Baru sahaja buat channel Youtube sendiri. Ben Amir dikejutkan oleh peminat bila dia terima satu hadiah yang agak bernilai juga dan ini respon Ben Amir bila terima hadiah tersebut

artis

Pelakon yang popular dengan drama ‘Sweet Dreams’, Ben Amir meluahkan rasa terkjut dan gembira apabila menerima hadiah istimewa daripada kelab peminatnya, @benamirofficialfc.Dia yang baru saja melancarkan ‘channel’ Youtube miliknya dikhabarkan telah menerima kejutan berupa telefon pintar Iphone model 11 Pro Max daripada peminat setia.“Nak launch Youtube Channel tapi dapat Iphone pulak. You guys memang awesome! Thank you so much for the love and support, I really appreciate it.”

Dalam pada itu, Ben Amir turut sempat mempromosikan saluran Youtube-nya itu kepada orang ramai menerusi entri terkini di Instagram miliknya.Malah, aktor yang kini berusia 30 tahun ini berjanji sentiasa mengemas kini saluran Youtube itu dengan pelbagai isi kandungan seperti aktiviti seharian, di sebalik tabir drama atau filem yang dibintanginya dan pelbagai lagi.Perkembangan terkini, Ben Amir kini dilaporkan sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri, Sang Pewaris.Ben Amir tidak pernah bersikap memilih media, sebaliknya tidak dapat menjawab mesej kerana terlalu sibuk. – Foto IG Ben Amir

Ben Amir nafi ‘besar kepala’

KUALA LUMPUR: Bukan berlagak sombong, sebaliknya pelakon yang popular melalui drama Sweet Dreams, Ben Amir, 30, mengaku sikapnya perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan orang lain.Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin berkata, dia meletakkan ‘dinding’ dalam diri bukan disebabkan mahu bersikap kurang ajar, sebaliknya punya alasan tersendiri.

“Mungkin sesetengah orang suka dan mudah mesra, tetapi bukan saya. Memang diakui saya meletakkan ‘dinding’ di depan.”Bagaimanapun, bukan bermakna saya bersikap kurang ajar. Jika orang melayan dengan baik, saya layan orang dengan lebih baik, tetapi sekiranya ada yang terlebih dulu bersikap kurang ajar, maaf saya tidak akan layan,” katanya kepada BH Online.

Ben sedar dirinya dikatakan sombong apabila enggan mengulas mengenai kru dan pelakon drama bersiri Demi dijangkiti COVID-19, beberapa bulan lalu.Dalam drama itu, Ben yang menjadi antara pelakon utama, terbang ke Scotland untuk menjalani penggambaran ketika dunia mula berdepan dengan pandemik itu. Bagaimanapun, Ben bernasib baik apabila pulang lebih awal dan disahkan negatif.

Namun, pengarah, Rahila Ali dan pelakon iaitu Puteri Aishah, Ashraf Muslim, Puteri Rayyana Rayqa serta beberapa kru disahkan positif COVID-19 sejurus pulang ke tanah air pada 31 Mac lalu.Menjelaskan mengapa dia enggan memberi komen mengenai isu COVID-19, Ben berkata, ketika itu, dia memerlukan masa dan menunggu semuanya reda.

“Disebabkan itulah saya mengelak mengeluarkan kenyataan. Bagaimanapun, jika membabitkan perkara lain, saya tiada masalah berkongsi.”Saya tidak memilih media, sebaliknya ada masa, saya tidak menjawab pesanan kerana terlalu sibuk.

“Saya menerima puluhan mesej yang ada antaranya saya tidak sempat baca, setiap hari. Saya bukan memilih bulu. Cuma saya rasa kurang selesa berkongsi semua perkara.”Saya tiada masalah memberi kerjasama dengan media, tetapi perlu berpada-pada. Jika membabitkan perkara terlalu peribadi, minta maaf saya tidak akan kongsi,” katanya.

Pelakon drama Playboy Itu Suami Aku dan Suri Hati Mr Pilot itu berkata, dia tidak takut jika dirinya dipinggirkan.”Terpulang kepada mereka… Apa yang lebih penting adalah kerjaya lakonan saya,” katanya. Selepas namanya semakin meniti di bibir peminat apabila digandingkan bersama Mira Filzah, timbul dakwaan bekas Hero Remaja 2012 semakin ‘besar kepala’ hingga ada antara produksi serik mengambilnya berlakon.Namun, dkwaan itu disangkal jejaka kelahiran Kuala Lumpur itu.

Ben berkata, tawaran lakonan masih melimpah ruah, cuma sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan, hampir enam bulan Ben tiada ‘job’.”Jika betul ada produksi tidak mahu mengambil saya kerana kononnya bersikap ‘besar kepala’, tentu tak ada langsung tawaran lakonan diterima.

“Lakonan adalah periuk nasi, tak mungkin saya mahu menjejaskan rezeki sendiri. Tak dinafikan, saya tidak menerima tawaran lakonan sejak Mac lalu.”Saya yakin semua orang mengalami nasib sama, tetapi keadaan sudah kembali seperti biasa. Saya akan mula sibuk memasuki set penggambaran semula tidak lama lagi,” katanya yang muncul menerusi filem televisyen (FTV) berjudul Aku, Bunga menerusi saluran Astro First, hari ini.

Anak keempat daripada lima adik beradik itu menyangkal dakwaan menumpang populariti Mira apabila namanya meniti di bibir peminat berbanding digandingkan dengan pelakon wanita lain.”Bagi saya, ia berbalik kepada soal nasib. Mungkin drama ini disiarkan tepat pada masanya dan digandingkan pula dengan pelakon sokongan serta kru tepat. Ia bukan soal berlakon dengan siapa, baru drama akan melonjak.”Saya tiada masalah berlakon dan digandingkan dengan pelakon wanita lain. Bagi saya, setiap pelakon memiliki keistimewaan dan kelebihan tersendiri,” katanya.-bh

Mira Filzah, Ben Amir nampak serasi bersama! Ini 10 perkara yang ramai tak tahu tentang hero ‘Sweet Dreams’

DRAMA Sweet Dreams telah melonjakkan nama pelakon Ben Amir sehingga menjadi trending di laman sosial dan menarik perhatian ramai peminat drama Melayu.Sebenarnya Ben Amir bukanlah nama baharu dalam industri, dia telah memulakan karier sejak tahun 2013 namun kehadirannya tidak begitu disedari sehinggalah drama arahan Michael Ang itu menjadi sebutan ramai.

Mungkin ada yang masih belum kenal siapa itu Ben Amir… jadi mStar senaraikan 10 info menarik mengenai pelakon berusia 29 tahun ini! 1. Nama sebenar Ben Amir ialah Muhammad Amir Sabaruddin, berasal dari Kuala Lumpur dan dilahirkan pada 13 Mei 1990. Dia merupakan anak keempat daripada lima beradik.

2. Ben merupakan bekas pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka dalam jurusan Diploma Pengajian Perniagaan. Dia memulakan langkah dalam industri hiburan apabila menyertai Hero Remaja 2011/2012 bersama-sama dengan Fattah Amin, Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Nazrief Nazri, Hafreez Adam, Fendy Bakry dan Saharul Ridzwan.

3. Selepas tamat program Hero Remaja, Ben ditawarkan berlakon dalam drama Fira Ayuni, kemudiannya dia ditawarkan berlakon bersama rakan seperjuangannya iaitu Fattah Amin dalam drama adaptasi novel Playboy Itu Suami Aku.

4. Filem pertama lakonan Ben berjudul Romeo Kota arahan Datuk Aaron Aziz ditayangkan pada tahun 2015. Selain itu, Ben juga pernah menjadi pelakon iklan dan model untuk beberapa produk. 5. Ben Amir bersedia jika perlu menayangkan tubuh badan dalam mana-mana karya filem, bagaimanapun ia memerlukan kesesuaian watak dan alasan munasabah sebelum berbuat demikian.

6. Pada Mei 2018, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Ben Amir mendapat perhatian masyarakat apabila wajahnya dikatakan seiras dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Kata Ben, ramai yang menghantar mesej dan menegurnya secara peribadi memaklumkan wajah mereka hampir serupa.

7. Ben pernah digosipkan dengan pelakon Uqasha Senrose dan dikatakan sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta. Bagaimanapun, Ben menafikan wujudnya ikatan cinta antara mereka dan menganggap apa yang diperkatakan oleh warganet itu hanya sekadar gosip semata-mata.

8. Bukan hanya seiras Syed Saddiq, warganet mula mengaitkan wajahnya dengan pelakon Lisa Surihani pula! Menjawab komen pengikut di Instagram, Lisa dalam nada gurauan mengakui Ben Amir itu adalah adiknya.

9. Walaupun drama Sweet Dreams baru sahaja bersiaran, penampilan Ben Amir sudah mula menarik perhatian penonton apabila gaya rambutnya mula menjadi ikutan ramai sehinggakan Datin Seri Tiara Jacquelina turut memuji penampilan Ben dan menyatakan imej berambut panjang cukup sesuai dengannya.10. Heroin Sweet Dreams iaitu Mira Filzah mengakui Ben Amir merupakan seorang lelaki yang sangat pemalu sehinggakan dia sendiri perlu memulakan perbualan bagi mewujudkan keserasian dalam drama itu.-mstar

Harga Sambal Ikan Bilis Mahal? Ben Amir Jual Ikut Gram

Pelakon Ben Amir memandang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara positif kerana dia dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan Sambal Budak Camping.Menurut Ben, dia memilih nama itu kerana dia suka pergi berkhemah dan sambal itu merupakan resipi turun-temurun keluarganya.

“Saya percaya semua orang terkesan ketika PKP dan sekarang adalah masa untuk pulih.”Sebenarnya, saya melihat tempoh PKP itu dari segi positif bila mana saya dapat fokus dan tumpukan untuk ‘set up’ perniagaan sambal ikan bilis iaitu Sambal Budak Camping.”Ia merupakan resipi turun-temurun keluarga saya. Saya letak nama Sambal Budak Camping sebab saya suka pergi camping (berkhemah). 

“Pergi berkhemah kalau boleh nak bawa makanan yang mudah dan boleh dimakan dengan semua benda. “Disebabkan itu saya keluarkan sambal ini untuk berkongsi dengan orang di luar sana,” katanya kepada Gempak.Ben ditemui ketika majlis Majlis Pra Tonton Eksklusif dan Sidang Media “Aku, Bunga” yang diadakan di MBO, The Starling, Damansara Utama.

Sementara itu, pelakon utama drama Sweet Dreams menyatakan sambalnya dijual mengikut gram justeru harganya lebih mahal berbanding yang lain.”Untuk sambal yang dijual ini, saya jual ikut per gram dalam botol. Kalau tengok kandungan beratnya memang sambal saya paling besar dan berat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *