan gurauan buat Jihan Muse tapi ini jawapan padu dari Jihan sendiri bila ada warganet beri komen negatif

artis

Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran baru-baru ini, Jihan Muse tidak lokek berkongsikan foto sambutan hari jadinya itu. Namun apa yang menjadi perhatian adalah penampilan pengacara itu yang tidak mengenakan solekan.

Rata-rata warganet memuji Jihan yang tetap cantik meskipun tidak bersolek. Malah, ramai yang memuji kulit Jihan yang cantik tanpa sebarang cela. Namun ada segelintir warganet tinggalkan komen kurang menyenangkan.

Ada yang mengimbas kembali kisah silam pengacara itu dan mendkwa rupa Jihan nampak elok kerana gigi sudah tersusun cantik serta tidak seperti dahulu. Tidak kurang juga ada yang mendkwa bukan cantik semula jadi kerana sudah banyak melabur.

Kurang senang dengan komen negatif itu, seorang individu tampil menylar waragent tersebut dengan mengatakan mereka sebenarnya cmburu dengan perubahan Jihan yang semakin cantik.Katanya lagi, jika mereka mampu dan berduit sudah tentu akan melakukan perkara yang sama. Ujarnya lagi, setiap manusia tidak sempurna namun ada sahaja serba tak kena di mata manusia yang suka mengata.-rotikaya

PKP: Jihan belajar jadi wanita sempurna

KUALA LUMPUR: Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, pengacara popular, Jihan Muse seronok meluangkan setiap minit bersama keluarga tercinta.Apatah lagi, wanita berusia 37 tahun ini dapat memperbaiki diri sebagai isteri, ibu dan hambaNya dalam tempoh berkurvng.

Isteri pelakon Ungku Hariz ini memberitahu, sebelum ini, dia sibuk bekerja sehingga kurang masa menguruskan rumah tangga.Jadi, tidak hairanlah, PKP dianggap hikmah besar buat dirinya.”Alhamdulillah saya seronok duduk di rumah sepanjang PKP. Sebelum ini, saya sibuk bekerja,

“Dahulu, saya mahu banyak masa di rumah tapi tidak dapat disebabkan komitmen kerja. Jadi, apabila perkara ini terjadi, saya nampak hikmahnya.”PKP memberi saya lebih masa untuk saya berlatih dan memperbaiki diri menjadi isteri, ibu dan wanita,” katanya kepada BH Online.

Menetap di rumah ibu sepanjang PKP, Jihan memasak untuk keluarga dan adik-beradik.”Saya perlu memasak dalam jumlah yang banyak. Selalunya, saya masak untuk suami dan anak sahaja. Kali ini, seronok sebab saya dapat teroka banyak benda baharu,” katanya.Paling mengujakan, Jihan dapat melihat anak, Ungku Arsalan Haq membesar di depan mata.

“Saya gembira dapat memberi perhatian kepadanya. Sebelum ini, saya tak pernah buat jadual.”Tapi sekarang saya sediakan jadual dan aktiviti untuknya. Pada masa sama, saya dapat menjadi cikgu,” katanya.Malah, Jihan atau sebenar, Nuur Jihan Musa, mengaku bersyukur mempunyai banyak masa untuk mengaji al-Quran dan mendalami ilmu agama.

“Dahulu, saya susah hendak cari masa. Sekarang setiap hari saya dapat membaca al-Quran. Mungkin bagi suri rumah, perkara ini normal.”Tapi bagi saya, jarang dapat merasai semua ini… Saya rasa sangat seronok,” katanya.Jihan turut menasihatkan orang ramai patuh kepada saranan kerajaan untuk memutuskan rantaian COVID-19 dengan segera.

“Jangan buat perkara yang mengundang masalah dan usah sengaja mencari pasal.”Dunia dan negara kita sedang berhadapan dengan masalah besar. Janganlah kita tambah dengan isu lain.”Bersatulah menangani COVID-19 dengan duduk di rumah. Apatah lagi Ramadan sudah tiba.”Saya seronok sebab tahun ini semua orang duduk di rumah dan fokus kepada ibadat dan memperbaiki diri,” katanya.-mstar

Langsung tak pernah dengar cerita kurang enak fasal Abam” – Jihan Muse sifatkan arwah disayangi ramai

HILANGNYA sebutir permata seni bernama Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam memberi kesan mendalam kepada rakan-rakan selebriti lain.Pelawak Jihan Muse, 37, berkata, pemergian Abam secara mengejut itu membuatkan dia terfikir tentang berapa lama lagi masa untuknya di dunia ini.

“Saya masih bersedih atas pemergian Lok U, pengarah Pitt Hanif dan juga pemain bass Kelly. Tiba-tiba seorang lagi pergi tinggalkan kami.“Namun pemergian Abam membuatkan saya terfikir sejenak, bila akan tiba masa kita pula?” ujarnya kepada mStar.Abam sudah tiada pada pagi Isnin selepas mengalami demam panas sejak dua hari lalu.Dalam pada itu, Jihan turut menyifatkan Abam seorang yang baik dan disayangi ramai.

Pemergian Abam membuatkan saya terfikir sejenak, bila akan tiba masa kita pula?

Malah, Abam tidak pernah terkait dengan apa-apa berita buruk sejak bergelar anak seni.“Rezeki Abam pergi dengan cara yang tenang mudah, malah orang ramai turut terkesan dengan amalan baik yang dilakukan semasa hayatnya.

“Seperti tanda pagar yang sering digunakan Abam iaitu #orangbaikramaisayang, langsung tak pernah dengar cerita kurang enak mengenai Allahyarham.“Saya harap saya juga tergolong dalam golongan yang disayangi ramai seperti Abam,” katanya.-mstar

Ampun tuan puteri, patik fikir patik ni ‘puteri yang ditukar’

Tengku Jihan (kiri) dan Jihan Muse.GURAUAN pelakon dan pengacara, Jihan Muse membalas ciapan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menarik perhatian warganet .Jihan yang memiliki nama serupa dengan anakanda bongsu baginda iaitu Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah, spontan membalas ciapan dengan kapsyen ‘Thanks mama’.

Ciapan pemenang Anugerah Persembahan Komedi Terbaik di Asian Academy Creative Awards (AACA) 2019 itu merujuk kepada satu hantaran baginda bersama Tengku Jihan dengan kapsyen mendoakan agar anakandanya pulih daripada demam.

“Anak bongsu, anak manja! Kesian Jihan demam, get well soon sayang,” kata baginda.Terhibur dengan gurauan Jihan Muse, Tengku Puteri Jihan dilihat membalas ciapan pengacara tersebut dalam nada bergurau juga.Jihan turut membalas ciapan itu dan sempat lagi mengatakan bahawa dia terfikir adakah dia ‘puteri yang ditukar’.

“Ampun tuan puteri. Patik fikirkan patik ni ‘puteri yang ditukar’. Ampun tuan puteri, tu tajuk drama,” ciapnya.Gelagat dan sikap suka bergurau Jihan membuatkan waragnet terhibur dan membanjiri ruang komen Twitter kerabat diraja itu.@nkhrnsa berkata, “Comel sangat Jihan berdua ni.”

Kata @NurHidayahDin pula, “Kasih dibelah dua, jangan cemburu Tengku.””Jangan berebut mama ok,” ciap @nazihah pula.Ada warganet juga sempat berseloroh mengatakan tajuk drama terbaharu dari Indonesia, ‘Sinetron: Ibumu ibuku juga’.

Jihan Muse harumkan nama negara: Menang Persembahan Komedi Terbaik Asian Academy Awards 2019

KUALA LUMPUR – Kemenangan yang tidak disangka-sangka namun usaha gigih wanita bernama Jihan Muse untuk melakar nama dalam industri hiburan tanah air membuahkan kejayaan manis apabila dia diangkat sebagai pememang bagi Persembahan Komedi Terbaik di Asian Academy Creative Awards 2019.

Inilah juga tuah yang menjadi milik pengacara kesayangan stesen Astro yang memulakan langkah pertama dalam dunia seni menerusi program pertandingan realiti televisyen Raja Lawak Astro musim ketiga suatu ketika dahulu.Dalam program pertandingan itu, Jihan menjadi Naib Juara dan dengan tiket itu, beliau terus diash bakat seni sebagai pelakon dan pengacara.

Memetik laporan yang disiarkan oleh Astro Gempak, kejayaan Jihan dinilai menerusi lakonannya dalam bersiri berjudul Keluarga Baha Don.Sekalung tahniah kepada Jihan yang berkongsi berita gembira ini menerusi laman Instagramnya di mana dia turut meluahkan rasa bersyukur di atas kejayaannya itu.-sm

Jihan syukuri segala hikmah

BERIKUTAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan pada Ramadan kali ini, pelakon dan pengacara, Jihan Muse mengakui turut terkesan dengan situasi itu. Dalam pada reda, dia bagaimana pun akur Ramadan kali ini berbeza.

Jihan atau nama penuhnya Nuur Jihan Musa, 36, melihat situasi yang berlaku ada hikmah tersendiri dan gembira apabila dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga.Menurutnya, banyak perkara dapat dimanfaatkan apabila ‘terperuk’ dalam rumah sahaja terutama daripada segi ibadah. Jihan memilih untuk mensyukuri apa yang berlaku memandangkan sebelum ini terlalu sibuk dengan karier seni.

“Sebenarnya, saya tak tahu nak rasa apa dengan situasi ini namun memang sudah bersedia untuk segala kemungkinan disebabkan tiada idea bagaimana pengakhirannya. Tapi, secara peribadi saya tiada masalah pun disebabkan setiap Ramadan, saya memang tak ambil banyak tawaran pun dan banyak duduk rumah.

“Sejujurnya, saya gembira dan lega juga disebabkan memang setiap tahun saya cuba melengkapkan Ramadan saya dengan merebut peluang beriadah dan luangkan masa bersama keluarga.”Disebabkan terlalu sibuk dengan jadual seni, saya akui masa dengan keluarga memang sangat terhad. Maka, apabila sudah duduk rumah 24 jam, dapat fokus lebih kepada keluarga dan ibadat. Nak jaga wuduk pun senang sebab tak bersolek sakan,” katanya.

Bukan sekadar dapat fokus kepada keluarga, banyak perkara baharu dikuasai Jihan terutama membabitkan soal kerja. Menurutnya, dia masih perlu menyelesaikan banyak kerja dari rumah juga.Namun Jihan bersyukur apabila segalanya dipermudahkan pada era ini dengan kewujudan banyak saluran canggih. Apapun, soal kerja hanya akan difikirkannya selepas selesai dengan urusan keluarga.

“Ada juga komitmen kerja saya lakukan menerusi panggilan video. Macam-macam aplikasi saya muat turun untuk kemudahan persidangan video sampaikan saya sudah pakar dalam mengendalikannya.”Bagaimanapun, saya cuma akan buat kerja selepas berjaya tidurkan anak terutama pada waktu siang. Kalau ikutkan, mana ada masa lapang sangat pun sebab saya masih perlu jadi suri rumah dan tugasannya jauh lebih sibuk berbanding kerja lain,” katanya.

Lebih menggembirakan Jihan apabila kebanyakan masa berada di rumah dapat meningkatkan lagi pelbagai kemahirannya termasuklah memasak. Menurutnya, dia sudah boleh menyediakan pelbagai resipi baharu.”Disebabkan waktu PKP ini saya duduk di rumah mak, saya akan masak untuk seluruh keluarga. Daripada seorang yang tidak terlalu pandai masak, saya jadi mahir jugalah sebab mencuba pelbagai resipi. Tapi ada juga resipi yang tak menjadi,” katanya berseloroh.

Simpati

Apapun, Jihan mengakui sangat bersimpati dengan dugaan yang melanda seluruh rakyat Malaysia sekarang. Apatah lagi, pelbagai sektor terjejas sebaik PKP dilaksanakan dan tidak ketinggalan sektor penyiaran.Menurutnya, banyak tugasan yang membabitkannya juga turut tergendala dan reda jika bebanan kerja bertambah selepas ini.

“Semestinya memang banyak pihak terjejas dan terkesan. Kami dalam bidang penyiaran pun terpaksa akur dengan banyak kerja terbantut.”Dalam tempoh PKP ini saya sepatutnya terbabit dalam acara seperti Anugerah Meletop Era 2020. Rakaman untuk I Can See Your Voice pun terpaksa ditunda, manakala penggambaran siri Keluarga Baha Don musim kedua untuk viu.com pun tertangguh.

“Semua tugasan saya ini agak terjejas terutama daripada segi penyusunan jadual. Dan saya yakin selepas PKP nanti jadual itu akan bertindan,” katanya.Meskipun Jihan secara kasarnya tidak terjejas daripada segi kewangan, dia mengakui sedih mendengar perkhabaran rakan terdekat lain yang terbeban. Bagaimanapun, dia berharap semua pihak akan melihat dugaan ini dari sudut positif.

“Antara pihak lain yang paling terkesan semestinya pekerja makan gaji hari. Majikan untuk perniagaan kecil pun sama disebabkan mereka masih menanggung pekerja. Ramai kawan-kawan saya sudah rancang mahu tutup perniagaan sebab tak mampu tanggung.”Apapun, banyak hikmah sebenarnya jika dilihat dari sudut positif. Kita jadi lebih pembersih, lebih rapat dengan keluarga, dan tingkatkan kemahiran buat kerja rumah. Selain itu, kita dapat jaga beribadah dengan baik, tolong orang, amal jariah, dan banyak jnyah dapat dibanteras,” katanya.-mymetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *