Tular sekitar Jun lepas kerana memanjat pokok untuk dapatkan capaian Internet. Veveonah luah perasaan bila dia terima jemputan makan malam bersama PM Malaysia

berita Viral

KUALA LUMPUR, 13 Sept  — Penuntut Universiti Malaysia Sabah, Veveonah Mosibin yang namanya menjadi tular sekitar Jun lepas kerana memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet, hari ini berbesar hati selepas menerima jemputan makan malam bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menyifatkan Perdana Menteri sebagai seorang yang rendah diri dan mengagumkan, Veveonah menerusi hantarannya di Instagram, berkata jemputan itu merupakan satu penghargaan daripada pemimpin nombor satu negara itu.

”Stay awesome!!!! It was such an honor for me&my parents to be invited to have dinner with Tan Sri Muhyiddin Yassin, 8th Prime Minister of Malaysia. He is such a humble and amazing person. Thank you so much, Tan Sri. (Hebat!!! Ia satu penghormatan bagi saya dan ibu bapa saya untuk dijemput ke majlis makan malam bersama Perdana Menteri Malaysia kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau seorang yang merendah diri dan luar biasa. Terima kasih banyak-banyak),” menurut hantaran itu.Sumber: BERNAMA

Akhirnya terjawab! Veveonah tidak berbohong, UMS sahkan pelajar ambil exam dalam talian Jun lalu

Veveonah menjadi perhatian susulan videonya terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet dalam membolehkan dia menjalani peperiksaan.KEBENARAN akhirnya terungkai.Begitulah kisahnya melibatkan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin yang didkwa tidak mengambil peperiksaan sebagaimana dipaparkan menerusi videonya sebelum ini.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) Datuk Seri Masidi Manjun, Veveonah tidak menipv dan telah menduduki peperiksaan akhir secara dalam talian pada Jun lalu.”Setelah mendapat penjelasan terperinci daripada Pengarah Pusat Asasi Sains UMS, saya mengesahkan pelajar Asasi Sains, Veveonah telah menduduki peperiksaan akhir pada 9 hingga 12 Jun 2020.

“Veveonah seorang pelajar cemerlang dan akan meneruskan kursus ijazah Sains Marin di UMS,” ujarnya.Pengerusi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Datuk Seri Masidi Manjun.Kenyataan itu ditulis menerusi akaun Twitter miliknya pada Selasa petang.

Terdahulu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dalam perbahasan di Parlimen mendkwa remaja itu tidak menjawab sebarang peperiksaan ketika rakaman video memanjat pokok itu dibuat.

Menurut Zahidi, maklumat yang diterimanya mengenai Veveonah diperoleh daripada Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri yang juga timbalan menteri kewangan 1.Veveonah, dari Pitas, Sabah, menjadi perhatian pada Jun lalu susulan videonya terpaksa memanjat pokok di kampungnya semata-mata untuk mendapatkan capaian internet yang baik dalam membolehkan beliau menjalani ujian, tular di internet.Kisah tersebut menarik perhatian ramai sehingga ahli politik serta pihak bertanggungjawab melawat kampungnya dalam usaha memberi bantuan serta menawarkan rangkaian internet yang lebih baik.-mstar

KJ bertemu Veveonah dan mohon maaf bagi pihak kerajaan

KUALA LUMPUR: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin Abu Bakar, hari ini berkesempatan mengadakan pertemuan bersama pelajar Veveonah Mosibin, yang tular pada Jun lalu kerana memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet di pedalaman Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyampaikan permohonan maaf kerajaan kepada Veveonah Mosibin dalam pertemuan di Universiti Malaysia Sabah. – Foto ihsan Facebook Khairy Jamaluddin

Menerusi hantaran di Facebooknya, Khairy berkata dalam pertemuan di Universiti Malaysia Sabah itu, beliau mewakili kerajaan turut memohon maaf kepada Veveonah dan ibu bapanya, atas kesulitan yang dilaluinya baru-baru ini.

“Saya juga telah cadangkan untuk Veve bekerjasama dengan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), untuk membangunkan projek inovasi di kampung beliau dalam pemeliharaan alam sekitar,” katanya.Pada 3 September lalu, jawapan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin, ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Negara mengenai Veveonah yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet, telah mencetuskan polemik.

Zahidi dilaporkan media sebagai berkata, hasil siasatan kementerian mendapati Veveonah sebenarnya tidak menduduki peperiksaan ketika video tular itu dirakam, namun Veveonah dalam laporan sebuah portal kemudiannya menafikan kenyataan Zahidi dan mendkwa dia memang mengambil peperiksaan, seperti dalam video itu.Hari ini, Zahidi memohon maaf di Dewan Negara, kerana menimbulkan kekeliruan berhubung masalah capaian internet yang dihadapi penuntut universiti itu. – BERNAMA

SAYA ADA BUKTI JADUAL PEPERIKSAAN – VEVEONAH

KOTA KINABALU: Penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin menafikan kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin yang mendkwanya tidak mengambil peperiksaan ketika memanjat pokok dalam videonya yang tular sebelum ini.

Memetik laporan Malaysiakini hari ini, Veveonah juga menyatakan dia tidak pernah berjumpa dengan Timbalan Menteri itu atau berbincang sebarang isu berkaitan masalah jalur lebar di kawasannya.Veveonah dipetik sebagai berkata, apa yang dikatakan Timbalan Menteri itu palsu.

“Ya betul saya memang ada ambil peperiksaan yang seperti dalam video itu.“Saya pun memang tidak ada jumpa dengan Timbalan Menteri itu dan tidak mempunyai apa-apa komunikasi dengannya,” katanya dalam laporan Malaysikini.Mengulas lanjut, Veveonah berkata video tularnya itu turut mendapat pengesahan pihak UMS.

“Saya juga ada bukti dalam jadual tarikh untuk peperiksaan dan rakan-rakan saya juga tahu.“Video tular itu juga sudah diketahui dan disahkan pihak Universiti. Takkan universiti mahu cakap saya palsu,” katanya.Veveonah dilaporkan turut memberikan butiran berkenaan jadual peperiksaannya sebagai bukti bahawa dia ada peperiksaan ketika itu.

Terdahulu, Zahidi hari ini mendkwa, bahawa rakaman video Veveonah memanjat pokok untuk mendapat capaian internet bagi menduduki peperiksaan secara dalam talian di Pitas, Sabah, sebenarnya hanya sekadar untuk hiburan dan menaikkan tontonan rancangan Youtubenya.

Kenyataan itu timbul selepas Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Donald Peter Mojuntin membangkitkan isu video Veveonah yang tular ketika bertanya tentang tindakan kerajaan bagi memastikan keseimbangan capaian internet di antara bandar dan luar bandar khususnya di Sabah menerusi sesi soal jawab sidang Dewan Negara, hari ini.

Sementara itu, beberapa rakan Veveonah turut menyangkal kenyataan Zahidi menerusi ciapan di Twitter berhubung isu itu.Menurut pemilik akaun crhxyan_smiley yang mendkwa dirinya sebagai rakan sekuliahnya dalam pengajian Asasi UMS meminta warganet tidak mudah percaya dengan ftnah yang dilemparkan kepada Veveonah.

“Tolong jangan cepat percaya sangat dengan ftnh-ftnh ni okay. Veveonah was one of my batchmate for Asasi UMS. Memang betul kami ada exam from 9 June-12 June 2020. She posted her video on 13 June after finish her exam. Apa bukti kamu ada sekarang mau tvduh dia?,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *