Baru sahaja tular 4 individu ini yang dikatakan punca utama pencemaran air. Lagi mengejutkan bila 4 lembaga pengarah dan pengurus mengaku tidak bersalah atas satu sebab ini

berita Viral

Mengejutkan! Empat lembaga pengarah dan seorang pengurus kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini atas kes melepas dan melupuskan bahan buangan mengandungi bahan berbahaaya ke Sungai Gong, Rawang, lapor Harian Metro.

4 lembaga pengarah yang juga adik beradik iaitu Yip Kok Wai, 53; Yip Kok Mun, 58; Yip Kok Kuin, 70 dan Yip Kok Wong, 60; serta pengurus bengkel tersebut Ho Voon Leong, 59, mengaku tidak bersalah atas dua kes yang dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Bagi kes pertama: Kesemua mereka didkwa melakukan kh1anat dengan menyebabkan bahan buangan yang mengandungi bahan berbhaya daripada bengkel Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd dilupuskan ke dalam alur air yang akan mengalir ke dalam Sungai Gong dengan mengetahui bahawa ia akan menyebabkan susut bekalan air bagi minuman manusia.

Kelima-lima mereka melakukan perbuatan tersebut di premis berkenaan di Kampung Sg Dua, Rawang pada 2 dan 3 September lalu mengikut Seksyen 430 Kanun Kesksaan yang peruntukkan hkmn pnjra 5 hingga 30 tahun dengan denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sumber: Malaysiakini

Pertuduhan kedua: Mereka dengan niat bersama ditvduh telah melepaskan bahan buangan mengandungi bahan berbhaya dari bengkel sama ke dalam alur air yang akan mengalir ke sungai sama tanpa lesen, di tempat dan masa sama.

Mereka didkwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan hkman denda RM100,000 atau pnjra hingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Sumber: Selangor Kini Selepas mendengar hujahan pendakwaan dan peguam, mahkamah tidak benarkan kelima-lima lelaki terbabit dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu sebutan kes pada 27 Oktober.

Pada 5 September lepas, pihak polis telah menahan 4 orang lelaki yang juga ahli lembaga pengarah sebuah kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran air di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang.Akibat daripada pencemaran minyak daripada kilang tersebut pada 3 September lalu, empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas, menyebabkan 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.Uish kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku lepas ni… -lobakmerah

Dikatakan 4 Individu Ini Menjadi Punca Masalah Bekalan Air Berlaku. MB Selangor Kejutkan Orang Ramai Dengan Tindakan Yang Akan Diambil Ke Atas Pengusaha Dan Kilang Terbabit

KUALA LUMPUR, 5 Sept  — Kilang yang terbabit dalam kejadianpencemaran air di Sungai Gong, Rawang sehingga menyebabkan lebih 1.2 juta pengguna di Lembah Klang terputus bekalan air akan dirobohkan selain pengusaha diarah memulihkan tanah di situ.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata arahan itu terkandung dalam Notis Pelnggaran Syarat (7A) yang akan dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Gombak kepada pengusaha kilang terbabit Isnin ini.

“Pemilik tanah terbabit mengusahakan bengkel membaiki jentera berat. Kita arahkan pemilik untuk pulihkan tanah, r0boh bangunan dan henti operasi. “Kita akan tutup kawasan itu selama tiga hingga empat bulan untuk pastikan tempat berkenaan selamat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pelaporan Penuh Situasi Semasa Berhubung Isu Pencemaran Air di Ibu Pejabat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), di sini hari ini.

Amirudin juga mendedahkan kilang berkenaan telah diberi notis henti operasi pada Mac lepas namun pemiliknya berdegiil dan kembali memulakan operasi pada Jun lalu. Bagi memastikan kejadian sedemikian tidak berulang, Amirudin berkata kerajaan negeri akan meminda Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 bagi menaikkan denda maksimum daripada RM500,000 kepada RM1 juta terhadap mana-mana individu atau premis yang terbukti menyebabkan pencemaran sumber air di Selangor.

“Kita akan bentangkan pindaan ini pada persidangan dewan undangan negeri akan datang. Pada masa sama kita harap Kementerian Alam Sekitar dan Air dapat meminda akta berkaitan,” katanya.Terdahulu, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata pihak yang bertanggungjawab terhadap pencemaran itu akan didkwa minggu depan.

Sementara itu, Amirudin berkata Air Selangor menjangkakan bekalan air ke kawasan terjejas pulih sepenuhnya pada 6 pagi Rabu ini. Beliau turut menasihati pengguna yang kini telah menerima bekalan, agar tidak terbuuru-buuru menadah dan menyimpan air yang boleh menyebabkan tekanan air rendah, sekali gus mngganggu proses pemulihan bekalan air. — BERNAMA

Gara Gara 4 Individu Ini Habis 1.2 Juta Rakyat Terpaksa Terima Padah. Ketua Polis Selangor Akhirnya Dedahkan Punca Berlakunya Pencemaran Air

Empat lelaki pemilik kilang yang menjadi punca kepada pencemaran air di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang dilapor telah ditahn dalam satu operasi yang dilakukan malam tadi. Bernama melaporkan, kesemua sasaran merupakan adik beradik berusia dalam lingkungan 50 hingga 60 tahun. Tangkapn dibuat di kediaman mereka, selain ada yang turut ditahan selepas tampil di Balai Polis Daerah Gombak.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata — siasatan awal mendapati kilang tersebut diusahakan oleh keempat-empat individu itu selepas pemergian bapa mereka. Menurutnya, polis akan membuat permohonan remaan di Mahkamah Selayang untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Kesksaan.

Kejadian pencemaran air yang berlaku di kawasan perindustrian Sungai Gong dilapor telah menjejaskan 1.2 juta pengguna di sekitar Lembah Klang. Ia mengundang kemarahan orang ramai, yang terpaksa berdepan masalah gngguan bekalan air di tengah-tengah penularan pandemik COVID-19 ketika ini. Turut membuatkan mereka kecewa, setelah siasatan mendedahkan ini bukan kali pertama kilang terbabit melakukan kesalahan seumpama itu.

“Kami bayar bil & kami harapkan update setiap jam!” – Penduduk Lembah Klang Dah ‘Fed Up’ Dengan Masalah Air di Selangor

Tahun ini sahaja, sudah beberapa kali Lembah Klang mengalami masalah gngguan air sejak dari bulan Mac berpunca daripada sumber air yang tercemar. Menurut New Straits Times, gngguan air di Selangor ini telah menyebabkan rakyat di negeri tersebut termasuklah di Kuala Lumpur sudah semakin ‘fed vp’ dengan masalah yang tidak berkesudahan ini. Sumber: New Straits Times

Seorang penduduk, Noorliani Mohamad Noor dari Taman Pelangi berkata, dia dan jiran yang lain terkejut bila mendapat tahu yang terdapat gngguan air tidak berjadual berlaku semalam. “Ia berlaku secara tiba-tiba. Kami tak tahu apa nak buat. Kami hanya dengar yang ada pencemaran air (di Sungai Selangor). 

“Selalunya, kita akan diberitahu terlebih dahulu tentang gngguan ini supaya kita boleh simpan air,” katanya. “Gngguan air lebih 48 jam. Macam mana nak masak dan mandi dengan anak 2 orang?”  Seorang lagi penduduk, Norrasmawani Kamaruddin dari Bestari Jaya, Selangor pula berkata pili air rumahnya kering semenjak pagi semalam.

“Susah kalau gngguan air berlaku lebih daripada 48 jam bagi keluarga saya. Dengan 2 anak di rumah, macam mana mereka nak mandi dan saya masak makan malam atau makan pagi?” katanya. Penduduk bernama K. Girija pula berpendapat supaya kerajaan tampil ke depan dan beritahu hal sebenar. Kami bayar bil dan kami harap diberikan update setiap jam. Beritahu kami, apa yang menyebabkan pencemaran ini? Adakah ini pencemaran kimia?”  Sehingga kini, masalah air di Selangor masih belum dapat diselesaikan dan pihak berwajib menjangkakan minimum 4 hari gngguan air di kawasan-kawasan terbabit. So marilah kita bertabah ye kawan-kawan semua… 

Bagi Memudahkan Pengguna, Ini 10 Lokasi Bantuan Air Di Kawasan Lembah Klang Yang Beroperasi 24 Jam

Seperti yang kita sedia maklum, tarikh 24 April hingga 27 April ini merupakan tarikh yang agak rumit bagi penduduk yang tinggal di KL dan Selangor. Gngguan bekalan air selama 3 ke 4 hari ini sudah semestinya mencetuskan kebimbangan orang ramai. Ini kerana kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 yang membuatkan bekalan air akan terjejas.

Bagaimanapun, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, Pusat Khidmat Setempat (PKS) mengadakan bantuan air melalui lori tangki dan pusat aduan yang beroperasi selama 24 jam bagi membantu penduduk. 10 Lokasi bantuan air 24 jam

PKS akan bagi bantuan ini bermula 26 April jam 8.00 pagi. PKS akan menyediakan bantuan ini sehingga air pulih sepenuhnya. Terdapat 5 kawasan yang menyediakan PKS ini antaranya, Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak dan Kuala Selangor. Selain itu, sebanyak 10 lokasi yang anda boleh dapatkan. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi talian 15300 atau ke Facebook rasmi Air Selangor, atau emailkan kepada puspel@airselangor.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *