Sanggup buat kejutan hari jadi buat suami tercinta. Aprena Manrose tanpa ragu menceritakan sikap suamiya di IG dan perkembangan dia yang terkini

artis

Pelakon Aprena Manrose baru-baru ini ada melakukan kejutan bersempena dengan hari jadi suaminya, Mohd Afiq Hazman.Memberikan kata-kata romantis, Aprena menerusi Instagram turut membuat naik beberapa keping foto dan video bersama suami tercinta.

“Been away from him almost a month, at the same time on his birthday, so bila I dapat cuti je terus plan to surprise him! I’m not the type yang romantic, but atleast I tried.“Nasib baik ada @nazdecosurprisedelivery tolong set up walaupun by phone je. Thanks a lot! Again, happy birthday sayang. Love you so much,” tulisnya.

Menyifatkan Afiq sebagai lelaki terbaik buatnya, Aprena pada masa sama turut mendoakan agar suaminya itu berjaya di dunia dan akhirat.“Semoga u berjaya dunia & akhirat dan dirahmati Allah selalu. Thanks for everything syurgaku. Seorang yang selalu meng-iyakan aja apa yang I cakap dan nak.

“Selalu mengalah. Alhamdulillah Allah beri suami yang sempurna untukku, Maaf atas ketidak sempurnaanku, akan ku perbaiki, InsyaAllah @mohdafiqhazman lebiuuu memey! (Itu je dia boleh speech,malu lettew),” titipnya la.Sekadar mengimbas, pasangan sama cantik sama padan ini berkahwin pada 12 November 2016.Foto: Instagram Aprena Manrose

Empat tahun berkahwin, Aprena Manrose jalani rawatan kesuburan – “Sudah tiba masanya fokus nak anak”

Aprena mahu perlahakan karier seni untuk fokus dapatkan cahaya mata.EMPAT tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Aprena Manrose memberitahu sudah tiba masanya dia memberi tumpuan sepenuhnya untuk mendapatkan zuriat.

Menurut Aprena, 27, dia dan suaminya Mohd Afiq Hazman ada membuat pemeriksaan kesuburan pada Disember tahun lalu dan kini mereka masih perlu melalui beberapa proses selanjutnya.”Tahun ini, saya memang nak fokus untuk dapatkan zuriat. Dah empat tahun berkahwin, sudah tiba masa yang sesuai untuk saya nak ada anak pula.

“Selama ini, saya dan suami tak pernah buat pemeriksaan apa-apa tapi pada Disember tahun lalu kami buat keputusan untuk bertemu doktor.Aprena dan suami mahu fokus dapatkan zuriat.“Kami sudah lakukan pemeriksaan kesuburan tapi keputusan belum tahu lagi dan ada beberapa proses yang perlu kami lakukan selepas ini.

“Insya-Allah, saya berharap semua peminat boleh mendoakan yang baik-baik untuk saya dan suami,” kata Aprena kepada mStar.Aprena ditemui ketika malam gala filem Jodoh Syaitan di mmCineplexes @ E-Curve, Petaling Jaya pada Jumaat.

Perancangan saya pada tahun ini memang nak perlahankan sedikit karier seni. 

Selain Aprena, filem seram komedi itu turut dibintangi Abam Bocey, Soffi Jikan, Jay Iswazir, Fauziah Nawi dan Kamarul Yusoff.Filem terbitan Do Motion Sdn Bhd itu akan berada di pawagam seluruh negeri bermula 5 Mac depan.

Dalam pada itu, anak kepada penyanyi Iwan Syahman ini berkata dia akan memperlahankan karier seninya namun masih terbuka menerima tawaran.Aprena bersama Abam, Soffi dan Jay dalam filem Jodoh Sy4itan.“Perancangan saya pada tahun ini memang nak perlahankan sedikit karier seni. Tapi tidak bermaksud saya mahu berhenti terus.

“Saya masih terbuka untuk menerima tawaran berlakon tetapi saya akan pilih mengikut waktu yang bersesuaian,” ujarnya.Pemilik nama Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman dan Mohd Afiq mendirikan rumah tangga pada 2016.-mstar

Mulanya dikiritik, akhirnya lain pula reaksi peminat bila dengar Aprena Manrose cover lagu Dance Monkey

Siapa yang tak kenal dengan pelakon cantik molek yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini iaitu Wan Syahera Putri Aprena Binti Wan Syahwan atau nama komersilnya Aprena Manrose.Mungkin ada yang tak tahu bahawa Aprena adalah anak kepada pasangan selebriti Rosnah Mohd Noor dan juga penyanyi dangdut Iwan.

LAGU DANCE MONKEY JADI TRENDING.Sejak akhir-akhir ini lagu yang dinyanyikan oleh Tones and I iaitu Dance Monkey menjadi trending di setiap platform media sosial. Sekali gus ramai pihak yang mula membuat cover lagu berkenaan. Tidak melepaskan peluang Aprena Manrose sendiri.Dance Monkey bukan lah lagu pertama yang dicover oleh adik Octovia Manrose ini. Sebenarnya Aprena sudah pun membuat beberapa cover lagu sebelum ini dan ianya telah mendapat pujian ramai pihak.

APRENA TURUT BUAT COVER DANCE MONKEY

Dek kerana memiliki keunikan suaranya yang tersendiri, Aprena sekali lagu memuat naik video bagi lagu Dance Monkey ke dalam instagramnya. Walau bagaimanapiun, reaksi pengikutnya untuk cover kali ini tidak seperti yang dijangkakan.

Dia memberitahu yang ada peminat menyatakan suaranya teruk untuk lagu tersebut. Disebabkan itulah dia dilihat hanya memuat naik video pendek sahaja. Jelasnya, dia hanya sekadar mencuba dan sekiranya mendapat sambutan baru lah dia akan memuat naik versi penuh.

Menjengah ke ruangan komen, berbeza pula respon diterima. Ramai yang menyifatkan Aprena memiliki suara lain dari yang lain. Bunyi ala-ala serak basah membuatkan ramai yang meminta Aprena untuk membuat cover penuh untuk lagu tersebut.

RAMAI NAFI SUARANYA SUMBANG

Peminatnya turut menafikan Aprena menyanyi sumbang seperti dimaklumkan. Rata-rata memberikan maklum balas yang positif.Tak sangka Aprena memiliki bakat seperti bapanya yang bukan sekadar pandai berlakon malah bernyanyi secara baik. Mungkin sesetengah pihak menganggap suara serak itu kurang enak untuk didengar, namun tak semuanya berpandangan sebegitu.-meecks

“Suka sangat dengan jiwa baby yang selalu pentingkan keluarga…”- Aprena Manrose

Sejak membintangi beberapa drama di kaca televisyen, bakat pelakon jelita Aprena Manrose semakin mendapat perhatian umum. Biarpun begitu, dia dan juga kakaknya, Oktovia Manrose turut dikenali ramai dalam industri hiburan tanah air kerana masing-masing turut bergelar pelakon diminati peminat drama tempatan.

Walau bagaimanapun, seperti diketahui juga bahawa dua beradik selebriti itu merupakan sepupu kepada tiga beradik pelakon popular ini iaitu Nelydia Senrose, Uqasha dan Raysha Rizrose.Meskipun kesemuanya melibatkan diri dalam industri yang sama namun itu tidak menghalang untuk mereka terus rapat.

Malah, kelima-limanya sering menjadi perhatian peminat namun terbaharu pula kemesraan Aprena Manrose bersama Nelydia Senrose meraih tumpuan warganet.Ini kerana, pelakon drama Tiada Arah Jodoh Kita terbabit mengambil peluang bagi memberikan ucapan khusus kepada Nelydia sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-26. Kelihatan Aprena cukup mengagumi sikap Nelydia dan berkongsikan hal itu dilaman sosial Instagram peribadinya.“Happy belated birthday blove! Nelydia Senrose. Memang sengaja nak jadi last person who wish your birthday on social media!

“Semoga Allah makbulkan segala permintaan b dan berjaya dunia akhirat. Baby sebijik muka mama, lagi2 bila gambar yang first tu (sebak pulak rasa).“Suka sangat dengan jiwa baby yang selalu pentingkan keluarga dan rajin cari duit. Keep it that way b, You’re so inspiring! Hopefully sama-sama mengandung suatu hari nanti! Amin.”

Selain memberikan ucapan istimewa buat sepupunya itu, dalam pada masa yang sama, foto-foto dikongsikan Aprena Manrose turut menjadi perhatian warganet sehingga meraih ribuan tanda suka.Sekali gus membuatkan warganet memuji sikap ‘sweet’ kedua-dua selebriti jelita ini disamping kecantikan mereka juga dipuji.-thetrending now

Bayar Balik Kalau Tak Nak Review’ – Aprena Manrose Jawab kes ‘Snglap’ Duit Review

Tidak dinafikan artis zaman sekarang banyak buat review product untuk mencari duit tambahan bagi menyara diri dan keluarga. Tetapi kebanyakan job sebegini diuruskan sendiri oleh pembantu peribadi (PA) mereka termasuklah urusan pembayaran.

Pelakon Aprena Manrose turut tidak ketinggalan untuk membuat review product berbayar. Malangnya, pelakon drama Rengkat ini terpaksa berdepan kes men1pv dan melarikan duit pelanggan apabila pembantu peribadinya itu sudah angkat kaki.

Benda boleh post banyak-banyak…

Terbaru, posting mesra Aprena Manrose bersama suaminya ini dimuatnaik menerusi laman Instagram dengan kapsyen ‘benda boleh post banyak-banyak kenapa nak satu je‘. Bagaimanapun, terdapat komen berbaur sindiran yang ‘datang’ Aprena Manrose sehingga membuatkan pelakon ini terpaksa buka mulut menjelaskan keadaan sebenar berkaitan review product yang dibuatnya sebelum ini.

Pelakon ini juga nekad untuk tidak memadam sebarang komen yang telah dilontarkan warganet terhadap dirinya. Dia sekerasnya tetap dengan pendirian mengakui dirinya tidak bersalah. Segala urusan pembayaran selalunya pelanggan terus transfer ke bekas PA yang telah kira-kira setahun berhenti kerja.Tambahnya, ini bukan kali pertama dia menghadapi kes sebegini. Sebelum ini, Aprena Manrose juga pernah kena t1pv bekas PA berkaitan duit pelanggan kira-kira penghujung tahun 2018.-ohbulan

Nazim bukan ‘diva’ – Aprena Manrose

KUALA LUMPUR: Pertama kali berganding dengan Nazim Othman dalam drama Mr Ferrari Miss Lamborghini, Aprena Manrose menolak dkwaan kononnya aktor itu berlagak ‘diva’ ketika di lokasi.Aprena yang baru selesai menjalani penggambaran drama itu mengaku seronok bekerjasama dengan Nazim.

“Setakat ini, saya gembira dapat berlakon dengan Nazim.“Sebelum ini, saya ada dengar kononnya lagak dia macam ‘diva’. Tapi selepas berkenalan dan bekerjasama dalam drama ini, dia okay… Kepalanya memang g1la-g1la.“Kalau tengok rakaman video yang saya kongsi di IG Story, boleh nampak perangai saya dan dia sama-sama ‘g1la’,” katanya kepada BH Online.Biarpun dilihat belum menempa nama seperti sepupunya iaitu Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose, Aprena percaya rezekinya dalam dunia lakonan tetap ada.

Sedikit demi sedikit kehadiran Aprena mula diperhatikan selepas diberi kepercayaan memegang watak utama drama Tiada Arah Jodoh Kita bergandingan dengan Shukri Yahaya.Tidak lama lagi, Aprena dijangka memulakan penggambaran sebuah telefilem bergandingan dengan Amar Asyraf dan drama untuk slot Samarinda.

“Alhamdulillah rezeki saya dalam lakonan tak putus. Memang lepas kahwin, makin murah rezeki saya.“Walaupun tawaran yang diterima bukan semata-mata heroin, saya optimis dengan peluang diberi… Watak pembantu pun saya terima,” katanya.

Mengenai rumah tangganya dengan Mohd Afiq Hazman, 31, Aprena atau nama penuhnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman memberitahu, dia belum dikurniakan rezeki menimang zuriat.“Memang saya nak anak, begitu juga suami. Kami tak merancang hendak menimang anak pada masa tertentu. Cuma belum ada rezeki… Usia perkahwinan pun belum sampai dua tahun.

“Tapi saya bersyukur rezeki tak pernah putus di pentas seni. Mungkin juga Tuhan murahkan rezeki saya dalam pekerjaan tetapi belum lagi memiliki cahaya mata,” katanya yang menikahi Afiq pada November 2016.Selain Aprena, kakaknya, Oktavia Manrose juga memilih bidang lakonan sebagai sumber pendapatan.-bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *